Dokumen - Tips - Teks Pengacara Minggu Bahasa
Dokumen - Tips - Teks Pengacara Minggu Bahasa
2. KATA ALU-ALUAN
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita aturkan setinggi-tinggi syukur kita ke hadrat Illahi, Tuhan sekalian alam,
Tuhan yang maha tinggi dan maha perkasa, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita diberi luangan waktu dan
kesempatan, dianugerahkan kesihatan da kesempatan untuk bersama-sama berhimpun di Dataran warga SMK
Ghafar Baba ini dalam majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Tahun 2011. Syukur juga kerana dengan izin-Nya,
kita dapat berteduh berbumbungkan redup langit dan damai rasa ceria suasana.
3. NYANYIAN
Semua guru dan pelajar diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan seterusnya memurnikan
bibir dengan lagu tema sambutan, lagu Bahasa Jiwa Bangsa.
XXXXXX
Bulan Bahasa Kebangsaan berlangsung sepanjang bulan Oktober di seluruh negara. Sambutan Bulan Bahasa
Kebangsaan ini adalah merupakan suatu usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita sebagai
bahasa komunikasi, bahasa ilmu, bahasa sejagat wahana perpaduan rakyat.
4. DOA
Dipersilakan..
XXXXXXX
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz .......................atas bacaan doa sebentar tadi.
5. UCAPAN PERASMIAN
Pihak majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Pn Nohayati binti Saad, Pengetua SMK DHMT untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan SMK Dato’ Hj Mohd Taib tahun
2013.
Dipersilakan..
XXXXXXX
Pihak majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih atas ucapan perasmian yang telah
disampaikan.
Pihak Panitia Bahasa Melayu telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan ini.
Para pelajar boleh merujuk maklumat berkaitan aktiviti di papan maklumat kelas dan papan kenyataan Panitia
Bahasa Melayu. Diharapkan pelajar-pelajar memberi sokongan dan kerjasama bagi setiap aktiviti yang telah
dirancang.
6. PERSEMBAHAN
Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu noktah, majlis akan diserikan dengan persembahan
kebudayaan.
XXXXXXXXX
Pihak majlis merakam setinggi-tinggi penghargaan atas persmbahan yang telah disampaikan.