Anda di halaman 1dari 52

PELAN

STRATEGIK
2016-2020

4 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

KANDUNGAN
KATA ALU-ALUAN PENGERUSI 4 T – Tepat dan Cekap 19
N – Nilai Tambah 19
KATA PENGANTAR KETUA EKSEKUTIF 5 Dasar Kualiti 20
Piagam Pelanggan 20
PENGENALAN 6
TERAS STRATEGIK PERBADANAN TABUNG
Ringkasan Eksekutif 6 PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) 21
Latar Belakang PTPTN 7
Carta Organisasi 9 Teras Strategik Pertama 23
Fungsi dan Peranan 10 Teras Strategik Kedua 27
Punca Kuasa 11 Teras Strategik Ketiga 29
Pihak Berkepentingan 11 Teras Strategik Keempat 31
Pelanggan 12 Teras Strategik Kelima 33
Rakan Strategik Baharu 12
ELEMEN PENENTU KEJAYAAN 37
SENARIO PERSEKITARAN 13
Komitmen Pengurusan Atasan 38
Isu dan Cabaran Strategik Berdasarkan 14 Modal Insan Yang Kompeten 39
Analisa Persekitaran Penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 39
Perkembangan Sosiopolitik 14 Sistem dan Prosedur Kerja 40
Perkembangan Sosioekonomi 14 Penyelidikan 40
Perkembangan Teknologi 15 Pemantapan Tadbir Urus 40
Pembangunan Modal Insan 15 Sokongan dan Kerjasama Pelbagai Pihak 40
Pemantapan Tadbir Urus 15
MEKANISME PELAKSANAAN 41
HALA TUJU STRATEGIK 17
MEMANDANG KE HADAPAN 43
Visi 18
Misi 18 PENUTUP 45
Moto 18
Nilai-nilai Bersama 19
P – Profesionalisme 19
T – Tadbir Urus Strategik & Berintegriti 19
P – Pelanggan Diutamakan 19

P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 5
PELAN
STRATEGIK
2016-2020
Pelan Strategik ini akan dapat merealisasikan
misi tersebut seterusnya memberi fokus kepada
peningkatan dan pemerkasaan serta nilai tambah
yang dapat menjulang kualiti pendidikan ke tahap
yang lebih gemilang.

KATA ALU-ALUAN
PENGERUSI
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan inayat dan izin-Nya, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah
berjaya menghasilkan Pelan Strategik PTPTN 2016-2020. Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah
menyumbang idea, tenaga dan masa bagi menghasilkan dokumen yang sangat penting ini.

Sepertimana sedia maklum, kita perlu memastikan sistem pendidikan berada pada landasan yang kukuh, mantap dan berkesan dalam
usaha memastikan misi mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Negara perlu sentiasa bersedia
menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang menerusi struktur sistem dan strategi pendidikan yang efektif.

Selaras dengan kesedaran tersebut, saya yakin strategi dan tindakan yang telah digariskan di dalam Pelan Strategik ini akan dapat
merealisasikan misi tersebut seterusnya memberi fokus kepada peningkatan dan pemerkasaan serta nilai tambah yang dapat
menjulang kualiti pendidikan ke tahap yang lebih gemilang.

Saya amat berharap penerbitan buku Pelan Strategik PTPTN 2016-2020 ini akan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dan semua
strategi serta sasaran tindakan akan sentiasa difahami dan dihayati oleh semua pelaksana.

Sekian. Terima kasih.

YB. Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

6 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELAN
STRATEGIK
2016-2020
Pelan Strategik ini menyaksikan
transformasi ke atas visi, misi dan nilai bersama bagi
menghadapi perubahan persekitaran dan cabaran
masa kini khusus ke arah memartabatkan dan
menyokong aspirasi Kerajaan dalam meningkatkan
kualiti pendidikan tinggi
di Malaysia

KATA PENGANTAR
KETUA EKSEKUTIF
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya Pelan Strategik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) 2016-2020 dapat dihasilkan dengan jayanya. Pelan Strategik ini adalah merupakan kesinambungan kepada Pelan
Strategik PTPTN 2011-2015 yang menetapkan hala tuju warga PTPTN ke arah usaha memperkasakan pengurusan dana dan tabung
pendidikan tinggi menjelang tahun 2020.

Pelan Strategik ini menyaksikan transformasi ke atas visi, misi dan nilai bersama bagi menghadapi perubahan persekitaran dan
cabaran masa kini khusus ke arah memartabatkan dan menyokong aspirasi kerajaan dalam meningkatkan kualiti pendidikan
tinggi di Malaysia. Selain itu, perancangan strategi dan inisiatif di dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan
pelaksanaannya terus relevan dengan persekitaran semasa dan kehendak pelanggan/stakeholders.

Adalah menjadi harapan saya agar Pelan Strategik ini dapat memberi panduan yang jelas kepada warga PTPTN untuk terus memberi
perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan. Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak
yang telah menyumbang idea, tenaga dan masa terutamanya kepada pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
Malaysia (MAMPU) di atas bimbingan dan kerjasama baik yang telah diberikan bagi menjayakan penghasilan Pelan Strategik PTPTN
2016-2020 ini.

Sekian. Terima kasih.

Wan Ahmad bin Wan Yusoff

P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 7
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

PENGENALAN

RINGKASAN EKSEKUTIF

Pelan Strategik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tahun 2016-2020 adalah
kesinambungan daripada Pelan Strategik sebelumnya yang digubal untuk tahun 2011-2015. Menyedari
kepentingan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien, Pelan Strategik ini memberi tumpuan kepada
pelaksanaan perancangan yang lebih inklusif dan saksama yang membawa hala tuju PTPTN selari dengan
kemajuan sistem pendidikan tinggi Malaysia.

