Anda di halaman 1dari 2

Noor Hidayah

Guru Pengawas Pusat Sumber


SMK SERI SEPANG
12/6/2023

Puan/Tuan

PERLETAKKAN JAWATAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya Nur Huda Binti Borhannodin dari kelas 3 Dinamik bertugas sebagai pengawas pusat
sumber dari tahun 2022 ingin memaklumkan pihak puan tentang perletakkan jawatan saya
sebagai seorang pengawas pusat sumber.

Untuk makluman pihak puan tujuan perletakkan jawatan saya adalah disebabkan saya tidak
yakin mampu untuk memikul tanggungjawab dan amanah yang diberi dengan sempurna.

Seterusnya, saya juga tidak dapat menjalankan tugas dengan baik seperti yang diinginkan
oleh pihak puan. Saya dengan rela ingin meletakkan jawatan. Di samping itu, sebab saya
ingin meletakkan jawatan adalah kerana saya ingin menumpukan perhatian saya dalam
pelajaran.

Saya telah mendapat peluang yang begitu istimewa pada tahun 2022 iaitu menjadi seorang
pengawas pusat sumber dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
puan diatas peluang ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah
banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Saya
berharap puan dapat memberi kerjasama.

Sebelum mengakhiri surat ini saya ingin meminta maaf kepadaa puan jika menggunakan
bahasa yang kasar dan kurang sedap didengari.

Yang benar,

_______________

Pengawas Pusat Sumber,


3 Dinamik

Anda mungkin juga menyukai