Anda di halaman 1dari 6

BIL PERKARA CATATAN

Ambil tempat Tenangkan keadaan murid

Para hadirin, guru dan murid-murid diminta menngambil tempat duduk masing-
masing.

Buka majlis dengan Ummul kitab Al-Fatihah.

Jamuan Dari Raub ke Pontian,


makan Terus pula ke Kuala Perllis,
Harap Semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.

Untuk majlis kita pada tengahari ini kita mulakan dengan Jamuan tenghari terlebih
dahulu.

Dengan itu hadirin, guru2 dan murid-murid sekalian bolehlah mengambil


makanan dan mari kita bersama-sama membaca doa terlebih dahulu sebelum kita
memulakan suapan.

Bacaan Doa Hadirin sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada tghari ini, majlis menjemput AL-Fadhil Ustaz Anas
bin Abbas untuk membacakan doa…

‫فليتفضل مشكورا‬

Amin amin ya Rabbal alamin.


Semoga dengan bacaan doa sebentar tadi, Majlis kita akan lebih dirahmati, iallah..

Pengerusi Indah berbalam si awan petang,


Majlis Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha,
Tuan Guru Besar
Ustaz Mohd Kamal bin Hj Ahmad
Guru Besar SK Seri Gemilang.
Yang Berusaha,
Barisan Guru Penolong Kanan,
Tn Hj Roslan bin Othman, GPK Tadbir dan Kurikulum
Pn Robiah bt Abd Rashid , GPK Hal Ehwal Murid
Tn Hj Ahmad Sukri bin Ahmad, GPK Kokorikulum

Seterusnya barisan guru-guru,

dan anak-anak didik tahun 6

yang dikasihi Allah Sekalian,

‫السالم عليكم ورحمة اهلل وبركاته‬

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmatnya dapat kita
berkumpul bersama-sama di dewan yang serba indah dan megah ini untuk

Majlis LAMBAIAN KASIH PUTERA PUTERI SEK KEB SERI GEMILANG BAGI TAHUN
2016 ini.

Selawat dan dan salam kita rafa’kn kepada junjungan besar nabi kita Nabi
Muhammad s.a.w penghulu segala nabi, mudah-mudahan kita mendapat syafaat
baginda.iallah..

Dalam sedar ataupun tidak kita sudahpun berada di bulan November.


Pejam celik pejam celik, periksa cuti periksa periksa tinggal esok sahaja keputusan
yang di nanti-nanti.

Tujuan Majlis hari ini diadakan bukanlah sekadar untuk makan-makan sahaja,
tetapi ini adalah medan terakhir bagi semua guru dan murid2 tahun 6 untuk
mempereratkan lagi ukhwah dan silaturrahim setelah penat berhempas pulas tidak
kira guru mahupun murid2.. Kerana selepas ini murid-murid tahun 6 akan
melangkah ke satu alam persekolahan yang baru iaitu alam sekolah menengah.

Pada hari juga kita akan memberi Hadiah dan penghargaan kepada PEMENANG2
PERMAIAN, Pemenang Bagi Minggu Panitia RBT, dan juga ANUGERAH KHAS
daripada Panitia Pendidikan Islam.

Mari kita tunggguu…siapakah pemilik hadiah2 dan anugerah2 ini…


Ucapan Hadirin yang dihormati Allah Sekalian,
Wakil Murid
Tanpa melengahkan masa lagi, Majlis menjemput

Adik FARHANIS MAISARAH BT AZHAR


Bagi mewakili murid2 tahun 6 untuk menyampaikan ucapannya.
Dengan segala hormatnya dipersilakan….

Majlis mengucapkan terima kasih kepada adik Farhanis di atas ucapannya sebentar
tadi.

Ucapan Ingin rasa memakan kari,


Guru Besar Kari cendawan batang keladi,
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dan amanat yang akan disampaikan oleh
Guru Besar kita Ust Mohd Kamal bin Hj Ahmad .
Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ust atas ucapannya sebentar tadi.
Antara intipati yang dapat kita ambil di sini ialah:
1.
2.
3.

Persembahan Baiklah semua,


1 Bagi menyerikan lagi majlis kita pada hari ini, majlis menjemput penyanyai solo
sekolah kita,

MOHD HAFIZ BIN ZULKIFLI dengan tajuk lagunya…. GEMURUH…

Jadi, mari kita berikan tepukan yang gemuruh kepada beliau…

Itulah dia persembahan solo kita…

Tahun depan kita boleh buat jemputan luar ye..


