Anda di halaman 1dari 5

TEKS MODERATOR WEBINAR TVET JPNJ SIRI 7

10 Oktober 2021
1. Paparan poster Webinar Siri 7
2. Countdown
3. Moderator
- Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera, salam ceria kepada semua
penonton yang bersama-sama kita pada petang ini 10 Okt 2021
- Selamat datang ke Webinar TVET JPNJ Siri ke 7 bagi mata pelajaran Pertanian
anjuran unit TVET Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang
dikendalikan oleh barisan Jurulatih Utama Pertanian Negeri Johor.
- Yang berusaha En. Kamarudin bin Abu (Ketua Penolong Pengarah Kanan TVET
Jabatan Pendidikan Negeri Johor),
- Yang dihormati En. Noor Azam Bin Yusof (Ketua Penolong Pengarah TVET
Jabatan Pendidikan Negeri Johor merangkap pegawai meja mata pelajaran
Pertanian)
- Yang dihormati pegawai-pegawai SISC+ TVET Negeri Johor
- Yang dihormati Pn. Nurainna binti Mazlan (Panel penyampai Webinar TVET siri 7
pada hari ini)
- Para guru yang menjadi tulang belakang webinar pada hari ini :
a) Cikgu Nordin bin Ehsan dari SMK Telok Kerang, Pontian (Pengerusi Panel
Perunding Mata Pelajaran Negeri Johor)
Jawatankuasa teknikal webinar pada hari ini iaitu
b) Cikgu Mohd Fazrin bin md Subre dari SMK Seri Machap, Simpang Renggam
dan
c) Cikgu Mazhamizan binti Harun dari SMK Tunku Putra, Batu Pahat
- Barisan Jurulatih utama Pertanian Negeri Johor, tuan2, puan2, rakan guru serta
semua murid yang dikasihi sekalian.
- Apa khabar semua, semoga Allah SWT sentiasa memberikan segala kemudahan
kepada semua. Sentiasa senyum jangan stress dan sentiasa fokus untuk
meneruskan tugas dan mempelajari ilmu baharu.
- Terima kasih kepada semua yang setia Channel YouTube Unit TVET JPNJ….
tontonan dari mana.
- Mohon share link kepada semua rakan guru Pertanian yang lain khususnya guru
pertanian negeri Johor. Guru-guru lain juga dijemput bersama untuk menonton
dalam Webinar siri 7 yang tidak lain tidak bukan bertujuan meningkatkan ilmu
TEKS MODERATOR WEBINAR TVET JPNJ SIRI 7
10 Oktober 2021
dalam menyampaikan PdPr secara online. Amat rugi jika rakan guru tidak
menyertai Webinar pada kali ini kerana kita akan bersama panel yang sangat
hebat.
- Bagi yang menonton di Channel YouTube Unit TVET JPNJ boleh tulis di ruangan
komen anda dari sekolah mana atau negeri mana untuk sama-sama kita lihat
kebersamaan serta komitmen semua pada hari ini.
- Ulas komen dari ruangan Chat….
- Seterusnya bagi memberkati Webinar Siri 7 pada hari ini marilah sama-sama kita
memadah tangan memohon ilmu yang akan disampaikan oleh panel dapat kita
terima dengan mudah dan seterusnya diaplikasikan semasa PdPR secara online.
Dijemput Ustaz Hj Hazrul Nizam bin Mohamad Sahibek (Penolong Pengarah
Bahasa Jabatan Pendidikan Negeri Johor) untuk membacakan doa…
dipersilakan.
4. Poster bacaan doa
5. Rakaman video bacaan doa
6. Moderator
- Terima kasih kepada yang berbahagia kepada Ustaz Hj Hazrul Nizam bin
Mohamad Sahibek atas pimpinan doa tersebut.
- Semoga Allah SWT kurniakan kelancaran Webinar pada petang ini
- Diharap para hadirin kongsikan link Webinar pada hari ini serta dapat terus
berada hingga ke akhir webinar. 1 jam selepas Webinar ini berjalan, link
kehadiran akan diberikan dan jangan lupa untuk isi agar melayakkan semua
rakan guru dan penonton mendapatkan sijil penyertaan serta akan dicatatkan
dalam SPLKPM rakan guru masing2.
7. Poster UNIT TVET, Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor
(GANTI UCAPAN KPPK TVET JPNJ)
9. Moderator
- Kami, khususnya guru-guru Pertanian negeri Johor dan semua guru TVET
Negeri Johor yang lain ingin merakam jutaan terima kasih kepada barisan UNIT
TVET, Sektor Pembelajaran | Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang diterajui
oleh :
a) Yang Berusaha En. Kamarudin bin Abu (Ketua Penolong Pengarah Kanan
TVET Jabatan Pendidikan Johor)
TEKS MODERATOR WEBINAR TVET JPNJ SIRI 7
10 Oktober 2021
b) Yang dihormati En. Noor Azam Bin Yusof (Ketua Penolong Pengarah TVET
Jabatan Pendidikan Negeri Johor merangkap pegawai meja mata pelajaran
Pertanian)
c) Yang dihormati (Penolong Pengarah TVET Jabatan Pendidikan Negeri
Johor) yang terdiri daripada
i. En. Hadi bin Kamaldin
ii. Pn. Hairul Nurasyikin binti Haron serta
iii. En. Junit bin Yasir
- Terima kasih atas kepimpinan, kebersamaan, kerjasama barisan UNIT TVET,
Sektor Pembelajaran | Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang cukup hebat
atas usaha dan menggembleng tenaga dalam memartabatkan TVET di Negeri
Johor melalui penyediaan pelbagai platform kepada guru untuk menyampaikan
ilmu dan kepada murid untuk terus menimba ilmu pengetahuan.
- Insya Allah… UNIT TVET, Sektor Pembelajaran | Jabatan Pendidikan Negeri
Johor sentiasa peka terhadap cabaran yang mendatang kepada semua guru
dan murid terutamanya ketika pandemik COVID-19 sedang melanda.
- Pelbagai usaha telah dan akan diteruskan untuk memastikan semua murid
mampu untuk meneruskan sesi pembelajaran dan salah satunya ialah melalui
Channel YouTube Unit TVET JPNJ di mana guru pelajar boleh mendapatkan
manfaat secara maya.
- Pada hari ini kita akan bersama-sama dengan panel yang cukup hebat
khususnya dalam CANVA…
- Sedikit biodata mengenai panel kita pada hari ini….
TEKS MODERATOR WEBINAR TVET JPNJ SIRI 7
10 Oktober 2021

