Anda di halaman 1dari 2

PRAKTIKUM

JURNAL

Bilangan Jurnal :1 MINGGU


Tarikh Peristiwa / Kejadian : 28 Jun 2021
1
Tajuk : Sesi Pengenalan Diri Bersama Pihak Sekolah

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :

JURNAL
Pada hari Jumaat yang lepas, saya melaporkan diri kepada pihak pentadbir Sekolah
Kebangsaan Tasek. Saya dan pasangan praktikum iaitu Wan Nur Aqilah banyak berurusan
dengan pihak pentadbir sekolah melalui Telegram disebabkan sesi persekolah secara
bersemuka terpaksa ditangguhkan akibat pandemik COVID-19. Puan Masziah selaku penolong
kanan pentadbiran Sekolah Kebangsaan Tasek banyak membantu kami dalam urusan
melaporkan diri. Hal ini kerana, guru besar mempunyai kekangan masa untuk menguruskan
kami. Namun demikian, pada hari Jumaat, guru besar mempunyai kelapangan masa untuk
mengadakan satu mesyuarat bersama guru praktikum, pihak pentadbir sekolah dan guru-guru
pembimbing. Dalam mesyuarat tersebut, guru besar sangat mengalu-alukan kehadiran guru-guru
praktikum. Namun begitu, saya tidak dapat menghadiri perjumpaan tersebut disebabkan
kekangan capaian internet di rumah dan cuaca yang hujan lebat menyebabkan saya tidak boleh
keluar rumah untuk mendapatkan akses internet yang baik. Hal ini menyebabkan saya tidak
berkesempatan untuk memperkenalkan diri kepada pihak sekolah. Sebagai seorang guru pelatih
yang baru setahun jagung, saya akui bahawasanya saya mempunyai keyakinan diri yang kurang
dan gementar setiap kali hendak berurusan dengan pihak sekolah, tambahan pula kali pertama
mesyuarat diadakan saya tidak dapat menghadirinya. Saya bimbang sekiranya saya telah
mencemarkan imej sebagai guru pelatih yang akan berpraktikum di sana.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Setelah dikenal pasti, perasaan kurang keyakinan diri dan gementar tersebut wujud kerana
kurangnya pengalaman saya dalam berurusan dengan pihak pentadbir sekolah sebelum ini.
Adapun berurusan sebelum ini ketika menjalani pengalaman berasaskan sekolah, saya
mempunyai rakan yang ramai yang sama-sama membantu ketika menjalaninya. Tambahan pula,
kami perlu berurusan dengan pihak sekolah secara atas talian sahaja. Saya berasa sangat risau
jika saya mengganggu pihak pentadbir disebabkan banyak bertanyakan hal-hal sekolah melalui
Whatsapp dan Telegram. Keyakinan saya semakin berkurang apabila saya takut untuk menyapa
guru pembimbing buat kali pertama disebabkan rumah saya yang tiada capaian internet
menyebabkan saya menjadi orang terakhir yang menyapa guru pembimbing. Malah saya juga
menjadi orang yang terakhir mengetahui segala maklumat tentang sekolah dan segala aktiviti
yang akan dijalankan.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN LEPAS) :
Kepercayaan diri atau confidence berasal dari bahasa Latin Fidere yang bermaksud untuk
mempercayai. Memiliki perasaan keyakinan diri yang rendah, dapat menyebabkan timbulnya
perasaan pemalu, kegelisahan ketika berkomunikasi dan mampu mempengaruhi hubungan
seseorang dengan kehidupan sosial serta perkembangan diri.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Antara cadangan bagi menyelesaikan masalah ini adalah, saya perlu:
1. membuat persediaan dengan lebih awal ketika melaporkan diri kepada pihak sekolah.

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PRAKTIKUM
2. berani dan berfikiran positif terhadap diri sendiri supaya perasaan gementar dan kurang
keyakinan diri dapat diatasi.
3. memperkenalkan diri di Telegram Panitia BM dan Telegram Rasmi Sekolah serta memohon
maaf atas kelewatan.
4. Sewa rumah di kawasan yang ada capaian internet yang laju

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


3 hari

6. TINDAKAN SUSULAN :
Saya mengambil tindakan susulan dengan memperkenalkan diri dalam kumpulan telegram
Panitiao BM serta sentiasa berhubung dan beramah mesra dengan guru pembimbing dan pihak
pentadbir bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim sekaligus dapat mengasah keyakinan diri
ketika berkomunikasi. Saya juga banyak bertanyakan guru pembimbing tentang perkara yang
tidak diketahui dan meminta tunjuk ajar daripada beliau selaku guru yang mempunyai
pengalaman yang banyak dalam bidang tenaga pengajar. Selain itu, saya juga kini telah
menyewa di sebuah taman perumahan menyebabkan saya tidak lagi terlepas maklumat
berkaitan sekolah.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :


30/06/2021

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Alhamdulillah, respon guru pembimbing sangat baik. Beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada
saya tidak kira masa. Saya juga boleh membuat bahan bantu mengajar, melaksanakan kelas
dengan baik melalui Google Meet serta segala perkara berkaitan praktikum dapat dilaksanakan
dengan baik setelah saya menyewa rumah di kawasan pekan. Walaupun ini merupakan satu
cabaran untuk saya dari segi kewangan dan jauh dari keluarga, saya akan cuba sedaya upaya
untuk memberikan yang terbaik untuk praktikum kali ini.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA) :


Kesimpulannya, minggu pertama berpraktikum berjalan dengan lancar atas bimbingan Cikgu
Jimizamri dan cikgu Shara selaku guru pembimbing kerana saya dapat tahu selok belok sekolah
dan cara pelaksanaan PdPR di SK Tasek. Pensyarah pembimbing juga banyak membantu dan
memahami situasi saya. Saya akan cuba untuk mengeratkan hubungan dengan pihak sekolah
dari semasa ke semasa.

RUJUKAN
Abdul Aziz, A R. (2000). Kemahiran Sosial Asas. Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Disemak oleh Guru Pembimbing

__________________________
Tandatangan
Nama : AHMAD
_____________________
JIMIZAMRI BIN MOHD ZUKI
Tarikh : 02/07/2021
_____________________

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/

Anda mungkin juga menyukai