Anda di halaman 1dari 3

“Sayangi Alam Sekitar”

Yang dihormati tuan pengerusi majlis,Yang arif lagi bijaksana kombinasi


kehakiman yang berpaksikan keadilan, semestinya saudara penjaga masa yang
setia dengan randiknya, guru-guru seterusnya sidang hadirin yang saya hormati.
Assalamualaikum warah matullahiwabarakatuh, salam sejahtera dan salam
pertemuan. Berdirinya saya di sini, bukanlah untuk  membuang masa kalian,
bukan pula untuk mengalunkan irama pop yeh yeh, tetapi untuk berkongsi
pengetahuan berkaitan tajuk pidato saya pada hari ini iaitu “Sayangi Alam
Sekitar”.

Jika kita lihat tajuk pidato ini, ianya merupakan satu tajuk yang meluas
dan banyak aspek yang boleh dibincangkan. Menurut Kamus Dewan, perkataan
“sayangi” didefinisikan sebagai mengasihi atau mencintai. Manakala “alam
sekitar” pula bermaksud dunia atau bumi. Jadi, berdasarkan maksud yang saya
jelaskan tadi, maka dapatlah disimpulkan bahawa setiap manusia haruslah
menyayangi alam sekitar kita.

Pergi ke kedai membeli bunga,


Bunga dibeli cantik sekali,
Alam sekitar perlu dijaga,
Agar hidup sentiasa harmoni.

Sidang pendengar yang penuh santun,

Mutakhir ini, arus modenisasi menderaskan lagi pembangunan negara.


Pelbagai projek mega sosioekonomi dijalankan begitu rancak seperti cendawan
tumbuh selepas hujan. Namun secara tidak sedar, alam sekitar kita sudah
terjejas. Satu kemelut yang terpaksa dihadapi oleh negara kita. Sebenarnya, kita
tersepit antara keinginan menjadi sebuah negara maju dengan alam sekitar yang
perlu dipelihara, bak kata pepatah ”ditelan mati mak, diluah mati bapa”.
Kehidupan manusia banyak bergantung kepada persekitarannya. Alam sekitar
yang bersih dan tidak tercemar akan menjadikan hidup lebih selesa dan bahagia.
Sebaliknya, jika alam sekitar tempat kediaman kita kotor, maka kita akan
menghadapi pelbagai masalah yang tidak menyenangkan hidup ini. Alam sekitar
yang kotor akan menyebabkan hidup kita terdedah kepada pelbagai penyakit.
Alam sekitar yang tercemar pula akan menyebabkan udara yang kita hirup dan
air yang kita minum dipenuhi dengan pelbagai bahan yang boleh
membahayakan tubuh kita. Oleh itu, kita harus sentiasa menjaga supaya alam
sekitar kita tidak tercemar.

Sidang pendengar yang setia,

Sebentar tadi telah saya jelaskan betapa pentingnya alam sekitar dalam
kehidupan manusia, namun yang menggusarkan kita ialah terdapat segelintir
individu yang bersikap tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan yang
merobek keindahan alam sekitar atas nama pembangunan.

Sidang intelektual yang dihormati,

Sekiranya kita membiarkan sampah- sarap tidak dibuang dengan teratur,


maka hidupan seperti tikus, lalat, lipas dan sebagainya akan membiak. Haiwan-
haiwan ini boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit yang membahayakan
kesihatan kita. Lalat boleh mengakibatkan kita terkena penyakit taun dan cirit-
birit. Tikus pula boleh mengakibatkan demam kancing gigi. Nyamuk pula adalah
punca utama penyakit demam denggi yang telah mengorbankan banyak nyawa
di negara kita.

Sidang hadirin yang saya hormati,

Pencemaran air yang diakibatkan oleh pembuangan sisa-sisa kilang,


kegiatan penyemburan racun serangga dan rumpai di kawasan perladangan dan
tumpahan minyak juga menyebabkan air yang kita minum mudah tercemar. Ini
mengakibatkan sungai-sungai tersebut menjadi busuk, hidupan dan tumbuhan
akuatik pupus serta menjadi punca pembiakan nyamuk yang membahayakan
kesihatan penduduk sekitarnya. Sungai-sungai ini juga terkambus dan
menjejaskan sumber ikan air tawar.

Sidang hadirin yang dihormati,

Jika diteliti, memang benar pencemaran banyak dicetuskan oleh manusia


sendiri. Apabila keuntungan yang tergambar di depan mata, nilai-nilai murni tidak
lagi menjadi pegangan.

Sidang penonton yang penuh santun,

Harus dikejut mana yang lena,


Harus ditegur mana yang alpa,
Sebelum manusia ditimpa bencana,
Sebelum alam mulai bicara.

Oleh itu hadirin, bukalah mata dan minda, sama-samalah kita memulakan
anjakan paradigma dan menanamkan sikap mencintai alam sekitar. Ingat, alam
gemilang, hidup pasti cemerlang. Tepuk dada, tanyalah minda, tepuk dahi,
fikirlah sendiri. Sekian, wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Pemidato bestari, mohon permisi!

Anda mungkin juga menyukai