Anda di halaman 1dari 8

Bab 3: Zaman Prasejarah

Bahagian Objektif
1. Zaman Prasejarah dibahagi kepada beberapa tahap?
A Dua
B Tiga
C Empat
D Lima

2. Nyatakan urutan betul untuk Zaman Pra-Sejarah.


A. Zaman Paleolitik, Zaman Logam, Zaman Neolitik, Zaman Mesolitik
B. Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Logam
C. Zaman Mesolitik, Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik, Zaman Logam
D. Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik, Zaman Logam

3. Peralatan orang zaman Mesolitik dibuat daripada semua bahan di bawah kecuali…
A Kayu
B Tulang
C Tanah Liat
D Logam

4. Apakah maksud Zaman Prasejarah?


A Manusia tidak tahu membaca
B Manusia hidup secara nomad
C Manusia hidup dalam kesejukan
D Manusia belum mengenal tulisan

5. Zaman Batu Baru merujuk kepada


A Zaman Logam
B Zaman Neolitik
C Zaman Paleolitik
D Zaman Mesolitik

6. Zaman Batu Pertengahan merujuk kepada


A Zaman Mesolitik
B Zaman Neolitik
C Zaman Logam
D Zaman Paleolitik

7. Apakah peralatan utama yang digunakan oleh manusia Zaman Paleolitik


A Peralatan tembikar
B Peralatan logam
C Peralatan batu
D Peralatan besi

8. Sejak zaman apa manusia bermula untuk menghasilkan makanan melalui pertanian dan penternakan?
A Zaman Neolitik
B Zaman Paleolitik
C Zaman Mesolitik
D Zaman Logam
9. Manusia menggunakan alatan gangsa, besi dan tembaga pada zaman ini
A Zaman Paleolitik
B Zaman Mesolitik
C Zaman Neolitik
D Zaman Logam
Jawapan:
10. Melakukan ritual bagi mewujudkan perdamaian dengan kuasa alam merupakan kepercayaan bagi zaman?
A Zaman Paleolitik
B Zaman Mesolitik
C Zaman Neolitik
D Zaman Logam
Jawapan:

11. Aktiviti tukar barang ialah


A sistem borong
B sistem barter
C sistem baton
D sistem butter

12. Apakah kegiatan yang dilakukan oleh manusia pada zaman Neolitik?
A Memburu binatang
B Tinggal di dalam gua
C Menternak binatang
D Mencipta alat senjata dengan menggunakan gangsa

13. Mengapakah manusia tidak lagi berpindah-randah semasa zaman Neolitik?


A Mereka sudah tidak larat untuk berpindah lagi
B Penyakit-penyakit yang membahayakan mereka telah berjaya dirawat
C Mereka mendapati kawasan di luar gua lebih baik daripada di dalam gua
D Mereka telah menguasai kemahiran menternak binatang dan membina rumah

14. Pada pendapat anda, apakah sifat manusia pada zaman prasejarah yang harus kita contohi?
A Sentiasa berperang
B Sentiasa membuka kawasan dan menebang pokok
C Sentiasa cuba mencipta sesuatu
D Sentiasa berpindah-randah untuk menerokai dunia luar

15. Manusia mula menjalankan kegiatan memburu dan menangkap ikan bermula pada zaman
A Mesolitik
B Logam
C Paleolitik
D Prasejarah

16. Apakah bentuk kepercayaan manusia Zaman Paleolitik?


A Animisme
B Penyembahan patung
C Kehidupan selepas mati
D Kepercayaan kepada Tuhan

17. Mengapakah aktiviti pengumpulan makanan hampir tidak lagi dilakukan pada Zaman Logam?
A Hasil makanan berkurangan
B Manusia hidup berpindah-randah
C Mematuhi arahan ketua masyarakat
D Kemajuan dalam bidang pertanian dan penternakan

18. Apakah zaman tersebut?


Bab 3 Zaman Prasejarah
A Zaman Besi
B Zaman Batu
C Zaman Gelap
D Zaman Terang
E Zaman Moden
19. Pilih 2 aktiviti masyarakat Zaman Prasejarah
A Memburu binatang
B Bercucuk tanam
C Membuat perniagaan kecil-kecilan
D Bermain bola

20. Dimanakah lukisan gua tersebut?


Bab 3 Zaman Prasejarah
A Altamira, Sepanyol
B Bhimbetka, India
C Shahr-i-Sokhta, Iran
D Bagan Datuk, Perak

21. Nama lain bagi Zaman Mesolitik ialah_________


A Zaman Pekingman
B Zaman Perakman
C Zaman Hoabinhian

22. Gambar berikut merupakan peralatan batu yang dicipta oleh masyarakat prasejarah. Pada zaman bilakah
peralatan batu ini dicipta?
Bab 3 Zaman Prasejarah
A Mesolitik
B Paleolitik
C Neolitik
D Logam
Jawapan:

