Anda di halaman 1dari 1

PUAN CHAN SOO YIN

GURU PENGAWAS PUSAT SUMBER


SMK SERI AMPANG
28 OGOS 2022
Puan,
PERLETAKKAN JAWATAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk bahawa saya Muhammad
Azri Haikal Bin Mohd Albakri dari kelas 4 Aspire bertugas sebagai seorang pengawas
pusat sumber dari tahun 2019 ingin memaklumkan kepada pihak puan tentang
perletakan jawatan saya sebagai seorang pengawas pusat sumber pada bulan
September ini.
Untuk makluman pihak puan tujuan perletakan jawatan saya adalah disebabkan
saya tidak yakin untuk memikul tanggungjawab dan amanah yang telah diberi
dengan sempurna.
Seterusnya, saya juga tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna seperti
yang diinginkan oleh pihak puan. Saya dengan rela ingin meletakkan jawatan ini. Di
samping itu, sebab saya ingin meletakkan jawatan adalah kerana saya ingin
menumpukan perhatian saya dalam pelajaran. Dengan masa yang saya luangkan
semasa bertugas, saya boleh mengulangkaji pelajaran saya pada waktu tersebut.
Saya telah mendapat peluang yang begitu istimewa pada tahun 2019 iaitu menjadi
seorang pengawas pusat sumber dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pihak puan kerana banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada
saya ketika melakukan tugas. Saya berharap puan dapat memberi kerjasama.
Sebelum mengakhiri surat ini saya ingin meminta maaf kepada puan jika selama
saya bertugas saya ada terkasar bahasa dan tidak mengikut arahan yang diberi.

Yang benar,

.
(MUHAMMAD AZRI HAIKAL)
Pengawas Pusat Sumber,
4 Aspire

Anda mungkin juga menyukai