Pelan Strategik PTPTN merupakan sebuah dokumen yang menjadi iii) Membangun Dan Mempelbagaikan Produk Bagi
garis panduan utama semua warga dalam membuat perancangan, Meningkatkan Kualiti Penyampaian Perkhidmatan;
pelaksanaan program serta aktiviti yang bertunjangkan strategi
yang telah disediakan. Dengan cara ini, pengurusan dan warga iv) Memantapkan Tadbir Urus Kewangan Ke Arah Kelestarian
PTPTN akan seiring melangkah dalam merealisasikan visi dan Dana Dan Tabung Pendidikan;
misi organisasi. Pelan Strategik ini juga merupakan nilai bersama
yang dikongsi oleh pihak berkepentingan, pelanggan dan rakan v) Memperkasakan Pengurusan Organisasi Melalui Tadbir Urus
strategik PTPTN. Strategik

Terdapat lima (5) teras strategik yang telah digariskan iaitu: Pelan Strategik PTPTN akan menjadi kejayaan apabila ia
mampu merealisasikan visi PTPTN iaitu menjadi Peneraju dalam
i) Memperkukuhkan Pengurusan Bayaran Balik Bagi Pengurusan Dana dan Tabung Pendidikan Tinggi menjelang tahun
Membolehkan Pengagihan Pinjaman Pendidikan Tinggi 2020. Ia juga menjadi pemangkin dalam memacu PTPTN untuk
Dibuat Secara Saksama; merealisasikan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) serta Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi)
ii) Melonjakkan Keupayaan Tabung Pendidikan Sebagai (PPPMPT).
Sumber Utama Pinjaman Pendidikan Tinggi;

8 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

LATAR BELAKANG PTPTN

PTPTN merupakan salah sebuah agensi yang bernaung di


bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. PTPTN telah
ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang berkuatkuasa mulai
1 Julai 1997 dan memulakan operasinya pada 1 November
1997.

Penubuhan PTPTN merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan dalam


memastikan tidak ada pelajar yang tercicir untuk meneruskan pendidikan
di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan masalah kewangan. Dalam
memenuhi hasrat ini, PTPTN telah diberikan tanggungjawab untuk
membantu para pelajar yang memasuki IPT dengan menyediakan dana
pendidikan dalam bentuk pinjaman pendidikan dan bantuan kewangan
yang lain. Setakat ini, PTPTN telah menyediakan satu skim pinjaman yang
dikenali sebagai Skim Pinjaman Pendidikan (SPP), manakala bantuan
kewangan pula adalah dalam bentuk wang pendahuluan atau dipanggil
Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP).

Selain menyediakan pinjaman pendidikan kepada para pelajar yang


memasuki IPT, PTPTN juga turut diberi tanggungjawab untuk menyedia dan
menguruskan skim simpanan bagi maksud pendidikan tinggi. Sehubungan
itu, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) telah dilancarkan pada 6
Ogos 2004 oleh YBhg. Tun Dato’ Sri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia kelima. Skim ini bermatlamat untuk membantu
ibu bapa membuat perancangan awal dalam aspek kewangan bagi tujuan
pendidikan tinggi anak-anak mereka pada masa hadapan.

Setelah produk SSPN-i memperoleh kejayaan yang memberangsangkan,


PTPTN telah memperkenalkan Skim SSPN-iPlus pada 8 Jun 2015 yang
dirasmikan oleh YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohammad
Yassin, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Skim SSPN-iPlus
menawarkan perlindungan insuran takaful selain mengekalkan fungsi
utama iaitu simpanan bagi tujuan pendidikan tinggi.

P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 9
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

Timbalan Ketua Eksekutif


(Dasar & Operasi)
Mastura binti Mohd Khalid

JABATAN PENTADBIRAN JABATAN PEMASARAN &


PEJABAT PTPTN NEGERI JABATAN DASAR & PRODUK
KHIDMAT KORPORAT KOMUNIKASI STRATEGIK

BAHAGIAN
BAHAGIAN BAHAGIAN PENGURUSAN
BAHAGIAN PEMASARAN PENYELARASAN DASAR
PENTADBIRAN KUALITI & PENGAWASAN
DAN SSPN-i

BAHAGIAN
BAHAGIAN
BAHAGIAN PEROLEHAN PERHUBUNGAN AWAM
PEMBIAYAAN
& MEDIA

PUSAT KHIDMAT BAHAGIAN KUTIPAN


BAHAGIAN ASET & STOR
PELANGGAN BALIK

BAHAGIAN
BAHAGIAN SSPN-i plus
DOKUMENTASI

WP KUALA
KELANTAN KEDAH / PERLIS
LUMPUR

SELANGOR TERENGGANU SABAH

JOHOR PAHANG SARAWAK

NEGERI SEMBILAN PERAK MELAKA

PULAU PINANG

10 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELAN
STRATEGIK
2016-2020
Ketua Eksekutif
Wan Ahmad bin Wan Yusoff

Timbalan Ketua Eksekutif


(Kewangan & Khidmat Sokongan)
Wan Mustapha bin Hj. Yusoff

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI


JABATAN MODAL INSAN
PERBENDAHARAAN MAKLUMAT

BAHAGIAN PENGURUSAN
BAHAGIAN AUDIT DALAM
RISIKO

BAHAGIAN BAHAGIAN
BAHAGIAN PENGURUSAN BAHAGIAN PERUNDANGAN BAHAGIAN OPERASI
PENGURUSAN PEMBANGUNAN STRATEGIK &
INTEGRITI & PENDAKWAAN SUMBER MANUSIA
PORTFOLIO PELABURAN ARKITEKTUR ICT

BAHAGIAN PROSES BAHAGIAN


BAHAGIAN PENDANAAN
PINJAMAN (PERMOHONAN/BAYARAN PENGURUSAN PRESTASI
& BELANJAWAN PINJAMAN/KUTIPAN BALIK) & INSENTIF

BAHAGIAN BAHAGIAN PROSESAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN


PENGURUSAN TAKAFUL ICT KERJAYA & KEURUSETIAAN

BAHAGIAN
BAHAGIAN AKAUN PENYELARASAN & KHIDMAT
SOKONGAN ICT

BAHAGIAN TERIMAAN &


POTONGAN GAJI

BAHAGIAN
PENGURUSAN
MAKLUMAT KREDIT

CARTA ORGANISASI
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 11
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

FUNGSI DAN PERANAN


-
Sebagai sebuah agensi yang menguruskan pinjaman pendidikan, PTPTN memainkan peranan penting dalam
mendokong hasrat Kerajaan di dalam memastikan kelestarian pendidikan tinggi. Fungsi dan peranan PTPTN
ialah:

(i) - (iii)
menguruskan pinjaman melaksanakan apa-
untuk tujuan pendidikan apa fungsi lain yang
tinggi dan seterusnya diberikan kepada
memungut bayaran balik PTPTN oleh mana-
pinjaman; (ii) mana undang-undang
menyediakan skim bertulis.
simpanan dan
mengurus deposit
untuk tujuan
pendidikan tinggi;
dan

