Anda di halaman 1dari 49

‫‪Vq‬‬

‫‪m‬‬

‫‪KELEBIHAN SOLAT TARAWIH‬‬

‫‪Daripada Saidina Abu Hurairah r.a. katanya:‬‬

‫ان ِإي َمانًا َواحْ تِ َسابًا ُغفِ َر لَهُ َما‬


‫ض َ‬‫ال‪َ :‬م ْن قَا َم َر َم َ‬
‫هللا ﷺ قَ َ‬
‫ُول ِ‬ ‫َأ َّن َرس َ‬
‫تَقَ َّد َم ِم ْن َذ ْنبِ ِه‪.‬‬
‫‪Sabda Baginda:“Sesiapa yang mendirikan solat malam Ramadhan dengan‬‬
‫‪keimanan dan penuh tulus, nescaya diampunkan dosanya yang terdahulu”.‬‬
‫)‪(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim‬‬

‫‪GALAKAN SOLAT BERSAMA IMAM HINGGA SELESAI‬‬

‫‪Imam al-Nasa’i meriwayatkan daripada Saidina Abi Zar al-Ghifari r.a‬‬


‫‪katanya:‬‬
‫ان فَلَ ْم يَقُ ْم بِنَا َحتَّى بَقِ َي َس ‪ْ B‬ب ٌع ِم َن‬ ‫ض‪َ B‬‬ ‫ُول هللاِ ﷺ ِفى َر َم َ‬ ‫ص ْمنَا َم َع َرس ِ‬ ‫ُ‬
‫ث اللَّي ِْل ثُ َّم لَ ْم يَقُ ْم بِنَا ِفى السَّا ِد َس ِ‪B‬ة فَقَا َم بِنَا‬ ‫ب ثُلُ ُ‬‫ال َّشه ِْر فَقَا َم بِنَا َحتَّى َذهَ َ‬
‫ُول هللاِ لَ ْو نَفَ ْلتَنَا بَقِيَّةَ‬
‫ت ‪ :‬يَا َرس َ‬ ‫ط ُر اللَّي ِْل فَقُ ْل ُ‬‫ب َش ْ‬ ‫فِى ْال َخا ِم َس ِة َحتَّى َذهَ َ‬
‫ب هللاُ لَهُ قِيَا َم‬ ‫ف َكتَ َ‬ ‫ص ِر َ‬ ‫ال‪ِ :‬إنَّهُ َم ْن قَا َم َم َع اِإْل َم ِام َحتَّى يَ ْن َ‬
‫لَ ْيلَتَنَا هَ ِذ ِه؟ قَ َ‬
‫الش‪BB‬ه ِْر فَقَا َم بِنَا ِفى‬ ‫ث ِم َن َّ‬ ‫ُص‪BB‬لِّ بِنَا َولَ ْم يَقُ ْم َحتَّى بَقِ َي ثَاَل ٌ‬‫لَيْلَ ِة‪ .‬ثُ َّم لَ ْم ي َ‬
‫الثَّالِثَ ِة َو َج َم َع َأ ْهلَهُ َونِ َسا َءهُ َحتَّى تَ َخ َّو ْفنَا َأن يَفُوتَنَا ْالفَاَل حُ‪.‬‬
‫‪1‬‬
“Adalah kami berpuasa di bulan Ramadhan bersama Rasulullah s.a.w. Maka
Baginda tidaklah keluar bersolat (tarawih) bersama kami melainkan apabila
bulan Ramadhan cuma berbaki tujuh hari sahaja. Maka Baginda bersolat
bersama kami sehingga berlalu sepertiga malam. Baginda tidak keluar pada
baki yang keenam. Pada baki yang kelima Baginda keluar bersolat bersama
kami hingga berlalu setengah malam. Lalu aku bertanya: “Wahai Rasulullah,
bolehkah kiranya tuan izinkan kami terus bersolat lagi untuk baki sisa malam
kami ini?. Lalu Baginda bersabda: “Bahawasanya sesiapa yang bersolat
bersama imam hingga imam selesai, nescaya Allah Ta’ala menyuratkan
baginya pahala bersolat sepanjang malam’. Kemudian Baginda s.a.w tidak
lagi keluar kepada kami sehinggalah pada baki yang ketiga daripada bulan
Ramadhan. Maka baginda bersolat bersama kami dan mengumpulkan isteri-
isterinya dan keluarganya bersolat sehingga kami takut kalau-kalau tidak
sempat bersahur’.

(Sunan al-Nasaie. 3-199/ Darul-Fikr)

BILANGAN RAKAAT DI ZAMAN NABI S.A.W

Para sahabat Rasulillah s.a.w, apabila mendapat galakan daripada Baginda


s.a.w supaya melakukan qiam Ramadhan (tarawih), lalu mereka pun
berusaha mengerjakannya. Ada yang melakukannya sendiri dan ada yang
mengikut seorang imam yang hafizh (iaitu bagi mereka yang tidak menghafaz
seluruh al-Quran).

Daripada Saidina Abi Hurairah r.a katanya: ”Pada satu malam Rasulullah
s.a.w keluar ke masjid, lalu Baginda melihat orang ramai bersembahyang di
penjuru masjid. Lalu Baginda bertanya: Siapa mereka itu?. Lalu dijawab
kepada Rasulullah saw:’ Mereka itu adalah orang yang tidak menghafaz al-
Quran, lalu mereka bersolat di belakang Ubai bin Ka’ab r.a yang menjadi
imam mereka. Lalu Baginda s.a.w bersabda: “Betullah apa yang mereka
lakukan’ atau sabdanya: “Alangkah eloknya apa yang mereka lakukan”.
(Riwayat Ibnu Khuzaimah dalam Shahihnya)

‘Aisyah r.a berkata: ”Adalah orang ramai pada masa Nabi s.a.w, bersolat di
masjid Nabawi pada bulan Ramadhan berkelompok-kelompok, mana-mana
yang hafaz al-Quran maka dia diikut oleh sekelompok manusia, lima atau
enam orang atau lebih sedikit atau lebih banyak dari itu, mereka bersolat
berimamkan kepada imam hafiz tersebut”.
(Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, shahih)

2
Adapun tentang bilangan rakaat solat tarawih di zaman Nabi s.a.w, berlaku
khilaf (perselisihan pendapat) di kalangan para ulamak pada menentukan
kadar bilangan rakaatnya.

Pandangan pertama:

Pandangan yang bercanggah dengan jumhur (majoriti ulama), bahawa


solat tarawih itu hanyalah lapan rakaat sahaja, tidak boleh lebih dari itu.
Al-Syeikh al-Albani berkata: “Tidak boleh ditambah lebih daripada sebelas
rakaat (termasuk witir), kerana penambahan itu membawa kepada
membatalkan perbuatan Nabi s.a.w dan membawa kepada tidak
mempedulikan sabdanya: ”Solatlah sebagaimana kamu melihat aku bersolat”.

Syeikh Albani juga membawakan sebuah hadis daripada Imam Ibnu Hibban
dan Imam Ibnu khuzaimah, daripada Jabir r.a, bahawasanya Rasulullah
s.a.w. bersolat bersama para sahabat sebanyak lapan rakaat dan witir.
Kemudian mereka menunggu Baginda pada malam yang berikutnya, namun
Baginda tidak keluar.

Hujjah ketiga Syeikh Albani ialah hadis ‘Aisyah r.a (riwayat Imam Bukhari dan
Muslim): “Tidaklah Baginda Rasulullah s.a.w menambah bilangan rakaat solat
malam Baginda, sama ada pada bulan Ramadhan atau pada bulan lainnya
lebih daripada sebelas rakaat”.
(Mizanul-‘Adil 202-203)

Syeikh Albani juga berkata: “Bahawasanya solat tarawih itu bukanlah jenis
sunat mutlak, sehingga boleh dipilih bilangan rakaat sesuka hati, bahkan ia
adalah sunat muakkadah yang menyerupai fardhu”.
(Lailus-Salihin wa Qashasul-‘Abidin-215)

Pandangan Kedua:

Yaitu pandangan jumhur ulama dan juga empat mazhab. Bahawa


bilangan rakaat solat tarawih adalah tidak sabit secara putus bilangannya
yang tertentu daripada Rasulillah s.a.w.
(Mizanul-‘adil 203)

Hal ini kerana tidak sabit hadis-hadis daripada Nabi s.a.w tentang bilangan
rakaat yang dilakukan Rasulullah s.a.w. Hadis-hadis yang menyebut tentang
bilangan rakaat solat Baginda sa..w adalah diragui serta dipertikaikan
keshahihannya oleh ahli hadis.

Adapun berkenaan hadis riwayat Jabir r.a. yang disebutkan oleh Syeikh
Albani itu dipandang terlalu dhaif oleh sebahagian ahli hadis, kerana pada
sanadnya terdapat ‘Isa bin Jariah. Berkata Imam Ibnu Ma’in: “Beliau
meriwayatkan hadis-hadis munkar”. Sementara Imam Abu Daud berkata: “Isa
diingkarkan hadisnya”. Imam Ibnu ‘Adiy berkata: “Hadis-hadisnya tidak

3
terpelihara”. Sementara Imam al-Saaji dan Imam al-‘Aqili menyenaraikannya
sebagai rijal yang dhaif.
(Mizanul-‘Adil 203)

‘Allamah Imam Badruddin al-‘Aini al-Hanafi, ketika menyebut tentang ikhtilaf


ulama’ pada kadar bilangan rakaat solat tarawih menyebutkan beberapa
jumlah yang berbeza, namun tidak menyebut langsung bilangan lapan
rakaat sebagaimana menurut fahaman Albani itu, antara bilangan yang
disebutkan oleh beliau ialah:
 pandangan yang mengatakan 41 rakaat.
 pandangan yang mengatakan 40 rakaat dan 7 witir.
 pandangan yang mengatakan 39 rakaat.
 pandangan yang mengatakan 36 rakaat.
 pandangan yang mengatakan 34 rakaat.
 pandangan yang mengatakan 20 rakaat.
 pandangan yang mengatakan 28 rakaat.
 pandangan yang mengatakan 24 rakaat.
(Sila rujuk:‘Umdatul-Qari ,jilid 8 ms 245)

Hujjah pandangan kedua ini diperkuatkan lagi oleh kenyataan Ibnu


Taimiyah sendiri di dalam kitab beliau (Majmu’ Fatawa)…
Imam Mulla ‘Ali al-Qari, pada kitabnya al-Mirqat al-Mafatih Syarah Misykaat
al-Masobih berkata: “Ibnu Taimiyah berkata: “Ketahuilah bahawa tidak
ditentukan oleh Rasulullah s.a.w akan bilangan rakaat tertentu solat
tarawih. Bahkan Baginda tidak menambah –solat malamnya- pada bulan
Ramadhan mahupun pada bulan lainnya lebih dari tiga belas rakaat, akan
tetapi Rasulullah s.a.w bersolat beberapa rakaat. Manakala Saidina Umar
r.a mengumpulkan mereka, berimamkan Ubai bin Ka’ab r.a, beliau bersolat
bersama mereka dua puluh rakaat dan berwitir tiga rakaat. Dan adalah
beliau meringankan masa bacaan menurut kadar bilangan rakaat yang
ditambah, kerana ia lebih memberi keringanan kepada makmum. Kemudian
segolongan salaf menambah kepada empat puluh rakaat dan berwitir tiga
rakaat, sementara segolongan yang lain pula melakukan sebanyak tiga
puluh enam rakaat dan berwitir tiga rakaat. Dan semua perbuatan ini adalah
baik. Dan sesiapa yang menyangka bahawa qiam Ramadhan itu
mempunyai bilangan yang tertentu yang ditentukan oleh Nabi s.a.w,
tidak lebih dan tidak kurang, maka orang itu salah”.
(Mizanul-‘Adil ;208)

4
HADIS 20 RAKAAT DARI NABI S.A.W

Imam al-Zurqoni telah menyebut di dalam kitabnya, Syarah al-Muwattho’:


“Dan diriwayatkan oleh Imam Ibnu Abi Syaibah, daripada Ibni ‘Abbas r.a
katanya:

ً‫ين َر ْك َعة‬
َ ‫ان فِى َغي ِْر َج َما َع ٍة بِ ِع ْش ِر‬
َ ‫ض‬َ ‫ُصلِّى فِى َر َم‬
َ ‫ان النَّبِ ُّى ﷺ ي‬ َ ‫َك‬
.‫َو ْال ِو ْت ِر‬
“Adalah Nabi s.a.w bersolat (tarawih) pada bulan ramadhan dengan tidak
berjamaah sebanyak dua puluh rakaat dan berwitir”.

Akan tetapi hadis di atas didhaifkan oleh Imam Ibnu ‘Abdil-Barr dan Imam
al-Baihaqi, (alasannya ialah Muslim bin Khalid al-Zanji, guru Imam al-
Syafi’ie, namun Imam Syafi’ie mengatakan dia adalah seorang yang tsiqah).
( Al-Zurqoni Syarah al-Muwattho’ -1-292. Ithaf -4-593)

Perhatian: Imam Muslim bin Khalid al-Zanji walaupun dianggap dhaif oleh
sebahagian ulamak hadis namun sebahagian yang lain menganggap beliau
adalah tsiqah, antaranya ialah Imam Ibnu Hibban, katanya: “Tidak mengapa
dengan beliau”. Imam Daruquthni berkata: “Beliau adalah tsiqah”. Imam Ibnu
‘Adiy berkata: “Hadisnya baik, aku berharap tidak mengapa dengan beliau”.
Imam Ibnu Ma’in berkata: “Beliau adalah tsiqah”.
(Lihat Aujaz al-Masalik syarh Muwattho’ Malik’ -2-291. )

Dr. ‘Abdul Hamid al-Rifaie berkata: “Kemudian telah kulihat takhrij yang
dilakukan oleh Syaikhul Islam Ibnu Hajar terhadap kitab al-Syarhul-Kabir
menyebut seperti berikut:

‫ة‬Bِ َ‫كَان فِى اللَّيْل‬


َ ‫ين َر ْكعَ ةً لَ ْيلَتَي ِْن فَلَ َّما‬َ ‫ ِر‬BB‫اس ِع ْش‬ ِ َّ‫لَّى ﷺ بِالن‬BB‫ص‬ َ ُ‫ِإنَّه‬
‫يت َأ ْن‬ ُ B ‫ َخ ِش‬:‫قَال فِى ْالغَ ِد‬ َ ‫ رُجْ ِإلَ ْي ِه ْم ثُ َّم‬B‫الثَّالِثَ ِة اجْ تَمَ َع النَّاسُ فَلَ ْم يَ ْخ‬
ِ ‫ق َعلَى‬
.‫ص َّحتِ ِه‬ َ ‫تُ ْف َر‬
ٌ َ‫ض َعلَ ْي ُك ْم فَاَل تُ ِطيقُوهَا)) ُمتَّف‬
“Adalah Baginda s.a.w bersolat dengan orang ramai dengan bilangan dua
puluh rakaat pada kedua malam yang Baginda keluar itu. Manakala orang
ramai berkumpul pada malam yang ketiga, lalu Baginda tidak keluar.
Besoknya Baginda bersabda: “Aku takut difardhukan ke atas kamu, maka
5
kamu tidak mampu melakukannya. Kata Syaikhul Islam: “Disepakati atas
kesahihannya”.
(Bahrul Haqaiq wa lubb al-Raqaiq , 197)

JAWAPAN TERHADAP HADIS ‘AISYAH R.A

Adapun tentang hadis riwayat ‘Aisyah r.a (bahawa Nabi tidak menambah
lebih dari sebelas rakaat). Maka dijawab oleh jumhur ulama’ bahawa ucapan
‘Aisyah r.a itu bermaksud solat witir, bukan solat tarawih, ini kerana kata-
kata: ‘tidak pada bulan lainnya’, menunjukkan apa yang dimaksudkannya
ialah solat malam Baginda s.a.w, bukannya solat tarawih, kerana solat
tarawih tidak ada pada bulan-bulan lain daripada bulan Ramadhan. Maka
hadis ‘Aisyah itu tidak sesuai dijadikan dalil untuk menetapkan bahawa solat
tarawih itu hanyalah lapan rakaat.

Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar berkata:

.‫ان ْال َع َد ِد‬


َ َ‫ث َعاِئ َشةَ بَي‬ ِ ‫لَ ْم َأ َر فِى َش ْي ٍء ِم ْن طُر‬
ِ ‫ُق َح ِدي‬
“Tidaklah aku dapati sesuatu pun dari jalan riwayat hadis Aisyah r.a. yang
menerangkan tentang bilangan (solat tarawih).
( Aujaz al-Masalik syarh Muwattho’ Malik’ 2/286. )

‘Allamah Imam al-Qasthalani (Ulamak Tafsir terkenal), di dalam kitabnya


Irsyad al-Sari berkata:
ُّ‫كَان َأى‬
َ ِ ‫َوأ َّما قَ ْو ُل َعاِئ َشةَ اآْل تِي ِفى هَ َذا ْالبَا‬
‫آ َء هللاُ تَعَالَى َما‬B ‫ب ِإ ْن َش‬
‫ر ِه َعلَى‬B
ِ B‫ان َواَل فِى َغ ْي‬َ B‫ض‬ َ ‫ ُد فِى َر َم‬B‫لَّ َم يَ ِزي‬B‫ ِه َو َس‬B‫لَّى هللاُ َعلَ ْي‬B‫ص‬ َ ‫النَّبِ ِّى‬
...‫ِإحْ َدى َع ْش َر ِة َر ْك َعةً فَ َح َّملَهُ َأصْ َحابُنَا َعلَى ْال ِو ْت ِر‬
“Adapun perkataan Saidatina ‘Aisyah r.a. yang akan datang sebutnya,
bahawa Nabi saw tidak menambah pada bulan Ramadhan dan tidak pada
bulan lainnya, melainkan sebelas rakaat, maka para sahabat kami –yakni
para ‘ulamak mazhab Syafi’ie- menanggungkannya kepada maksud solat
witir’.
(Irsyad al-Sari, Syarah Sahih Al-Bukhari,jilid4-ms578)

Mengulas tentang hujjah Syeikh Albani, al-Syeikh Ahmad Mustafa Qasim


Thahthawi berkata: “Adapun hujjah hadis ‘Aisyah r.a yang beliau gunakan,
yang telah disebutkan sebelum ini, bahawa Nabi s.a.w tidak menambah
pada bulan Ramadhan dan pada bulan lainnya lebih dari sebelas rakaat,
untuk menolak harusnya solat tarawih lebih dari lapan rakaat. Maka adalah
6
tidak sempurna berdalilkan dengan hadis itu. Sepertimana yang telah
kami sebutkan sebelum ini pada perbahasan bilangan rakaat solat malam
baginda, bahawa ada ketikanya Baginda melakukan lebih dari sebelas
rakaat, sebab itulah imam-imam hadis seperti al-Hafiz Imam Ibnu Hajar dan
lainnya, juga seperti ‘Allamah Imam al-Nafrowi menanggungkan maksud
hadis ini ialah menurut ghalib ‘amalan Baginda. Di dalam kitab al-Risalah,
Imam al-Nafrowi berkata: “Berkata sebahagian para masyaikh (yakni para
ulama terkemuka): “Apa yang dikatakan oleh ‘Aisyah r.a ialah menurut
ghalib perlakuan Rasulullah s.a.w, maka tidaklah bertentangan dengan
hadis yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w melakukan tiga belas rakaat,
lima belas rakaat dan bilangan lainnya”.
Adapun dalilnya ialah hadis riwayat Abu Hurairah r.a, bahawasanya Nabi
s.a.w bersabda: “Janganlah kamu berwitir dengan tiga rakaat sekaligus
yang menyerupai solat Maghrib, akan tetapi berwitirlah lima rakaat atau
tujuh rakaat atau sembilan rakaat atau sebelas rakaat atau lebih dari itu’.
Hadis ini adalah shahih, rijal-rijalnya adalah tsiqah, dishahihkan oleh Imam
al-‘Iraqi. Imam al-Hafidz juga menyebutkan hadis ini pada kitabnya –al-
Talkhish- dan pada –Fathul Bari- serta tidak mendhaifkannya. Maka hadis
ini menurut syarat Imam al-Hafidz adalah shahih atau hasan”.
(Lailus-Solihin; 216)

Sementara ada pula riwayat daripada Saidina ‘Ali r.a, katanya: “Adalah
Rasulullah s.a.w bersolat malam sebanyak enam belas rakaat, tidak
termasuk solat fardhu’. Hadis ini adalah hasan, riwayat Imam ‘Abdullah bin
Ahmad di dalam (Ziadaat al-Musnad). Imam al-Haitsami berkata: “Semua
perawinya adalah tsiqah”.

Syeikh Abdul Qadir ‘Isa berkata: “Adapun hadis yang kedua, riwayat
daripada Saidatina ‘Aisyah r.a, maka hadis itu tidak dapat digunakan sebagai
hujjah kerana beberapa sebab, antaranya:

 Pertama: Kerana maksud hadis itu ialah solat witir, bukan solat
tarawih. Sebab, jika Nabi s.a.w cuma berwitir tiga rakaat sahaja
sepanjang bulan Ramadhan, kerana bersolat tarawih lapan rakaat, ini
bertentangan pula dengan larangan Nabi s.a.w sendiri supaya
berwitir lima rakaat atau tujuh rakaat atau sembilan atau lebih dari itu.
 Kedua: Hadis riwayat Imam Tirmizi yang menyebut tentang solat witir
Nabi s.a.w sebanyak tiga belas rakaat, sebelas rakaat, Sembilan
rakaat, tujuh rakaat atau lima rakaat. Maka adakah munasabah
Baginda hanya melakukan sebanyak tiga rakaat sepanjang bulan
ibadat itu. Hal ini, menguatkan hujjah bahawa maksud sebelas
rakaat itu ialah solat witir.
 Ketiga: Berbeda-bedanya riwayat daripada ‘Aisyah r.a sendiri,
kerana ada riwayat daripada ‘Aisyah r.a sendiri yang menyebut
bahawa Baginda s.a.w bersolat malam tiga belas rakaat, kemudian
apabila Baginda mendengar azan subuh, Baginda s.a.w melakukan
7
pula salat dua rakaat yang ringan, maka jumlah semuanya ialah lima
belas rakaat. Kenyataan ini dikuatkan lagi oleh keterangan Imam
Shon’ani, pengarang kitab Subulas-Salam, beliau berkata:
“Ketahuilah bahawa telah datang riwayat yang berbeda-beda
daripada ‘Aisyah r.a. tentang cara dan bilangan rakaat solat
malam Nabi s.a.w”.
 Keempat: Dapat difahami dari keterangan sebelum ini, bahawa telah
berlaku iththirob (bercampur-baur) pada riwayat hadis daripada
‘Aisyah r.a. Walaupun hadis ini diakui sah, tetapi menurut kaedah
ilmu hadis, sesuatu hadis, apabila berlaku iththirob, maka hadis itu
tidak dapat dijadikan hujjah.
 Kelima: Jika kita katakan bahawa, bilangan solat tarawih hanya
lapan rakaat, tidak lebih, maka pandangan ini bertentangan dengan
fahaman para sahabat r.a. dan juga amalan mereka. Bilamana telah
sabit dan sah daripada mereka, bahawa mereka mengerjakan
sebanyak dua puluh rakaat pada zaman Saidina Umar, ‘Usman dan
Saidina ‘Ali r.a. Dan kekalnya amalan itu dilakukan oleh penduduk
Makkah hinggalah ke zaman imam-imam mazhab yang empat.
 Keenam: Tidak dapat diterima akal, jika tsabit bilangan rakaat solat
tarawih lapan rakaat daripada Nabi s.a.w. tiba-tiba para sahabat
sepakat menyalahi amalan Baginda, lalu bersolat sebanyak duapuluh
rakaat.
 Ketujuh: Juga tidak dapat diterima akal, jika ‘Aisyah r.a. mengetahui
bahawa solat tarawih Nabi s.a.w hanya lapan rakaat, tidak lebih,
kemudian beliau boleh berdiam diri bilamana para sahabat r.a
menyalahi amalan Nabi s.a.w lalu melakukannya dua puluh rakaat.
Maka inilah alasan kukuh bahawa riwayat Saidatina ‘Aisyah itu
sebenarnya ialah tentang bilangan rakaat sunat witir, bukan solat
tarawih, hal ini menunjukkan bahawa pandangan golongan yang
menetapkan solat tarawih itu hanyalah lapan rakaat adalah salah.
( Rujuk Kitab Mizanul-‘Adil; 205-206)

Maka pandangan yang lebih benar ialah pandangan jumhur ‘ulamak.

8
PETIKAN KATA-KATA ‘ULAMAK MUKTABAR

 Imam al-Syafi’ie (204 H) berkata: “Dan tidak ada had tertentu pada
bilangan rakaatnya, kerana ia adalah nafilah (solat sunat). Jika
mereka panjangkan qiam dan kurangkan sujud –yakni bilangan
rakaat- pun elok, itu yang aku suka, jika mereka banyakkan rakaat
pun elok juga”. (Lailus-Solihin-212)
 Imam al-Suyuthi berkata: “Bahawasanya para ‘ulamak berselisih
pendapat tentang bilangan rakaatnya. Jika benarlah bilangan rakaat
ini sabit daripada perbuatan Rasulullah s.a.w, nescaya para ulamak
tidak akan berbeda pendapat padanya sepertimana bilangan rakaat
solat witir dan solat rawatib”. (al-Hawi lil Fatawa).
 Ketika ditanya berapakah bilangan rakaat solat malam bulan
Ramadhan, Imam Ahmad bin Hanbal menjawab: “Sesungguhnya
berbeda-beda pandangan tentangnya lebih kurang empat puluh
pendapat. Solat tarawih itu adalah jenis solat-solat sunat, tidak
mengapa dilakukan lebih daripada dua puluh rakaat”. (Irsyadus-Sari, 4-578).
 Imam Tajuddin al-Subki, pada kitab syarah al-Minhaj berkata:
“Ketahuilah, bahawa tidak datang riwayat yang benar-benar shahih
daripada Nabi s.a.w tentang berapakah bilangan rakaat yang
dilakukan oleh Baginda s.a.w, adakah dua puluh rakaat atau kurang’.
(al-Hawi lil Fatawa, 1-417).
 Imam al-Hafidz Ibnu ‘Abdil-Barr, selepas membentangkan pandangan
yang berbeza tentang bilangan rakaat solat tarawih berkata: “Maka
apapun perkaranya, tidak ada khilaf di kalangan kaum muslimin
bahawa solat tarawih itu tidaklah tertentu bilangannya, hanyasanya ia
adalah amalan sunat dan berkebajikan, siapa yang mahu kurang,
kurangkan, siapa yang mahu lebih rakaat, tambahkan, tidak ada had
tertentu pada bilangan rakaat solat malam’. (at-Tamhiid, 13-214. Lailus-Solihin,
212).
 Imam Syaukani, pada kitabnya Nailul-Authar juga berpandangan
yang sama. Sementara Ibnu Taimiyah juga berpandangan
sedemikian seperti yang telah lalu sebutnya.

Dari keterangan yang dikemukakan oleh para ulama’ muktabar ini, jelaslah
tertolaknya pandangan golongan pertama, yang mengatakan bahawa
bilangan rakaat solat tarawih hanyalah lapan rakaat, tidak lebih dan tidak
kurang, dan jika lebih adalah bid’ah. Jelas jumhur ulamak tidak menjadikan
hadis ‘Aisyah r.a. sebagai dalil untuk mentsabitkan bilangan solat
tarawih adalah lapan rakaat. Ini kerana pada riwayat ‘Aisyah itu berlaku
ihtimal (yakni tertanggong maksudnya, tidak jelas), boleh jadi maksudnya
solat tarawih dan boleh jadi juga maksudnya solat witir atau boleh jadi
maksudnya solat tahajjud.

9
Kaedah usul fiqh menyebut:
ُ ‫ال َّدلِي ُل ِإ َذا طَ َرقَهُ اِإْل ْحتِ َما ُل‬
ْ ‫سقِطَ بِ ِه اِإْل‬
‫ستِ ْداَل ُل‬
“Sesuatu dalil, apabila dilentangi oleh ihtimal, maka tergugurlah dari
menjadikannya dalil”.

Dari keterangan di atas, dapatlah difahami bahawa para jumhur ulama’


tidak menetapkan berapakah bilangan rakaat solat tarawih Baginda s.a.w. hal
ini kerana berbeda-bedanya riwayat Saidatina ‘Aisyah tentang bilangan solat
malam Baginda s.a.w. Di dalam kitab Shahih Imam Muslim sahaja anda dapat
melihat adanya riwayat tiga belas rakaat tidak termasuk sunat fajar,
menunjukkan adanya bilangan yang lebih dari sebelas rakaat daripada
riwayat ‘Aisyah r.a. sendiri. Jadi bagaimanakah para ulamak dapat berdalilkan
hadis ‘Aisyah r.a. yang sebelas rakaat itu untuk menetapkan bahawa solat
Nabi s.a.w adalah tidak lebih dari sebelas rakaat. Namun Syeikh Albani tetap
juga dengan sikap kerasnya itu, menetapkan bilangan solat tarawih hanyalah
lapan rakaat, tidak lebih. Adakah dikira kuat jika beliau berhujjah cuma
menggunakan hadis yang mudhthorib dan muhtamal…?

10
(SOLAT TARAWIH NABI S.A.W ADALAH LAMA
MASANYA…)
Baginda Rasulullah s.a.w, Khatamun Nabiyyin, menurut riwayat yang
shahih, hanya keluar bersolat tarawih di dalam masjid bersama para sahabat
r.a. sebanyak tiga kali sahaja, selebihnya Baginda lakukan di biliknya..

Imam Muslim meriwayatkan daripada ‘Urwah bin al-Zubair, daripada ‘Aisyah


r.a, katanya: ’Bahawasanya Rasulullah s.a.w keluar pada pertengahan malam
lalu bersolat di dalam masjid maka seorang lelaki mengikut Baginda bersolat.
Maka pada pagi hari tersebar berita itu, malamnya semakin ramai orang
menunggu di dalam masjid. Maka Rasulullah s.a.w keluar pada malam yang
kedua, lalu mereka bersolat serta Baginda, maka besok paginya berita itu
semakin tersebar luas, maka semakin ramai orang menunggu di masjid pada
malam yang ketiga, Baginda keluar pada malam yang ketiga bersolat
bersama sahabat, pada malam keempat masjid penuh sesak dengan kaum
muslimin, tetapi Baginda tidak keluar, seorang lelaki lalu bersuara: ‘as-solah’.
Namun Baginda tidak keluar juga sehinggalah waktu fajar. Selesai solat fajar
Baginda lalu mengadap orang ramai, Baginda mengucapkan syahadah
seraya berkata: ’Sebenarnya memang aku tahu keadaan kamu semalam
(yakni menunggu Baginda), akan tetapi aku takut nanti difardhukan ke atas
kamu, maka kamu tidak mampu melakukannya’.
(Shahih Muslim, 270, Maktabah al-‘Asriyah)

Daripada Nu’man bin Basyir ra katanya:


ٍ ‫ان لَيْلَةَ ثَاَل‬
‫ث‬ َ BB‫ض‬ َ ‫ه ِْر َر َم‬BB‫لَّ َم فِى َش‬BB‫ ِه َو َس‬BBْ‫لَّى هللاُ َعلَي‬BB‫ص‬ َ ِ‫ول هللا‬ ِ BB‫قُ ْمنَا مَ َع َر ُس‬
‫ف‬ِ B‫ص‬ْ ِ‫ين ِإلَى ن‬َ ‫ ِر‬B ‫س َو ِع ْش‬ٍ ‫ث اللَّي ِْل اَأْل َّو ِل ثُ َّم قُ ْمنَا َم َعهُ لَ ْيلَةَ َخ ْم‬
ِ ُ‫ين ِإلَى ثُل‬
َ ‫َو ِع ْش ِر‬
‫ك ْالفَاَل َح َوكَانُوا‬
َ ‫ ْد ِر‬Bُ‫ين َحتَّى ظَنَنَّا َأن اَل ن‬ َ ‫ ِر‬B‫ب ٍْع َو ِع ْش‬B‫اللَّي ِْل ثُ َّم قُ ْمنَا َم َعهُ لَيْلَةَ َس‬
.ُ‫يُ َس ُّمونَهُ ال ُّسحُور‬
’Adalah kami pernah bersolat bersama Rasulullah s.a.w pada bulan
Ramadhan, malam yang kedua puluh tiga sehingga berlalu sepertiga malam,
kemudian kami bersolat pula dengan Baginda pada malam yang kedua puluh
lima sehingga berlalu setengah malam, kemudian kami bersolat pula dengan
Baginda pada malam yang kedua puluh tujuh –terlebih lama- sehingga kami
menyangka tidak sempat bersahur’.
(Sunan Nasaie, 3-200)

Hadis di atas adalah shahih, juga telah diriwayatkan oleh Imam Al-Thoyalisi
pada Musnadnya, Imam Tirmizi hadis ke 806, Imam Ibnu Majah, Imam Abu
Daud dan juga Imam Ibnu Hibban.

11
Daripada ‘Aisyah r.a, katanya:
َ ْ‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم قَ َرَأ ْالقُر‬
‫آن ُكلَّهُ فِي لَ ْيلَ ٍة َواَل‬ َ ‫اَل اَ ْعلَ ُم َرس‬
َ ِ‫ُول هللا‬
.‫ان‬َ ‫ض‬ َ ‫ط َغي َْر َر َم‬ُّ َ‫صا َم َش ْهرًا َكا ِماًل ق‬ َ ‫اح َواَل‬ َّ ‫قَا َم لَ ْيلَةً َحتَّى ال‬
َ َ ‫صب‬
‘Aku tidak tahu akan kesungguhan ibadat Rasulullah s.a.w, yakni membaca
al-Quran seluruhnya pada satu malam, berdiri solat sepanjang malam,
berpuasa sebulan penuh, melainkan pada bulan Ramadhan’.
(Sunan Nasaie, 3-215)

Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan daripada ‘Abdullah r.a


katanya:
َ ‫لَّ َم َذ‬B‫ ِه َو َس‬Bْ‫لَّى هللاُ َعلَي‬B‫ص‬
‫ات لَيْلَ ٍة فَلَ ْم يَزَلْ قَاِئ ًما َحتَّى‬ َ ‫ْت َم َع النَبِ ِّى‬ ُ ‫صلَّي‬ َ
B.ُ‫س َوَأ َد ْعه‬
َ ِ‫ت َأ ْن َأجْ ل‬
ُ ‫ هَ َم ْم‬:‫ال‬
َ َ‫ت؟ ق‬ َ ‫ َما هَ َم ْم‬: ‫ت بَِأ ْم ٍر َس ْو ٍء قُ ْلنَا‬ُ ‫هَ َم ْم‬
“Aku bersolat bersama Rasulillah s.a.w pada satu malam, maka sentiasalah
Baginda berdiri qiam dengan lamanya sehingga aku telah bercita-cita buruk.
Sahabat bertanya: apa cita-citamu itu? Jawabnya: Aku bercita-cita untuk
turun duduk dan meninggalkan Nabi s.a.w.( kerana tidak sanggup berdiri
lama dalam solat)”.
( Syarah Hayatus-Sahabah, 3-447)

Dari keterangan ini, adalah agak menghairankan bilamana ada


segolongan orang yang agak berkeras, tidak bertolak ansur tentang kadar
bilangan rakaat solat tarawih, hanya lapan rakaat, semata-mata kerana
berpegang kepada hadis ‘Aisyah r.a. yang dihukumkan oleh jumhur ulama’
sebagai mudhthorib dan muhtamal, tetapi mereka ini langsung tidak bersuara
tentang kadar lama masa solat tarawih Baginda s.a.w yang telah diriwayatkan
juga di dalam hadis yang shahih. Kenapa pula tidak ditekankan kepada cara
solat Baginda s.a.w dengan sahabat sehingga hampir masuk waktu subuh,
atau sehingga seperdua malam atau sepertiga malam sekurang-kurangnya,
tidak boleh kurang daripada itu, kerana ia bukan cara solat Nabi s.a.w?
Bukankah solat tarawih yang sekejap itu tidak dilakukan Nabi s.a.w?
Bukankah solat malam Nabi s.a.w di bulan Ramadhan sampai ke pagi subuh?

