Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PROGRAM 5S

(SENYUM, SAPA, SALAM, SOPAN DAN SMART)

1. PENDAHULUAN
Amalan senyum, sapa, salam, sopan dan smart (5S) bukanlah sesuatu yang
baharu. Ia merupakan sebahagian daripada amalan yang dipraktikkan dalam
program guru penyayang. AMALAN 5S ini sewajarnya dipraktikkan oleh semua
warga sekolah dalam membentuk hubungan yang teraputik dan suasana yang
kondusif serta harmonis. Konsep dan amalan 5S ini akan mewujudkan hubungan
saling hormat menghormati, sifat kasih sayang, peka kepada keadaan sekeliling
dan menjadikan suasana yang kondusif dan harmoni.
Amalan ini boleh dipraktikkan pada bila-bila masa semasa bertemu rakan,
guru ibubapa atau tetamu sekolah. Ini dapat mewujudkan suasana yang
harmonis dan kondusif dalam menyuburkan budaya masyarakat penyayang.

2. TUJUAN
2.1 Menjadikan amalan ini sebagai satu budaya yang dapat dipraktikkan di
SMK Changkat Beruas.
2.2 Mengurangkan salahlaku pelajar
2.3 Meningkatkan kehadiran pelajar.
2.4 Merapatkan dan mengeratkan hubungan antara murid, guru dan semua
warga SMK Changkat Beruas.

3. OBJEKTIF
Adalah diharapkan amalan ini dapat :
 Membentuk budaya positif dalam kalangan warga sekolah
 Membentuk hubungan yang teraputik dan suasana yang kondusif di
sekolah
 Membentuk sifat hormat menghormati dan kasih sayang
 Mewujudkan keseronokan datang ke sekolah
4. KUMPULAN SASARAN
 Semua warga sekolah (pihak pengurusan, guru-guru, pelajar-pelajar,
kakitangan sekolah, pengawal keselamatan dan tetamu yang hadir ke
sekolah)

5. ANJURAN DAN KELOLAAN


Unit Bimbingan dan Kaunseling

6. JAWATANKUASA

Jawatankuasa Program Amalan Guru Penyayang

Pengerusi : Puan Mahiram binti Mohamed (Pengetua)

Timbalan Pengerusi: En. Muhammad Shakhuri bin Abu Hassan (PK HEM)

Naib Pengerusi 1 : En. Mohd Marzuki bin Abdul Ghani (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2 : En Salim bin Basri (PK Kokurikulum)

Setiausaha : Pn Wan Norhaini bt Wan Salleh (GBKSM)

AJK : Semua GKMP/ Ketua Panitia

: Semua guru

7. KAEDAH PELAKSANAAN AMALAN 3S


7.1 Apabila murid sampai ke sekolah, mereka disambut dengan senyuman
daripada guru-guru dan pengawas bertugas. Murid digalakkan untuk turut
melemparkan senyuman sebagai tanda pertemuan.
7.2 Murid akan menyapa guru dengan ucapan-ucapan yang sopan seperti:
- Assalamualaikum cikgu
- Selamat pagi cikgu
- Good Morning teacher
- Apa khabar cikgu
7.3 Sapaan juga boleh berlaku sebaliknya di mana guru yang terlebih dahulu
memberikan salam.
7.4 Seterusnya murid boleh bersalaman dengan guru-guru atau memberikan
tanda hormat yang lain seperti menundukkan kepala, membongkokkan
badan atau meletakkan tangan di dada.

8. CADANGAN PELAKSANAAN
8.1 Pelancaran: 3 April 2023
8.2 Tempat : Dewan Terbuka
8.3 Pelaksanaan: Sepanjang tahun

9. PENUTUP
Kejayaan ’AMALAN 3S’ ini adalah pengembelingan bersama-sama semua
pihak khususnya seluruh warga SMK Changkat Beruas. Ini juga adalah aspirasi
murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang
mahu melahirkan murid yang ’berkualiti’ dari aspek intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Adalah diharapkan agar amalan ini menjadi sebahagian daripada rutin
kehidupan pelajar dan impaknya dapat dilihat dalam seluruh kehidupan pelajar.

Disediakan Oleh Guru Bimbingan Dan Kaunseling,


SMK Changkat Beruas

Tandatangan : ..................................
(Wan Norhaini binti Wan Salleh)

Disokong Oleh Penolong Kanan HEM,


SMK Changkat Beruas

Tandatangan:......................................
(Muhammad Shakhuri bin Abu Hassan)

Pengetua,
Disahkan Oleh SMK Changkat Beruas

Tandatangan :.........................................
(Mahiram binti Mohamed)
LAMPIRAN

TAKRIFAN AMALAN 3S (SENYUM, SAPA DAN SALAM)

SENYUM
 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:
- Gerak bibir yang ternaik pada hujungnya yang membayangkan rasa
suka (geli hati, setuju dan sebagainya)
 Sabda Nabi Muhammad SAW, “Senyummu di depan saudaramu adalah
sedekah.” Hadits Riwayat At Tirmidzi dalam sahihnya.

SAPA
 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:
- Kata-kata yang dituturkan untuk menegur (mengajak berbual)

SALAM
 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:
- Berjabat tangan tanda memberi hormat
 Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan
hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan
yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama).
(An-Nisa' : 86)
 Rasulullah SAW telah memerintahkan umatnya untuk menebarkan salam
iaitu ucapan salam sejahtera: “Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh”.
 Pemberian salam yang ikhlas dengan nada dan mimik muka yang manis
akan memancing jawapan yang baik atau malah lebih baik lagi sehingga
terjadilah komunikasi dua hala yang disenangi.
 Amalan ini disenaraikan sebagai antara amalan yang paling baik di dalam
Islam.

CARA LAIN MENUNJUKKAN TANDA HORMAT


 Membongkokkan badan, menundukkan kepala dan meletakkan tangan di
dada.

Anda mungkin juga menyukai