Anda di halaman 1dari 4

PRAKTIKUM

Sesi Pengenalan Diri Bersama Pihak Sekolah

MINGGU
JURNAL
1
Bilangan Jurnal : 1

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 28 Jun 2021 Tajuk :

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :


Pada hari Jumaat yang lepas, saya melaporkan diri kepada pihak pentadbir Sekolah
Kebangsaan Tasek. Saya dan pasangan praktikum iaitu Wan Nur Aqilah banyak berurusan
dengan pihak pentadbir sekolah melalui Telegram disebabkan sesi persekolah secara
bersemuka terpaksa ditangguhkan akibat pandemik COVID-19. Puan Masziah selaku penolong
kanan pentadbiran Sekolah Kebangsaan Tasek banyak membantu kami dalam urusan
melaporkan diri. Hal ini kerana, guru besar mempunyai kekangan masa untuk menguruskan
kami. Namun demikian, pada hari Jumaat, guru besar mempunyai kelapangan masa untuk
mengadakan satu mesyuarat bersama guru praktikum, pihak pentadbir sekolah dan guru-guru
pembimbing. Dalam mesyuarat tersebut, guru besar sangat mengalu-alukan kehadiran
guru-guru praktikum. Namun begitu, saya tidak dapat menghadiri perjumpaan tersebut
disebabkan kekangan capaian internet di rumah dan cuaca yang hujan lebat menyebabkan
saya tidak boleh keluar rumah untuk mendapatkan akses internet yang baik. Hal ini
menyebabkan saya tidak berkesempatan untuk memperkenalkan diri kepada pihak sekolah.
Sebagai seorang guru pelatih yang baru setahun jagung, saya akui bahawasanya saya
mempunyai keyakinan diri yang kurang dan gementar setiap kali hendak berurusan dengan
pihak sekolah, tambahan pula kali pertama mesyuarat diadakan saya tidak dapat
menghadirinya. Saya bimbang sekiranya saya telah mencemarkan imej sebagai guru pelatih
yang akan berpraktikum di sana.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Setelah dikenal pasti, perasaan kurang keyakinan diri dan gementar tersebut wujud kerana
kurangnya pengalaman saya dalam berurusan dengan pihak pentadbir sekolah sebelum ini.
Adapun berurusan sebelum ini ketika menjalani pengalaman berasaskan sekolah, saya
mempunyai rakan yang ramai yang sama-sama membantu ketika menjalaninya. Tambahan
pula, kami perlu berurusan dengan pihak sekolah secara atas talian sahaja. Saya berasa
sangat risau jika saya mengganggu pihak pentadbir disebabkan banyak bertanyakan hal-hal
sekolah melalui Whatsapp dan Telegram. Keyakinan saya semakin berkurang apabila saya
takut untuk menyapa guru pembimbing buat kali pertama disebabkan rumah saya yang tiada
capaian internet menyebabkan saya menjadi orang terakhir yang menyapa guru pembimbing.
Malah saya juga menjadi orang yang terakhir mengetahui segala maklumat tentang sekolah
dan segala aktiviti yang akan dijalankan.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN


LEPAS) :
Kepercayaan diri atau confidence berasal dari bahasa Latin Fidere yang bermaksud untuk
mempercayai. Memiliki perasaan keyakinan diri yang rendah, dapat menyebabkan timbulnya
perasaan pemalu, kegelisahan ketika berkomunikasi dan mampu mempengaruhi hubungan
seseorang dengan kehidupan sosial serta perkembangan diri.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Antara cadangan bagi menyelesaikan masalah ini adalah, saya perlu:
1. membuat persediaan dengan lebih awal ketika melaporkan diri kepada pihak sekolah.

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/

PRAKTIKUM
2. berani dan berfikiran positif terhadap diri sendiri supaya perasaan gementar dan
kurang keyakinan diri dapat diatasi.
3. memperkenalkan diri di Telegram Panitia BM dan Telegram Rasmi Sekolah serta
memohon maaf atas kelewatan.
4. Sewa rumah di kawasan yang ada capaian internet yang laju

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


3 hari

6. TINDAKAN SUSULAN :
Saya mengambil tindakan susulan dengan memperkenalkan diri dalam kumpulan telegram
Panitiao BM serta sentiasa berhubung dan beramah mesra dengan guru pembimbing dan pihak
pentadbir bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim sekaligus dapat mengasah keyakinan
diri ketika berkomunikasi. Saya juga banyak bertanyakan guru pembimbing tentang perkara
yang tidak diketahui dan meminta tunjuk ajar daripada beliau selaku guru yang mempunyai
pengalaman yang banyak dalam bidang tenaga pengajar. Selain itu, saya juga kini telah
menyewa di sebuah taman perumahan menyebabkan saya tidak lagi terlepas maklumat
berkaitan sekolah.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :


30/06/2021

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Alhamdulillah, respon guru pembimbing sangat baik. Beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada
saya tidak kira masa. Saya juga boleh membuat bahan bantu mengajar, melaksanakan kelas
dengan baik melalui Google Meet serta segala perkara berkaitan praktikum dapat dilaksanakan
dengan baik setelah saya menyewa rumah di kawasan pekan. Walaupun ini merupakan satu
cabaran untuk saya dari segi kewangan dan jauh dari keluarga, saya akan cuba sedaya upaya
untuk memberikan yang terbaik untuk praktikum kali ini.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA) :


Kesimpulannya, minggu pertama berpraktikum berjalan dengan lancar atas bimbingan Cikgu
Jimizamri dan cikgu Shara selaku guru pembimbing kerana saya dapat tahu selok belok
sekolah dan cara pelaksanaan PdPR di SK Tasek. Pensyarah pembimbing juga banyak
membantu dan memahami situasi saya. Saya akan cuba untuk mengeratkan hubungan
dengan pihak sekolah dari semasa ke semasa.

RUJUKAN
Abdul Aziz, A R. (2000). Kemahiran Sosial Asas. Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Disemak oleh Guru Pembimbing

__________________________
Tandatangan
Nama : _____________________
AHMAD JIMIZAMRI BIN MOHD ZUKI
Tarikh : _____________________
02/07/2021
http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/

Anda mungkin juga menyukai