23. Manusia mula menjalankan kegiatan bercucuk tanam pada zaman...


A Logam
B Neolitik
C Paleolitik
D Mesolitik

24. Manusia pada hari ini hidup dalam zaman apa?


A Zaman Prasejarah
B Zaman Paleolitik
C Zaman Neolitik
D Zaman teknologi

25. Zaman Batu Lama merujuk kepada


A Zaman Mesolitik
B Zaman Logam
C Zaman Paleolitik
D Zaman Neolitik

26. Senarai berikut menunjukkan lokasi Zaman Prasejarah di dunia.


Catal Huyuk
Gobekli Tepe
Lokasi Zaman Prasejarah tersebut terletak di
A Turki
B China
C Britain
D Sepanyol

27. Mengapakah gua dipilih sebagai tempat kediaman oleh manusia Zaman Paleolitik?
I. Boleh bercucuk tanam
II. Tempat kediaman yang banyak kemudahan
III. Selamat daripada binatang buas
IV. Melindungi diri daripada cuaca buruk
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

28. Nilai yang dapat kita contohi daripada manusia zaman prasejarah ialah?
A Jujur
B Kreatif
C Amanah
D Taat setia

29. Gambar tersebut menunjukkan penemuan bahan tinggalan manusia Zaman Prasejarah di dunia.
Bab 3 Zaman Prasejarah
Apakah lokasi penemuan tinggalan tersebut?
A Bhimbetka, India
B Altamira, Sepanyol
C Stonehenge, Britain
D Catal Huyuk, Turki

30. Zaman Batu mempunyai tiga tahap zaman kecuali


A Zaman Neolitik
B Zaman Mesolitik
C Zaman Antartik
D Zaman Paleolitik

31. Pilih pasangan Zaman Prasejarah yang betul


A Zaman Logam (2.5-8,000 SM)
B Zaman Mesolitik (12,000-4,000 SM)
C Zaman Paleolitik (10,000-2,000 SM)
D Zaman Mesolitik (3,500-5,000 M)

32. Gambar berikut menunjukkan tapak Zaman Prasejarah di Lenggong, Malaysia.


Bab 3 Zaman Prasejarah
Apakah penemuan kehidupan manusia di lokasi tersebut?
A Perak Man
B Loceng gangsa
C Pisau Tembeling
D Bengkel peralatan

33. Apakah ciri-ciri peralatan manusia Zaman Neolitik?


A Kecil dan tajam
B Halus dan kemas
C Kasar dan ringkas
D Pelbagai kegunaan
Jawapan:

34. Apakah persamaan aktiviti pertanian pada Zaman Prasejarah dengan masa kini?
A Keperluan makanan
B Secara besar-besaran
C Melibatkan modal yang besar
D Menggunakan peralatan yang canggih

35. Apakah kegunaan tembikar pada Zaman Prasejarah


A Hasil kraftangan
B Peralatan keagamaan
C Menyimpan pakaian
D Pembinaan kediaman

36. Gambar di atas menunjukkan penemuan ideofak di tapak perkuburan. Apakah kesimpulan daripada penemuan
tersebut?
Bab 3 Zaman Prasejarah
A Memanfaatkan sumber alam
B Mementingkan nilai kreativiti
C Menggambarkan kehidupan harian
D Memberi penghormatan kepada orang mati

37. Pilih pasangan Zaman Prasejarah dengan lokasi yang betul.


A Zaman Logam- Gua Niah
B Zaman Neolitik- Jenderam Hilir
C Zaman Mesolitik- Kota Tampan
D Zaman Paleolitik-Lembah Bernam

38. Pada Zaman Paleolitik, manusia menggunakan peralatan yang diperbuat daripada
A batu
B besi
C tembaga
D tulang binatang

39. Rajah berikut menunjukkan perkembangan teknologi Zaman Prasejarah.


Peralatan batu/Peralatan tembikar/Peralatan logam
Apakah nilai yang patut kita contohi daripada mereka?
i. Keberanian
ii. Kegigihan
iii. Daya kreativiti
iv. Semangat patriotisme
A i and ii
B ii and iii
C i, ii and iii
D iii and iv

40. Gambar di bawah menunjukkan lukisan yang terdapat di Gua Chauvet, Perancis.
Bab 3 Zaman Prasejarah
Apakah yang dapat dibuktikan dengan lukisan pada dinding gua tersebut?
A Mengamalkan upacara ritual
B Mempunyai kemahiran melukis
C Menjalankan aktiviti memburu binatang
D Menjalankan urusan perniagaan

41. Gambar berikut menunjukkan Catal Huyuk, Turki. Aktiviti utama masrayakat Zaman Prasejarah antara 7,100-600
SM ialah kegiatan pertanian. Apakah tanaman utama mereka?
Bab 3 Zaman Prasejarah
A Barli
B Padi
C Sagu
D Gandum

