Anda di halaman 1dari 1

(HANIM)

Guru Pengawas
SMK ELOPURA BESTARI
(16/01/2023)

Puan/Tuan,

PERLETAKANJAWATAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya Muhammad Alif Ahmad Daniel dari kelas 2.5 bertugas sebagai seorang pengawas
dari tahun 2022 ingin memaklumkan kepada pihak puan tentang perletakan jawatan saya
sebagai seorang pengawas pada bulan (January).

Untuk makluman pihak puan tujuan perletakan jawatan saya adalah disebabkan saya
tidak yakin mampu untuk memikul tanggungjawab dan amanah yang telah diberi dengan
sempurna.

Seterusnya, saya juga tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna seperti yang
diinginkan oleh pihak puan .Saya dengan rela ingin meletakkan jawatan . Di samping
itu, sebab saya ingin meletakkan jawatan adalah kerana saya ingin menumpukan
perhatian saya dalam pelajaran . Dengan masa yang saya luangkan semasa bertugas,
saya boleh mengulangkaji pelajaran saya pada waktu tersebut .
Saya telah mendapat peluang yang begitu istimewa pada tahun 2022 iaitu menjadi
seorang pengawas dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak puan
diatas peluang ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
puan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika
melaksanakan tugas . Saya berharap puan dapat memberi kerjasama.

Sebelum mengakhiri surat ini saya ingin meminta maaf kepada puan jika menggunakan
bahasa yang kasar dan kurang sedap dibaca

Yang benar,
MUHAMMAD ALIF AHMAD DANIEL
Pengawas,
2.5

Anda mungkin juga menyukai