Anda di halaman 1dari 1

Cerita Kanak-kanak : Sang Kancil Menipu Harimau

Harimau: (suara meninggi) Hah, Sang Kancil! Di sini rupanya kamu berada.

Sang Kancil : (terperanjat) Oh harimau, apa lagi yang kamu hendak? (lalu berdiri dengan cepa

Harimau: (suara meninggi) Aku hendak makan kamu.(sambil mengangkat kaki hadapannya da
membuka mulutnya.)

Sang Kancil: Nak makan aku? Eh, sekarang tidak boleh, harimau...Aku telah diperintahkan ole
Sulaiman supaya menunggu benda ini. (sambil menunjuk ke arah sarang tebuan itu)

Harimau: (kehairanan sambil melihat sarang tebuan) Apa benda itu?

Sang Kancil: Oh, ini gong Raja Sulaiman. Baginda akan mendengar bunyi gong ini apabila bag
hendak ke hutan.

Harimau: Hmm...tentu sedap bunyi gong raja ya.

Sang Kancil: Sudah tentulah. Siapa yang mendengarnya akan rasa gembira.

Harimau sangat ingin mendengar bunyi gong raja itu dan meminta Sang Kancil memalunya teta
Kancil menolak permintaan harimau. Sang Kancil memberi alasan yang tugasnya hanya untuk
menunggu dan bukan memalu gong itu.

Harimau: (sambil merayu) Tolonglah Sang Kancil. Palulah gong raja itu. Sekali pun cukuplah. L
baginda tiada di sini.

Sang Kancil: Eh, tidak boleh, harimau. Kalau aku palu gong ini, bermakna aku tidak jujur.

Harimau: Kalau begitu, biarlah aku yang memalunya.

Sang Kancil terdiam seketika tetapi berasa sungguh lega. Harimau telah termakan helahnya.

Sang Kancil: Baiklah, harimau. Jika kamu hendak memalu gong raja ini, biarlah aku pergi jauh d

Sang Kancil memberikan sepotong kayu kepada harimau. Dia meminta harimau memalu gong itu
mendengar arahan daripadanya. Kemudian, Sang Kancil pergi jauh dari situ.

Sang Kancil: (berteriak dengan kuat) Harimau, palu!

Harimau pun memalu sarang tebuan itu. Apabila sarang tebuan itu dipalu, kesemua tebuan itu kel
menyengat harimau.

Harimau: (mengaum dengan kuat)Aummm!

Harimau menjerit kesakitan kerana tebuan itu telah menyerang seluruh tubuhnya. Dia berlari d
pantas tetapi tebuan-tebuan itu terus mengejarnya. Mujurlah harimau terjumpa sungai. Harima
terjun ke dalamnya untuk menyelamatkan diri.

Anda mungkin juga menyukai