Dan lebih menyedihkan pula, ialah wujudnya sekelompok orang yang


sanggup mengkritik serta membid’ahkan mereka yang bersolat tarawih dua
puluh rakaat, beralasan kononnya tidak mengikut cara solat Nabi s.a.w.
Sehingga secara tidak sedar, mereka sebenarnya telah mencerca dan
mencela amalan para sahabat yang mulia, yang Allah Ta’ala Redhai.
Sedangkan mereka lupa bahawa mereka juga tidak mampu mengikut cara
solat Nabi s.a.w.

BILANGAN RAKAAT TARAWIH DI ZAMAN PARA


SAHABAT DAN SALAFUS SOLEH
12
Di waktu Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a menjadi khalifah, menggantikan
Rasulullah s.a.w, amalan solat tarawih masih lagi seperti di masa hayat
Rasulullah s.a.w, masih tidak dilakukan berjamaah satu imam, kalau adapun
ialah cuma beberapa kelompok kecil yang mengikut imam-imam yang
menghafaz al-Quran, kebanyakan mereka bersolat di rumah atau bersolat
sendirian.

Imam Ibnu Syihab al-Zuhri berkata:


‫كَان‬
َ َ Bِ‫لَّ َم َوالنَّاسُ َعلَى َذل‬B ‫ ِه َو َس‬B ‫لَّى هللاُ َعلَ ْي‬B ‫ص‬
‫ك ثُ َّم‬B َ ِ‫و ُل هللا‬B ‫ ُوفِّ َى َر ُس‬B ُ‫فَت‬
‫ َى‬B ‫ض‬
ِ ‫مَر َر‬ َ ‫ ِم ْن ِخاَل فَ ِة ُع‬B‫ص ْد ًرا‬ َ ‫ك فِى ِخاَل فَ ِة َأبِى بَ ْك ٍر َو‬ َ ِ‫اَأْل ْم ُر َعلَى َذل‬
.‫هللاُ َع ْنهُ َما‬
’Maka Rasulullah s.a.w pun wafat, di dalam keadaan orang ramai bersolat
malam bulan Ramadhan bersendirian, begitu juga pada masa Khalifah Abu
Bakar al-Siddiq r.a. dan juga pada permulaan pemerintahan Khalifah Umar al-
Faruq r.a.
(Riwayat Imam al-Bukhari, Irsyad al-Sari, 4-576)

Bermulanya sejarah solat tarawih berjamaah tiap-tiap malam, berimamkan


seorang imam hafidz berlaku pada tahun kedua pemerintahan Saidina Umar
r.a. (salah seorang sahabat yang dijanjikan syurga). Iaitu pada tahun ke-14
hijrah. Inilah menurut kenyataan ahli tarikh Islam, antaranya Imam Ibnul Atsir
dan Imam Ibnu Sa’ad.
( Aujaz al-Masalik syarh Muwattho’ Malik’ 2/292. )

Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Syihab al-Zuhri, daripada


‘Urwah bin al-Zubair, daripada ‘Abdul Rahman ibnu ‘Abdul Qari katanya: ”Aku
telah keluar bersama Umar Ibnul-Khattab r.a. pada satu malam di bulan
Ramadhan menuju ke masjid, maka kami melihat orang ramai bersolat malam
berserakan beberapa kelompok, ada yang solat sendirian, ada yang bersolat
dan diikuti di belakangnya beberapa orang. Lalu Saidina ‘Umar r.a.
berkata:’Pada pandanganku, jikalau mereka itu diarah supaya bersolat hanya
di belakang seorang qari, kan lebih baik’. Lalu Saidina Umar pun
melaksanakan azamnya itu, lalu dikumpulkan mereka semua supaya bersolat
berjamaah di belakang Saidina Ubai bin Ka’ab r.a. Kemudian pada malam
yang lain pula, aku keluar lagi ke masjid bersama Umar al-Khattab r.a,
sedang orang ramai bersolat di belakang seorang qari sahaja, iaitu Ubai bin
Ka’ab r.a. Lalu berkata Saidina Umar r.a: ’Sebaik-baik bid’ah, adalah ini, dan
orang yang tidur dahulu –untuk melakukannya pada tengah malam- adalah
lebih afdhal”. dan (kebanyakkan) orang ramai melakukannya pada awal
malam.
(‘Umdat al-Qari syarah Sahih Al-Bukhari, 8-244)

13
Berdasarkan riwayat-riwayat dan atsar yang shahih daripada para
sahabat r.a. dan juga tabi’in, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa, di awal
zaman pemerintahan Saidina Umar r.a, beliau mengumpulkan orang ramai
bersolat tarawih di belakang seorang qari iaitu Saidina Ubai bin Ka’ab dan
Saidina Tamim al-Dari r.a, mereka melakukannya sebanyak sebelas rakaat,
setiap rakaat dibacakan hampir dua ratus ayat dan mengambil masa
hinggalah hampir terbit fajar. Riwayat di bawah ini membuktikannya:

Daripada al-Saib bin Yazid r.a, katanya: ”Saidina Umar r.a. telah menyuruh
Ubai bin Ka’ab dan Tamim al-Dari r.a. menjadi imam orang ramai, melakukan
sebanyak sebelas rakaat’. Katanya lagi: ’Dan imam membaca sekadar dua
ratus ayat, sehingga kami terpaksa bertahan dengan tongkat-tongkat kami,
kerana lamanya berdiri, dan tidaklah selesai solat kami melainkan hampir
fajar’.
(Shahih, Riwayat Imam Malik, Nasaie, al-Baihaqi, dishahihkan oleh Imam Nawawi dll)

Petunjuk yang diperolehi dari hadis ini ialah bahawa di awal pemerintahan
Khalifah Umar r.a., mereka memanjangkan qiam Ramadhan, sehingga
hampir fajar, seperti amalan Nabi s.a.w, namun apabila manusia mula terasa
berat untuk bersolat tarawih hingga ke pagi subuh, lalu Saidina Umar r.a.
memerintahkan supaya masa solat tarawih diringankan dan bilangan rakaat
ditambah supaya tidak kurang fadhilatnya.

Ini bertepatan dengan sebuah hadis shahih riwayat al-Saib bin Yazid r.a.
Imam al-Qasthalani berkata:
‫ائب‬BB‫ريب عن الس‬BB‫رح التق‬BB‫وفى سنن البيهقي بإسناد صحيح كما قال ابن العراقى فى ش‬
‫ َى‬B ‫ض‬ Bِ ‫مَر ب ِْن ْال َخطَّا‬
ِ ‫ب َر‬ َ ‫ َكانُوا يَقُو ُم‬:‫بن يزيد رضى هللا عنه قال‬
َ ‫ون َعلَى َع ْه ِد ُع‬
.ً‫ين َر ْك َعة‬
َ ‫ان بِ ِع ْش ِر‬
َ ‫ض‬َ ‫هللاُ َع ْنهُ فِى َشه ِْر َر َم‬
’Adalah mereka di zaman Umar r.a, mendirikan solat pada bulan Ramadhan
sebanyak dua puluh rakaat’.
(Irsyad al-Sari Syarah Sahih Al-Bukhari, 4-578, shahih)

Maka setelah itu berterusanlah orang ramai bersolat tarawih sebanyak


dua puluh rakaat di belakang satu imam dan kaum wanita di belakang
satu imam yang lain. Mereka melakukan sebanyak dua puluh rakaat
dengan persetujuan semua para sahabat r.a, sehingga disebut bahawa
telah berlaku ijmak para sahabat bahawa bilangan rakaat tarawih yang
dilakukan di zaman Saidina Umar, ‘Usman dan ‘Ali r.a. adalah dua puluh
rakaat, tiada bantahan dan tiada pertikaian.

Atsar-atsar yang shahih daripada para sahabat r.a, kesepakatan mereka


tentang bilangan dua puluh rakaat yang dilakukan dengan perintah daripada
Saidina Umar al-Faruq r.a. adalah menjadi hujjah bahawa solat tarawih yang
ditetapkan oleh jumhur ‘ulama’ adalah kerana mengikut sunnah al-Khulafa’

14
al-Rasyidin. Dengan ini adalah tertolak pandangan yang mengatakan
bahawa solat tarawih dua puluh rakaat itu adalah bid’ah dan sesat. Apakah
petunjuk daripada al-Khulafa’ al-Rasyidin boleh dikatakan sesat? Maha suci
Engkau ya Allah, inilah pembohongan yang amat besar.

DALIL-DALIL SOLAT TARAWIH DUA PULUH RAKAAT


15
Al-‘Allamah Syihabuddin Imam al-Qasthalani berkata: ”Dan tersebut pada
Sunan al-Baihaqi dengan sanad yang shahih, sebagaimana pengakuan Imam
Ibnul-Iraqi pada syarah Taqrib, daripada al-Saib bin Yazid ra katanya: “Adalah
mereka pada zaman Umar r.a. mendirikan solat pada bulan Ramadhan
sebanyak dua puluh rakaat”.
(Irsyad al-Sari, Syarah Sahih Al-Bukhari , 4-578)

Daripada Abdul Aziz bin Rafi’ katanya:

َ ‫ان بِ ْال َم ِدينَ ِة ِع ْش ِر‬


ً‫ين َر ْكعَ ة‬ َ ‫ض‬ ِ َّ‫ُصلِّى بِالن‬
َ ‫اس فِى َر َم‬ ٍ ‫ان ُأبَ ُّي ب ُْن َك ْع‬
َ ‫بي‬ َ ‫َك‬
‫ناده‬BB‫نفه وإس‬BB‫يبة فى مص‬BB‫ديث أخرجه أبو بكر بن أبى ش‬BB‫ ح‬.‫ث‬ ٍ ‫وتِ ُر بِثَاِل‬BBُ‫َوي‬
.‫مرسل قوي‬
“Adalah Saidina Ubay bin Ka’ab r.a. bersolat (mengimamkan) orang ramai
pada bulan Ramadhan di Madinah sebanyak dua puluh rakaat dan berwitir
tiga rakaat”.

(Bazlul Majhud fi halli Abi Daud , 7/97)

Imam Darul-Hijrah, iaitu Imam Malik bin Anas berkata:

ِ ‫ان ُع َم َر ْب ِن ْال َخطَّا‬


‫ب‬ َ ‫ان النَّاسُ يَقُو ُم‬
ِ ‫ون فِى َز َم‬ َ َ‫ان َأنَّهُ ق‬
َ ‫ َك‬:‫ال‬ َ ‫َع ْن يَ ِزي َد ب ِْن رُو َم‬
.ً‫ين َر ْك َعة‬
َ ‫ث َو ِع ْش ِر‬ٍ ‫ان بِثَاَل‬
َ ‫ض‬ َ ‫فِى َر َم‬
“Daripada Yazid bin Ruuman, katanya: “Adalah orang ramai pada zaman
Umar ibnul-Khattab r.a mendirikan solat malam bulan Ramadhan sebanyak
dua puluh tiga rakaat (yakni termasuk solat witir)”.
(Al-Zurqoni, Syarah Muwaththo’, 1-291)

Imam al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata:

َ ُّ‫ل‬B‫ُص‬
‫ون‬ َ ‫ان ي‬ َ ‫ َأ ْد َر ْكتُهُ ْم فِى َر َم‬:‫يق َعطَا َء قَا َل‬
َ B‫ض‬ ِ ‫ط ِر‬ َ ‫ى ُم َح َّم ُد ب ُْن نَصْ ٍر ِم ْن‬َ ‫َور ُِو‬
.‫ت ْال ِو ْت َر‬ َ ‫ين َر ْك َعةً َوثَاَل‬
ِ ‫ث َر َك َعا‬ َ ‫ِع ْش ِر‬
“Dan diriwayatkan oleh Muhammad bin Nasr, dari galur ‘Atho’, katanya: “Aku
mendapati mereka melakukan pada bulan Ramadhan bersolat dua puluh
rakaat dan tiga rakaat witir”.
(Fathul-Bari Syarah Sahih Al-Bukhari, 4/782)

Al-‘Allamah Imam Badruddin al-‘Aini al-Hanafi berkata: “Jika engkau berkata:


“Telah diriwayatkan oleh al-Imam al-Muhaddis ‘Abdur-Razzaq pada kitabnya
–al-Mushannaf-, daripada Daud bin Qais dan lainnya, daripada Muhammad
bin Yusuf, daripada al-Saib bin Yazid, bahawa Umar Ibnul-Khattab r.a.
mengumpulkan orang ramai bersolat pada bulan Ramadhan di belakang Ubai
bin Ka’ab dan di belakang Tamim al-Dari r.a. sebanyak dua puluh satu
16
rakaat, mereka membaca sekitar dua ratus ayat, dan selesai bersolat ketika
hampir pagi.. maka aku menjawab:’Telah berkata Imam Ibnu ‘Abdil-Barr:
’Riwayat ini ditanggungkan bahawa mereka melakukan solat witir hanya satu
rakaat”.
(‘Umdatul-Qari, Syarah Sahih Al-Bukhari, 8-245)

Solat Tarawih di zaman Saidina ‘Usman dan ‘Ali ra

Al-‘Allamah Imam Murtadha al-Zabidi berkata:

َ ‫يح َأنَّهُ ْم َكانُوا يَقُو ُم‬


َ ‫ ِر‬B‫ون َعلَى َع ْه ِد ُع َم َر بِ ِع ْش‬
‫ين‬ ٍ ‫ص ِح‬ َ ‫َوقَ ْد َر َوى ْالبَ ْيهَقِ ُّي بِِإ ْسنَا ٍد‬
ِ ‫ َوقَا َل اب ُْن ْاله‬.‫ار ِإ ْج َما ًعا‬
‫ُمَام ِم ْن‬ َ M‫ص‬ َ َ‫ان َو َعلِ ٍّي بِ ِم ْثلِ ِه ف‬
َ ‫َر ْك َعةً َو َعلَى َع ْه ِد ُع ْث َم‬
َ ‫ين َر ْك َعةً ُسنَّةُ ْال ُخلَفَا ِء الرَّا ِش ِد‬
.‫ين‬ َ ‫ َك ْونُهَا ِع ْش ِر‬:‫َأصْ َحابِنَا‬
“Dan sesungguhnya telah diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dengan sanad
yang shahih, bahawasanya mereka mendirikan solat di zaman Saidina Umar
sebanyak dua puluh rakaat dan pada masa Khalifah ‘Usman dan Khalifah
‘Ali r.a pun serupa juga. Maka jadilah ia sebagai ijmak. Dan telah berkata
Ibnu al-Humam, salah seorang sahabat kami mazhab Hanafi: Keadaan solat
tarawih dua puluh rakaat itu adalah SUNNAH AL-KHULAFA’ AL-RASYIDIN”.