12 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

PUNCA KUASA
• Perlembagaan Malaysia
• Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional 1997 [Akta 566]
• Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]
• Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
[Akta 30]
• Akta Institut Teknologi MARA 1976 [Akta 173]
• Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
[Akta 555]
• Akta Badan-Badan Berkanun(Tatatertib dan
Surcaj) 2000 [Akta 605]
• Peraturan-Peraturan Skim Simpanan
Pendidikan Nasional 2004 [P.U (A)268/2004]
• Pekeliling dan Surat Pekeliling PTPTN
• Undang-undang dan peraturan-peraturan
lain yang berkaitan

PIHAK BERKEPENTINGAN
• Jemaah Menteri
• YB Menteri Kewangan
• YB Menteri Pendidikan Tinggi
• Kementerian Kewangan Malaysia
• Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia
• Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN

P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 13
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

PELANGGAN RAKAN STRATEGIK BAHARU


• Pendeposit SSPN-i • Agensi Kerajaan
• Penerima Manfaat SSPN-i • Institusi Kewangan Tempatan
• Ibu-bapa/Penjaga • Institusi Pendidikan Tinggi
• Pelajar • Institusi Penajaan Kepada Penerima Biaya
PTPTN
• Yayasan Kerajaan dan Swasta
• Pertubuhan Bukan Kerajaan
• Media
• SAHABAT PTPTN
• Syarikat Swasta

14 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

SENARIO
PERSEKITARAN

P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 15
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

SENARIO PERSEKITARAN
ISU DAN CABARAN STRATEGIK BERDASARKAN ANALISA PERSEKITARAN

PTPTN sentiasa peka terhadap pelbagai cabaran


semasa yang memberi kesan kepada perubahan
struktur dan fokus utama tugasan PTPTN sama ada
di peringkat ibu pejabat atau negeri. Antara isu dan
cabaran strategik yang akan dihadapi oleh PTPTN bagi
tempoh lima tahun akan datang berdasarkan senario
persekitaran semasa adalah seperti berikut:

PERKEMBANGAN SOSIOPOLITIK

Perubahan landskap sosiopolitik telah memberikan cabaran baru


kepada PTPTN agar fungsi utama PTPTN dapat dilaksanakan iaitu
pengurusan pinjaman, kutipan bayaran balik dan penyediaan
skim simpanan untuk tujuan pendidikan tinggi. Bertindak sebagai
pelaksana (executioner) kepada dasar-dasar Kerajaan, PTPTN
perlu bijak untuk membuat penyesuaian kaedah pelaksanaan
dasar-dasar yang digariskan bagi memastikan objektif yang
ditetapkan dapat dicapai tanpa menimbulkan sebarang konflik.

PERKEMBANGAN SOSIOEKONOMI

Perkembangan sosioekonomi di dalam dan luar negara Malaysia merupakan antara faktor terpenting di dalam memastikan PTPTN
dapat meningkatkan prestasi kutipan bayaran balik pinjaman dan penabungan skim simpanan. Kenaikan kos dalam bidang pendidikan
tinggi dan sara hidup pelajar yang semakin meningkat akan menyebabkan terdapat permintaan untuk menaikkan jumlah pinjaman.
Sebarang pertambahan dalam jumlah pinjaman akan menyebabkan PTPTN perlu menyediakan lebih banyak peruntukan untuk
membiayai pelajar. Keadaan ini juga akan mempengaruhi keupayaan peminjam untuk membuat bayaran balik. Ini akan menjejaskan
keupayaan PTPTN untuk membiayai pelajar-pelajar baru dan sedia ada.

Selain itu, keadaan ekonomi semasa yang kurang stabil juga menyumbang kepada pelaksanaan strategi pemasaran yang berkesan
untuk meningkatkan kesedaran bayaran balik pinjaman dan menggalakkan budaya penabungan dalam masyarakat. Sehubungan itu,
di samping menumpukan aspek kelestarian, PTPTN sebagai salah sebuah agensi yang mendukung aspirasi Kerajaan juga perlu peka
dan sensitif terhadap kebajikan dan keadaan ekonomi rakyat.

16 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran, berintegriti dan


profesional amat perlu dibangunkan selari dengan peningkatan
perkembangan kemahiran dan layanan perkhidmatan kepada
pelanggan. Hubungan yang harmoni juga penting untuk
meningkatkan motivasi warga ke arah penyampaian sistem
perkhidmatan yang berkesan. Sehubungan itu, PTPTN perlu
mempunyai perancangan sistematik bagi melahirkan modal
insan jabatan yang lebih berkualiti dan berkemahiran.

PEMANTAPAN TADBIR URUS


PERKEMBANGAN TEKNOLOGI Tadbir urus yang terbaik adalah penting bagi membolehkan
PTPTN memenuhi hasrat dan harapan stakeholders dengan
Perkembangan teknologi masa kini yang semakin berkesan. Salah satu tumpuan utama Kerajaan pada masa kini
pantas merupakan salah satu keperluan penting adalah untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian
di dalam organisasi. Penggunaan ICT yang terkini perkhidmatan awam. Melalui pelaksanaan tadbir urus yang
dapat membantu meningkatkan produktiviti dan terbaik akan memastikan sistem penyampaian perkhidmatan
yang cemerlang dapat dicapai. Amalan terbaik tadbir urus
mempercepatkan proses kerja serta mengurangkan termasuklah mewujudkan hubungan yang erat dengan
kos operasi. Organisasi yang dapat menjangka arus stakeholders, bertanggungjawab kepada institusi luar seperti
perubahan ICT akan membantu kejayaan organisasi parlimen dan Jawatankuasa Kira-kira Awam, pematuhan kepada
dalam membuat perancangan dan mencapai hala akauntabiliti dalaman, pelaksanaan pengurusan strategik dan
tujunya. pemantauan prestasi serta pengurusan risiko.

Oleh itu, PTPTN perlu memastikan ICT yang diguna pakai adalah Bagi membolehkan PTPTN berdaya saing dan berada pada tahap
relevan dengan keadaan dan keperluan semasa apatah lagi jika yang cemerlang dan terbilang, PTPTN perlu mempunyai tenaga
proses kerja yang dilakukan melibatkan perkongsian dengan kerja yang pakar dalam bidang tertentu seperti pengurusan,
pihak lain. PTPTN juga perlu mempunyai warga kerja yang kewangan dan teknologi maklumat.
berpengetahuan dan berkemahiran dalam menguruskan atau
menangani isu-isu yang berkaitan dengan ICT.

