Anda di halaman 1dari 1

SIPNOSIS NOVEL CHOT

Alias, watak utama di dalam novel Chot ini merupakan murid tahun lima
yang tinggal bersama ibunya yang lumpuh setelah kematian ibunya. Alias telah
memelihara seekor beruk yang dinamakan Chot yang sebelum ini dijaga oleh
bapanya. Alias bergantung hidup dengan mengambil upah memetik buah kelapa
melalui Chot. Bapanya sebelum ini meninggal dunia kerana terjatuh daripada
pokok kelapa lima tahun yang lepas. Suatu hari Chot menghilangkan diri dan Alias
tetap ingin mencarinya sehingga lewat untuk hadir ke sekolah. Dalam perjalanan
pulang dari sekolah, Alias berjaya menemui Chot dan berasa gembira.
Keesokannya, Alias dimarahi oleh Cikgu Sunan sehingga dia terkejut lalu terjatuh
dan terkena pada meja sekolah. Ekoran peristiwa tersebut, Alias tidak hadir ke
sekolah sehingga seminggu dan hanya pergi memetik kelapa bersama Chot.

Alias memberikan alasan untuk membeli beras kepada ibunya kerana dia
tidak ke sekolah sepanjang minggu. Alias tidak mahu ke sekolah juga kerana
diejek berbau busuk oleh murid lain. Cikgu Sunan bertanya kepada Som, kawan
baik Alias kenapa dia tidak hadir dan baru dia tahu bahawa Alias sakit telinga
hingga bernanah. Cikgu Sunan mengambil keputusan untuk melawat Alias dan
disambut baik oleh ibu Alias. Alias juga tidak berdendam dengan Cikgu Sunan dan
melayaninya dengan ramah. Tetapi kedatangan Cikgu Sunan tidak disenangi Chot

Ketika Cikgu Sunan memeriksa telingan Alias yang bernanah, Chot


melompat sehingga rantai yang mengikatnya putus dan menerkam kemudian
menokak lengan Cikgu Sunan. Keadaan yang kelam kabut itu telah menyebabkan
Alias untuk mengambil lembing dari bawah rumahnya dan menyodok perut Chot
selepas segala usaha untuk melepaskan Chot daripada menokak lengan Cikgu
Sunan Tidak berjaya. Alias berasa sedih kerana beruk yang selama ini
membantunya mencari rezeki telah mati dan dia tiada punca pendapatan untuk
ke sekolah. Cikgu Sunan menenangkan Alias dan telah berjanji untuk menanggung
segala kos persekolahan Alias sehingga ke universiti.

Anda mungkin juga menyukai