(Ithaf sadatil-Muttaqin Syarah Ihya’ Ulumiddin, 3-688)

Imam al-‘Aini al-Hanafi berkata:

‫ح َع ْن‬
ٍ ِ‫ال‬B ‫ص‬ َ ‫ ِن ْب ِن‬B‫ ُع َع ْن َح َس‬B‫الى عنه فَ َذ َك َرهُ َو ِكي‬BB‫َوَأ َّما َأثَ ُر َعلِ ٍّي رضى هللا تع‬
‫الى عنه َأنَّهُ َأمَ َر‬BB‫نَا ِء َع ْن َعلِ ٍّي رضى هللا تع‬BB‫س َع ْن َأبِى ْال َح َس‬ ٍ ‫رو ب ِْن قَ ْي‬BB
ِ ‫َع ْم‬
.ً‫ين َر ْك َعة‬
َ ‫ان ِع ْش ِر‬
َ ‫ض‬َ ‫ُصلِّى بِ ِه ْم َر َم‬
َ ‫َر ُجاًل ي‬
’Adapun atsar daripada Saidina ‘Ali r.a., maka telah menyebut tentang itu oleh
Waki’ daripada Hasan bin Soleh, daripada ‘Amr bin Qais, daripada Abil-
Hasana’, daripada ‘Ali r.a., bahawa beliau memerintahkan seorang lelaki
menjadi imam orang ramai bersolat di bulan Ramadhan dua puluh rakaat’.
(‘Umdatul-Qari Syarah Sahih Al-Bukhari, jilid 8-246)

Daripada Zaid bin Wahab katanya:

17
‫ ٌل‬B‫ ِه لَ ْي‬B‫ف َو َعلَ ْي‬ َ َ‫ان فَي‬
ُ ‫ ِر‬B ‫نص‬ َ B‫ض‬ َ ‫ه ِْر َر َم‬B ‫ُصلِّى لَنَا فِى َش‬ َ ‫َك‬
َ ‫ان َع ْب ُد هللاِ ب ُْن َم ْسعُو ٍد ي‬
َ ‫ُصلِّى ِع ْش ِر‬
ٍ ‫ين َر ْك َعةً َويُوتِ ُر بِثَاَل‬
.‫ث‬ َ ‫ان ي‬َ ‫ َك‬: ُ‫قَا َل اَأْل ْع َمش‬
“Adalah ‘Abdullah bin Mas’ud ra menjadi imam kami, bersolat pada malam
bulan Ramadhan, maka selesai solat kami, malam masih berbaki lagi.
Berkata al-A’masy: ’Adalah beliau iaitu Ibnu Mas’ud, bersolat sebanyak dua
puluh rakaat dan berwitir tiga rakaat”.
(‘Umdatul-Qari Syarah Sahih Al-Bukhari, jilid 8-246)

Solat Tarawih di zaman Tabi’in

Daripada ‘Atha’ bin Abi Rabah (tabi’in terkemuka) katanya:’Aku telah


mendapati orang ramai sedari dulu melakukan solat dua puluh tiga rakaat
bersama witir’. Sanad riwayat ini shahih. dan telah tsabit juga daripada Tabi’in
terkemuka, iaitu ‘Abdullah ibnu Abi Mulaikah, bahawa beliau menjadi imam
solat orang ramai pada bulan Ramadhan sebanyak dua puluh rakaat.
(Lailus-Solihin, 210)

Muhaddis al-Hafidz Ibnu ‘Abdil-Barr berkata: “Dan telah diriwayatkan bilangan


dua puluh rakaat daripada Saidina ‘Ali r.a. dan daripada Syutair bin Syakal
dan daripada Ibnu Abi Mulaikah dan daripada al-Haris al-Hamdaani dan
daripada Abil-Bahtari dan ia adalah pandangan jumhur ‘ulama’ dan ia juga
merupakan pendapat al-Kufiyyun, Imam al-Syafie dan kebanyakan fuqaha’.
Adalah shahih riwayatnya daripada Ubai bin Ka’ab ra tanpa khilaf di kalangan
para sahabat… dan inilah pilihan kami”.
(Lailus-Solihin, 211, petikan dari al-Istizkar syrh Muwattho’, 5-158)

Solat Tarawih di Madinah al-Munawwarah

Riwayat daripada al-Za’farani, daripada Imam al-Syafie, beliau berkata:

َ ‫ ِر‬B‫ث َو ِع ْش‬
‫ين‬ َ ِ‫ ٍع َوثَاَل ث‬B‫ون بِ ْال َم ِدينَ ِة بِتِ ْس‬
ٍ ‫ين َوبِ َم َّكةَ بِثَاَل‬ َ ‫اس يَقُو ُم‬ ُ ‫َرَأي‬
َ َّ‫ْت الن‬
.‫ق‬ٌ ‫ض ْي‬
َ ‫ك‬ َ ِ‫ْس ِفى َش ْي ٍء ِم ْن َذل‬ َ ‫َولَي‬

18
’Aku lihat orang ramai di Madinah mendirikan solat tarawih sebanyak tiga
puluh sembilan rakaat, dan di Makkah sebanyak dua puluh tiga rakaat dan
tidaklah ia memberatkan sedikit pun’.
(Fathul-Bari Syarah Sahih Al-Bukhari, 4-783)

Riwayat daripada Ibnu Wahb, daripada al-‘Amri, daripada Nafi’ katanya:

َ ُّ‫ُصل‬
َ ِ‫ون تِ ْسعًا َوثَاَل ث‬
.ُ‫ين َويُوتِر‬ َ َّ‫لَ ْم ُأ ْد ِر ِك الن‬
َ ‫اس ِإاَّل َوهُ ْم ي‬
“Sedar-sedarku, orang ramai telah melakukan solat tarawih sebanyak tiga
puluh sembilan rakaat, tiga daripadanya adalah witir”. (Nafi’ adalah tabi’in
terkenal, guru kepada Imam Malik dan menetap di Madinah).

(Fathul-Bari Syarah Sahih Al-Bukhari, 4-783)

Telah meriwayatkan oleh Muhammad bin Nasr, daripada Daud bin Qais,
katanya: “Aku telah mendapati orang ramai pada masa pemerintahan Aban
bin ‘Ustman dan Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul Aziz iaitu di Madinah, mereka
mendirikan solat sebanyak tiga puluh enam rakaat dan bersolat witir tiga
rakaat. Berkata Imam Malik:’Ini adalah amalan kami sejak dulu lagi”.

(Syarah Muwaththo’ liz-Zurqani, 1/292, dan Irsyadus-Sari Syarah Sahih Al-Bukhari, 4/578)

PANDANGAN JUMHUR ‘ULAMA’

Setelah anda melihat pembentangan tentang solat tarawih di zaman


khairul qurun (sebaik-baik kurun) dan zaman salaful ummah (yakni ummah
yang terdahulu), zaman yang menjadi ikutan kaum muslimin, iaitu zaman
Nabi Sayyidul Awwalin Wal Akhirin, zaman Khulafa-ur Rasyidin al-Mahdiyyin
dan zaman aimmatil mujtahidin (zaman imam-imam mujtahid yang empat).
Maka saya akan bentangkan pula kini pandangan dan pegangan jumhur
‘ulama’ dan apa yang mereka bersepakat padanya dan apa yang menjadi
19
amalan mereka, semoga kita tetap bersama dengan keputusan al-jama’ah,
iaitu golongan yang Nabi s.a.w maksudkan sebagai “sawaadul a’zhom” ‫س َوا ُد‬
َّ ‫ال‬
‫ اَأْل ْع َظم‬.

Tujuan saya membentangkan keputusan jumhur ini adalah kerana


mengharapkan semoga orang ramai mengetahui dengan yakin, bahawa
solat tarawih dua puluh rakaat adalah ijmak yang berlaku di kalangan
Para Sahabat r.a., dan merupakan pegangan dan amalan jumhur
(kebanyakan) kaum Muslimin zaman berzaman sehinggalah kehari ini.

Mencela amalan solat tarawih dua puluh rakaat samalah seperti mencela
para sahabat r.a sekeliannya, mencela para sahabat r.a bererti menempah
kebinasaan.

Moga Allah melapangkan dada kita, menyemai bibit-bibit cinta kepada para
sahabat r.a dan salafus-soleh, menjauhkan diri kita dari sifat degil, sombong,
َ ‫الر‬
dan menolak kebenaran. ‫شا ِد‬ َ ‫( َوهللا ا ْل َهادِي ِإلَى‬Allahlah Tuhan yang memberi
َّ ‫سبِ ْي ِل‬
petunjuk kejalan yang lurus).

PERTAMA: PETUNJUK RASULULLAH S.A.W ADALAH


TERBAIK

Para auliya’, ulama’, dan al-fuqaha’ telah bersepakat bahawa petunjuk


Rasulullah s.a.w adalah terbaik, inilah yang dinamakan sunnah dan ikutan
yang benar, tetapi dalam memutuskan bilangan rakaat solat tarawih Baginda
s.a.w, jumhur ulama’ tidak menetapkan bilangannya yang pasti dari Nabi
s.a.w. Jikalau lah bilangan lapan rakaat itu telah ditetapkan secara pasti oleh
Rasulullah s.a.w, tentulah para sahabat tidak akan menyalahinya, tetapi apa
yang jelas ialah Baginda hanya menggalakkan qiam Ramadhan, tetapi tidak
menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan.

Imam Suyuthi berkata: “Bahawa para ulama’ berselisih pendapat tentang


bilangan rakaat solat Baginda s.a.w, jika ada riwayat yang sah daripada
Baginda Nabi s.a.w, nescaya mereka tidak akan berselisih pendapat
padanya’.
(al-Hawi lil-Fatawa, 1/415)

Justeru, sikap segelintir orang yang berkeras mengatakan solat tarawih


hanyalah lapan rakaat, tidak lebih dan tidak kurang, bahkan jika lebih itu
adalah bid’ah yang sesat, adalah sikap yang melampau di dalam Islam,
20
menyalahi dan tidak menghormati pandangan jumhur ulama’ dan fuqaha’,
bahkan yang lebih tidak beradab ialah sikap mereka yang langsung tidak
memperdulikan ijmak para sahabat yang melakukan dua puluh rakaat,
bukan itu saja, bahkan mereka berusaha mendhaifkan kesemua hadis-hadis
riwayat dua puluh rakaat, seolah-olahnya semua riwayat dan atsar yang
menyebut dua puluh rakaat adalah dhaif. Ini adalah satu sikap yang sangat
keterlaluan. Moga kita diampuni Allah…

Ketika mengulas pandangan Albani ini, Al-Syeikh Ahmad Mustafa Qasim


berkata: ”Adapun tentang masalah terakhir, iaitu perbuatan Syeikh –yakni
Albani- yang mendhaifkan riwayat daripada Saidina Umar r.a. dan juga para
sahabat yang mendirikan solat tarawih sebanyak dua puluh rakaat, maka kita
tidak menerima pandangannya itu, walaupun dalam masa yang sama kita
akui keilmuannya, kelebihannya dan juga kesungguhannya dalam bidang
hadis. Kerana pandangannya itu bertentangan dengan bukan hanya seorang,
bahkan dengan ramai imam-imam hafidz yang tsiqah, seumpama Imam
Nawawi, Imam al-Zaila’ie, Imam al-‘Iraqi, Imam al-‘Aini, Imam al-Suyuthi, Ibnu
Taimiyah dan selainnya. Dan di sini bukanlah tempatnya untuk
membentangkan pandangan-pandangan mereka secara terperinci,
sedangkan atsar-atsar yang datang menyebut tentang qiam Ramadhan
sebanyak dua puluh rakaat adalah shahih dan sabit daripada para sahabat
dan tabi’in”.
(Lailus-Solihin, 218)

Namun begitu, apa yang pasti dari amalan Rasulullah s.a.w ialah, amat
lamanya solat Baginda bahkan sampai ke pagi hari, cuma di waktu Baginda
keluar pada malam pertama, bersolat bersama orang ramai, Baginda bersolat
sehingga berlalu sepertiga malam sahaja, dan pada malam kedua Baginda
keluar bersolat sehingga berlalu setengah malam, sedangkan pada malam
yang lain Baginda bersolat sehingga hampir ke waktu subuh. Inilah realiti
sebenar solat Baginda s.a.w seperti yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah r.a.

Imam Nasaie meriwayatkan daripada ‘Aisyah ra, katanya: ”Aku tidak tahu
akan kesungguhan ibadat Rasulullah s.a.w, iaitu membaca al-Quran
seluruhnya di dalam satu malam, berdiri solat sepanjang malam, berpuasa
sepanjang bulan, melainkan pada bulan Ramadhan”.
(Sunan Nasaie, 3-215)

Adalah tidak dapat dinafikan bahawa, para sahabatlah orang yang paling
kuat berpegang kepada (‫سول‬ ُ ‫الر‬
ّ ‫ى‬ ُ ْ‫ )هَد‬iaitu petunjuk Rasulullah s.a.w. Oleh itu
pada permulaan solat tarawih dilakukan secara berjamaah pada tahun ke-14
hijrah oleh Saidina Umar r.a, solat dilakukan dengan memanjangkan qiam,
membaca lebih dari seratus ayat, dan selesai bersolat ketika hampir terbit
fajar, mereka bertahan dengan tongkat-tongkat mereka kerana qiam yang
panjang.

21
Imam Malik meriwayatkan daripada Muhammad bin Yusuf, daripada al-Saib
bin Yazid, katanya:

ِ َّ‫ي َأن يَقُو َما لِلن‬


‫اس‬ ِ ‫ َّد‬BB‫ب َوتَ ِمي ًما ال‬
َّ ‫ار‬ َّ َ‫ب ُأب‬
ٍ ‫ي ب َْن َك ْع‬ ِ ‫مَر ُعمَ ُر ب ُْن ْال َخطَّا‬َ ‫َأ‬
‫ين َحتَّى ُكنَّا‬ ْ Bِ‫رُأ ب‬B
َ ‫المِِئ‬B ِ ‫كَان ْال‬
َ ‫قَارُئ يَ ْق‬ َ ‫ َوقَ ْد‬:‫قَال‬ َ ً‫بِِإحْ َدى َع ْش َرةَ َر ْكعَ ة‬
ِ ‫ ُز‬Bُ‫ف ِإاَّل فِى ب‬
‫وغ‬ ُ ‫ ِر‬B‫نص‬َ َ‫يَام َو َما ُكنَّا ن‬ِ ِ‫ول ْالق‬B
ِ Bُ‫ ِّي ِم ْن ط‬B‫ص‬ ِ ‫نَ ْعتَ ِم ُد َعلَى ْال ِع‬
.‫ْالفَجْ ِر‬
“Saidina Umar r.a telah menyuruh Ubai bin Ka’ab dan Tamim ad-Dari ra
supaya memjadi imam -solat tarawih- sebanyak sebelas rakaat, dan adalah
qari –yakni imam- membaca lebih seratus ayat, sehingga kami terpaksa
bertahan menggunakan tongkat, kerana qiam yang lama, dan tidaklah selesai
solat kami melainkan ketika hampir fajar”.
(Syarah az-Zurqani ‘alal Muwattho’, 1/290)

Imam Malik meriwayatkan juga daripada Daud bin al-Hushain, bahawa


beliau mendengar al-A’raj (seorang tabi’in) berkata:

‫ان ْالقَارُئ يَ ْق َرُأ‬


َ ‫ َو َك‬:‫ قَا َل‬.‫ان‬ َ ‫ون ْال َكفَ َرةَ فِى َر َم‬
َ ‫ض‬ َ ُ‫اس ِإاَّل َوهُ ْم يَ ْل َعن‬
َ َّ‫ت الن‬ ُ ‫َما َأ ْد َر ْك‬
ِ
‫ َرةَ َر ْكعَ ةً َراَى‬B ‫ت فَِإ َذا قَا َم بِهَا فِى ْاثنَتَ ْي َع ْش‬ ٍ ‫و َرةَ ْالبَقَ َر ِة فِى ثَمَا ِن َر َكعَا‬B ‫ُس‬
.‫ف‬ َ َّ‫النَّاسُ َأنَّهُ قَ ْد َخف‬
“Tidaklah aku mendapati pada masaku, melainkan orang ramai (yakni para sahabat
dan tabiin) melaknat orang orang kafir pada bulan Ramadhan. Katanya: ’Dan adalah
qari –iaitu imam- membaca seluruh surah al-Baqarah pada delapan rakaat sahaja,
bilamana imam membaca surah al-Baqarah(melewati) sehingga duabelas rakaat, maka
orang ramai menganggap bahawa imam telah meringankan solat’.

(Syarah al-Zurqani ‘alal Muwaththo’, 1/292)

Jelas kepada kita, bila diperhatikan riwayat-riwayat dari pada Imam Malik
tersebut, bahawa qiam yang lama pada solat tarawih adalah menjadi amalan
para sahabat r.a, juga bersolat hingga hampir fajar adalah amalan para
sahabat yang berpegang kepada (hadyur-rasul) petunjuk Rasulullah s.a.w.
Akan tetapi apabila amalan itu mula dirasakan berat oleh orang ramai, maka
Saidina Umar r.a. mengarahkan supaya dipendekkan qiam dan dibanyakkan
bilangan rakaat kepada dua puluh rakaat dan berwitir.

Al-Hafidz Imam Abul-Walid al-Baji, ketika menjelaskan tentang perubahan


bilangan rakaat kepada dua puluh rakaat berkata: “Pada mulanya Saidina
Umar mengarahkan supaya dipanjangkan qiam, kerana itulah yang lebih
afdhal, kemudian bilamana orang ramai semakin tidak mampu –berdiri lama-
22
lalu beliau mengarahkan mereka supaya melakukan sebanyak dua puluh tiga
rakaat, maka terasa ringan sedikit, kerana lebih pendek masa qiam. Namun
mereka tetap mendapat fadhilat dengan pertambahan bilangan rakaat itu”.
(Syarah al-Muwaththo’, 1/291)

KEDUA: PETUNJUK SAHABAT R.A. HENDAKLAH DIIKUTI

Nabi s.a.w bersabda:


.‫ين ِم ْن َب ْع ِدي‬ ِ ِ ‫َعلَي ُكم بِسنّتِي وسنّ ِة الْ ُخلَ َف ِاء‬
َ ‫الراشد‬
ّ َُ ُ ْ ْ
Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan juga sunnah para
Khalifah al-Rasyidin sesudahku’.
(Riwayat Imam Tirmizi, shahih)

Dan lagi sabda Nabi s.a.w:


‫ اِقْتَ ُدوا بِاللَّ َذيْ ِن ِمن َب ْع ِدي أبِى بَ ْك ٍر َو عُ َم َر‬.
Ikutilah petunjuk dua sahabatku selepasku nanti, iaitu Abu Bakar dan Umar’.
(Riwayat Imam Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad)

Solat tarawih dua puluh rakaat yang dilakukan dengan arahan Khalifah
Saidina Umar al-Faruq r.a (gelaran kepada beliau, bermaksud ‘pembeda
antara kebenaran dan kebatilan’) dan diakui tanpa adanya bantahan daripada
sahabat-sahabat yang lain menjadi bukti bahawa, amalan ini adalah sunnah
al-Khulafa al-Rasyidin yang perlu diikuti dan dicontohi. Mengikut sunnah al-
Khulafa al-Rasyidin bererti menjunjung perintah Baginda Rasulullah s.a.w.