P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 17
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

18 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

HA LA T U J U
S T R AT E G I K

P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 19
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

HALA TUJU STRATEGIK

VISI Menjadi Institusi Peneraju dalam Pengurusan Dana dan Tabung


Pendidikan Tinggi Menjelang Tahun 2020

MISI Mengurus Dana dan Tabung Pendidikan Bagi Tujuan Pinjaman


Pendidikan Tinggi Melalui Pengurusan Kewangan Yang Strategik
dan Inovatif

MOTO
Dana Pendidikan
Pemangkin
Pembangunan Negara

20 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELAN
STRATEGIK
2016-2020
NILAI-NILAI BERSAMA

Nilai-nilai bersama merupakan nilai yang perlu dihayati dan


diamalkan oleh seluruh warga PTPTN. Nilai-nilai tersebut
adalah:

P Profesionalisme
T Tadbir Urus Strategik & Berintegriti
P Pelanggan Diutamakan
T Tepat & Cekap
N Nilai Tambah

P – PROFESIONALISME
Profesionalisme bermaksud mempunyai kemampuan atau kemahiran khusus untuk melaksanakan tugas yang telah
diamanahkan. PTPTN mementingkan perkhidmatan yang dihasilkan oleh warga yang berkemahiran, berpengetahuan dan
berkeupayaan dalam tugas yang dilakukannya. Melalui iltizam yang tinggi dalam menjalankan tugas akan memberikan
perkhidmatan yang terbaik dan kepuasan kepada pelanggan, stakeholders dan rakyat.

T – TADBIR URUS STRATEGIK & BERINTEGRITI


PTPTN amat mementingkan tadbir urus yang strategik dan berintegriti bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada
pelanggan secara telus, amanah, jujur dan berakhlak mulia.

P – PELANGGAN DIUTAMAKAN
Pelanggan diutamakan membawa maksud penyediaan dan layanan perkhidmatan yang terbaik diberikan kepada pelanggan.
Ia merujuk kepada aspek kecekapan masa, responsif dan proaktif dalam tindakan serta peka dengan kehendak pelanggan.

T – TEPAT DAN CEKAP


Tepat dan cekap membawa maksud telus, mahir, berwibawa dan berketrampilan dalam melaksanakan serta menyelesaikan
semua tugasan yang diberikan. PTPTN mengutamakan hasil perkhidmatan yang berkualiti melalui pengendalian sumber
secara bijaksana.

N – NILAI TAMBAH
PTPTN mengutamakan nilai tambah yang cemerlang dan unggul melalui prestasi kerja terbaik, mengutamakan pelanggan,
mempelbagaikan kemahiran bagi melaksanakan tugas, berdedikasi dan berdisiplin tinggi.

P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 21
PELAN
STRATEGIK
2016-2020
DASAR KUALITI

PTPTN komited untuk memastikan pengurusan Skim Pinjaman Pendidikan dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional menepati akta
dan piagam yang ditetapkan serta sentiasa berusaha secara berterusan untuk meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan kepada
pelanggan.

PIAGAM PELANGGAN

PTPTN komited untuk menguruskan pinjaman pendidikan kepada pelajar, menerima deposit untuk skim simpanan dan lain-lain fungsi
mengikut Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dengan profesionalisme serta akauntabiliti yang tinggi
dan berkesan.

Kami berjanji akan:

(i) Memproses permohonan pinjaman yang lengkap dalam tempoh lima


(5) hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan mengikut kelompok
yang ditetapkan;

(ii) Memaparkan keputusan permohonan pinjaman pada hari bekerja


pertama selepas tarikh akhir proses permohonan;

(iii) Memastikan pengeluaran pinjaman baru dibuat tidak melebihi 21 hari


bekerja selepas dokumen perjanjian pinjaman yang sempurna diterima;

(iv) Memastikan pengeluaran pinjaman berikutnya dibuat tidak melebihi


tujuh (7) hari bekerja dari tarikh pemprosesan pengeluaran pinjaman;

(v) Memproses permohonan pembukaan akaun SSPN-i tidak lebih 14 hari


bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan yang lengkap;

(vi) Memproses permohonan pengeluaran deposit SSPN-i tidak lebih 14


hari bekerja selepas penerimaan borang permohonan yang lengkap;
dan

(vii)
Memberi jawapan segera ke atas sebarang pertanyaan/aduan
pelanggan dalam tempoh tidak lewat dari tujuh (7) hari bekerja selepas
pertanyaan/aduan diterima.

22 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

TERAS STRATEGIK PERBADANAN


TABUNG PENDIDIKAN TINGGI
NASIONAL (PTPTN)
PTPTN telah mengenal pasti lima (5) teras strategik bagi memastikan misi dan visi dapat direalisasikan ke
arah menjadikan PTPTN sebagai organisasi yang menguruskan pinjaman dan simpanan pendidikan tinggi yang
strategik dan inovatif menjelang tahun 2020.

05 01 Memperkukuhkan
Memperkasakan
Pengurusan Organisasi Pengurusan Bayaran
Melalui Tadbir Balik Bagi Membolehkan
Urus Strategik Pengagihan Pinjaman
Pendidikan Tinggi Dibuat
Secara Saksama

04
Memantapkan
TERAS 02
Tadbir Urus STRATEGIK Melonjakkan
Kewangan Ke Keupayaan Tabung
Arah Kelestarian Pendidikan Sebagai
Dana Dan Tabung Sumber Utama
Pendidikan Pinjaman Pendidikan
Tinggi.
Membangun Dan
Mempelbagaikan Produk
Bagi Meningkatkan Kualiti
Penyampaian Perkhidmatan

03
P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 23
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

24 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
1
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

TERAS
S T R AT E G I K
PERTAMA

P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 25
PELAN
STRATEGIK
2016-2020
TERAS STRATEGIK PERTAMA

MEMPERKUKUHKAN PENGURUSAN BAYARAN BALIK BAGI MEMBOLEHKAN PENGAGIHAN PINJAMAN


PENDIDIKAN TINGGI DIBUAT SECARA SAKSAMA

Teras Strategik pertama ialah memperkukuhkan pengurusan bayaran balik bagi membolehkan pengagihan pinjaman pendidikan
tinggi dibuat secara saksama melalui strategi-strategi berikut:

1. Memperkasakan aktiviti penguatkuasaan.


2. Mempergiatkan libat urus dengan peminjam bagi memastikan pelaksanaan bayaran balik berjalan lancar.
3. Memantapkan pengurusan bayaran balik pinjaman pendidikan.
4. Meningkatkan kolaborasi dengan rakan strategik.
5. Memfokuskan pinjaman pendidikan tinggi berdasarkan prestasi bayaran balik dengan merujuk kepada ketetapan
dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).
6. Meluluskan pinjaman pendidikan berdasarkan kriteria yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).
7. Memperkasakan urusan pinjaman pendidikan ke arah menjadikan PTPTN sebagai pembiaya tunggal pendidikan tinggi
di dalam negara (One Stop Agency) berdasarkan ketetapan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

TERAS MEMPERKUKUHKAN PENGURUSAN BAYARAN BALIK BAGI MEMBOLEHKAN PENGAGIHAN PINJAMAN


STRATEGIK 1 PENDIDIKAN TINGGI DIBUAT SECARA SAKSAMA
SASARAN / PIHAK
STRATEGI TINDAKAN / PROGRAM INDIKATOR
TAHUN SASARAN BERTANGGUNGJAWAB
1. Memperkasakan Meningkatkan tindakan Penurunan jumlah 5% penurunan jumlah
aktiviti penguatkuasaan tunggakan bayaran tunggakan setiap tahun JDP, JTM, BPP
penguatkuasaan balik dalam tempoh 2016 dan JPKS
sehingga 2020
Peningkatan Peningkatan 10% kutipan
bayaran balik bayaran balik setiap tahun JDP, JTM, BPP
pinjaman dalam tempoh 2016 dan JPKS
pendidikan sehingga 2020
Peningkatan 10% bilangan
peminjam yang membuat
JDP, JTM, BPP
bayaran balik setiap
dan JPKS
tahun dalam tempoh 2016
sehingga 2020

26 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELAN
STRATEGIK
2016-2020
TERAS MEMPERKUKUHKAN PENGURUSAN BAYARAN BALIK BAGI MEMBOLEHKAN PENGAGIHAN PINJAMAN
STRATEGIK 1 PENDIDIKAN TINGGI DIBUAT SECARA SAKSAMA
SASARAN / PIHAK
STRATEGI TINDAKAN / PROGRAM INDIKATOR
TAHUN SASARAN BERTANGGUNGJAWAB
2. Mempergiatkan a) Pengeluaran notis Peratus notis yang 100% setahun pada tahun
libat urus dengan (Notis tuntutan dan dikeluarkan 2017 JTM
peminjam bagi peringatan)
memastikan
b) Outbound call Peratus peminjam 70% daripada jumlah
pelaksanaan bayaran
yang berjaya peminjam tegar pada tahun
balik berjalan lancar PKP
dihubungi melalui 2017
outbound call
3. Memantapkan Memperluaskan skop Peningkatan 80% daripada jumlah patut
pengurusan bayaran penyenaraian CCRIS prestasi bayaran kutip dalam tempoh 2016
JDP dan JTM
balik pinjaman balik sehingga 2020
pendidikan
4. Meningkatkan a) Kolaborasi dengan Bilangan agensi Tiga (3) agensi dalam
kolaborasi dengan agensi yang berkolaborasi tempoh 2016 sehingga 2020 JDP
rakan strategik berkepentingan
b) Kolaborasi dengan Bilangan majikan 300 majikan setahun dalam
PPN
majikan berkolaborasi tempoh 2016 sehingga 2020
60% melalui potongan gaji
dalam tempoh 2016 JTM
sehingga 2020
5. Memfokuskan a) Jumlah pinjaman Peratus bilangan 100% dalam
pinjaman pendidikan adalah berdasarkan peminjam yang tempoh 2016
tinggi berdasarkan jumlah bayaran balik membuat bayaran sehingga 2020
JDP
prestasi bayaran siswazah terdahulu balik berdasarkan
balik dengan kebolehpasaran
merujuk kepada kursus
ketetapan dalam
Peratus penawaran 100% dalam
Rancangan Malaysia
pinjaman kepada tempoh 2016
Ke-11 (RMK-11)
kursus yang sehingga 2020
JDP
mencapai sekurang
kurangnya
80% bayaran balik

P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 27
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

TERAS MEMPERKUKUHKAN PENGURUSAN BAYARAN BALIK BAGI MEMBOLEHKAN PENGAGIHAN PINJAMAN


STRATEGIK 1 PENDIDIKAN TINGGI DIBUAT SECARA SAKSAMA
SASARAN / PIHAK
STRATEGI TINDAKAN / PROGRAM INDIKATOR
TAHUN SASARAN BERTANGGUNGJAWAB
b) Menyediakan Peratus pinjaman 100% dalam tempoh 2016
JDP
pinjaman pendidikan kepada pelajar sehingga 2020
kepada pelajar
IPT berdasarkan Peratus bilangan 100% dalam tempoh 2016
JDP
penarafan IPT melalui IPT yang mendapat sehingga 2020
SETARA/ POLYRATE/ 4 Tier ke atas
MYQUEST
6. Meluluskan Menyediakan pinjaman Peratus pemberian 100% dalam tempoh 2016
pinjaman pendidikan pendidikan mengikut pinjaman sehingga 2020
berdasarkan kriteria kategori berdasarkan pendidikan bagi
yang ditetapkan kepada pendapatan isi kategori yang
JTM
dalam Rancangan rumah, pangkalan data layak
Malaysia e-kasih dan Bantuan
Ke-11 (RMK-11) Rakyat 1Malaysia
(BR1M)
7. Memperkasakan a) Menjalinkan Peratus bilangan 100% dalam tempoh 2016
urusan pinjaman kerjasama dengan penaja yang sehingga 2020
JDP
pendidikan ke arah penaja pinjaman bekerjasama
menjadikan PTPTN pendidikan dengan PTPTN
sebagai pembiaya
b) Menjadi pusat Peratus bilangan 100% dalam tempoh 2016
tunggal pendidikan
perkongsian penaja berkongsi sehingga 2020
tinggi di dalam
maklumat data data dengan
negara (One Stop
peminjam antara PTPTN JDP
Agency) berdasarkan
penaja-penaja.
ketetapan dalam
Rancangan Malaysia
ke-11 (RMK-11)

28 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
2
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

TERAS
S T R AT E G I K
KEDUA

P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 29
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

