Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SERI KAMPUNG TENGAH Kod Sekolah: JBA2024

1. Nama Guru FARAH SYAZWANI BINTI ISMAIL

2. Judul BERFIKIR DALAM BILIK DARJAH 3. Bidang: PENDIDIKAN

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar kanak-
kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan “budak bodoh’, “budak lembam” dan yang
seumpamanya. Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik sewaktu
dibangku sekolah akhirnya membesar sebagai “taukeh”, tuan punya syarikat ataupun majikan
kepada pelajar yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang juga menjustifikasikan
kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai individu yang berjaya pada
hari ini merupakan individu yang mahir berfikir.
Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik darjah
seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan divergen, memuji
murid, memberi ganjaran, guru menjadi pembimbing, mendorong kreativiti, jangan menjadi
diktaktor, toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai rangsangan dan
mempelbagai teknik menyoal.
Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir menggunakan
kaedah infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik-teknik yang
dianjurkan disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat memahami dan
menggunakan teknik tersebut sewaktu mengajar.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana kandungannya
akan dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah. Menerusinya kita akan faham tentang
kepelbagaian kepintaran pelajar. Sebagai contoh terdapat pelajar yang pintar IQ, pintar matematik,
kepintaran akademik, kepintaran praktikal, dan kepintaran EQ. Melalui pengetahuan ini kita boleh
mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas. Oleh itu, potensi diri mereka akan dapat
diketengahkan.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk guru
gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik.
Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam dan karenah. Guru juga perlu
tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat membantu para guru menentukan
kaedah paling sesuai yang akan digunakan sewaktu mengajar. Oleh itu pendekatan kreatif perlu
untuk mengekang permasaalahan ini.
Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Lukman
mengajak anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor keldai. Di akhir kembara mereka,
Lukman menerangkan tentang sifat manusia yang akan sentiasa mencari kesalahan orang lain
walau dalam apa jua situasinya.
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah dan
perlu ditangani dengan bersabar dan kreatif.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(FARAH SYAZWANI BINTI ISMAIL) ( )

Anda mungkin juga menyukai