Al-Imam al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang shahih, bahawa


mereka –para Sahabat r.a- mendirikan solat di zaman Saidina Umar
sebanyak dua puluh rakaat, begitu juga pada masa Khalifah ‘Utsman dan
Khalifah ‘Ali r.a. Maka jadilah ia sebagai ijmak –Para Sahabat ra’.
(Ithaf Saaadatil-Muttaqin Syarah Ihya’ Ulumiddin, 3/688)

Imam Ibnu ‘Abdil-Barr berkata: ”Tidaklah apa yang dicontohkan oleh Umar
r.a melainkan adalah dari sunnah dan keredhaan Rasulullah s.a.w, tidaklah
Baginda terlarang keluar bersolat bersama para sahabat, melainkan takut-
takut difardhukan kepada umatnya. Dan adalah Nabi s.a.w amat sayang
kepada orang-orang yang beriman (tidak mahu memberatkan mereka).
Bilamana kebimbangan itu telah tiada, maka Saidina Umar pun
mendirikannya pada tahun empat belas hijrah’.
23
(Ithaf Saadatil-Muttaqin, 3/692. Lailus-Solihin, 205)

Al-Mujtahid, Imam Abu Hanifah berkata:

‫لَّ َم َأقَا َمهَا‬B‫ ِه َو َس‬B‫لَّى هللاُ َعلَ ْي‬B‫ص‬ َ ‫ي‬ َّ ِ‫اوي ُح ُسنَّةٌ اَل يَجُو ُز تَرْ ُكهَا َأِل َّن النَّب‬ ِ ‫التَّ َر‬
‫د ثُ َّم‬Bِ ‫ ِج‬BB‫ثُ َّم بَي ََّن ْالع ُْذ َر فِى تَرْ ِك ْال ُم َواظَبَ ِة َعلَى َأ َداِئهَا بِ ْال َج َما َع ِة فِى ْال َم ْس‬
‫لَّى‬B‫ص‬ َ ‫ض َى هللاُ ِع ْنهُ ْم َوقَ ْد َأ َم َر النَّبِ ُّي‬ ِ ‫ون َر‬ ِ ‫ب َعلَ ْيهَا ْال ُخلَفَا ُء الر‬
َ ‫َّاش ُد‬ َ َ‫َواظ‬
‫ين‬ َ ‫ ِد‬B‫َّاش‬ِ ‫نَّ ِة ْال ُخلَفَا ِء الر‬B‫ َعلَ ْي ُك ْم بِ ُسنَّتِى َو ُس‬:‫ال‬ ِ َ‫هللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم بِاتِّب‬
َ َ‫اع ِه ْم فَق‬
.‫ِمن بَ ْع ِدى‬
“Solat tarawih adalah sunnah, tidak patut ditinggalkan, kerana Baginda Nabi
s.a.w telah mendirikannya kemudian Baginda menyatakan sebab kenapa
Baginda tidak melakukannya secara berterusan berjamaah di dalam masjid
(iaitu takut nanti difardukan ke atas umat Baginda).
Kemudian diteruskan pula -setiap malam berjamaah- oleh al-Khulafa al-
Rasyidin r.a, dan sesungguhnya Nabi s.a.w telah memerintahkan supaya
mereka itu diikuti, dengan sabdanya: “Hendaklah kamu berpegang dengan
sunnahku dan juga sunnah para Khalifah al-Rasyidin sesudahku”.
(Lail al-Solihin, 207)

Al-Muhaqqiq Imam Ibnul-Humam –pada kitab Fathul-Qadir- berkata:

:‫لَّ َم‬B‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َس‬ ِ ‫ين ُسنَّةُ ْال ُخلَفَا ِء الر‬
َ َ‫َّاش ِدينَ َوقَ ْد ق‬
َ ‫ال‬ َ ‫َو َك ْونُهَا ِع ْش ِر‬
.‫ين ِمن بَ ْع ِدى‬ ِ ‫َعلَ ْي ُك ْم بِ ُسنَّتِى َو ُسنَّ ِة ْال ُخلَفَا ِء الر‬
َ ‫َّاش ِد‬
“Dan bilangan solat tarawih sebanyak dua puluh rakaat itu adalah sunnah al-
Khulafa al-Rasyidin dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: ’
’Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan juga sunnah para
Khalifah al-Rasyidin sesudahku”.
(Lail al-Solihin, 211)

Imam al-Mawardi al-Syafie berkata: “Adapun sebabnya adalah kerana telah


datang riwayat, bahawa orang ramai bersolat malam bulan Ramadhan di
masjid. Maka apabila mereka mendengar suara bacaan yang sedap didengar,
lalu mereka pun mengikutnya. Lalu Saidina Umar r.a berkata: “Kamu jadikan
al-Quran itu sebagai lagu-laguan”. Lalu beliau pun mengumpulkan mereka
semua –supaya bersolat- di belakang Saidina Ubai bin Ka’ab r.a, maka
jadilah ia sunnah, kemudian amalan itu diteruskan pula oleh Saidina ‘Utsman
dan Saidina ‘Ali r.a dan juga para pemimpin seluruh pelusuk negeri. Inilah
sebaik-baik sunnah yang dicontohkan oleh imam (pemimpin)”.
24
Imam al-Mawardi berkata lagi:

ُّ‫ت ُكل‬ َ ‫ُون َر ْك َعةً َخ ْمسُ تَرْ ِو‬


ٍ ‫يحا‬ َ ‫ت فَالَّ ِذى َأ ْختَا ُر ِع ْشر‬ َ َ‫فَِإ َذا تَقَر ََّر هَ َذا َوثَب‬
َ ‫ث َأِل َّن ُع‬
‫مَر ب َْن‬ ٍ ‫وتِ ُر بَثَاَل‬BBُ‫يح ٍة َش ْف َعي ِْن ُكلُّ َش ْف ٍع َر ْك َعتَي ِْن بِ َساَل ٍم ثُ َّم ي‬
َ ‫تَرْ ِو‬
‫لِّى‬B‫ُص‬ َ َ‫ب ف‬
َ ‫كَان ي‬ ٍ ‫اس َعلَى ُأبَ ِّي ب ِْن َك ْع‬ َ َّ‫ب رضى هللا عنه َجمَ َع الن‬ ِ ‫ْال َخطَّا‬
.َ‫ين َر ْك َعةً َج َرى َعلَ ْي ِه ْال َع َم ُل َو َعلَ ْي ِه النَّاسُ بِ َم َّكة‬ َ ‫بِ ِه ْم ِع ْش ِر‬
’Maka apabila amalan ini telah diakui dan telah tsabit. Maka bilangan rakaat
pilihanku ialah duapuluh rakaat, (iaitu) lima tarwihat, setiap satu tarwihah
ialah genap dua, setiap satu genap ialah dua rakaat beserta salam, kemudian
berwitir pula tiga rakaat, ini kerana Saidina Umar r.a, manakala beliau
mengumpulkan orang ramai di belakang Saidina Ubai bin Ka’ab r.a, dia
bersolat bersama mereka sebanyak dua puluh rakaat, berterusanlah amalan
ini dilakukan dan menjadi amalan orang ramai di Makkah al-Mukarramah’.
(Al-Hawi al-Kabir, jilid 2/369)

Dari keterangan-keterangan di atas ini, rasanya tidak ada alasan lagi untuk
meninggalkan sunnah Khalifah al-Rasyidin ini, lalu mengambil cara lain
sebagai amalan. Mengikut sunnah Khalifah al-Rasyidin, bererti mengikut Nabi
s.a.w. mengingkari sunnah yang mereka ijmakkan bererti mengingkari
perintah Nabi s.a.w……

KETIGA: DUA PULUH RAKAAT ADALAH IJMAK SAHABAT R.A.

Adapun dalil supaya berpegang kepada ijmak ialah sabda Nabi s.a.w:

َ ‫ال ت َْجتَ ِم ُع ُأ ّمتِي َعل َى‬.


‫ضاللَ ٍة‬
Umatku tidak akan bersepakat (bersatu) di atas kesesatan’.
(Riwayat Imam Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Al-Faqih Mulla ‘Ali al-Qari berkata:

25
َّ ‫اط َعةٌ لِقَ ْولِ ِه َعلَ ْي ِه ال‬
‫ اَل ت َْجتَ ِم ُع‬:‫ َوال َّساَل ُم‬Bُ‫صاَل ة‬ ِ َ‫َّحابَ ِة ُح َّجةٌ ق‬
َ ‫ع الص‬ُ ‫َوِإجْ َما‬
.‫ضاَل لَ ٍة‬ َ ‫ُأ ّمتِي َع‬
َ ‫لى‬
’Dan ijmak sahabat adalah hujjah yang putus (qath’ie). Ini kerana sabda
Nabi s.a.w: ’Umatku tidak akan bersatu di atas kesesatan’.
(Syarah al-Fiqhul Akbar, 141)

Imam Ibnu Qudamah al-Hambali berkata: “Walaupun telah tsabit bahawa


semua penduduk Madinah melakukannya (iaitu bersolat tarawih tiga puluh
enam rakaat) akan tetapi apa yang dilakukan oleh Saidina Umar r.a. (iaitu dua
puluh rakaat) dan telah diijmakkan oleh para Sahabat r.a. pada waktu itu,
adalah terlebih aula (utama) untuk diikuti”.
(Ithaf Sadatil-Muttaqin Syarah Ihya’ Ulumiddin, 4/700)

Imam al-Sarkhasi berkata:

.ً‫ين َر ْك َعة‬
َ ‫يح بِ ِع ْش ِر‬ ِ ‫َّحابَ ِة َعلَى تَ ْق ِد‬
ِ ‫ير التَّ َر‬
Bِ ‫او‬ ُ ‫َوفِي ِه اتِّفَا‬
َ ‫ق الص‬
“Dan padanya, telah berlaku kesepakatan para sahabat bahawa kadar
bilangan solat tarawih itu dua puluh rakaat”.
(Lailus-Solihin, 211)

Al-‘Allamah Imam Ibnu Hajar al-Haitami berkata:

.‫س ُكوتِى‬ ِ ‫ان بِ َمن ِزلَ ِة اِإْل ْج َم‬


ُّ ‫اع ال‬ ْ ‫ثُ َّم ا‬
َ ‫شتَ َه َر َولَ ْم يُن ِك ْر فَ َك‬
“Kemudian amalan itu pun menjadi masyhur (iaitu amalan solat tarawih dua
puluh rakaat dan di Madinah tiga puluh enam rakaat), dan tidak dibantah oleh
sesiapa pun. Maka jadilah ia sebagai Ijmak Sukuti”.
(Hawasyai Syarwani wa Ibnu Qasim al-‘Abbadi, Jilid 2/263)

Ulamak Hadis terkenal, Imam al-Qasthalani berkata: “Adalah Imam al-


Baihaqi telah mengumpulkan antara dua riwayat, lalu mengatakan, bahawa
mereka pada awalnya mendirikan sebanyak sebelas rakaat kemudian mereka
dirikan sebanyak dua puluh rakaat dan berwitir tiga rakaat, dan
sesungguhnya mereka -para ulama’- menganggap apa yang berlaku pada
zaman Umar r.a adalah seperti ijmak’.
(Irsyadus-Sari syarah Shahih al-Bukhari, Jilid 4/578)

26
Imam Ibnu Qudamah al-Maqdisi al-Hambali berkata:

‫ون َر ْك َعةً عَنْ ُع َم َر َو َعلِ ِّي رضى هللا عن ُه َما‬


َ ‫ش ُر‬
ْ ‫ع ه َُو ِع‬
ُ ‫اِإْل ْج َما‬
“Bilangan yang diijmakkan ialah dua puluh rakaat, daripada Saidina Umar
dan Saidina ‘Ali r.a”.
(Bahrul-Haqa-iq, 198)

DALIL-DALIL KEHUJJAHAN IJMAK

Dr. ‘Abdul-Karim Zaidan berkata:

‫َألَ ِة‬M ‫س‬


ْ ‫ان َدلِياًل قَ ْط ِعيًّا َعلَى ُح ْك ِم ا ْل َم‬M َ M‫وط ِه َك‬
ِ ‫ش ُر‬ ُ ِ‫ع َمتَى َما ا ْنقَ َع َد ب‬ ُ ‫اِإْل ْج َما‬
.‫ين‬َ ‫سلِ ِم‬ ُ ‫ار َه َذا اِإْل ْج َما‬
ْ ‫ع ُح َّجةً قَ ْط ِعيَّةً ُم ْل َز َمةً لِ ْل ُم‬ َ ‫ص‬ َ ‫ا ْل ُم ْج َم ِع َعلَ ْي َها َو‬
“Ijmak itu, manakala ia telah diputuskan menurut syarat-syaratnya, maka
jadilah ia sebagai dalil qath’ie (dalil yang putus) ke atas hukum masalah yang
telah disepakatkan. dan jadilah ijmak itu sebagai hujjah yang putus yang
mesti dipegangi oleh orang Islam”.
(al-Wajiz fi Ushulil-Fiqh, 182)

Mufti Mesir, Dr. ‘Ali Jum’ah berkata:

‫ب‬ ْ ‫ان ِدينِيًّا فَ َم‬


ُ ‫ذ َه‬MM ّ ‫ون فِى َأ ْم ٍر ِدينِ ّي َأ ْو ُد ْنيَ ِو‬
َ ‫ي ِإ َذا َك‬ َ ‫ع ِإ َّما َأن يَ ُك‬ ُ ‫اِإْل ْج َما‬
ٌ‫ا ْل ُج ْم ُهو ِر َأنَّهُ ُح َّجةٌ قَ ْط ِعيَّة‬
“Ijmak itu adakalanya berlaku pada urusan keagamaan atau urusan
keduniaan, apabila berlaku pada urusan agama maka menurut mazhab
jumhur bahawasanya ia adalah hujjah yang putus (qath’ie)”.
(Al-Ijmak indal Usuliyyin, 25)

Dr. ‘Abdul-Karim Zaidan, ketika membentangkan dalil-dalil kehujjahan


‘Ijmak Sukuti’ pada zaman sahabat r.a. berkata: “Maka pada zaman Sahabat,
terutama pada zaman Saidina Abu Bakar dan Umar ra, bilangan para
mujtahid masih kurang, dan dapat dikenal peribadi mereka, dan semua
mereka berada di sekitar Madinah atau di tempat yang mudah dihubungi
untuk mendapatkan pandangan mereka. Dan adalah ijtihad mereka
menempati keputusan syura. Maka pada waktu itu (iaitu di zaman sahabat)
dan juga hal yang saya sebutkan, amatlah mudah berlaku ijmak, dan telahpun
27
berlaku, dan telah sampai kepada kita ijmak yang banyak daripada mereka, di
antaranya ialah yang menjadi hujjah jumhur ‘ulama’ yang telah kami sebutkan
sebentar tadi…

Maka adapun Ijmak Sukuti adalah seperti ijmak yang shorih (yang terang)
menurut segolongan ‘ulama’ seperti yang telah kami sebutkan.
Jika dikatakan: sesungguhnya Ijmak Sukuti itu bukan merupakan hujjah
menurut sebahagian Ulamak, maka dengan ini bermakna Ijmak Sukuti di
zaman sahabat tidaklah menjadi dalil berlakunya ijmak’.

Maka jawab kami: “Sesungguhnya Ijmak Sukuuti di zaman sahabat layak


menduduki kedudukan ijmak yang shorih kerana beberapa perkara,
antaranya, kerana bilangan mereka yang sedikit, dan kerana mereka
saling mengenal di antara sesama mereka….
(al-Wajiz fi Ushulil-Fiqh, 191)

KEEMPAT: DUA PULUH RAKAAT PILIHAN JUMHUR DAN


IJMAK ADALAH AMALAN YANG TERBAIK

Para jumhur ulama’ sepanjang zaman, teristimewa pula para salafus soleh
dan ulama’ khairul qurun (yakni kurun terbaik –kurun pertama, kedua dan
ketiga hijrah) memutuskan bahawa bagi selain penduduk Madinah al-
Munawwarah, maka solat tarawih dua puluh rakaat, itulah yang lazimnya
dilakukan, ini kerana para ‘ulama rabbani tidak mahu menyimpang daripada
petunjuk para sahabat dan juga sunnah al-Khulafa al-Rasyidin.

Solat tarawih dua puluh rakaat adalah amalan mazhab-mazhab salaf


seluruhnya, bagi mereka amalan para sahabat r.a adalah contoh terbaik, apa
tidaknya, kerana merekalah sebaik-baik insan selepas Rasulullah s.a.w dan
para nabi.

