Anda di halaman 1dari 2

Nur Nisrina Bt Abdullah

No 534, Lorong 17,


Taman Desa Jana
34600 Kamunting,
Perak

Puan Aida Bt Mahad Nor


SMK Klian Pauh
Jalan Lumba Kuda,
34000 Taiping,
Perak

Puan,

PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya , Nur Nisrina Bt Abdullah dari kelas 2 Kreatif


ingin memaklumkan tentang perletakkan jawatan saya sebagai seorang
pengawas pusat sumber sekolah pada 8 Februari 2023.

2. Untuk makluman pihak puan , tujuan perletakkan jawatan saya adalah 
kerana saya merasakan bahawa saya tidak lagi mampu memikul
tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Selain itu, saya juga tidak
dapat menjalankan tugas dengan sempurna seperti yang diinginkan oleh
pihak puan.

3.  Sejujurnya , banyak yang telah saya pelajari sepanjang saya memikul 
tanggungjawab ini walaupun hanya sementara. Saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada pihak puan kerana telah memberi kepercayaan kepada
saya untuk saya menimba pengalaman yang berharga ini.

4.  Saya berharap agar pihak puan dapat memahami keputusan yang telah 
saya lakukan ini.Sesungguhnya , saya dengan rela hati ingin meletak jawatan
ini dan tiada paksaan sesiapa. Maaf jikalau ada yang terkasar bahasa. Sekian
terima kasih.

Yang benar,

….…………………………
(Nur Nisrina Bt Abdullah)
2 Kreatif
………………
………………
………………

 (ALIA
NAZIRA BINTI
NOR RAFIZA)3
Anggerik

Anda mungkin juga menyukai