TERAS STRATEGIK KEDUA

MELONJAKKAN KEUPAYAAN TABUNG PENDIDIKAN SEBAGAI SUMBER UTAMA PINJAMAN


PENDIDIKAN TINGGI

Teras Strategik kedua ialah melonjakkan keupayaan tabung pendidikan sebagai sumber utama pinjaman pendidikan tinggi melalui
strategi-strategi berikut:

1. Meningkatkan tabungan pendidikan melalui simpanan yang konsisten.


2. Memantapkan pengurusan tabungan.

TERAS MELONJAKKAN KEUPAYAAN TABUNG PENDIDIKAN SEBAGAI SUMBER UTAMA PINJAMAN PENDIDIKAN
STRATEGIK 2 TINGGI
SASARAN / PIHAK
STRATEGI TINDAKAN / PROGRAM INDIKATOR
TAHUN SASARAN BERTANGGUNGJAWAB
1. Meningkatkan Menggalakkan Peratus peningkatan 5% peningkatan
tabungan pendidikan penabungan melalui bilangan pendeposit bilangan pendeposit JDP, PPN, JTM
melalui simpanan potongan gaji setiap tahun dalam tempoh 2016 dan JPKS
yang konsisten sehingga 2020
2. Memantapkan a) Meningkatkan Jumlah rakan 20 rakan strategik baharu
pengurusan kolaborasi dengan strategik baharu dalam tempoh 2016
tabungan rakan strategik PTPTN sehingga 2020 JDP, PPN dan JPKS
sebagai penyumbang
tabungan
b) Menawarkan dividen Pulangan Pulangan pelaburan
yang kompetitif pelaburan melebihi simpanan
tetap dengan kadar JP
0.5% dalam tempoh
2016 sehingga 2020
c) Menjalankan kajian Peratus proses 100% pada tahun
untuk melaksanakan kajian dijalankan 2016
caruman wajib
majikan kepada JDP
pekerja sepertimana
kaedah pelaksanaan
potongan KWSP

30 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
3
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

TERAS
S T R AT E G I K
K E T I GA

P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 31
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

TERAS STRATEGIK KETIGA

MEMBANGUN DAN MEMPELBAGAIKAN PRODUK BAGI MENINGKATKAN KUALITI PENYAMPAIAN


PERKHIDMATAN

Teras Strategik ketiga ialah membangun dan mempelbagaikan produk bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan melalui
strategi-strategi berikut:

1. Mewujudkan produk yang kompetitif dan inovatif.


2. Melaksanakan penilaian keberkesanan produk dan perkhidmatan.
3. Mempergiatkan libat urus dengan pelanggan.

TERAS MEMBANGUN DAN MEMPELBAGAIKAN PRODUK BAGI MENINGKATKAN KUALITI PENYAMPAIAN


STRATEGIK 3 PERKHIDMATAN
SASARAN / PIHAK
STRATEGI TINDAKAN / PROGRAM INDIKATOR
TAHUN SASARAN BERTANGGUNGJAWAB
1. Mewujudkan produk a) Melaksanakan Bilangan Dua (2) penyelidikan
yang kompetitif dan penyelidikan penyelidikan dalam tempoh 2016 JDP
inovatif sehingga 2018
b) Membangun dan Bilangan produk Satu (1) produk
mempelbagaikan dalam tempoh 2018 JDP
produk sehingga 2020
2. Melaksanakan a) Melaksanakan kajian Bilangan kajian Dua (2) kajian impak
penilaian impak produk impak dalam tempoh 2016 JDP
keberkesanan produk sehingga 2020
dan perkhidmatan
b) Melaksanakan kajian Bilangan kajian Dua (2) kajian impak
impak perkhidmatan impak dalam tempoh 2016 JDP, BPKP dan JPKS
sehingga 2020
3. Mempergiatkan Memperkemaskan Peratus peningkatan 10% setiap tahun
libat urus dengan hebahan maklumat followers/likers dalam tempoh 2016
JPKS
pelanggan melalui media baharu di dalam media sehingga 2020
baharu

32 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
4
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

TERAS
S T R AT E G I K
K E E M P AT

P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 33
PELAN
STRATEGIK
2016-2020
TERAS STRATEGIK KEEMPAT

MEMANTAPKAN TADBIR URUS KEWANGAN KE ARAH KELESTARIAN DANA DAN TABUNG PENDIDIKAN

Teras Strategik keempat ialah memantapkan tadbir urus kewangan ke arah kelestarian dana dan tabung pendidikan melalui strategi-
strategi berikut:

1. Mempelbagaikan sumber kewangan.


2. Memperkasakan tadbir urus belanja mengurus.

TERAS
MEMANTAPKAN TADBIR URUS KEWANGAN KE ARAH KELESTARIAN DANA DAN TABUNG PENDIDIKAN
STRATEGIK 4
SASARAN / PIHAK
STRATEGI TINDAKAN / PROGRAM INDIKATOR
TAHUN SASARAN BERTANGGUNGJAWAB
1. Mempelbagaikan a) Mempergiatkan Peningkatan Pulangan pelaburan
sumber kewangan pelaburan dalam dalam pulangan melebihi simpanan tetap
ekuiti dan instrumen pelaburan dengan kadar 1% dalam JP
pelaburan tempoh 2016 sehingga
2020
b) Membuat kajian Bilangan kajian Satu (1) kajian pada
tentang pelaksanaan tahun 2018 JP
kaedah Securitization
2. Memperkasakan Mengurangkan kos Peratus 0.5% setiap tahun melalui
tadbir urus belanja overhead dan peningkatan Efficiency Ratio (ER) dalam
Semua Jabatan
mengurus mengoptimumkan kecekapan tempoh 2016 sehingga 2020
perbelanjaan kewangan perbelanjaan

34 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
5
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

TERAS
S T R AT E G I K
KELIMA

P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 35
PELAN
STRATEGIK
2016-2020
TERAS STRATEGIK KELIMA

MEMPERKASAKAN PENGURUSAN ORGANISASI MELALUI TADBIR URUS STRATEGIK

Teras Strategik kelima ialah memperkasakan pengurusan organisasi melalui tadbir urus strategik dengan merujuk kepada strategi-
strategi berikut:

1. Memperkemaskan mekanisme tadbir urus, sistem kawalan dalaman dan pembangunan organisasi.
2. Memantapkan modal insan ke arah pencapaian matlamat strategik organisasi.
3. Memperkukuhkan proses kerja perkhidmatan teras dan sokongan.