Imam Abu Hanifah berkata: “dan seafdhal-afdhal manusia sesudah


Rasulullah s.a.w ialah Abu Bakar al-Shiddiq, kemudian Umar ibnul-Khattab,
kemudian ‘Utsman ibni ‘Affan, kemudian ‘Ali ibni Abi Thalib r.a (redha Allah ke
atas mereka semua), mereka itu tetap berada di atas kebenaran dan kita
mencintai mereka semua”.
(Syarah Fiqhul-Akbar, 18)

28
Maka tanda kecintaan kita kepada para sahabat ialah dengan mengikuti jejak
langkah mereka, mencintai mereka dan juga mengikuti amalan mereka,
bukannya dengan menyalahi mereka, apatah lagi pada perkara yang mereka
telah sepakatkan…

PETIKAN KATA-KATA ULAMA’ MUKTABAR

 Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali berkata:


‫ورةٌ َو ِه َى‬ ْ ‫ون َر ْك َعةً َو َك ْيفِيَّتُ َها َم‬
َ ‫ش ُه‬ َ ‫ش ُر‬ ِ ‫صاَل ةُ التَّ َرا ِو‬
ْ ‫يح َو ِه َى ِع‬ َ ُ‫الثَّانِيَة‬
ٌ‫سنَّةٌ ُمَؤ َّك َدة‬
ُ
“dan yang kedua (yakni solat yang disunatkan berjamaah) ialah solat
tarawih, bilangan rakaatnya ialah dua puluh, dan kaifiyatnya telah
masyhur dan ia adalah sunat muakkad’.
(Ithaf Saadatil-Muttaqin Syarah Ihya’ Ulumiddin, 3/688)

 Pakar Hadis, Imam al-Qasthalani berkata:


ْ ‫ةً بِ َع‬M ‫ون َر ْك َع‬
‫ ِر‬M ‫ش‬ ْ ‫و ُر َأنَّهُ ِع‬MM‫ ِه ا ْل ُج ْم ُه‬M ‫و الَّ ِذى َعلَ ْي‬M
َ ‫ ُر‬M ‫ش‬ َ M‫ ُروفُ َو ُه‬M ‫َوا ْل َم ْع‬
...‫ت‬
ٍ ‫سلِي َما‬ ْ َ‫ت‬
’Dan yang ma’ruf ialah yang menjadi pegangan jumhur iaitu dua
puluh rakaat dengan sepuluh kali salam’.
(Irsyadus-Sari syarah Shahih al-Bukhari, 4/578)

 Pakar Perundangan Islam, Imam al-Mawardi berkata: “Maka yang aku


pilih ialah dua puluh rakaat, yakni lima kali tarwihat, setiap satu
tarwihah dua kali genap, setiap satu genap itu dua rakaat, kemudian
berwitir tiga rakaat, kerana Umar ibnul-Khattab r.a mengumpulkan
orang ramai bersolat di belakang Ubai bin Ka’ab r.a, dia bersolat
bersama mereka dua puluh rakaat, dan bilangan inilah yang menjadi
amalan penduduk Makkah’.
(al-Hawi –al-Kabir, Jilid 2/369)

 Mujtahid Mazhab terkenal, Imam Nawawi berkata:

ْ ‫ةً بِ َع‬M‫ون َر ْك َع‬


‫ ِر‬M‫ش‬ َ ‫ ُر‬M‫ش‬ ْ M‫ا ِء َو َم‬MM‫اع ا ْل ُعلَ َم‬
ْ ‫ذ َهبُنَا َأنَّ َها ِع‬M ِ ‫سنَّةٌ بِِإ ْج َم‬
ُ ‫يح‬ َ َ‫ف‬
ِ ‫صاَل ةُ التَّ َرا ِو‬
..‫ت‬ ٍ ‫سلِي َما‬ْ َ‫ت‬

29
“Maka solat tarawih itu adalah sunnah dengan ijmak ‘ulama’. Dan
pada mazhab kami, ia berjumlah dua puluh rakaat sepuluh kali salam”.
(Kitab al-Majmuk Syarah al-Muhazzab, Jilid 3/526)

 Al-Imam al-Khathib al-Syarbini berkata:

“Dan solat tarawih itu adalah dua puluh rakaat dengan sepuluh kali
salam pada setiap malam bulan Ramadhan. Berdalilkan apa yang
diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dengan sanad yang shahih, bahawa
mereka mendirikan solat tarawih pada zaman Umar al-Khattab ra di
bulan Ramadhan sebanyak dua puluh rakaat…
(Mughni al-Muhtaj ‘ala Syarhil-Minhaj, Jilid 1/311)

 Pakar hadis dan juga pakar bahasa terkenal, Imam Murtadha al-Zabidi
berkata:
“Dan sesungguhnya telah meriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dengan
sanad yang shahih bahawa orang ramai di zaman Saidina Umar r.a
melakukan solat tarawih dua.puluh rakaat, dan di zaman ‘Utsman dan
‘Ali r.a pun serupa juga. Maka jadilah ia sebagai ijmak. Imam Ibnul-
Humam dari kalangan sahabat kami (Mazhab Hanafi) berkata:
“Adapun bilangan dua puluh rakaat itu adalah sunnah para Khalifah
al-Rasyidin”.
(Ithaf Sadatil-Muttaqin syarah Ihya’ Ulumiddin, 3/688)

 Wali Qutub terkenal, al-‘Arif billah, al-Syeikh ‘Abdul-Wahhab Sya’rani


berkata: “Dan adalah para sahabat memanjangkan masa solat,
sehingga apabila imam membaca surah al-Baqarah seluruhnya di
dalam bilangan lapan rakaat, maka orang ramai menganggap imam
telah meringankan solat. Dan adalah mereka mendirikan solat tarawih
pada awal zaman Umar r.a sebanyak tiga belas rakaat dan imam
membaca lebih dari seratus ayat, sehingga orang ramai terpaksa
bertekan dengan tongkat masing-masing kerana qiam yang lama.
Imam mereka waktu itu ialah Ubai bin Ka’ab dan Tamim al-Dari r.a,
kemudian Saidina Umar menyuruh supaya dilakukan sebanyak dua
puluh tiga rakaat, tiga daripadanya solat witir dan tetaplah berterusan
–bilangan duapuluh rakaat itu- pada seluruh negeri”.
(Kasyful-Ghammah ‘an Jami’ Al-Ummah, 147)

 Syaikhul Islam, Imam Taqiyuddin al-Hishni berkata:


“Kemudian Saidina ‘Umar r.a mengumpulkan orang ramai berimamkan
Ubai bin Ka’ab ra dan menetapkan kepada mereka bilangan dua puluh
rakaat, dan para sahabat telah bersepakat dengannya tentang
bilangan itu. Dan perbuatan Saidina Umar itu –yakni mengumpulkan
mereka supaya berjamaah setiap malam dengan bilangan dua puluh

30
rakaat itu- adalah sesudah tidak dibimbangkan lagi akan difardhukan
kepada orang ramai (kerana Baginda s.a.w telah wafat)”.
(Kifayatul-Akhyar, Jilid 1/54)

 Syed Sabiq, walaupun dilihat seolah-olah cenderung kepada


pandangan lapan rakaat, namun terpaksa mengakui bahawa bilangan
dua puluh rakaat itu adalah pilihan dan pegangan jumhur ‘ulama’. Di
dalam karangannya yang bernama Fiqh al-Sunnah, beliau menulis:

“Dan telah shahih bahawa orang ramai pada masa Umar, Utsman dan
‘Ali r.a, bersolat tarawih sebanyak dua puluh rakaat. Ini adalah
pandangan jumhur ulama’ dari kalangan golongan Hanafi,
Syafi’ie, Hanbali dan Daud Zahiri. Imam Tirmizi berkata: “Dan adalah
kebanyakan ahli ilmu sependapat dengan apa yang diriwayatkan dari
Saidina Umar dan Saidina ‘Ali dan lain-lain sahabat Nabi s.a.w, iaitu
dua puluh rakaat, dan ini juga merupakan pendapat Imam Tsauri,
Imam Ibnul-Mubarak dan Imam Syafi’ie. Imam Syafi’ie berkata: “Saya
mendapati penduduk Makkah bersolat dua puluh rakaat”.
(Fiqhus-Sunnah, 2/54. Mizanul-‘Adil, 209)

“AKU TERLEBIH SUKA DUA PULUH RAKAAT”


: Imam Al-Syafi’i

Imam al-Syafi’ie r.a, salah seorang ‘ulama’ mujtahid terulung, ‘alim Quraisy
yang terserlah, ulama salaf yang berada di zaman khairul qurun, beliau
membesar di kota Makkah dan kemudiannya berhijrah menuntut ilmu di
Madinah, Kufah dan Mesir.

Sejak dari kecil beliau, ketika berada di Makkah, Imam al-Syafi’ie telah
menyaksikan dan bersolat tarawih di Makkah sebanyak dua puluh rakaat. Di
Madinah pula beliau mendapati orang ramai bersolat tiga puluh enam rakaat.
Pada hal Madinah waktu itu di bawah pimpinan ulama terkenal iaitu Imam
Darul Hijrah, Imam Malik bin Anas, seorang ulama yang sangat mencintai dan
menghormati junjungan Nabi S.A.W. namun solat tarawih lapan rakaat tidak
menjadi pilihan kedua-dua imam besar ini, juga tidak menjadi pilihan imam-
imam mujtahid yang lain.

31
Begitulah, dan itulah dia para ‘ulama’ di zaman salaf dan zaman ‘khairul
qurun’. Mereka mengerti benar petunjuk dan sunnah Rasul S.A.W. Dan
mereka juga tidak mahu terkeluar daripada landasan sunnah al-Khulafa’ al-
Rasyidin dan juga petunjuk para-para sahabat r.a. Kerana mereka memahami
bahawa para sahabatlah orang yang lebih mengetahui dan lebih memahami
sunnah rasul S.A.W dan petunjuknya berbanding diri mereka sendiri.

Justeru kita mendapati golongan ulama dan fuqaha di zaman khairul qurun
tidak akan cuba menyimpang dan tersasar daripada pedoman dan
kesepakatan para sahabat r.a. Tidak seperti segelintir manusia yang bergelar
‘ulama’ pada hari ini yang sangat berbangga dengan pendapat sendiri seolah-
olah merekalah yang lebih memahami sunnah rasul s.a.w daripada para
sahabat itu sendiri. Sehingga mereka langsung tidak mempedulikan
pandangan para sahabat dan pesanan Rasul s.a.w sendiri supaya mengikut
contoh para sahabatnya.

Maka jika kamu mendapati mana-mana orang yang mengajak kamu


meninggalkan ijma’ atau pandangan jumhur supaya beralih kepada
pandangan yang syaz dan lemah, ketahuilah mereka itu sebenarnya bukan
mengajak kamu kepada ajaran agama yang sebenar atau mengajar kamu
cara ibadah yang sebenar, akan tetapi mereka itu sebenarnya mengajak
kamu kepada ideologi dan kelompok mereka.

Imam al-Mawardi rahmatullah, telah menaqalkan kata-kata Imam Al-Syafi’ei


Rahimahullahu Ta’ala di dalam kitab beliau ‘al-Hawi al-Kabir’ seperti berikut:
“Masalah: Imam al-Muzani berkata: “Imam Al-Syafi’ie berkata:

‫هُ َو َرَأ ْيتُ ُه ْم‬MM‫ ِر ِد َأ َح ُّب ِإلَ َّى ِم ْن‬MMَ‫اَل ةُ ا ْل ُمنف‬MM‫ص‬َ َ‫ان ف‬ َ MM‫ض‬ َ ‫ا ُم‬MMَ‫َوَأ َّما قِي‬
َ ‫ ْه ِر َر َم‬MM‫ش‬
ْ‫ى عَن‬ َ ‫ون َأِلنَّهُ ُر ِو‬َ ‫ ُر‬M‫ش‬ ْ ‫ين َوَأ َح ُّب ِإلَ َّى ِع‬ َ ِ‫ ٍع َوثَاَل ث‬M‫س‬ َ ‫بِا ْل َم ِدينَ ِة يَقُو ُم‬
ْ ِ‫ون لِت‬
‫ون‬َ ‫وتِ ُر‬MMُ‫ون بِ َم َّكةَ َوي‬MM َ ‫ َذلِكَ يَقُو ُم‬MM‫ب رضى هللا عنه َو َك‬ ِ ‫ر ْب ِن ا ْل َخطَّا‬MM
َ ‫ُع َم‬
.‫بِثَاَل ثَ ٍة‬
“Adapun tentang qiam pada bulan Ramadhan (iaitu solat tarawih), maka
solat secara bersendiri lebih aku sukai. Aku melihat mereka di Madinah
mendirikan sebanyak tiga puluh sembilan rakaat (termasuk solat witir)
dan yang aku terlebih suka ialah dua puluh rakaat, kerana bahawasanya
telah diriwayatkan daripada Saidina ‘Umar al-Khatthab R.A telah mendirikan
sebanyak dua puluh rakaat, dan begitu pula para penduduk Mekah
melakukan (sebanyak dua puluh rakaat) dan berwitir sebanyak tiga rakaat".
(Al Hawil Kabir-2-368)

32
Begitu juga telah disebutkan oleh Al-‘Allamah al-Syeikh Sulaiman Al-Jamal
pada hasyiah beliau seperti berikut: Imam Al-Syafi’ie berkata:

‫ون لَ ُه ْم َأ َح ُّب ِإلَ َّى‬ ْ ‫ا ْل ِع‬


َ ‫ش ُر‬
”Bilangan dua puluh rakaat yang mereka lakukan adalah terlebih aku suka”
(Hasyiah al-Jamal ‘ala Syarhil-Manhaj, 1/490)

(KHATAM SELURUH AL-QURAN ITU AFDHAL)

Para ‘ulama mu’tabar, pendukung sunnah dan penentang bid’ah yang


berpegang teguh kepada ‘PETUNJUK RASUL S.A.W’. dan sunnah al-
khulafa’ al-Rashidin al-Mahdiyyin, senantiasa memimpin ummah kepada
jalan yang lebih hampir dengan amalan para salafus-soleh.

Maka pada solat tarawih, para ‘ulama muktabar berpendapat bahawa


mengkhatamkan seluruh al-Quran itu terlebih afdhal daripada bacaan yang
cuma beberapa juzuk atau sekadar beberapa surah sahaja. Maka jika dilantik
seorang imam hafiz untuk menjadi imam tarawih, adalah terlebih afdhal
daripada yang tidak hafiz supaya para makmum dapat mendengar dan
memperhatikan (tadabbur) seluruh al-Quran di sepanjang bulan Ramadhan.

Al-‘Allamah al-Sayyid Albakri bin Sayyid Muhammad Syatha berkata: “Dan


sesungguhnya Syaikhul Islam Ibnu ‘Abdis-Salam dan Imam Ibnu Solah serta
lainnya telah memfatwakan supaya dibacakan menurut kadar yang telah
biasa dilakukan oleh orang ramai pada solat tarawih, yakni pembahagian
kepada juzuk yang biasa dikenal orang, sekira-kira dapat dikhatamkan al-
Quran seluruhnya di dalam bulan Ramadhan adalah terlebih aula

33
daripada membaca surah-surah yang pendek. Alasan mereka ialah;
bahawa menurut sunnah ialah mendirikan (solat tarawih) dengan seluruh al-
Quran’.
(I’anah at-Tholibin, 1/266)

Al-’Allamah Al-Syeikh Muhammad Khatib Syarbini berkata:

ِ ‫ور ِة اِإْل ْخاَل‬


‫ص‬ َ ‫س‬ َ ‫ش ْه ِر َأ ْف‬
ُ ‫ض ُل ِمنْ تَ ْك ِري ِر‬ ِ ‫َوفِ ْعلُ َها بِا ْلقُ ْر َءا ِن فِى َج ِم‬
َّ ‫يع ال‬
’ Dan melakukannya (yakni solat tarawih) dengan seluruh al-Quran sebulan
bulan Ramadhan adalah terlebih afdhal daripada mengulangi surah al-Ikhlas’.
(Mughnil-Muhtaj, 1/311)

Sementara itu al-‘Allamah al-Syeikh Sulaiman al-Jamal, di dalam kitabnya


mengulas dengan lebih panjang lebar tentang ini dengan menaqal kata-kata
Imam al-Barmawi, katanya:

‫ور ِة‬
َ M‫س‬ ُ ‫ ِر‬M‫ ُل ِمنْ تَ ْك ِري‬M‫ض‬ َ ‫ ْه ِر َأ ْولَى َوَأ ْف‬M‫الش‬َّ ‫ع‬M ِ M‫ان فِى َج ِمي‬ ِ ‫َوفِ ْعلُ َها بِا ْلقُ ْر َء‬
‫ور ِة ٱل َّر ۡح َم ٰـ ِن‬
َ ‫س‬ ُ ‫ت فِى ُك ِّل َر ْك َع ٍة ِم ْن َها َو ِمنْ تَ ْك ِري ِر‬ ٍ ‫ث َم َّرا‬ َ ‫ص ثَاَل‬ ِ ‫اِإْل ْخاَل‬
‫ور ٍة‬
َ M‫س‬ ُ ‫ ِّل‬M‫ َد ُك‬M‫ص بَ ْع‬ِ ‫ور ِة اِإْل ْخاَل‬ َ M‫س‬ ُ ‫يع َها َو ِمنْ تَ ْك ِري ِر‬ ِ ‫َأ ْو َه ْل َأتَى فِى َج ِم‬
ْ ‫ب اَأْلِئ َّمـ ِة بِ ِم‬
.‫ص َر‬ ُ ِ‫س ِد َك َما ا ْعتَا َدهُ َغال‬َ ‫ِم َن التَّ َكاثُ ِر ِإلَى ا ْل َم‬
’Dan melakukannya dengan membaca seluruh al-Quran sebulan bulan
Ramadhan adalah terlebih aula dan terlebih afdhal daripada hanya
mengulangi surah al-Ikhlas tiga kali setiap rakaat, dan daripada hanya
mengulangi surah al-Rahman atau surah ‫( َه ْل َأ َتى‬surah al-Insan) pada setiap
rakaat solat, dan daripada hanya mengulangi surah al-Ikhlas setiap surah,
dimulai dengan surah al-Takatsur hingga surah al-Masad sebagaimana adat
kebiasaan imam-imam di Mesir.
(Hasyiyah al-Jamal ‘ala Syarhil-Manhaj, 1/489)

Begitulah juga telah disebutkan oleh al-‘Allamah al-Syeikh Syarwani pada


hasyiah syarah Tuhfatul-Muhtaj, beliau menaqalkannya daripada kata-kata al-
Syeikh ‘Ali Syubramallisi. Bolehlah dirujuk pada hasyiah al-‘Allamah al-
Syarwani ‘ala Tuhfatil-Muhtaj, jilid- 2, mukasurat- 263.

Setelah anda melihat semua pembentangan ini, jelaslah bahawa yang


terlebih afdhal ialah bersolat tarawih dua puluh rakaat bersama dengan
mengkhatamkan seluruh al-Quran, walaupun begitu tidaklah bermakna
kaifiyat yang selain itu adalah dilarang sama sekali.

34
Maka jika mana-mana kampung atau kariah tidak dapat mengadakan solat
tarawih bersama imam hafiz kerana tidak ada yang hafiz di sana atau tidak
berkemampuan maka ketika itu bolehlah membacakan apa-apa surah
menurut kemampuan imam yang ada itu.

Daripada Aisyah R.A, beliau berkata: “Aku tidak tahu akan kesungguhan
ibadah Rasul S.A.W yakni membaca al-Quran seluruhnya pada satu malam,
berdiri solat sepanjang malam sampai ke pagi, berpuasa sepanjang bulan,
melainkan pada bulan Ramadhan”.
( Sunan an-Nasaie,3-315)

(BAB 2)

(TAZKIRAH WAKTU SOLAT TARAWIH)


: SATU PENILAIAN SEMULA

Telah berlaku satu perubahan baru sejak kebelakangan ini, iaitu pada akhir-
akhir zaman ini di beberapa tempat dan di beberapa negara. Mereka
melakukan solat tarawih sebanyak lapan rakaat bersama dengan majlis
tazkirah. Amalan ini semakin mendapat sambutan sejak akhir-akhir ini
sehingga sebahagian orang awam menganggap bahawa amalan inilah yang
terlebih afdhal daripada solat tarawih sebanyak dua puluh rakaat yang tidak
ada tazkirah. Alasannya ialah tazkirah itu adalah majlis ilmu dan solat tarawih
itu hanyalah sunat. Tentulah lebih afdhal majlis ilmu daripada solat sunat.

