Anda di halaman 1dari 3

Kod Kertas IKBN.A1.04.03.

04(T) Page 1 of 3

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KURSUS PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A1

TAHAP A1

DUTI 04 - ALAT UKUR DAN ALAT UJI

TASK 03 - JENIS-JENIS ALAT UKUR

MEMBERI PENGETAHUAN TENTANG FUNGSI DAN


OBJEKTIF
KEGUNAAN PRIMARY CURRENT INJECTION TEST SET
PENCAPAIAN PIAWAI

TAJUK 04 – PRIMARY CURRENT INJECTION TEST SET

KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN

1. Keselamatan ketika menggunakan alat


TUJUAN
2. Fungsi alat

Tujuan Ujian Primary Injection

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 04 - Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (versi 1)
Kod Kertas IKBN.A1.04.03.04(T) Page 2 of 3

Tujuan utama ujian tersebut dijalankan adalah untuk membuat pemeriksaan


samada
system perlindungan geganti dan alat ubah arus yang digunakan berfungsi dengan baik
didalam system PSU itu sendiri.
Kebiasaannya pengujian ini dijalankan selepas sesuatu pemasangan baru
dilakukan untuk menguji sistem system perlindungan geganti dan alat ubah arus sebelum
bekalan disalurkan. Pengujian ini juga dijalankan untuk tujuan pembaikan pada kerosakan
yang besar di mana kerja-kerja ini dijalanan pada litar mati. Setiap pengjian di dalam sistem
perlindngan perlu diuji seperti konduktor pengasing voltan tinggi, pengubah arus, geganti
perlindungan dan pemutus litar.
Kebanyakan bekalan elektrik bagi peralatan perlindungan diambil dari
pengubah arus pada bus bar. Dengan dikenakan ujian arus yang tinggi, ia cukup untuk
membolehkan alat pertlindungan itu beroperasi dengan suntikan pada kabel bekalan dan
masa akan diambil untuk geganti perlindungan beroperasi.
Ujian suntikan pertama akan mengesan pengubah arus yang disambung
dengan polarity yang salah atau geganti yang disetkan pada urutan yang salah pada sistem
yang berbeza. Bagaimanapun gangguan kerosakan pada litar primary bermakna kaedah ini
adalah tidak sesuai untuk ujian berkala. Selalunya untuk ujian berkala kita akan gunakan
ujian suntikan arus kedua di mana ia akan memeriksa bahagian geganti perlindungan dan
tidak melibatkan keseluruhan sistem termasuk pengubah arus.
Ujian suntikan arus pertama selalunya menggunakan arus yang tinggi
(melebihi 500A). Bahagian geganti yang digabungan dalam sistem selalunya mempunyai
critical performance berhubung dengan masa. Pemasa(timer) akan membolehkan masa
operasi bagi geganti akan diuji.
Sesetengah kaedah ujian menitik beratkan masa operasi. Gambarajah 1
menunjukan 2 kaedah yang digunakan bila tanpa mengganggu operasi geganti. Kedudukan
A ujian untuk mengesan keadaan operasi relay (relay charging state) dengan pemasa.(stop
timer). Sentuhan gegenti bersambungan secara terus melalui terminal TIMER STOP. Sama
dengan keadaan ujian B, geganti dan pemutus litar (trip coil) adalah melihat kepada auxiliary
contact. Gambarajah 2 menunjukan alatuji mengukur keseluruhan masa trip dengan
mengesan ganguan daripada di dalam litar yang diuji.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 04 - Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (versi 1)
Kod Kertas IKBN.A1.04.03.04(T) Page 3 of 3

Lain-lain kegunaan alatuji ini ialah menguji fasa pengubah arus. Ujian ini
dilakukan selepas pemasangan(commissioning state) atau selepas melakukan pembaikan
kerosakan yang besar.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 04 - Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (versi 1)

Anda mungkin juga menyukai