Anda di halaman 1dari 9

Teks pengacara majlis Hari Guru & Hari Raya

Semua hadirin dan hadirat diminta berdiri.

Mengumumkan perarakan masuk barisan pentadbir SMK Bukit Katil, Yang


Diketuai oleh Puan Zaiha Binti Ahmad, Pengetua SMK Bukit Katil, diiringi
barisan pentadbir. Barisan Guru Kanan Matapelajaran, Ketua-ketua panitia dan
semua warga pendidik SMK Bukit Katil ke Dewan
……………………………………………………

Ya Rasulullah,dikau guru kami yang teragung,


Sambutan hari guru akan kami sambut,bukan sahaja sebuah
Penghargaan buat guru-guru kami,bahkan kami sertakan
Juga buat dikau sebagai guru kepada guru-guru kami...

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM , SALAM
SEJAHTERA…DAN SELAMAT PAGI
SALAM MELAKA MENGGAMIT DUNIA

Yang berusaha
Puan zaiha binti ahmad ,
Pengetua smk bukit katil,
Yang dihormati
………………………………………………………….
Yang dipertua pibg, smk bukit katil,
Yang dihormati,
Puan norliza binti jamil
Penolong kanan pentadbiran
Yang dihormati,
Encik abdul malek bin hussein
Penolong kanan hal ehwal murid
,
Encik Rizal Bin Shafie ,
Penolong kanan ko-kurikulum.
Encik kamaruddin bin md yassin,
Penolong kanan pendidikan khas,
Barisan guru kanan matapelajaran,
Guru cemerlang dan
Barisan pendidik yang disayangi.
Warga kerja smk bukit katil
Ajk-ajk pibg smk bukit katil.
Barisan pengawas dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian…
.bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana pada pagi ini kita dapat
Bersama-sama berkumpul bagi meraikankan insan yang amat kita
Sanjungi dan hargai..
 
Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Peringkat
Sekolah bagi tahun 2022.

Pergi ke pasar membeli lada


Jangan dilupa membeli kuini
Guru Tunjang Sekolah Sejahtera.
Itulah tema perayaan hari guru tahun ini..

          Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan
keizinan Nya dapat sama-sama kita berkumpul di dataran yang mulia ini untuk
meraikan Sambutan Hari Guru dan Hari Raya bagi Tahun 2022 dengan tema
Guru Tunjang Sekolah Sejahtera

________________________________________________________________

Nyanyian lagu negaraku/lagu sekolah


Sebagai pembuka tirai,majlis kita pada hari ini.dijemput para
Guru dan pelajar berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan
lagu negaraku
Lagu negeri melaka maju jaya
Dan diikuti pula lagu sekolah bukit katil

Sidang dataran dipersilakan berdiri.

(rakaman nyanyian)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.  

Sidang dewan dipersilakan duduk.

______________________________________________________________

(BACAAN BACAAN DOA)

Hadirin dan hadirat sekalian

Panggilan cikgu adalah keramat


Bersabar menabur jasa dan juga bakti
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna
ini,marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dlafazkan oleh al fadhil …………………………………………………..
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin amin ya rabbal `alamin

Majls merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


……………………………………………….. Atas bacaan doa sebentar tadi.

Ya allah kau berikanlah rahmat


Untuk dia insan guru yang kami sayangi
Semoga hidupnya sentiasa selamat
Dalam setiap cabaran yang diharungi....

________________________________________________________________

Hadirian yang dihormati sekalian,

Seterusnya Bacaan Perutusan...

Dipersilakan Puan Norliza Binti Jamil ,Guru Penolong Kanan Pentadbiran,


untuk membacakan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Dipersilakan...
                                      (ucapan perutusan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


Demikanlah tadi teks ucapan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Pastinya segala nasihat dan amanat akan menjadi ingatan dan pedoman untuk
semua.terima kasih diucapkan kepada Puan Norliza Binti Jamil ,Guru
Penolong Kanan Pentadbiran.

________________________________________________________________

Jalan beriringan berpegangan tangan


Kalau terjatuh sama merasa
Guru dan murid mencipta kemerlangan
Sama-sama menabur jasa
Seterusnya majlis mempersilakan Puan Zaiha Binti Ahmad Pengetua SMK
Bukit Katil untuk membacakan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia.

Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.


                                      (ucapan perutusan)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian tuan pengetua


membacakan mandat perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia sebentar
tadi.

Berhenti hujan terbit pelangi


Indah dipandang tak mampu didekati
Ikhlas ajarannya kami sanjungi
Budimu guru di kenang sampai mati

Kain batik cantik berseri


Dibawa dari pulau jawa
Guru mendidik ilmu diberi
Keikhlasan guru menyentuh jiwa

Sidang hadirin sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan gimik perasmian Majlis sambutan Hari
Guru yang akan dilakukan oleh Puan Zaiha Binti Ahmad Pengetua SMK Bukit
Katil diiringi oleh semua barisan Guru Penolong Kanan ke hadapan pentas bagi
menyempurnakan upacara ini.
                                                (gimik perasmian)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian Tuan Pengetua dan
barisan pentadbir menyempurnakan gimik perasmian sebentar tadi.

Pegang kaca harus beringat


Bimbang terluka susah nanti
Ikrar dibaca penuh semangat
Janji terpatri disudut hati

Beralih kita ke acara seterusnya dengan menjemput semua guru ke pentas


untuk bacaan ikrar yang akan diketuai oleh
…………………………………………………………..
.mohon para guru berdiri di atas pentas …dan selepas itu,kita
Akan diperdengarkan dengan kelunakan suara oleh para guru dengan
nyanyian lagu kami guru malaysia ,

Demikianlah tadi nyayian lagu kami guru malaysia yang telah dinyanyikan
oleh guru-guru yang kita sayangi.

Sidang dataran sekalian,

Acara pemotongan kek


Sekarang kita telah sampai ke acara pemotongan kek oleh pn pengetua dan
barisan guru penolong kanan, mohon para guru bersama-sama berdiri di sisi
bagi
Mengiringi pengetua untuk acara pemotongan kek.

Majlis mengucapkan setinggi penghargaan kepada para guru di atas kerjasama


yang diberikan. Kek itu tadi adalah sumbagan dari bank rakyat.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Dari tebu menjadi gula


Gula dimasak sehingga likat
Dari pelajar guru pun ada
Ilmu diberi kekal ke hujung hayat.

Majlis tanpa melengahkan masa lagi akan diteruskan dengan persembahan khas
hari guru yang akan di sampaikan oleh anak-anak didik SMK Bukit Katil.

Bagi persembahan pertama, majlis mempersilakan ............................................


Untuk membuat persembahan .....................................
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

                                                (PERSEMBAHAN 1)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ...................................................


Bagi persembahan ......................................... Yang disampaikan sebentar tadi.
Untuk makluman hadirin sekalian,persembahan itu tadi di bawah pimpinan
……………………………………………………….
Sekalung penghargaan diucapkan.
PERSEMBAHAN 2 - NYAYIAN DARI WAKIL PELAJAR

Seterusnya kita akan dihiburkan pula oleh alunan suara daripada nyayian
adik.............................................dengan tajuk
Lagunya....................................................................................

(PERSEMBAHAN 2)

Begitulah merdunya alanun suara yang telah didendangkan oleh


adik……………………………………….. Yang dihadiahkan oleh pelajar
khas buat guru-guru yang tersayang.
Sekalung penghargaan dan terima kasih atas persembahan istmewa itu tadi..

PENYAMPAIAN CENDERAMATA DARI GURU KEPADA MURID

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,

Kita hentikan seketika acara persembahan yang seterusnya untuk memberi


laluan penyampaian cenderamata daripada guru kepada semua pelajar smk
bukit katil bagi merealisasikan tema hari guru pada tahun ini. Guru tunjang
sekolah sejahtera. Diharapkan dengan penyampaian cenderamata ini akan
memberikan sejuta harapan dan menimbulkan azam dan semangat baru buat
semua anak didik smk bukit katil pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang.
Dengan segalanya hormatnya majlis menjemput Pn Puan Zaiha Binti Ahmad,
Tuan Pengetua Smk Bukit Katil, diiringi Puan Norliza Binti Jamil ,Guru
Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyanyampaikan cenderamata kepada
semua wakil tingkatan.dengan segala hormatnya dipersilakan.