TERAS
MEMPERKASAKAN PENGURUSAN ORGANISASI MELALUI TADBIR URUS STRATEGIK
STRATEGIK 5
SASARAN / PIHAK
STRATEGI TINDAKAN / PROGRAM INDIKATOR
TAHUN SASARAN BERTANGGUNGJAWAB
1. Memperkemaskan a) Skim saraan Badan berkanun 100% dalam tempoh
mekanisme tadbir diasingkan daripada yang diasingkan 2016 sehingga 2020 JMI
urus, sistem Kerajaan saraan
kawalan dalaman
b) Penetapan dan Jabatan 100% pada tahun
dan pembangunan JMI
pelaksanaan KPI bagi 2016
organisasi
setiap peringkat
Individu 100% pada tahun
JMI
2017
c) Memantapkan aktiviti Peratus <5% ketidakpatuhan
pematuhan terhadap ketidakpatuhan setiap tahun dalam tempoh
sistem kawalan jumlah prosedur 2016 sehingga 2020 Semua Jabatan
dalaman kerja yang
diaudit
2. Memantapkan a) Memantapkan Pelaksanaan 100% dalam tempoh
modal insan ke Program Pelan Operasi 2016 sehingga 2020 JMI
arah pencapaian Pembangunan Latihan
matlamat strategik Kompetensi
Pewujudan Satu (1) Pelan dalam
organisasi
Pelan Penggantian tempoh 2016 JMI
yang komprehensif sehingga 2020
b) Mempelbagaikan Bilangan insentif Tiga (3) insentif
insentif bagi baharu baharu dalam
JMI
meningkatkan tempoh 2016
prestasi pencapaian sehingga 2020

36 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

TERAS
MEMPERKASAKAN PENGURUSAN ORGANISASI MELALUI TADBIR URUS STRATEGIK
STRATEGIK 5
SASARAN / PIHAK
STRATEGI TINDAKAN / PROGRAM INDIKATOR
TAHUN SASARAN BERTANGGUNGJAWAB
3. Memperkukuhkan a) Perekayasaan proses Pelaksanaan Satu (1) Bengkel
BPKP
proses kerja kerja (Business Bengkel BPR pada tahun 2016
perkhidmatan teras Process
Pelaksanaan BPR 100% dalam tempoh
dan sokongan Re-engineering (BPR) BPKP
2017 sehingga 2020
Pengurangan 20% dalam tempoh
BPKP
kos operasi 2017 sehingga 2020
b) Pengautomasian Peratus proses 100% dalam tempoh
proses kerja pasca kerja yang 2018 sehingga 2020 BPKP dan JTM
BPR diautomasikan
c) Memantapkan Peratus pemantauan 100% pada tahun
pemantauan keselamatan sistem 2016
keselamatan sistem dan rangkaian JTM
dan rangkaian secara
berpusat

JPKK PPN
JABATAN PEJABAT
PENTADBIRAN
BPI
PTPTN
KHIDMAT NEGERI

BAHAGIAN
KORPORAT
JPKS
PENGURUSAN JABATAN PEMASARAN
INTEGRITI & KOMUNIKASI
STRATEGI

BPKP JDP
BAHAGIAN PENGURUSAN JABATAN DASAR & PRODUK
KUALITI SENARAI
& PENGAWASAN
NAMA
JABATAN
BPP (PIHAK
BERTANGGUNGJAWAB)
JABATAN
JP
BAHAGIAN PERUNDANGAN
& PENDAKWAAN PERBENDAHARAAN

BPR JTM
BAHAGIAN JABATAN
PENGURUSAN
RISIKO BAD JMI TEKNOLOGI
MAKLUMAT

BAHAGIAN JABATAN
AUDIT MODAL
DALAM INSAN

P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 37
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

38 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

ELEMEN
PENENTU
K E J AYA A N

P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 39
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

ELEMEN PENENTU
KEJAYAAN

Komponen utama yang dikenal pasti sebagai


penyumbang kepada kejayaan pelaksanaan
perancangan strategik ini adalah seperti
berikut:

KOMITMEN PENGURUSAN ATASAN

Pengurusan atasan PTPTN memberikan perhatian yang serius serta


menunjukkan komitmen yang tinggi bagi menjayakan perancangan
strategik ini. Kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh
pengurusan atasan memberi petunjuk bahawa pencapaian matlamat
perancangan strategik adalah penting dan ini perlu difahami oleh
semua peringkat kakitangan keseluruhannya.

40 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

MODAL INSAN YANG KOMPETEN

Tumpuan akan diberikan kepada peningkatan ilmu dan kepakaran modal insan PTPTN melalui program pembangunan kompetensi
yang sesuai dalam bidang-bidang kritikal dan strategik. Ini termasuklah perancangan strategik, Business Process Re-engineering /
Improvement, metodologi penyelidikan, perancangan dan pengurusan ICT serta pengurusan prestasi. Strategi perancangan sumber
manusia akan meliputi pengambilan dan pemilihan, latihan, pembangunan kerjaya, pengurusan prestasi dan pengiktirafan.

Setiap warga kerja juga hendaklah mempunyai ‘minda kelas pertama’ iaitu mempunyai tahap penguasaan ilmu yang tinggi, bersikap
proaktif, memiliki kekayaan moraliti dan mengamalkan budaya menyumbang untuk kepentingan bersama serta pembangunan yang
bersifat holistik. Sikap inilah yang akan mewujudkan budaya kerja berprestasi tinggi yang dapat menyumbang ke arah kecemerlangan
organisasi.

PENETAPAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)

Penetapan KPI PTPTN akan disemak setiap tahun dengan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dan perubahan dasar-dasar
baharu Kerajaan. PTPTN sentiasa berusaha dan komited dalam memastikan bahawa KPI yang ditetapkan akan dapat dicapai melalui
pelbagai strategi yang digarap. Ia antara langkah proaktif PTPTN dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan di
samping memperkasakan kutipan balik dan skim simpanan bagi tujuan pendidikan.

P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 41
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

SISTEM DAN PROSEDUR KERJA

Sistem dan prosedur kerja perlu sentiasa dikaji semula supaya sesuai dengan perkembangan semasa. Sistem dan prosedur yang cepat
dan cekap akan dapat meningkatkan tahap keberkesanan warga kerja dan organisasi.

