Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

Sekolah Kebangsaan Undang Johol,


73100 Johol,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-4367246
Fax : 06-4369730
Ruj.Kami : SKUJ/PIBG/2/8-2022(79)
Tarikh : 12 MEI 2022

Yang Berhormat Tuan Hj. Saiful Yazan bin Sulaiman,


A.N.S., P.M.C. P.J.K.
ADUN Johol.

Yang Berhormat,

MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-43

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-43 akan diadakan pada ketetapan yang berikut:

Tarikh : 25 Mei 2022 (Rabu)


Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Terbuka SK Undang Johol

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan sebanyak RM


5000.00 daripada pihak tuan untuk menyumbang kepada tabung PIBG Sekolah
Kebangsaan Undang Johol.

4. Kesudian tuan memberikan sumbangan tersebut amatlah kami alu-alukan.


Kerjasama dan keprihatinan Yang Berhormat sangat –sangat kami hargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


”BERSIH. MUAFAKAT. SEJAHTERA”

Saya yang menjalankan amanah,

_________________________
(ABD RAHIM BIN BIDIN )
Yang Dipertua PIBG
SK. Undang Johol
73100 Johol N.Sembilan

s.k 1. YDP PIBG


2. Fail PIBG

Anda mungkin juga menyukai