Anda di halaman 1dari 3

Siti Nurbaiti binti Hamzah

920221065820
SK Muadzam Shah,
26700 Muadzam Shah,
Pahang Darul Makmur
________________________________________________________________
Melalui dan salinan kepada,

Noor Akmar Binti MD Noor


Guru Besar SK Muadzam Shah,
SK Muadzam Shah,
26700 Muadzam Shah,
Pahang Darul Makmur

Encik Jaya Rumaja Bin Hamzah


Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Rompin,
Jalan Tun Syed Othman,
Bandar Baru Rompin,
26800 Kuala Rompin, Pahang
9 May 2023
Tuan / Puan

RAYUAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU KE PPD KUALA LIPIS

Perkara di atas dirujuk dengan segala hormatnya.


2. Saya Siti Nurbaiti binti Hamzah (920221065820) merupakan Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP DG41) yang sedang berkhidmat di SK Muadzam Shah, 26700 Muadzam Shah,
Pahang Darul Makmur. Saya ingin memohon pertukaran antara daerah dari Muadzam Shah, Rompin
ke Kuala Lipis, Pahang. Berikut adalah maklumat penting permohonan saya ;
No. Fail JPN : 920221065820
PPD Semasa : Muadzam Shah, Rompin.
Sekolah Semasa : SK Muadzam Shah
PPD Dipohon : Kuala Lipis
Opsyen : Reka Bentuk dan Teknologi
No. Permohonan C20230310

3. Sehubungan dengan itu, saya memohon pertukaran saya ini dipertimbangkan dengan
sewajarnya atas beberapa sebab sebagaimana yang berikut :

3.1 Saya ingin bertukar ke Kuala Lipis mengikut suami yang bertugas di IPG Kampus
Tengku Ampuan Afzan sebagai pembantu operasi. Saya telah berkahwin pada bulan
November 2021 dan telah berjauhan selama 1 tahun 6 bulan. Perhubungan jarak jauh dengan
suami memakan belanja yang agak tinggi kerana saya dan suami perlu berulang setiap
minggu, Muadzam Shah ke Kuala Lipis. Banyak risiko untuk saya bagi perjalanan sejauh 564
kilometer pergi dan balik.

3.2 Selain itu, saya juga merupakan anak tunggal yang bertanggungjawab menjaga
ibubapa yang semakin tua. Ibubapa saya tinggal di daerah Jerantut. Apabila saya dapat
bertukar ke Kuala Lipis perjalanan yang singkat satu jam sahaja. Saya boleh berulang untuk
menjaga ibubapa saya.

3.3 Alhamdulillah, saya direzekikan sedang mengandung anak pertama selepas berkahwin
setahun lebih. Oleh itu, saya sangat berharap dapat lulus pertukaran ke PPd Lipis pada kali
ini. Sukar untuk saya untuk mengurus hal rumahtangga jika berjauhan dengan suami.

3.4 Kemudian, saya juga pernah dimasukkan ke hospital kerana radang hati disebabkan
kuman kencing tikus. Keadaan itu, menyukarkan saya untuk mengurus hal kecemasan
disebabkan berjauhan dengan suami.

3.5 Sehubungan dengan itu, saya merayu kepada pihak tuan agar dapat menempatkan
saya di mana-mana sekolah berdekatan dengan tempat tinggal suami saya di Kuala Lipis di
bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Lipis. Masalah berjauhan dengan suami
agak memberi kesan kepada prestasi kerja saya.

4. Bersama-sama surat ini saya kepilkan juga dokumen sokongan yang berkaitan untuk rujukan
pihak tuan ;

1. Butiran Peribadi
2. Salinan Kad Nikah
3. Surat Pengesahan Majikan Suami
4. Surat Pengesahan Doktor

5. Saya benar-benar berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan rayuan saya ini.
Segala jasa baik pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

…………………………………….
SITI NURBAITI BINTI HAMZAH
920221065820
BUTIRAN PERIBADI

Nama : Siti Nurbaiti binti Hamzah


No. K/P : 920221065820
No. Telefon : 0139148831
e-mel : bettybaiti393@gmail.com
Sekolah sekarang : SK Muadzam Shah, Rompin
Opsyen : Reka Bentuk dan Teknologi
Nama suami : Mohd Amirul Nazrin bin Mat
No. K/P : 890913065579
Pekerjaan : Pembantu Operasi
Tempat Bertugas : IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis
Alamat tetap : NO. 32 PAKR Sg. Kerpan 3, 27200 Kuala Lipis
No. Telefon Bapa : 0179790436
No. Permohonan C20230310

Sekolah-sekolah berdekatan :
1. SK TEMPOYANG
2. SK RELONG
3. SK BERCHANG
4. SK GUA

Anda mungkin juga menyukai