PENYELIDIKAN

PTPTN perlu membangun dan mempelbagaikan produk baharu dari semasa ke semasa agar kompetitif dengan senario semasa di
samping penambahbaikan terhadap produk sedia ada. Penyelidikan yang berterusan akan membantu PTPTN dalam mengenal pasti
permasalahan yang timbul atau mencari kaedah baharu yang akan dapat memperkukuhkan lagi peranan dan fungsi sedia ada.

PEMANTAPAN TADBIR URUS

Tumpuan utama Kerajaan pada masa kini adalah untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Pelaksanaan tadbir urus yang baik adalah penting bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dapat
dicapai. Pendekatan yang mengutamakan tadbir urus yang baik adalah cerminan kepada respon terhadap cabaran dan tuntutan kesan
daripada kepesatan perubahan yang berlaku tanpa batasan.

SOKONGAN DAN KERJASAMA PELBAGAI PIHAK

Sokongan dan kerjasama daripada stakeholders, agensi-agensi Kerajaan dan pihak swasta adalah amat penting dalam menjayakan
Pelan Strategik yang dirancang. Tanpa sokongan dan kerjasama pelbagai pihak adalah sukar untuk menentukan hala tuju dalam
mencapai matlamat yang telah disasarkan oleh agensi.

42 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

M E K AN I S M E
PELAKSANAAN

P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 43
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

MEKANISME PELAKSANAAN
Kejayaan Pelan Strategik ini amat bergantung kepada kaedah pelaksanaan dan pemantauan yang berkesan. Pemantauan hendaklah
diadakan secara berkala dan penambahbaikan dibuat pada setiap peringkat pelaksanaan supaya ia sentiasa berada pada hala tuju
sebenar. Dalam memastikan setiap peringkat di PTPTN memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing, strategi dan pelan
tindakan yang dirangka akan dipantau dan disemak semula mengikut jadual perancangan seperti di Jadual 1. Penilaian pencapaian
akan dijalankan setiap enam (6) bulan manakala kajian semakan semula akan dibuat pada tahun 2018 yang akan mengambil kira
senario semasa.

Jadual 1: Jadual Perancangan Pemantauan dan Penilaian Pelan Strategik

BIL PERKARA TARIKH CADANGAN

1 Mesyuarat Pemantauan Pelan Strategik Setiap enam (6) bulan


2 Penilaian keberkesanan / semakan semula 2018

Pelan Strategik PTPTN 2016-2020 merupakan rujukan utama jabatan untuk mencapai matlamat dan sasaran yang telah ditetapkan.
Dalam tempoh pelaksanaan Pelan Strategik ini, elemen pemantauan dan penambahbaikan akan diberi perhatian dari semasa ke
semasa. Justeru, pemantauan terhadap pelaksanaannya akan dibuat oleh satu Jawatankuasa Pemantauan Pelan Strategik seperti
Jadual 2 di bawah:

Jadual 2: Keahlian Jawatankuasa Pemantauan Pelan Strategik

Pengerusi

Ketua Eksekutif
Timbalan
Pengerusi

Timbalan Ketua Eksekutif


(Kewangan &
Khidmat Sokongan)
Setiausaha
Ahli-ahli
Pengurus Besar
( Jabatan Modal Insan) Ahli Mesyuarat
Pengurusan

44 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

M E M AN D AN G
K E H A D A PA N

P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 45
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

MEMANDANG KE HADAPAN
PTPTN diharap akan menjadi sebuah institusi yang menguruskan pinjaman dan
simpanan pendidikan tinggi yang strategik dan inovatif menjelang tahun 2020. Usaha
pembaharuan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan terus
dipergiat bagi menangani isu kemampanan kewangan, pengagihan secara saksama
dan kecekapan operasi selaras dengan ketetapan di dalam Rancangan Malaysia Ke-11
(RMK-11).

Melalui perancangan dan pelaksanaan aktiviti secara terancang,


segala usaha dan strategi yang digariskan di bawah pelan tindakan
ini merupakan satu proses penjajaran yang berterusan ke arah
pencapaian matlamat strategik organisasi serta hala tuju negara
dalam tempoh lima (5) tahun akan datang.

Selepas lima (5) tahun tempoh pelaksanaan, PTPTN diharap akan


berupaya melonjak ke tahap berikut:

(i) Mencapai KPI mengikut sasaran yang ditetapkan;

(ii) Tabung Pendidikan berupaya menjadi sumber utama pinjaman


pendidikan tinggi;

(iii) Perkhidmatan yang berkesan dan efektif melalui penggunaan


ICT secara meluas; dan

(iv) Semua warga PTPTN dapat menghayati dan mengorak langkah


untuk bersama-sama melaksanakan transformasi minda, sikap
dan budaya kerja bagi melonjak prestasi organisasi ke tahap
terunggul.

46 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

PENUTUP

P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 47
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

PENUTUP

Komitmen serta dedikasi yang tinggi daripada semua peringkat kakitangan PTPTN
adalah sangat penting dalam usaha memberikan impak positif terhadap pelaksanaan
aktiviti dan program PTPTN. Ia juga bagi memenuhi tuntutan dan ekspektasi pelanggan
serta stakeholders yang menjadi semakin sukar (complicated) dan mencabar.
Justeru, Pelan Strategik PTPTN 2016-2020 telah menggariskan beberapa strategi yang perlu dilaksanakan dalam usaha merealisasikan
visi dan misi PTPTN ke arah mencapai aspirasi negara maju yang inklusif dan mampan menjelang tahun 2020. Sebagai kesinambungan
kepada Pelan Strategik yang lepas, Pelan Strategik PTPTN 2016-2020 dibangunkan untuk mengurus program-program pembangunan
secara komprehensif bagi tempoh lima (5) tahun akan datang bermula pada tahun 2016. Pelan Strategik ini juga akan dijadikan sebagai
rangka kerja utama kepada pengurusan tertinggi untuk memantau hala tuju organisasi serta meningkatkan keupayaan dalamannya
bagi mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.

Untuk meningkatkan keberkesanannya, pelaksanaan Pelan Strategik ini perlu dipantau secara berkala oleh suatu jawatankuasa khas,
dikaji dan dibuat penambahbaikan secara berterusan supaya selari dengan senario perubahan dan keperluan strategik semasa PTPTN.

48 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

C ATATA N

P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L 49
PELAN
STRATEGIK
2016-2020

C ATATA N

50 P E R B A D A N A N TA B U N G P E N D I D I K A N T I N G G I N A S I O N A L

Anda mungkin juga menyukai