Anda di halaman 1dari 10

Cara Create seller account

Langkah seterusnya adalah anda perlu integratekan akaun ebay dengan akaun payoneer.
Caranya mudah sahaja. Ikut langkah seperti di bawah:

Masuk ke ebay.com.my click di button help & contact

Click di turutan gambar seperti screenshot di bawah:

Click create seller account


Anda akan dapat paparan seperti di bawah. Ada 4 langkah yang perlu dilengkapkan. Click
sign in payoneer akaun anda yang telah dicreate sebelum ini.

Ebay akan sync dengan info yang kita daftarkan di payoneer dan ebay. Pastikan Nama,
Alamat, dan semua info adalah sama di ebay dan payoneer. Jika tak sama, anda akan ada
masalah untuk verify akaun. So sebelum linkkan, pastikan semak dulu info yg daftar di ebay.
Setelah semak info di ebay dan payoneer sama dengan di dokumen POI dan POA, proceed
click continue seperti di bawah

Seterusnya masukkan maklumat kad debit/ kad kredit seperti di bawah:


setelah selesai masukkan semua maklumat kad debit anda, click button continue dan anda
akan nampak seperti paparan di bawah

Dah selesai, click button submit request di gambar di atas

Jika kad kredit semua takde masalah, pendaftaran anda akan berjaya dan akan keluar
seperti paparan di bawah
Nota : Lakukan Langkah 11 ini setelah anda selesai pada langkah 10. Sebaiknya jangan
lakukan langkah 10 dan 11 pada hari yang sama jika akaun anda adalah akaun personal.
Jarakkan pada hari yang lain.(jarakkan dalam 3-4 hari) untuk mengelakkan masalah akaun
mudah kena suspend/ block/ restriction untuk verification. Jika akaun anda daftar sebagai
bisnes akaun, tiada masalah untuk anda terus create seller akaun seperti di langkah 11.

ok langkah 11 ini adalah bertujuan untuk aktifkan ebay manage payment dan integrate
dengan payoneer akaun.

Jika anda hadapi masalah seperti ini,Pastikan anda cek internet connection anda semula.
Jika tidak ada apa-apa masalah tapi masih tak boleh nak plug in card, jangan panik, lakukan
pada hari lain.

Sewaktu proses pendaftaran akaun ebay, kemungkinan besar anda akan berhadapan
dengan masalah-masalah seperti di bawah:

1. Masalah PERTAMA:
Ebay akan request untuk minta buat pengesahan no telefon yang didaftarkan di ebay.
So tidak perlu panik anda Cuma pastikan no telefon yang didaftarkan adalah aktif untuk
menerima kod pengesahan dari ebay

2. Masalah KEDUA:
Kadangkala sewaktu anda baru sahaja click button create seller account untuk plug in card
di ebay, akan muncul paparan seperti di bawah:
Di mana ebay mintak anda untuk buat first listing yang pertama. So, jika berlaku seperti
situasi ini, tinggalkan dahulu nanti selepas beberapa minit/ jam anda cuba semula ulang
langkah yang sama.

3. Masalah KETIGA:
Kadangkala masalah yang lebih serius, selepas sahaja plug in card di ebay untuk setup ebay
manage payment, tiba-tiba anda akan terima emel/ inbox seperti ini
Dan juga seperti ini

4. Masalah KE EMPAT:
Boleh jadi juga sewaktu proses pendaftaran akaun ebay dan payoneer anda
mengalami masalah error di system ebay atau payoneer dan selepas beberapa
hari anda menerima emel/ message seperti di bawah

Semua ini terjadi adalah disebabkan ebay nak pastikan seller baru yang berdaftar adalah
benar-benar seller yang genuine dan berdaftar menggunakan maklumat yang sebenar.

Langkah 12 : Sign out gmail, ebay dan payaoneer


Setelah siap semuanya, pastikan anda pergi ke www.ebay.com.my dan www.ebay.com
untuk sign out ke dua-dua website ebay ini

Kemudian log out gmail dan payoneer.

Saya telah sediakan dalam bentuk video untuk bantu anda memahami dengan lebih jelas
seperti di link di bawah

Langkah 13 : Tutup Mozilla

Langkah 14 : Re-start laptop dan broadband/ internet


Kesimpulan

Pada fasa ini proses yang kritikal adalah anda perlu berhati-hati sewaktu proses mendaftar
akaun ebay. Ini kerana ebay nak pastikan akaun yang berdaftar adalah akaun yang genuine
sahaja. Pastikan anda fahamkan betul-betul proses pendaftaran yang telah saya terangkan
pada langkah-langkah di atas.

Sebagai permulaan untuk mengurangkan sebarang masalah dan risiko, pandangan saya, lebih
elok sekiranya anda mendaftar satu set akaun ebay sahaja dahulu. Bila anda dah mahir
dengan selok belok proses pendaftaran akaun sehinggalah proses menguruskan jualan pada
akaun pertama, barulah anda fokuskan untuk bangunkan set akaun ebay anda yang kedua
dan seterusnya.

Masalah ini sering terjadi apabila banyak akaun-akaun baru yang mengalami masalah kena
suspend untuk tujuan pengesahan identiti disebabkan oleh seller baru yang tiada pengalaman
menjual dan kurang faham proses pendaftaran yang sebenar.

Ini kerana akaun baru adalah akaun yang sangat sensitif, ebay amat menititikberatkan
sejarah menjual dan membeli yang dipanggil sebagai “detail seller rating” (DSR). Selagi anda
belum mempunyai DSR, akauan anda adalah sangat sensitif dan lebih mudah untuk kena
suspend.

Apabila anda selesai melalui fasa ini, insha Allah akaun anda sudah tidak ada masalah lagi,
Cuma pastikan anda tidak terburu-buru untuk melakukan listing di akaun ebay anda.

Percayalah, jika bisnes anda naik terlalu laju tidak seiring dengan kemahiran dan pengalaman
yang anda dapat, bisnes anda susah nak bertahan dalam jangka masa yang lama.

So sebagai kesimpulan, laluilah proses ini satu persatu dengan sabar. Sekarang ni sy buat
support melalui kelas setiap bulan secara percuma untuk semua pembeli ebook pakej A.
Untuk jadual kelas, boleh rujuk di https://www.mamabaryani.com/ebaypower

Jadi, jika anda ada masalah, join je kelas setiap bulan untuk bertanya soalan dan timba ilmu
sebanyak mungkin. Insha Allah lagi banyak kali anda dengar dan join kelas, semakin banyak
dan lebih faham ilmu yang anda nak belajar dan praktiskan.

Anda mungkin juga menyukai