10. Panel menyampaikan perkongsian ilmu.


11. Moderator
- Terima kasih tidak terhingga kepada Cikgu Nurainna binti Mazlan atas
kesudian perkongsian ilmu sebentar tadi. Semoga Allah SWT kurniakan
setinggi kebaikan kepada beliau dan semoga semua penonton dapat
mengamalkan ilmu yang telah dikongsikan bersama sebentar tadi
- Untuk tahun ini Unit TVET Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri
Johor telah dan akan menjalankan sesi Webinar yang berjumlah 23 siri di
mana pelbagai input dan ilmu pengetahuan telah direncanakan khusus untuk
guru dan murid.
(Paparkan poster jadual sesi Webinar TVET JPNJ)
- Yang terdekat ialah pada 15 Oktober 2021 untuk mata pelajaran GRAFIK
KOMUNIKASI TEKNIKAL (Murid)
- Bersama-sama kita rebut peluang ini untuk mendalami ilmu, meraih sijil serta
catatan di SPLKPM rakan guru masing2.
TEKS MODERATOR WEBINAR TVET JPNJ SIRI 7
10 Oktober 2021
- Jangan lupa tekan butang subscribe untuk sama-sama mendapatkan
perkembangan serta informasi terkini dari Channel YouTube Unit TVET JPNJ
- Pautan kehadiran telah dipinkan dalam ruangan chat Channel YouTube Unit
TVET JPNJ dan poster link kehadiran yang memaparkan QR Code akan
dikongsikan di akhir siaran ini
- Jangan lupa untuk semua rakan guru mata pelajaran Pertanian Webinar Siri
ke 11 akan diadakan pada 20 Oktober 2021 (Rabu) jam 2.30 petang…. Khas
untuk murid yang bertajuk (LAKARAN DALAM PERTANIAN).
- Teruskan menuntut ilmu dan saya akhiri Webinar siri ke 7 pada hari ini dengan
kata2 hikmah untuk renungan bersama :

“ BELAJAR MERUPAKAN HARTA KARUN YANG AKAN SELALU MENGIKUTI


PEMILIKNYA KEMANAPUN JUA”

Akhir kata “BESARKAN SOLUSI, KECILKAN CABARAN”

Assalamualaikum WBT…

13. Poster link kehadiran (1 minit)


14. Tamat Live Webinar TVET JPNJ Siri 7

Anda mungkin juga menyukai