Hadiah Hadirin sekalian,
Sukan Kini tibalah masa yang ditunggu-tungu iaitu,
permainan Penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang pertandingingan sukan dan
permainan PASCA UPSR 2016.

Guru-guru rumah sukan dan ketua rumah sukan diminta bersedia..

1. PERTANDINGAN FUTSAL LELAKI antara rumah sukan.


Johan : rumah Kuning
Penyampai : Ustazah Samira

2. PERTANDINGAN FUTSAL PEREMPUAN antara rumah sukan


Johan : rumah Biru
Penyampai : ustazah Norlaily

3. PERTANDINGAN BOLA BALING LELAKI antara rumah sukan


Johan : rumah Biru
Penyampai : Cikgu Nor Azira

4. PERTANDINGAN BOLA BALING PEREMPUAN antara rumah sukan


Johan : rumah Hijau
Penyampai : cikgu Ruzanna

Terima kasih kepada guru2 rumah sukan dan tahniah kepada pemenang2…

Nak HAdiah lagi??? Tunggu….

Persembahan Kita teruskan lagi Majlis kita dengan persembahan yang seterusnya…
2
Difahamkan bahawa persembahan ini adalah Tarian…mari sama-sama kita
saksikan…

Dijemput gabungan murid2 tahun tahun 6 untuk mempersembahkan persembahan


mereka…

Tarian mereka itu tadi telah dibimbing oleh Cikgu Syakir dan Teacher Syahiran…

Berikan tepukan untuk mereka…


Hadiah RBT Hadirin sekalian,
Kita sambung Majlis kita dengan penyampaian hadiah bagi minggu RBT.

Dijemput Tn Hj Roslan bin Othman di iringi ketua panitia RBT cikgu Muzaffar
untuk menyampaikan hadiah :

1.
2.
3.

Terima Kasih Di ucapkan kepada Tn Hj dan CIkgu Muzaffar.

Anugerah Untuk penyampaian Hadiah seterusnya, adalah Anugerah daripada Panitia


Panitia Pendidikan Islam bagi murid2 yang menunjukkan ketokohan dan sakhsiah
Pendidikan sepanjang tempoh perlaksanaan program Pendidikan di sekolah.
Islam
Untuk itu majlis menjemput Tn Guru Besar, Ust Mohd Kamal bin Hj Ahmad di iringi
Ketua Panitia Pendidikan Islam bagi menyampaikan hadiah.

Majlis mempersilakan untuk naik ke pentas.

Bagi penerima hadiah terbaik mata pelajaran bahasa arab di miliki oleh :
MUHAMMAD IRFAN BIN AHMAD KAMAL – 6Z

Bagi penerima hadiah terbaik mata pelajaran jawi di miliki oleh :


NURFATHIAH ADILAH BT MOHD NIZAM – 6Z

Seterusnya bagi

Tokoh Kem Bestari Solat :


MUHAMMAD FARIS NAUFAL BIN MOHD FAIZAL - 6D

Tokoh Sakhsiah L :
MUHAMMAD IRFAN BIN AHMAD KAMAL – 6Z

Tokoh Sakhsiah P :
NUR ADLINA NABIHAH BT ADNAN – 6Z

Majlis merakamkan ucapan tahniah kepada penerima2 hadiah dan terima kasih
kepada guru besar dan ketua panitia kerana sudi menyampaikan hadiah.
Persembahan Nak lihat persembahan lagi x?
3
Baiklah,
Untuk itu majlis menjemput semua murid2 tahun 6 untuk bersama2 menyanyikan
lagu TEMAN SEJATI….

Bersurai Dengan berakhirnya persembahan sebentar tadi, berakhirlah jua majlis kita pada
petang ini..

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan juga kami pohonkan.

Ubi manis ubi keladi,


Kalau ada ditambah lagi
Sekiranya umur panjang direstui,
Kita pasti bertemu lagi.

Akhir kalam,

Segala yang baik itu datangnya daripada Allah,


Dan segala yang buruk itu datangnya daripada diri saya sendiri.
Marilah sama-sama kita menutup majlis kita pada petang ini dengan Tasbih
Kafarah dan surah Al-Asr.

Sekian,
Wa billahil hidayatu Wa ttaufeeq

‫السالم عليكم ورحمة اهلل وبركاته‬

Anda mungkin juga menyukai