Anda di halaman 1dari 1

DOA SAMBUTAN MAAL HIJRAH

ِ ‫بِس ِْم هللاِ الرَّحْ َم ِن الر‬


‫َّحي ِْم‬
َ‫صالَة ُ َوال َّسالَ ُم َعلَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوَأصْ َحابِ ِه جْ َم ِع ْين‬
‫َأ‬ َّ ‫ َوال‬ , َ‫اَ ْل َح ْم ُد هَّلِل ِ َربِّ ْال َعالَ ِم ْين‬

Ya Allah, Ya Karim ,

Dengan penuh khusyuk dan tawadu’ kami bersyukur di atas segala nikmat dan rahmat
yang telah Engkau kurniakan, di mana dengannya dapatlah kami berkumpul pada hari
untuk bersama-sama meraikan majlis Maal Hijrah memperingati hijrah Rasulullah
S.A.W.
‫ْجالَ ِل َواِْإل ْك َر ِام‬
َ ‫ض ِل َواِْإل ْن َع ِام يَا َذاال‬
ْ ‫اَللَّ ُه َّم يَا َذاالْ َف‬
Ya Allah, sesungguhnya kami percaya dan yakin bahawa hijrah yang diperintahkan ke
atas Rasul kami  Nabi Muhammmad S.A.W. adalah satu perancangan-Mu yang kemas
dan teratur, demi memperkukuhkan kekuatan untuk menegakkan hak  kebenaran,
keadilan, kemakmuran, keamanan dan kebahagiaan.
‫ال لِّ َما يُ ِريْ ُد‬ ُّ ‫اَللَّ ُه َّم يَا قَ ِو‬
ٌ ‫ي يَا َع ِز ْي ُز يَا َف َّع‬
Sesungguhnya hijrah rasul-Mu merupakan peristiwa agung yang kami akan hayati. Ia
merupakan ilham perjuangan umat setiap zaman, mengajar erti perpaduan, kejayaan
menyatukan yang bertelingkah.
‫َّاح يَا َعلِ ْي ُم‬
ُ ‫اَللَّ ُه َّم يَا َفت‬
Bersempena dengan perhimpunan yang kami adakan ini, kami memohon supaya
pengertian  falsafah serta semangat hijrah akan dapat diteruskan. Sentiasa hidup di
hati sanubari setiap umat termasuk sikap, watak dan perbuatan. Ya Allah, gerakkanlah
hati, amalan dan fikiran kami kearah amalan makruf. Berhijrah kepada makruf,
berhijrah dari maksiat kepada taubat dan keinsafan. Berhijrah dari kekufuran nikmat
kepada bersyukur. Berhijrah daripada malas kepada rajin dan sedia berkorban.
Berhijrah daripada jahil kepada berpengetahuan. Berkeadaan tidak baik kepada baik
dan lebih baik mengikut petunjuk pimpinan-Mu ya Allah.
ِ ‫اضي الْحاج‬
‫ات‬ ِ ِ َ ‫اَللَّ ُه َّم يا م ِج ْيب الد‬
َ َ َ َ‫َّع َوات َوق‬ َ ُ َ
Ya Allah Peliharalah kami dan negara kami ini serta  seluruh negara Islam daripada
segala ancaman musuh  dari luar mahupun dari dalam. Peliharakanlah perpaduan
kami. Pereratkanlah tali persaudaraan di antara kami. Semoga hidup kami sentiasa
berada dalam keadaan selamat sejahtera aman damai yang berpanjangan.
ُّ ‫{ر َّبنَا َءاتِنَا فِى‬
ً‫الد ْنيَا َح َسنَة‬ ِ َّ ‫َّواب‬ َ ْ‫ك َأن‬َ َّ‫ب َعلَْينَا ِإن‬ ِ ِ َّ ‫ت‬ َ َّ‫{ر َّبنَا َت َقبَّ ْل ِمنَّا ِإن‬
َ ْ‫ك َأن‬
َ }‫الرح ْي ُم‬ ُ َّ ‫ت الت‬ ْ ُ‫ َوت‬ ‫السم ْي ُع ال َْعل ْي ُم‬ َ
ِ}‫اب النَّار‬ ِ ِ ِ ِ
َ ‫َوفى اْآلخ َرة َح َسنَةً َوقنَا َع َذ‬
.‫ب ال َْعال َِم ْي َن‬ ِ ‫َأجم ِع ْين والْحم ُد‬ ِ ‫وصلَّى اهلل ُ وسلَّم َعلَى سيِّ ِدنَا مح َّم ٍد و َعلَى ءالِ ِه و‬
ِّ ‫ِهلل َر‬ ْ َ َ َ َ ْ ‫ص ْحبِه‬ َ َ َ َ َُ َ َ ََ َ َ

Anda mungkin juga menyukai