Anda di halaman 1dari 1

Lampiran 1: Arahan Tugasan & Pembentangan Kreatif (30%)

Sila baca arahan ini dengan teliti dan membuat persediaan tugasan dengan awal supaya
tidak hantar lewat.

Tujuan Tugasan & Pembentangan Kreatif:


Kerja kursus ini bertujuan untuk menilai keupayaan pelajar dalam menghurai fenomena
perbandaran di negara membangun dengan menggunakan perspektif antropologi dan sosiologi
(CO2) dan membentangkan fenomena tersebut (CO4) melalui pembentangan kreatif. Oleh yang
demikian kerja kursus ini mempunyai 2 komponen yang saling berkaitan: (1) Ulasan isu
perbandaran dalam bentuk esei (20%), (2) Pembentangan kreatif kandungan esei dalam talian
(10%).

Bentuk Kerja Kursus: Berkumpulan 4-5 orang (kumpulan dengan bilang ahli lebih atau
kurang daripada julat ini TIDAK diterima).

(1) Topik, Format dan Penilaian Esei:

Tajuk Tugasan (Topik 4 & 5):

Berdasarkan proses urbanisasi di sesebuah negara membangun, huraikan faktor-faktor migrasi


dan kesannya kepada kehidupan masyarakat negara tersebut berserta teori yang sesuai.

Bilangan patah perkataan: 2000-2500 patah perkataan (perlu dinyatakan; tidak termasuk
rujukan).

Format: Guna kertas A4; semua margin 1 inci; Font Arial, saiz 11pt,
perenggan justify dan 1.5 spacing.

Format rujukan: APA style. Masukkan nombor muka surat untuk bahan rujukan
dalam teks, contoh: (Ritzer, 2008: 12)

Anda mungkin juga menyukai