42. Gobekli Tape, Turki diduduki manusia pada 12,000 Masihi. Binaan batu di tapak tersebut berkaitan dengan
A acara sukan
B aktiviti pertanian
C Kegiatan perlombongan
D Upacara ritual
43. Pada Zaman Neolitik, manusia mulai tinggal secara menetap.
Tumpuan petempatan mereka terletak di kawasan
i. lembah Sungai
ii. pesisir pantai
iii. pedalaman
iv. dataran tinggi
A i and ii
B ii and iii
C i, ii and iii
D iii and iv

44. Mengapakah mayat dikembumikan bersama dengan pelbagai peralatan?


A Tanda perpisahan
B Atas permintaan si mati
C Kehendak ahli keluarga
D Percaya kehidupan selepas kematian

45. Antara berikut,yang manakah tapak Zaman Neolitik di Malaysia ?


i.Gua Madai
ii.Gua Kecil,Pahang
iii.Lubang Angin,Sarawak
iv.Bukit Tegun Lembu,Perlis
A i and ii
B ii and iii
C i, ii and iii
D iii and iv

46. Penemuan berikut dapat membuktikan kewujudan Zaman Prasejarah di negara kita.
*Lukisan gua
*Ukiran batu
A Melambangkan kemahiran manusia
B Menandakan kemunculan sistem
C Menggambarkan kehidupan harian manusia
D Membuktikan kewujudan pengkhususan

47. Apakah bahan yang digunakan oleh manusia di lokasi petempatan manusia Zaman Prasejarah di negara kita.
*Hulu Tembelang, Pahang
*Jenderam Hilir, Selangor
*Lembah Negeri, Ulu Kelantan
Apakah kegiatan ekonomi utama yang dijalankan oleh manusia di lokasi tersebut?
A Penanaman padi
B Pemburuan binatang liar
C Pengumpulan hasil hutan
D Perdagangan antara kawasan

48. Apakah bahan yang digunakan oleh manusia Zaman Prasejarah untuk membuat lukisan pada dinding gua?
i. Cat
ii. Pisau
iii. Arang
iv. Oker merah
A i and ii
B ii and iii
C i, ii and iii
D iii and iv

49. Masyarakat Zaman Prasejarah mengamalkan budaya megalit.


Amalan tersebut adalah berkaitan dengan
A pertanian
B pemburuan
C kesenian
D kepercayaan

50. Sa Hyun, Vietnam merupakan tapak Zaman Besi yang paling menonjol di Asia Tenggara. Apakah aktiviti utama
yang dilakukan di lokasi ini?
A Pembuatan tembikar
B Pembuatan pedang
C Pembuatan arca
D Pembuatan roda

51. Apakah maksud ekofak ?


A. Sains
B. Artifak
C. Geologi
D. Bukti tinggalan data

52. Apakah nama peralatan di dalam gambar tersebut ?


Bab 3 Zaman Prasejarah
A. Beliung
B. Kapak besi
C. Tulang mawas
D. Anak panah

53. Manusia zaman ini membina rumah dan tinggal secara menetap.
Bab 3 Zaman Prasejarah
Pernyataan di atas merujuk kepada zaman apa?
A Zaman Paleolitk
B Zaman Mesolitik
C Zaman Neolitik
D Zaman Batu

54. Manusia zaman apakah paling banyak bergantung pada sumber alam semula jadi?
A Zaman Paleolitik dan Zaman Mesolitk
B Zaman Mesolitik dan Zaman Neolitik
C Zaman Paleolitik dan Zaman Neolitik
D Zaman Neolitik dan Zaman Logam

55. Apakah tujuan manusia Zaman Paleolitik menghidupkan api?


A. Perlindungan daripada binatang buas
B. Memanaskan lauk
C. Memasak
D. Menerangi kawasan tempat tinggal

56. *Kota Tampan, Perak


*Gua Niah, Sarawak
*Tingkayu, Sabah
Berikut merupakan lokasi masyarakat zaman.....
A. Logam
B. Mesolitik
C. Paleolitik
D. Neolitik

57. Gambar di bawah menunjukkan perhiasan wanita yang telah dicipta oleh sebuah masyarakat Zaman Prasejarah
suatu ketika dahulu. Siapakah yang telah mencipta perhiasan wanita tersebut?
Bab 3 Zaman Prasejarah
A. Masyarakat Zaman Logam
B. Masyarakat Zaman Neolitik
C. Masyarakat Zaman Paleolitik
D. Masyarakat Zaman Mesolitik

58. Berikut merupakan kepercayaan masyarakat Zaman Neolitik. Yang manakah pernyataan yang tidak benar?
A. Animisme
B. Percaya kepada tuhan matahari
C. Percaya kepada roh dan alam sekitar
D. Kepercayaan nenek moyang
Jawapan:

59. Kecantikan atau keindahan yang dikaitkan dengan bidang seni. Manakah yang berikut berkaitan dengan
penyataan ini?
A Estetika
B Realisme
C Geometri
D Simbolisme

60. Apakah fungsi pisau tembeling?


A Alat menuai padi
B Alat menetak binatang
C Alat memecahkan tulang
D Alat menggilap peralatan

Anda mungkin juga menyukai