Anda di halaman 1dari 4

Teks Pengacara Majlis

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA 2022

PEMBACA SKRIP ATURAN


MAJLIS
Majlis mengalu-alukan ketibaan dif-dif
jemputan, tuan pengetua, barisan pentadbir
Dan semua guru untuk masuk ke dewan

Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillah…. UCAPAN
ALUAN
Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera... PENGERUSI
MAJLIS
Takbir Bergema Disubuh Hari,
Tanda Syawal Menjelma Kini
Jamuan Aidilfitri Sama Dirai
Saling Bermaafan Menyucikan Diri,
Sesuci Sebersih Lebaran Ini,
Amalan Dirahmati Suci Murni,

Yang Berhormart
En. Rozi bin Muhammad
ADUN Tendong

Yang Berusaha,
En. Nor Asharuddin bin Yusoff
Pengetua,
SMK Bunut Susu

Yang Dihormati,
Pn. Hjh Sharipah Najihah bt Syed Alwe
-GPK Pentadbiran
En. Juha bin Ismail - PK HEM
Cik Wan Nooraribah bt Ishak
- GPK Ko-Kurikulum
Barisan guru kanan

Yang berusaha,
En. Rostam bin Loman
NYDP PIBG SMK Bunut Susu

Dif-Dif Jemputan,
Guru-guru serta semua kakitangan warga
SMK Bunut Susu.

Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Raya


SMK Bunut Susu bagi tahun 2022. Puji dan
syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurniaNya dapat sama-sama kita berkumpul
sekali lagi di dewan ini bagi menyambut hari
raya bersama-sama. Semoga kehadiran tuan-
tuan dan puan-puan akan dapat memeriahkan
lagi suasana majlis pada hari yang damai ini,
di samping dapat mengukuhkan lagi tautan
kemesraan serta jalinan kerjasama di antara
kita semua.

Majlis juga sekali lagi mengalu-alukan dif-dif


jemputan kerana sudi hadir pada majlis kita
ini.

Lemang Ketupat Serta Pulut


Rendang Dan Tapai Sedia Menanti
Besar Hajat Kami Menjemput
Besar Niat Di Dalam Hati

Hadirin dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada tengah hari


ini, marilah kita sama-sama mengaminkan
bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz
Adnan bin Adam BACAAN DOA
Dipersilakan…

--------- Bacaan doa ---------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada Al Fadhil Ustaz atas pimpinan bacaan
doa itu tadi.  Mudah-mudahan kita diberi
hidayah dan keberkatan untuk melaksanakan
majlis hari ini dengan jayanya.

Sudilah tuan jalan berlapan,


jalan berlapan di malam kelam,
sudilah tuan beri ucapan,
kata aluan pemanis kalam.

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan yang berusaha
UCAPAN
Tuan Haji Abdul Gani bon Ab Rahman,
PENGERUSI
Pengerusi KGKT SMK Bunut Susu untuk
KGKT
menyampaikan ucapan. dengan segala
hormatnya dipersilakan.

--------- ucapan PENGERUSI KGKT--------

terima kasih diucapkan di atas ucapan aluan


itu tadi.
UCAPAN
Hadirin yang budiman, PENGETUA
Tidak molek sekiranya kita tidak mendengar
ucapan daripada Yang Berusaha Tuan
Pengetua. Majlis seterusnya menjemput Yang
Berusaha, En. Nor Asharuddin bin Yusoff,
pengetua SMK Bunut Susu untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan....

------ Ucapan Pengetua ------

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada Tuan Pengetua atas
ucapan alu-aluan itu tadi.

Semua VIP Dan tetamu yang berada di atas


pentas dipersilakan untuk mengambil tempat
di meja masing-masing.

Hadirin hadirat sekalian,

Bagi menambah lagi seri pada majlis kita pada


hari ini majlis diteruskan dengan acara
memotong kek.

***** Hari Raya Saloma*****

Kek 1 - dipersilakan YB ADUN Tendong, UPACARA


YDP PIBG Dan semua barisan pentadbir MEMOTONG
semasa mengiringi tuan pengetua ke upacara KEK
memotong kek

Kek 2 - seterusnya dijemput mantan penetua


_______________ diiringi oleh semua guru
yang bersara ke atas pentas

Kek 3 - bagi meneruskan acara, dijemput


pengerusi dan semua KGKT sesi 2022/2023
untuk mengetuai upacara pemotongan kek
KGKT.

Dengan selesainya acara memotong kek itu


tadi, marilah bersama kita menjamu juadah
Hari Raya.
Kalau tuan pikat cemara
Buatlah bara akar selasih
Sudilah tuan jamu selera
Hidangan mesra pengikat kasih JAMUAN HARI
RAYA
Sungguh indah bunga kemboja
Di bawah atap tepi halaman
Juadah sudah letak di meja
Sudilah santap tuan budima
Hadirin sekalian,
Dengan ini selesailah sudah

Majlis Sambutan Hari Raya SMK Bunut Susu


bagi tahun 2022

Majlis merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih kepada hadirin
sekalian yang telah menyeri dan menjayakan
majlis pada hari ini.

Sekalung penghargaan juga kepada semua


warga yang terlibat secara langsung mahu pun
tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Pihak majlis juga ingin memohon kemaafan


kepada hadirin sekalian atas keterlanjuran
kata, terkasar bahasa, terguris rasa.
Sesungguhnya, gitar tidak akan bersuara tanpa
jari, bulan tak akan purnama tanpa matahari.
Segala yang baik datang dari Alah SWT dan
segala yang kurang atau kelemahan adalah
dari kami insan biasa. Sebelum mengundur
diri, sambutlah salam manis untuk dan
disudahi dengan lafaz suci...
Wabillah hitaufik walhidayah .....
dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai