Anda di halaman 1dari 1

Panduan Beli Jual Sewa Akta & Cukai Pinjaman R

Panduan Inspirasi Rumah 20 W…

20 Warna Cat Rumah


Terkini Untuk 5 Ruangan
Rumah Anda!

oleh Tramizi Hussin


Dikemaskini pada 5 Aug 2021 • 13 minit

membaca Pemilik Rumah

Bila nak menghias dan mencantikkan rumah, antara tip


pertama yang selalunya anda akan jumpa ialah memilih
warna cat rumah yang sesuai.

Warna cat memang sangat penting sebab ia boleh


membuat ruang nampak luas, kecil, terang, ceria, suram
dan macam-macam lagi.

Cat dinding rumah juga mampu mengubah suasana


sesuatu ruang dan boleh diserasikan dengan hiasan-
hiasan lain mengikut citarasa masing-masing.

Selain daripada memberikan aura yang tersendiri, warna


cat dalam rumah juga mempunyai makna yang tertentu
dan dapat memberi kesan kepada emosi anda.

Setiap warna pula memberi maksud tersendiri dan boleh


mempengaruhi mood anda. Jadi kena pandai pilih!

Memang ada pelbagai warna dan bila tiba masa untuk


memilih, boleh rambang mata bila pergi ke kedai cat.
Dalam katalog cat tu boleh kata ada 1001 warna cat
rumah, berbeza-beza pula jenis dan kualitinya.

Untuk membantu anda mencari warna cat yang sesuai,


kami bahagikannya ikut ruangan rumah. Bagi setiap
warna juga, kami sediakan kod atau nama warna
beberapa jenama cat terkemuka di Malaysia.

Jom tengok!

Tips PropertyGuru
Tak perlu satu tona warna untuk satu rumah. Pilih
warna berlainan sesuai dengan mood yang nak
ditimbulkan. Ruang rumah pasti lebih berseri dan
unik!

1. Bilik Tidur

Mari kita mula dengan bilik tidur, ruangan paling penting


untuk semua sebab inilah tempat nak berehat dan
‘release stress’. Jadi, suasana kenalah selesa, tenang
dan aman setiap kali melangkah masuk ke dalam bilik
beradu tu.

Jadi, apa kombinasi terbaik untuk dicuba?

a. Kuning & Kelabu Gelap

Warna kuning saja akan nampak terlampau terang dan


jika kelabu gelap saja yang digunakan bilik akan nampak
malap. Tapi, bila digabungkan, dua warna ini
memberikan kontra yang sangat unik dan ceria.

b. Hijau Emerald & Merah Jambu

Bagi yang sukakan ketenangan dan ada unsur-unsur


feminine, gabungan warna hijau dan merah jambu
amatlah sesuai. Warna hijau emerald memang sangat
cantik dan bila digabung dengan merah jambu, masuk
bilik terus rasa nak beradu.

c. Merah Rubi & Taupe

Warna taupe itu sendiri agak lain dari yang lain. Ia adalah
campuran abu-abu dan coklat dan bila disesuaikan
dengan warna merah rubi, bilik akan terus nampak
ekslusif dan luar biasa.

d. Emas & Hitam

Pada yang sukakan warna ala-ala kayangan, inilah


gabungan warna untuk anda. Ternyata ruang tidur yang
berwarna emas dan hitam memang akan tampak lebih
elegan dan mewah. Ditambah pula dengan dekorasi
eksklusif, memang tidur macam raja!

e. Ungu & Coklat

Mungkin ada yang rasa gabungan warna ini sangat pelik.


Tapi, bagi yang mencari warna yang serasi tetapi agak
jarang digunakan, ungu dan coklat adalah warna yang
sangat secocok. Cantik kan?

Kuning & Kelabu

Sienna Orange (1779)


Jotun
Platinum (9911)

Crazy Daisy (Y4-A1-1)


Kansai Paint
Fifth Avenue (1078K)

Corn Yellow (561)


Nippon Paint
Graycloth (494)

Hijau Emerald & Merah Jambu

Emerald Jade (7390)


Jotun
Pinkkins (2612)

Flower Stem (G4-B1-1)


Kansai Paint
Pink Cashmere (P5-A2-1)

Emerald (1509)
Nippon Paint
Sakura Red (375)

Merah Rubi & Taupe

Molten Copper (2791)


Jotun
Sun (1369)

