Anda di halaman 1dari 3

DOA HARI ARAFAH

1. Ya Allah kurniakanlah padaku & seluruh muslimin muslimat kejayaan terbesar –


selamat dari api neraka dan meninggal dunia dlm husnul khotimah masuk ke dlm
Syurga Firdaus MU tanpa Kau hisab tanpa Kau azab dgn rahmat kasih sayang MU dan
redha MU

2. Ya Allah masukkanlah aku & keluarga ku serta seluruh muslimin muslimat dalam
golongan yg beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati, syahid di atas nama


MU...Izinkan aku mengucapkan kalimah syahadah sebelum aku menghembuskan
nafas terakhir. Kurniakanlah padaku & seluruh muslimin muslimat dgn syafaat
Junjungan Mulia Baginda Muhammad SAW

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para
sahabat di dlm Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka


dgn hidayah Mu agar mereka dpt mengecapi nikmat Islam,iman & sujud menyembah
hanya pada MU

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi
semata-mata kerana MU..

7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada


kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku.
Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku
dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, mudahkanlah & muliakan kematian & urusan ku,
biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan,
ketabahan dan peningkatan Iman. Jadikan anak²ku yg memimpin tangan kami masuk
ke dlm Syurga Firdaus Mu

11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat
pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain
dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada


keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan
Mu.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu Baginda Muhammad
SAW

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan Rezeki Mu dgn
rezeki yg Kau berkati agar dpt ku berkongsi rezeki MU dgn mereka yg memerlukan

15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat
keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari
menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh,
sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan
pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh serta taat
kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku & seluruh muslimin muslimat dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku & seluruh muslimin muslimat dari azab kubur dan azab api
neraka.

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah. Mudahkanlah


segala urusan ku dan seluruh muslimin muslimat di dunia dan akhirat

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud
padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-
penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami
mengharungi zaman yang sukar ini. Berikanlah kami pemimpin yg dpt memimpin
kami mengikut Al Quran & Sunah

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di
akhirat nanti dan berkatilah juga usiaku, hartaku, ilmu yg Kau kurnia pada ku, masa
yg Kau beri utk mentaati segala perintah MU dan selamatkanlah aku dari api neraka.
Tutupilah keaiban ku di dunia & akhirat. Sesungguhnya aku memang memerlukan
kurniaan dari Mu Ya Allah.

25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu...syukur dgn


nikmat Islam & iman

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, izinkan aku dan seluruh muslimin muslimat menjadi antara jemaah
menunaikan Haji dan umarah sebelum kami dijemput kembali pada Mu..

28. Ya Allah lindungi kami dari iblis, jin, syaitan laknatullah & arak dan kami
berlindung dgn MU dari iblis, jin dan syaitan yg direjam dan dari segala niat &
perbuatan jahat mereka

29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka
menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan
kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, kemalasan,
putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah berikan aku kekuatan & keupayaan utk senantiasa istiqomah dlm
mentaati segala perintah MU & senantiasa berada dlm kebaikan...dpt melakukan
solat di awal waktu, berpuasa sunat, melazimi membaca Al Quran, tahajud, sedekah,
Wakaf, infaq, membantu mereka yg memerlukan dan ku lakukan hanya kerana MU

Aammiinn Ya Rabbal'alammiinn

Anda mungkin juga menyukai