Saya sendiri secara peribadi amat menyukai majlis tazkirah, bila dan di
mana pun. Kerana manusia yang selalu lalai dan leka ini perlu diperingatkan,
manusia yang hanyut dengan godaan halwa dunia ini perlu disedarkan. Dan
tazkirah itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.

Namun apabila dibuat perbandingan antara solat tarawih dua puluh rakaat
bersama seorang hafiz yang mengkhatamkan al-Quran pada bulan
Ramadhan dengan solat tarawih lapan rakaat yang disertakan dengan majlis
35
tazkirah. Saya secara insaf dan sedar mengatakan bahwa yang lebih afdhal
ialah solat tarawih dua puluh rakaat bersama imam hafiz yang
mengkhatamkan seluruh al-Quran itu.

Sebenarnya jika anda telah membaca buku ini dari awalnya, anda akan
faham kenapa ianya terlebih afdhal. Oleh itu marilah kita berfikir secara insaf
tanpa diselitkan dengan apa-apa emosi atau kepentingan peribadi atau mana-
mana firqah atau jamaah, marilah kita berfikir atas dasar ilmu yang rasional
dan di atas fakta ilmiah yang jernih. Semoga dibukakan kepada kita pintu
kefahaman dan keyakinan.

Oleh itu sekali lagi saya tegaskan bahawa solat tarawih dua puluh rakaat
itu adalah terlebih afdal daripada lapan rakaat. Walaupun disertai oleh
tazkirah. Apatah lagi berbanding lapan rakaat yang tidak ada tazkirah. Begitu
jauh ketinggalan.

Hujah dan alasan saya berkenaan perkara di atas adalah seperti berikut:

Pertama. : Menyalahi Sunnah Rasul s.a.w

Rasulullah s.a.w, sohibus syar’ie, tidak pernah mencontohkan amalan


bersolat tarawih serta tazkirah walaupun sekali pada seumur hidupnya.
Amalan yang Baginda galakkan serta mencontohkannya pada malam-malam
bulan Ramadhan adalah solat. Sebab itulah Baginda bersabda:

‫الخ‬ ...‫احتِسابًا‬ َ ‫َمنْ قَا َم َر َم‬


ْ ‫ضان ِإيمانًا َو‬
Walaupun kita sedia maklum bahawa tazkirah juga adalah sesuatu yang
berfaedah, tetapi tidak pula digemarkan oleh Rasulullah s.a.w pada malam-
malam bulan Ramadhan, kecuali hanya solat dan membaca al-Quran. Jika
amalan tazkirah itu terlebih afdhal daripada solat malam yang panjang dan
lama itu, tentulah Rasulullah s.a.w adalah orang pertama menggalakkannya,
maka jelas bahawa amalan tazkirah itu menyalahi sunnah Rasul s.a.w pada
bulan Ramadhan.

Amalan yang ditunjukkan oleh sunnah tentulah lebih afdhal dari yang lainnya
yang menyalahi sunnah Rasul s.a.w.

Saya ingin menegaskan bahawa, saya lebih menyukai amalan yang


dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a daripada amalan
yang dicontohkan oleh yang lainnya.

36
Saya juga ingin menegaskan bahawa amalan yang dicontohkan oleh Nabi
s.a.w dan para sahabat r.a adalah terlebih afdhal daripada amalan yang
dicontohkan oleh orang lainnya. Walaupun saya tidaklah mengatakan
tazkirah ini sebagai bid’ah dolalah.

Kedua: Menyalahi Sunnah al-Khulafa’ al- Rasyidin.

Pada zaman sahabat r.a juga tidak pernah disebut berlaku atau dilakukan
oleh mereka terutamanya oleh para khulafa al-Rasyidin. Apakah para sahabat
juga tidak sedar bahawa tazkirah Ramadhan itu afdhal, maka mereka tidak
melakukannya. Sehinggalah kita di akhir zaman ini baru disedarkan tentang
perkara ini lalu kita melakukannya?

Pada hal tanpa kita sedari sebenarnya dengan hanya melakukan solat yang
sekejap sahaja kemudian duduk mendengar ceramah itu kita telah menyalahi
sunnah al-Khulafa al-Rasyidin dan menyalahi sabda Nabi s.a.w:

َ ِّ‫ين ا ْل َم ْه ِدي‬
‫ين ِمن بَ ْع ِدى‬ ِ ‫سنَّ ِة ا ْل ُخلَفَا ِء ال َّر‬
َ ‫اش ِد‬ ُ ِ‫َعلَ ْي ُك ْم ب‬
ُ ‫سنَّتِى َو‬
’Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan juga sunnah
khalifah ar-Rasyidin al-Mahdiyyin sesudahku’.

Bukan itu sahaja, bahkan kita telah menyalahi ijmak (kesepakatan) para
sahabat tentang amalan ini.

Sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa amalan yang dilakukan oleh para
sahabat r.a. pada malam-malam bulan Ramadhan adalah solat-solat yang
panjang dan bacaannya al-Quran yang lama di dalam solat. Sebagaimana
yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

‫ار ُز ْقنَا‬
ْ ‫اطاًل َو‬M
ِ Mَ‫ َل ب‬M‫اط‬ ْ ‫ق َحقًّا َو‬
ِ َ‫ هُ َوَأ ِرنَا ا ْلب‬M‫ار ُز ْقنَا اتِّبَا َع‬ َّ M‫اَللَّ ُه َّم َأ ِرنَا ا ْل َح‬
...ُ‫اجتِنَابَه‬ ْ

Ke-3: Menyalahi Amalan Imam Yang Empat Dan Salafus-Soleh.

Sepertimana kata Imam al-Syafie: “Aku terlebih suka dua puluh rakaat”.
Para imam mazhab yang lain juga tidak berpendapat bahawa majlis tazkirah
itu perlu diselitkan ketika solat tarawih. Padahal mereka ini semua adalah
para ulamak mujtahid, ahli ilmu yang ulung. Mereka sedar dan tahu akan
37
kelebihan ilmu lebih daripada kita. Bahkan seluruh hidup mereka adalah
berkhidmat kepada ilmu, tidak terfikir pula mereka untuk mengadakan majlis
ilmu di celah-celah solat tarawih.

Hal ini kerana mereka tidak mahu menyalahi amalan para sahabat R.A.
Dan mereka juga tahu bahawa pada malam-malam bulan Ramadhan, amalan
apakah sebenarnya yang terlebih afdhal. Kenapa mereka tidak mengadakan
kuliah atau majlis ilmu pada waktu itu. Pada hal waktu itu orang ramai ke
masjid, boleh sampaikan ilmu?..

Apa yang kita dapati berlaku di zaman salafussoleh hanyalah pertambahan


bilangan rakaat (bukannya pengurangan rakaat) seperti tiga puluh enam
rakaat di Madinah, dan empat puluh lapan rakaat di zaman khalifah Umar bin
Abdul-Aziz. Tak ada pun tazkirah. Kenapa? Kerana apa yang nabi kita
galakkan pada malam bulan Ramadhan ialah banyakkan bersolat atau
memanjangkan solat malam, bukannya majlis ‘ilmu atau tazkirah.

Keempat: Ghalibnya Hanyalah Majlis Mau-i’zah, Bukan Majlis ‘Ilmu


Yang Fardu.

Apabila kita melihat kepada cara dan senario majlis tazkirah yang diadakan
di negara kita sekarang ini, rata-rata adalah merupakan majlis mau’izah atau
majlis ceramah sahaja, bukanlah merupakan majlis ilmu yang menjadi fardu
‘ain kepada para makmum. Ini kerana hampir kebanyakkan majlis ilmu
ditangguh pada bulan Ramadhan. Kuliah-kuliah agama ditangguhkan, hanya
dimulai semula selepas Aidil Fitri.

Walaupun tazkirah dan mau’izah juga adalah sesuatu yang bermanfaat


juga buat kaum muslimin, tetapi sebenarnya menyelitkan program tazkirah di
celah-celah solat tarawih itu ialah satu perbuatan yang kurang berhikmah dan
mencuri masa ibadah solat.

Kecuali jika diselitkan dengan tazkirah sedangkan solat tarawih tetap


dilakukan dua puluh rakaat, maka bagi saya tidak ada masalah…

Setahu saya, majlis tazkirah pada solat tarawih ini diadakan kerana
beberapa sebab: Ada yang melakukannya kerana ingin memerangkap anak
kariah yang jarang datang menuntut ilmu atau mendengar kuliah, maka
apabila mereka bersolat tarawih, tidak dapat tidak mereka terpaksa
mendengar kuliah, walaupun sebenarnya, ada yang tidak selesa diperlakukan
begitu.

38
Adakah anda merasakan bahawa dakwah dengan cara ini berkesan untuk
memberi kesedaran kepada anak qaryah dan dapat memahamkan Islam
yang sebenar kepada mereka? Berapa orangkah yang menangis tersedu-
sedu kerana insaf mendengar tazkirah ini. Dan berapa ramai pula yang terus
pulang kerana tidak suka diperlakukan begitu.

Jika kita faham bahawa tazkirah itu termasuk daripada majlis ilmu yang
diberi ganjaran kepada yang menuntutnya, bukankah majlis ilmu itu boleh
diadakan pada waktu-waktu yang lain yang masih banyak lagi, boleh
dilakukan selepas subuh, selepas solat zohor atau selepas solat asar
atau sebelum berbuka puasa. Dengan itu tidak perlulah di buat pada waktu
solat tarawih yang akan menyebabkan bilangan solat menjadi kurang dan
kelebihan ibadah pada bulan Ramadhan juga kurang.

Jika kita katakan bahawa tujuannya ialah untuk memerangkap anak-anak


kariah yang degil tidak tidak mahu mendengar kuliah. Saya mengatakan:
Amalan yang mereka lakukan kerana terpaksa itu, apatah lagi dengan niat
yang tidak ikhlas itu (iaitu apabila mereka terasa seolah-olah sengaja
diperangkap), apakah akan diterima atau benar-benar memberi kesan? Saya
sendiri telah meninjau kesan tazkirah ini sejak beberapa tahun lalu, namun
perubahan yang diharapkan daripadanya amat kecil, cuma apa yang berlaku
ialah orang ramai semakin berminat bukan kerana tazkirah itu, tetapi kerana
merasa selesa dengan bilangan solat yang sedikit dan rehat yang panjang.
Inilah yang disukai oleh nafsu manusia. Tetapi bagi ahli ibadat yang ingin
bersungguh-sungguh merebut peluang bulan Ramadhan, mereka merasa
hampa dan terkilan kerana solat yang sedikit itu.

Apabila kita merujuk kepada sirah para sahabat r.a, majlis tazkirah atau
maui’zah adalah dilarang di zaman Saidina Umar al-Khattab, sehinggalah
pada akhir hayatnya barulah dibenarkan seminggu sekali pada hari Jumaat
sebelum solat.

Imam Ibnu Syihab berkata: “Orang pertama yang mengadakan majlis


bercerita di masjid Rasulillah s.a.w ialah Tamim al-Dari r.a. beliau telah
meminta izin kepada Saidina Umar r.a untuk mengadakan tazkirah kepada
orang ramai, namun Saidina Umar tidak membenarkan sehinggalah pada
akhir hayat beliau, barulah dibenarkan untuk diadakan tazkirah pada hari
jumaat yaitu sebelum Saidina Umar masuk bersolat. Di zaman Saidina
Osman pula beliau memberi izin kepada Tamim al-Dari mengadakan tazkirah
dua kali pada hari jumaat.
(Iqamatul Hujjah-29)

Jika anda faham apa yang disebutkan oleh Imam Ibnu Syihab itu, maka
anda pasti akan faham kenapa saya mengatakan bahawa tazkirah waktu
solat tarawih bukanlah keutamaan.

39
Dan sekali lagi saya tegaskan bahawa tazkirah yang diadakan pada
malam-malam bulan Ramadhan waktu solat tarawih itu tidak sama dengan
majlis ilmu yang fardhu. Buktinya sebahagian besar orang yang berminat
kepada majlis tazkirah itu sebenarnya lari daripada majlis ilmu yang
diadakan saban hari di masjid-masjid dan surau-surau bahkan kadang-
kadang langsung tak nampak batang hidung mereka. Kemana mereka
pergi? Kenapa tidak berminat pula dengan majlis ilmu yang fardhu ini?

Begitu juga, jika tazkirah itu diadakan hanya bertujuan memerangkap para
makmum, ini bukanlah satu perbuatan yang bijak di dalam menyampaikan
dakwah walhal Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud: “Serulah manusia
kepada jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah dan peringatan yang
baik”.

Bahkan perbuatan ini hampir sama dengan bid’ah MARWAN BIN AL-HAKAM
yang bertujuan memerangkap para makmum supaya mendengar ucapannya.

Imam al-Bukhari dan lainnya meriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a
katanya: “Adalah Rasulullah s.a.w keluar bersolat pada hari raya Aidil-Fitri
dan Aidil-Adha. Maka mulanya Baginda melakukan solat, kemudian Baginda
berpaling berdiri mengadap orang ramai, dan orang ramai duduk pada shaf-
shaf mereka, lalu Baginda memberi peringatan kepada mereka, mewasiatkan
mereka dan menyuruh mereka (melakukan amalan, maka sentiasalah orang
ramai berkeadaan demikian (yakni melakukan solat hari raya sebelum
berkhutbah) sehinggalah ketika aku keluar bersama Marwan bin al-Hakam,
yakni Amir Madinah al-Munawwaroh pada hari raya ‘Aidil Adha atau ‘Aidil
Fitri. Manakala kami sampai ke tempat solat, mimbarnya dibina oleh Katsir bin
al-Shalat, tiba-tiba Marwan bergegas mahu menaiki mimbar. Lalu aku tarik
bahunya. Lalu beliau melepaskan genggamanku dan terus naik lalu
berkhutbah sebelum melakukan solat. Maka aku menegurnya: “Demi Allah,
engkau telah mengubah cara sunnah”. Lalu Marwan berkata: “Wahai
Abu Said! sekarang ini bukan lagi seperti yang engkau tahu”. Maka aku
berkata: “Demi Allah, apa yang aku tahu itu adalah terlebih baik
daripada apa yang aku tidak tahu ini. Lalu jawab Marwan:
“Sesungguhnya orang ramai tidak mahu duduk mendengar ucapan kita
sesudah solat. Maka sebab itulah aku jadikannya sebelum solat”.
(Iqamah Al-hujjah-24)

Jelas kepada kita daripada riwayat di atas bahawa perbuatan Khalifah


Marwan yang cuba menyalahi sunnah, menukar khutbah hari raya selepas
solat kepada sebelum solat beralasankan bahawa orang ramai akan keluar
tidak mendengar khutbah tidak boleh diterima oleh sahabat nabi yang tetap
mempertahankan sunnah Rasul S.A.W. Maka setelah beberapa kurun
perangai Marwan ini tidak diamalkan orang islam. Apakah perlu kita pula yang
meniru dan menjadi pengikutnya? Maka siapa pula Abu Said pada hari ini
yang bangkit menentang perbuatan yang seumpama ini? Semoga Allah
40
meredhai Abu Sa’id Al-Khudri yang berani menyatakan yang hak walaupun
kepada seorang pemimpin besar.

Imam Ibnu ‘Atho’illah berkata (di dalam Kitab al-Hikam): “Tidak boleh
dipandang kecil, amalan oleh orang yang berhati zuhud (ikhlas), dan tidak
boleh dianggap banyak amalan orang yang berhati benci”.

KELIMA: AL-QURAN ADALAH TAZKIRAH YANG PALING


AFDHAL

Jika anda terlupa bahawa al-Quran itu adalah tazkirah yang paling afdhal,
maka disini saya memperingatkan diri saya dan anda bahawa al-Quran itu
adalah tazkirah yang paling utama.

Jika anda mengatakan sebahagian orang tidak mendapat manfaat kerana


tidak memahami bahasa arab, saya mengatakan bahawa mendengar al-
Quran itu bermanfaat, bahkan membawa kepada mendapat rahmat,
walaupun tidak memahami maknanya, berbanding dengan kata-kata manusia
yang kadangnya bila faham pun tidak memperoleh manfaat, apatah lagi
apabila tidak difahami.

Allah Ta’ala berfirman:


‫ڪ َر ۬ةً لِّ َمن يَ ۡخش َٰى‬
ِ ‫ ِإاَّل ت َۡذ‬. ‫ان لِت َۡشقَ ٰ ٓى‬
َ ‫نز ۡلنَا َعلَ ۡيكَ ۡٱلقُ ۡر َء‬
َ ‫َمٓا َأ‬
“Tidak kami menurunkan al-Quran ini supaya kamu mendapat kecelakaan,
melainkan sebagai tazkirah (peringatan) bagi orang yang takut (kepada
Allah)”.
(Surah Thoha, 3)

Allah Ta’ala berfirman:


۬
َ ِ‫ لَت َۡذ ِك َرةٌ لِّ ۡل ُمتَّق‬ ‫وَِإنَّهُۥ‬
‫ين‬
“Dan sesungguhnya al-Quran itu tetap menjadi tazkirah (peringatan) bagi
orang yang bertaqwa”. (al-Haqqah, 48)
Allah Ta’ala berfirman:
۬
َ ‫ فَ َمن شَٓا َء َذ‬. ٌ‫ ت َۡذ ِك َرة‬ ‫ڪٓاَّل ِإنَّهُۥ‬
 ‫ڪ َرهُۥ‬ َ
41
“Ketahuilah, Sesungguhnya al-Quran itu adalah satu peringatan (tazkirah
yang sangat besar pengajarannya) oleh itu siapa yang mahu beringat,
dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya”.
(Al-Muddassir53)(A’basa-11)

Ayat-ayat al-Quran yang saya kemukakan di atas adalah sebagai bukti


bahawa tazkirah yang sebenar ialah isi kandungan al-Quran itu sendiri,
Bahkan orang yang mendengar ayat-ayat Allah dan diam ketika
mendengarnya membawa kepada mendapat rahmat Allah S.W.T.