Eclare (R7-D1-1)
Kansai Paint
Thatch (Y3-B2-1)

Ruby Red (496)


Nippon Paint
Dry Bamboo (490)

Emas & Hitam

Regal Yellow (1501)


Jotun
Black (0099)

Basket of Gold (Y1-A1-1)


Kansai Paint
Magic Noire (B5-E1-1)

Suncower (1505)
Nippon Paint
Black (144)

Ungu & Coklat

Lunar Plum (4150)


Jotun
Ramli (1226)

Windcower (P4-B1-3)
Kansai Paint
Spiced Cider (06-C2-2)

Wild Iris (872)


Nippon Paint
Sapling (493)

2. Ruang Dapur

Inilah jantung setiap rumah. Kalau dapur tak kena warna


boleh hilang mood nak memasak, jadi pastikan anda cari
warna cat yang boleh menaikkan semangat untuk masuk
dapur. Antara warna yang sesuai pada ruangan dapur
adalah:

a. Jingga

Siapa sangka warna jingga akan membuatkan dapur


nampak terang benderang dan sangat ceria. Kepada
yang sukakan suasana yang menceriakan di dapur, inilah
warna untuk anda. Letakkan dekorasi berwarna-warni
untuk membuatkan dapur lagi menyerlah.

b. Hitam

Hitam itu menawan dan juga dapur anda jika diwarnakan


dengan cat warna hitam. Warna ni memang boleh
membuatkan dapur nampak gelap, tetapi jika anda
pandai menggabungkan dengan dekorasi dan warna
peralatan yang sesuai, dapur anda akan menjadi sangat
eksklusif dan tip top.

c. Coklat

Warna ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan


ruang dapur kelihatan ‘natural’ dan klasik. Mungkin ada
yang rasa warna coklat agak bosan, tetapi ada pelbagai
tona untuk warna coklat, jadi cari yang sesuai dengan
citarasa dan dekorasi anda.

d. Salmon

Siapa yang pernah tengok warna ikan salmon, itulah


warna yang digunakan disini. Sekali pandang mesti
orang akan ingat warna merah jambu, tetapi tona warna
salmon ni memang berlainan. Terus berselera dapat
dapur warna unik macam ni. Tiba-tiba rasa nak makan
salmon gril!

e. Putih

Kalau anda rasa serabut nak letak dinding berwarna di


ruangan dapur, anda boleh memilih cat warna putih.

Warna ini bukan saja akan membuatkan dapur nampak


luas dan selesa, tetapi pilihan dekorasi dan peralatan
juga tidak terhad kerana kebanyakannya akan dapat
dipadankan dengan warna putih.

Jingga

Orange Delight (0875)


Jotun

Wake Up Orange (05-A1-


Kansai Paint 1)

Orange (1127)
Nippon Paint

Hitam

Black (0099)
Jotun

Magic Noire (B5-E1-1)


Kansai Paint

Black (144)
Nippon Paint

Coklat

Earth Brown (1417)


Jotun

Soft Suede (06-D1-1)


Kansai Paint

Oak (1322)
Nippon Paint

Salmon

Maple Salmon (2456)


Jotun

Western Peach (02-B1-4)


Kansai Paint

Copper Tone (1320)


Nippon Paint

Putih

White (0000)
Jotun

White Canvas (11)


Kansai Paint

Maxi White (15245)


Nippon Paint

3. Ruang Tamu

Ruang tamu semestinya penting untuk semua rumah


sebab bila ada tetamu, di situlah tempat nak duduk dan
beramah mesra. Selain dekorasi yang menarik, anda
boleh cat ruang tamu bagi nampak luas dan terang. Jom
tengok warna cat ruang tamu yang boleh dipilih!

a. Krim

Pilihan warna krim akan membuatkan ruang yang sempit


nampak lebih luas dan lapang. Jika anda memilih warna
ini untuk ruang tamu, ianya sangat sesuai jika
dipadankan dengan hiasan bertekstur kayu.

b. Biru Navy

Biru ni adalah biru laut gelap yang nampak bold dan


eksklusif bila dicat pada ruang tamu. Untuk menaikkan
lagi seri ruangan yang berwarna biru navy, padankan
dengan perabot dan dekorasi warna putih, hitam atau
kayu.

c. Biru Toska

Ikut psikologi, warna biru mampu memberi kesan yang


relak dan menenangkan. Selain biru navy, satu lagi tona

Anda mungkin juga menyukai