Anda di halaman 1dari 2

Ruj. Kami : SKK.

100-9/6/1 ( )
Tarikh : 20 JULAI 2023

Ke Majlis,

Tuan Pengarah
Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSN)
Wisma Sukan, Lot 21 Jalan Telipot,
15150 Kota Bharu, Kelantan.

Tuan,

MEMOHON MENGGUNAKAN PINTU GERBANG ANGIN (INFLATABLE ARCH) BAGI


PELEPASAN PROGRAM LARIAN MERENRAS DESA SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA
TAHUN 2023.

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Adalah dimaklumkan, Sekolah Kebangsaan Kota (DBA1068) akan mengadakan Program


Merentas Desa peringkat sekolah sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 26 Julai 2023 (Rabu)


Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran SK Kota

3. Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati memohon menggunakan Pintu
Gerbang Angin ( Inflatable Arch) untuk perlepasan peserta merentas desa SK Kota.

Di atas perhatian dan kerjasama pihak Tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD NORZRI BIN AB. WAHAB)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kota,
15100 Kota Bharu, Kelantan.
S.k : Fail Timbul

Anda mungkin juga menyukai