DIJEMPUT WAKIL TINGKATAN 1

WAKIL TINGKATAN 2

WAKIL TINGKATAN 3

WAKIL TINGKATAN 3

WAKIL TINGKATAN 4

WAKIL TINGKATAN 5

WAKIL MURID PPKI.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan pengetua di atas
kesudian menyampaikan cenderamata kepada semua anak-anak murid SMK
BUKIT KATIL

PERSEMBAHAN 3

Majlis akan diserikan lagi dengan persembahan persembahan


………………………………….. Daripada
……………………………………………………………. Sama-sama lah kita
saksikan.
.
(PERSEMBAHAN 3)

Demikianlah tadi persembahan persembahan


………………………………………………………….. Oleh
……………………………………………………

PERSEMBAHAN GURU

Majlis tidak akan meriah jikalau tidak diserikan dengan


Persembahan oleh guru..dijemput
Cikgu .................................untuk menyampaikan sebuah
Lagu yang bertajuk...............................................

Dengan ini dipersilakan…

(PERSEMBAHAN GURU)

Terima kasih diucapkan kepada ……………………………………… di atas


persembahan yang memukau pandangan mata anak didik dan hadirin semua.
Tidak disangka, selain penuh ilmu di dada, guru kita juga mempunyai bakat
luar biasa sehingga terpegun mata semua.

Hanya ini yang mampu kuberi


Lagu puisi untukmu hayati
Jasa guru tidak terperi
Tidak jemu menabur bakti

Persembahan seterusnya pula adalah nyanyian lagu puisi daripada beberapa


orang pelajar smk bukit katil
DIPERSILAKAN. …………………..

Terima kasih kepada kumpulan nyanyian puisi itu tadi.

Mencurahkan ilmu dengan motivasi


Mengajar dengan penuh dedikasi
Bersabar menabur jasa dan bakti
Mengisi minda yang masih kosong ini
Pengorbananmu ku sanjungi
Menjadi penggerak jati diri

Sesungguhnya..budi yang dtaburkan oleh guru selama ini tak termampu


untuk dibalas.. Ucapan terima kasih
Kami buat cikgu..sebenarnya adalah terlalu kecil jika dibandingkan
dengan pengorbanan yang dilakukan oleh guru selama ini.
Sekuntum terima kasih kami berikan,
Sebagai mengharumkan hatimu yang suci,
Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati,
Menjadi insan bijak bestari,
Kami mengharapkan para guru akan terus dirahmati Tuhan
Dengan tubuh badan yang sihat. Malah kami berharap agar
Para guru tidak jemu untuk mendidik kami agar menjadi
Insan yang berguna. Kami berjanji akan belajar
Bersungguh-sungguh, seterusnya memperolehi keputusan
Yang cemerlang

MARILAH SAMA-SAMA KITA UCAPKAN “TERIMA KASIH CIKGU”


KEPADA BARISAN GURU YANG KITA SEMUA SAYANGI INI.

Sidang dataran yang dimuliakan,

Sidang dewan yang dimuliakan,

Andai berkayuh dah sampai ke seberang


Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini
Sesi Bergambar, Jamuan dan Bersurai
Dipersilakan Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee dan
Tetamu jemputan, tuan pengetua dan para guru untuk sama –
Sama berada di hadapan pentas untuk sesi bergambar.

Selepas sesi bergambar, semua tetamu jemputan dan para guru


Dipersilakan untuk menikmati hidangan jamuan yang telah
Disediakan.

Para pelajar diminta untuk berada di dewan untuk pengumuman


Seterusnya.

Sebagai penutup bicara,

Sisir pelepah meraut lidi,


Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Dagang singgah membeli kajang,


Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
Insyaallah, boleh kita berjumpa lagi.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna  itu datangnya daripada


Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala
kekurangan dan kepincangan majlis ini adalah kelemahan daripada pihak kami
dan kemaafan jua yang kami pinta.

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah


hiwabarakatuh dan terima kasih.”SELAMAT HARI GURU dan SELAMAT
HARI RAYA AIDILFITRI bagi tahun 2022”

Anda mungkin juga menyukai