Anda di halaman 1dari 4

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PROSEDUR LAWATAN KELUAR MURID DALAM NEGARA

Pihak sekolah perlu mematuhi peraturan- peraturan di bawah dan di susun sebagaimana berikut :

1) Prosedur Lawatan Dalam Negara

BIL PERKARA CATATAN

1 SURAT IRINGAN SEKOLAH 1 set salinan

2 BORANG PPS 57

3 SENARAI NAMA MURID 4 set salinan ( setiap set mesti

4 SENARAI NAMA PEGAWAI / GURU PENGIRING mengandungi item no.2 hingga no.7)

5 TENTATIF PROGRAM

6
SURAT PUNCA KUASA DARIPADA PENGETUA ATAU

GURU BESAR (SEKIRANYA MENGGUNAKAN

KENDERAAN GURU @ SENDIR)I

7
SALINAN PERAKUAN PEMERIKSAAN (PUSPAKOM), CUKAI
JALAN, GAMBAR KENDERAAN (SEKIRANYA
MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KENDERAAN AWAM)

8
KERTAS CADANGAN
2) Prosedur Lawatan Luar Negara

BIL PERKARA CATATAN

1 SURAT IRINGAN 3 Salinan

2 SENARAI SEMAK

3 LAMPIRAN A

4 LAMPIRAN B

5 LAMPIRAN C Sertakan bersama :

- salinan passport semua peserta


lawatan di Lampiran C.
- salinan surat kelulusan ke Luar
Negara Guru Pengiring.

6 LAMPIRAN D

7 KERTAS CADANGAN
CATATAN :

 Borang PPS 57 hendaklah bertaip dan disahkan oleh Ketua Jabatan @ Pengetua @ Guru
Besar dengan tandatangan dan cop asal pada setiap helaian.

 Sekiranya sekolah ingin membuat lawatan berkelompok / bergabung kenderaaan, permohonan


lawatan adalah atas nama sekolah masing- masing dan juga permohonan boleh dibuat atas nama
PPD atau Jabatan.

 Penyelia rombongan adalah termasuk dalam senarai nama guru pengiring dan nyatakan nombor
telefon yang boleh dihubungi untuk memudahkan sebarang pertanyaan atau pembetulan.

 Semua nama pegawai pengiring perlu dinyatakan dalam Borang PPS 57 serta jawatan samada
Guru, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dll. Ibubapa @ penjaga @ anak (selain dari murid
sekolah berkenaan) tidak perlu dinyatakan.

 Kertas Cadangan atau Kertas Kerja hendaklah diluluskan oleh Ketua Jabatan terlebih dahulu.

 Tempoh permohonan lawatan dalam negeri adalah 3 minggu, luar negeri adalah 5 minggu
dan ke Luar Negara tidak kurang 3 bulan dari tarikh lawatan serta perlu hadir ke Sektor
Pengurusan Sekolah untuk khidmat nasihat sebelum membuat sebarang perancangan bagi
mengelakkan sebarang kesulitan. Jika lewat atau tidak patuh SOP, hendaklah menyediakan
surat rayuan (sebab kelewatan) kepada Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri
Kelantan.

 Sekiranya program melibatkan aktiviti air atau pendakian, perlu disertakan senarai jurulatih
bertauliah yang disahkan oleh agensi / syarikat dan salinan Lesen Jurulatih Air yang bertauliah
perlu disertakan atau Pegawai Pengiring daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

 Waktu pergerakan semua lawatan adalah bermula jam 7.30 pagi dan waktu sampai tidak lebih jam
10.00 malam. Sebarang pergerakan / perjalanan pada waktu malam adalah DILARANG.

 Yuran penglibatan guru wajib dinyatakan dalam program / lawatan dan hendaklah sama @ lebih
dari nilai bayaran murid serta wajib dinyatakan dalam borang PPS 57.

 Nisbah 1 guru : 10 murid (Pelajar Aliran Perdana)


1 guru : 5 murid (Program melibatkan Air atau Mendaki)
1 guru : 5 murid (Pelajar Pra Sekolah)
1 guru : 5 murid (Pelajar Sekolah Asli)
1 guru : 5 murid (Pelajar Pendidikan Kelas Integrasi (PPKI)
1 guru : 5 murid (lawatan ke luar Negara bagi sekolah rendah)
1 guru : 8 murid (lawatan ke luar Negara bagi sekolah menengah)

 Sebarang pindaan / perubahan tarikh lawatan yang telah diluluskan, surat iringan dari sekolah
yang menyatakan perubahan tarikh dan juga tentatif baru perlu dihantar semula bersama
kesemua salinan yang telah diambil ke Sektor Pengurusan Sekolah sekurang – kurangnya
seminggu sebelum tarikh asal lawatan.

 Sekiranya permohonan pertukaran tarikh baru adalah selepas tarikh asal lawatan maka
permohonan lama akan terbatal dan perlu membuat permohonan baru.

 Mohon pihak sekolah menyediakan pengangkutan / kenderaan awam yang membolehkan guru
pengiring dan murid dilindungi Insuran Kemalangan.
 Sekiranya mana-mana sekolah yang tidak mampu menyediakan kenderaan / pengangkutan
awam, WAJIB ada surat punca kuasa penggunaan kenderaan guru pengiring untuk membawa
murid daripada Pengetua / Guru Besar sekolah terlibat.

Anda mungkin juga menyukai