Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GEMILANG


Kod Sekolah : PBA 2037

1. Nama Guru Arikah binti Sadon

2. Judul GURU PEMIMPIN 360 DARJAH 3. Bidang: Motivasi

4. Tarikh Pembentangan 12 Jun 2023 5. Masa: 9.40 pagi

6. Tempat Pembentangan Bilik mesyuarat guru


7. Sinopsis
Ditulis oleh Khuzaimah Sulaiman ini mempunyai 144 mukasurat.

Buku “Guru Pemimpin 360 Darjah” hasil karya Khuzaimah Sulaiman yang merupakan
Pengetua Cemerlang JUSA C. Buku ini mengandungi 8 bab yang merangkumi
segala aspek berkaitan pedagogi untuk membantu para pendidik melaksanakan tugas
dengan cekap dan berkesan.

Perbincangan awal dimulakan dengan meneroka maksud Prinsip Lead Up, Prinsip Lead
Across dan Prinsip Lead Down.
Bagi memenangi hati sesiapa sahaja, orang itu perlu berpengaruh kerana “Pemimpin
sebenar adalah pemimpin yang berpengaruh tidak lebih dan tidak kurang.” - Maxwell Blurb.

Pemimpin 360° adalah orang yang mampu mempengaruhi orang di sekelilingnya yang terdiri
daripada orang atasannya (bos), rakan sejawat, dan orang bawahan. Guru Pemimpin
360 mampu memberikan sumber inspirasi, motivasi dan bimbingan kepada semua
peringkat guru, dari guru biasa di bilik darjah hingga kepada pemimpin atasan bagi menjadi
pemimpin 360° yang berkesan dan cemerlang.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Khuzaimah Sulaiman mengatakan bahawa seseorang itu perlu mempunyai keistimewaan


sendiri untuk menjadi pemimpin yang berkesan dan berkebolehan dalam menguruskan
pegawai-pegawai bawahannya dengan jayanya

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku “Guru Pemimpin 360 Darjah” ini sangat sesuai bagi membantu dalam memberikan
sumber inspirasi, motivasi dan bimbingan kepada semua peringkat guru, dari guru
biasa di bilik darjah hingga kepada pemimpin atasan bagi menjadi pemimpin 360° yang
berkesan dan cemerlang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................... ..............................................
( ARIKAH BINTI SADON ) ( )

Anda mungkin juga menyukai