Allah Ta’ala berfirman:


َ ‫ا لَ َعلَّ ُكمۡ تُ ۡر َح ُم‬Mْ‫نصتُو‬
‫ون‬ ۡ َ‫وَِإ َذا قُ ِرَئ ۡٱلقُ ۡر َءانُ ف‬
ِ ‫ َوَأ‬ ‫ٱستَ ِم ُعو ْا لَهُۥ‬
’Dan apabila dibacakan kepada kamu al-Quran maka hendaklah kamu
mendengarnya dan hendaklah kamu diam supaya kamu mendapat rahmat
Allah.

Allah S.W.T menurunkan al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat kepada


seluruh alam. Juga sebagai penawar kepada hati manusia dan sebagai
peringatan bagi orang beriman yang lalai, sebagai petunjuk bagi mereka
yang ingin mendapat hidayah dan sebagai pelita menerangi hati yang kabur.

Mendengar kalam Allah itu adalah terlebih baik daripada mendengar kalam
manusia. Memperhatikan ayat-ayat Allah adalah terlebih besar manfaatnya
daripada memperhatikan bicara-bicara manusia. Dan tidaklah akan terlepas
kebaikan-kebaikan AL-QURAN itu melainkan orang-orang yang Allah kunci
mati hati-hati mereka dan tidaklah merasa jemu dengan AL-QURAN itu
melainkan jiwa-jiwa yang bertemankan hawa dan nafsu dan tidaklah
berpaling dari peringatan AL-QURAN itu melainkan mereka yang Allah
sempitkan dada-dada mereka.

Ya Allah ya Tuhan kami, rahmatilah kami dengan berkat membaca al-Quran,


jadikanlah al-Quran itu pemimpin kami, dan juga sebagai petunjuk dan rahmat
dan cahaya dan syafaat.
Ya Allah ya Tuhan kami, ingatkanlah apa yang kami lupa dari al-Quran,
ajarkanlah apa yang kami tidak mengerti dari maksud al-Quran, dan
jadikanlah ia sebagai pembela kami di hari akhirat, amin ya Robbal ‘Alamin.

Keenam: IMAM HENDAKLAH MENGUTAMAKAN


MASLAHAH PARA MAKMUM
42
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melalui usaha tarbiah kepada umatnya.
Baginda selalu menunjukkan contoh-contoh terbaik kepada umatnya. Baginda
selalu mahukan yang terlebih baik kepada para-para sahabat Baginda
khususnya dan kepada seluruh umat Baginda amnya.

Satu hari ketika Baginda sedang berkhutbah lalu masuk seorang sahabat
yang belum bersolat. Lalu Baginda menyuruh sahabat itu supaya melakukan
solat dua rakaat, walhal kita semua tahu bahawa solat tahiyyatul masjid itu
adalah sunat bukan fardhu.

Apa yang dapat kita fahami di sini ialah, sesuatu ibadah yang berwaktu,
iaitu yang mempunyai waktu yang tertentu, tidaklah ditinggalkan atau
ditangguhkan kerana suatu ibadah yang lain, kecuali jika amalan itu perlu
dilakukan dengan segera, umpamanya kerana panggilan jihad
fi sabilillah. Oleh itu solat hari raya umpamanya, tidaklah patut ditunda atau
ditinggalkan hanya kerana majlis ilmu atau kerana kematian.

Ini kerana majlis ilmu adalah jenis amalan yang tidak mempunyai waktu
tertentu atau masa yang tetap. Sama seperti majlis zikir dan bersedeqah.
Maka tidaklah bijak namanya mengadakan satu-satu majlis ilmu pada ketika
adanya ibadat yang khusus pada waktu yang tertentu itu, sehingga
menyebabkan ibadat tadi menjadi kurang atau tidak sempurna.

Saya mendapati para sahabat dan para ulama salaf yang soleh dahulu,
termasuklah imam-imam mujtahid yang empat semuanya amat menyedari
keadaan ini. Sebab itulah mereka dilihat meletakkan sesuatu benar-benar
kena pada tempatnya. Oleh itu memang layaklah mereka itu digelar sebagai
fuqoha’ dan ahli ‘ilmu yang sebenar. Daripada merekalah kita mengenal
kaedah:
‫َّعيَّ ِة َمنُوطٌ بِ ْال َمصْ لَ َح ِة‬
ِ ‫لى الر‬
َ ‫مام َع‬ ُ ُّ‫صر‬
ِ ‫ف اِإْل‬ َ َ‫ت‬
Urus tadbir seorang pemimpin ke atas rakyatnya adalah ke arah
mengutamakan maslahah.

Iaitu ketua hendaklah memikirkan atau melakukan atau menggalakkan anak


buahnya mendapat kebaikan yang lebih, bukan mengurangkan serta
mengadakan muslihat. Maka jika imam mendirikan solat tarawih dua puluh
rakaat, dia telah melakukan sesuai dengan ijma’ para sahabat, sesuai dengan
sunnah para khalifah al-Rasyidin, sesuai dengan pandangan jumhur ‘ulama
dan pandangan empat mazhab, sementara mereka yang ingin bersolat
lapan rakaat boleh beredar selepas lapan rakaat. Tetapi jika imam
melakukan hanya lapan rakaat, maka kecewalah orang yang suka
bersolat dua puluh rakaat, kalau pun mereka boleh melakukannya iaitu
mencukupkan bakinya di rumah mereka, berapa ramai sangat yang ada
semangat seumpama itu?...
43
Sepatutnya para imam memikirkan sebagaimana yang difikirkan oleh
kepimpinan yang terdahulu, contohnya Saidina Umar al-Khattab yang
melantik seorang imam yang baik, yang hafiz, supaya para makmum
mendapat faedah yang sempurna.

Ketujuh: Tazkirah Subuh Pada Bulan Ramadan Lebih


Sesuai.

Sebenarnya tazkirah yang dilakukan selepas solat fardu subuh adalah lebih
sesuai dan lebih memberi kesan di hati pendengar daripada tazkirah yang di
adakan pada waktu solat tarawih. Kami telah mempraktikkan amalan ini di
tempat kami, kelihatan para jamaah lebih memberi tumpuan dan dilihat ramai
juga yang mengalirkan air mata kerana tersentuh hati, terusik perasaan.
Mudah-mudahan permohonan keampunan dari Allah di kala hati tersentuh
begitu lebih mudah untuk diterima oleh Allah Tuhan yang Maha Penyayang.
Begitu juga jumlah mereka yang hadir dilihat tidak berkurangan, dari awal
Ramadhan sehinggalah ke penghujungnya.

Teristimewa pula waktu di antara subuh dan terbit fajar adalah waktu yang
sangat digalakkan untuk mengadakan majlis zikir atau tazkirah dan termasuk
di antara sunnah yang diamalkan di zaman sahabat r.a.

Saidina Anas bin Malik r.a. berkata:

َ ‫ر َء‬Mْ Mُ‫ُؤون ا ْلق‬


َ M‫ان َويَتَ َعلَّ ُم‬
‫ون‬M َ ‫ِإنَّ َما َكانُوا ِإ َذا‬
َ ‫ َر‬M‫دُوا ِحلَقًا ِحلَقًا يَ ْق‬M‫ َداةَ قَ َع‬M‫لُّوا ا ْل َغ‬M‫ص‬
.‫سنَ َن‬ َ ‫ا ْلفَ َراِئ‬
ُّ ‫ض َوال‬
“Hanyasanya adalah para sahabat apabila selesai bersolat subuh,
mereka akan duduk beberapa halaqah, membaca al-Quran dan belajar
ilmu fardu dan sunat”.
(Syarah Hayatus sohabah. Jilid 3/635)

Sabda Nabi S.A.W : “Apakah tidak berpagi-pagi kamu kepada masjid


maka dia mengajar atau membaca dua ayat daripada kitab Allah adalah
lebih baik baginya daripada dua ekor unta betina. Di dalam riwayat lain:
Maka dia belajar atau membaca al-Quran”. (Riwayat Imam Muslim)

44
Sahabat yang mulia Saidina Abu Darda’ berkata: “Tidak seorang pun yang
berpagi-pagi ke masjid kerana kebaikan, kerana belajar atau kerana mengajar
melainkan dicatat baginya pahala seorang mujahid, dia tidak pulang
melainkan memperoleh ghanimah”.
(Riwayat Ibnu Abdil-Barr)

Saidina Abi Musa Al-asha’ari R.A. berkata: “Adalah Rasullah S.A.W. apabila
selesai solat fajar, Baginda lalu berpaling kepada kami. Maka di
kalangan kami ada yang bertanya kepada Baginda tentang al-Quran dan
ada di kalangan kami yang bertanya tentang fara-id dan ada di kalangan
kami yang bertanya kepada Baginda tentang mimpi”.
(Riwayat Al Thabrani di dalam Mu’jam Al-Kabir)

Riwayat-riwayat di atas menjadi petunjuk bahawa amalan berzikir atau


mengadakan majlis ilmu sesudah solat subuh adalah digalakkan Nabi s.a.w.
dan juga menjadi amalan para sahabat r.a ajma’iin.

Maka amalan yang bersumberkan sunnah tentulah terlebih baik dan lebih
berhikmah daripada yang bersumberkan qias yang khilafussunnah (iaitu
yang menyalahi sunnah).

Wallahu Ta’ala a’lamu bisshawaab…

45
(KESIMPULAN)

Jika anda telah meneliti kesemua dalil-dalil dan hujah yang saya
kemukakan disini, maka anda akan mengakui bahawa amalan solat tarawih
yang sebaik-baiknya ialah yang menurut ijma’ para sahabat, yang
disepakatkan empat mazhab serta amalan umat di zaman salaf iaitu
solat tarawih yang afdhal dan yang menepati sunnah itu ialah dua puluh
rakaat. Bukannya lapan rakaat, bahkan amalan lapan rakaat itu dahulunya
adalah amalan yang syaz, yang menyalahi amalan para sahabat, tabii’in,
imam-imam mazhab dan jumhur kaum muslimin.

Nabi s.a.w bersabda:

‘Umatku tidak akan sepakat pada perkara yang membawa kesesatan’.

Maka bagaimana boleh terbayang bahawa para sahabat akan bersepakat


pada perkara yang menyalahi sunnah? Bagaimana boleh wujud pemikiran
begini kepada mereka yang mendakwa sebagai ahli sunnah wal jamaah?

Khilaf atau qias yang didakwakan oleh sebahagian orang tertentu ini adalah
‫( ِخاَل فُ ا ْل َم ْذ ُموم‬khilaf yang tercela) dan juga adalah ‫( قِياس َم َع ا ْلفا ِرق‬qias yang tak
kena pada tempatnya).

Sementelah pula di negara kita Malaysia yang bermazhab al-Syafi’ie, jelas di


dalam mazhab imam kita al-Syafi’ie bahawa bilangan solat Tarawih adalah
dua puluh rakaat, bukannya delapan rakaat. Ini adalah keputusan ulil amri kita
sejak dahulu lagi.

Perhatikan kepada kaedah yang menyebut:

َ ‫الحا ِك ِم يَرْ فَ ُع ْال ِخ‬


‫الف‬ َ ‫حُ ْك ُم‬
“ Hukum yang diputuskan oleh hakim itu mengangkatkan khilaf.”

46
Di Malaysia telah diputuskan oleh ulil-amri supaya kita mengikut mazhab
Imam al-Syafi’ie, ulil-amri juga telah memerintahkan supaya solat Tarawih
dilakukan sebanyak dua puluh rakaat. Maka selagi mana perintah ulil-amri itu
tidak membawa kepada menderhakai Allah Taala dan Rasul maka wajiblah
mentaatinya….

Jadikanlah para sahabat R.A sebagai contoh ikutan…


Janganlah menyanggahi apa yang mereka sepakatkan….
Kerana mereka adalah sebaik-baik qudwah dan ikutan…..
Mereka berpegang teguh kepada sunnah dan al-Quran…..
Tanpa mereka tidaklah kita mengenal Islam dan Iman…

Marilah kita gigit sunnah Rasul dan sunnah al-Khulafa al-Rosyidin ini
dengan gigi geraham kita. Jadilah kita hendaknya orang yang cemburu jika
sunnah mereka ini disalahi, bukan kita orang pertama yang menyalahinya.

 Biar kita bersyukur kerana berpegang teguh dengan al-Sunnah….


 Bukan kita berpada dan selesa dengan sedikit amalan….
 Biar kita dicela kerana mempertahankan mereka. …
 Bukan kita tercela kerana membelakangkan mereka. ….
 Biar kita berkurang pada pandangan dan mata manusia….
 Tetapi pada ALLAH penilaian itu amatlah berbeza…

Berbahagialah mereka yang hatinya terbuka untuk mengikut sunnah Nabi


dan sunnah al-Khulafa al-Rosyidin, kerana jalan merekalah jalan yang lurus
yang acapkali kita pohonkan di dalam solat lima waktu “Tunjukkanlah kami
jalan yang lurus, iaitu jalan orang yang telah engkau beri nikmat kepada
mereka, iaitu jalan para Nabi, para shiddiqin, para syuhada dan orang-
orang solih, mereka itulah sebaik-baik teman akhirat”

Ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon kepada engkau supaya kami


dapat mengikut sunnah Nabi-Mu zahir dan batin, secara sirr dan secara
nyata, dan supaya kami dapat memuliakan para sahabat r.a, dan supaya
kami tidak menyebut tentang mereka melainkan yang baik-baik sahaja.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah kami dari kalangan hamba-hamba-


Mu yang solih, dan dari kalangan hamba-hamba-Mu yang bertaqwa, dan
dari kalangan orang-orang yang mencintai Nabi-Mu dan juga para
sahabat Baginda sekeliannya, dan ampunkanlah dosa kami dan dosa
seluruh kaum Muslimin. Amin ya Rabbal ‘Alamin.

6 April 2015

47
Al-Faqir wa Al-Haqir

Ustaz Bakri bin Basir bin Muhammad Arif bin Senawi bin Abdul Rahman bin
Haji Ali al-Syafi’i
(Changkat, Nibong Tebal)

(KITAB-KITAB RUJUKAN)

1. Al-Quran al-Karim.

2. Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani Syarah Shahih al-Bukhari. Darul


Fikr 1996.

3. Irsyadus-Saari Syarah Shahih al-Bukhari. Imam al-Qastalani. Darul Kutub al-


Ilmiyyah.

4. ‘Umdatul-Qaari Syarah Shahih al-Bukhari. Imam Badruddin al-‘Aini. Darul


Fikr 2005

5. Al-Umm, Imam al-Syafi’ie. Darul Fikr.2002

6. Sunan al-Nasaie, Imam Nasaie, Darul-Fikr. 1996.

7. Ithaf Sadatil-Muttaqin Syarah Ihya’ ‘Ulumiddin. Dar al-Kutub al-Ilmiyah. 2002.

8. Syarah Hayatus-Sahabah, Dar Ibnu Katsir. Cetakan ke 5, 2000.

9. Kitab al-Majmuk Syarah al-Muhazzab, Imam Nawawi. Maktabah al-Irsyad.

10. Al-Hawi al-Kabir, Imam al-Mawardi, Darul-Fikr. 2003.

11. Hawasyai Syarwani wa Ibnu Qasim ‘ala Tuhfah al-Muhtaj. Darul Fikr. 1997.

12. Hasyiah al-Jamal ‘ala Syarhil-Manhaj. Darul Fikr.

13. Mizanul-‘Adil li Tamyiz al-Haq minal-Bathil.

14. Lailus-Sholihin wa Qoshoshul-‘Abidin. Darul Fadhilah. 2004.

15. Syarah Imam Zurqoni ‘alal-Muwattho’. Darul Fikr 2004.

16. Shahih Imam Muslim, Maktabah al-‘Ashriyah 2001.

17. Syarah al-Fiqhul Akbar, Imam Mulla ‘Ali al-Qori. Dar al-Nafais 1997.

48
18. Al-Wajiz, Ushul Fiqh, Dr. Abdul Karim Zaidan. Muassasah al-Risalah 1996.

19. Bahrul Haqaiq wa Lubb al-Raqaiq. Dr. Abdul Hamid al-Kandah al-Rifa’i.

20. Mughni al-Muhtaj ‘ala Syarhil-Minhaj, Darul fikr. 1995.

21. Kifayatul-Akhyar. Imam Taqiyuddin al-Hishni. Darul Ma’arif.

22. Fatawa ‘Ashriyyah, Mufti Mesir, Syeikh ‘Ali Jum’ah. Dar al-Salam 2006.

23. Kasyful-Ghummah ‘an Jami-il Ummah. Darul-Fikr.

24. Pegangan Sejati Ahli Sunnah wal-Jamaah. Ustaz Zaidi Abdullah.

25. Faidhul-Wahhab. Imam al-Qalyubiy.

26. I’anatut-Tholibin. Syed al-Bakri Syatha.

27. Iqomatul-Hujjah ‘ala anna al-iktsar fitta’abbudi laisa bi Bid’ah.

28. Al-Hikam, Imam Ibnu ‘Atha’illah.

29. Al-Hawi lil-Fatawa, Imam Suyuthi. Darul-Fikr.

30. Aujaz al-Masalik Syarh Muwatho Malik. Darul Fikr 2008.

31. Bazlul Majhud fi Halli Abi Daud. Darul Kutub al-Ilmiyah 2007.

32. Al-Ijmak ‘inda al-Usuliyyin. Dr. ‘Ali Jumu’ah. Dar al-Risalah 2002.

49

Anda mungkin juga menyukai