Anda di halaman 1dari 2

HUBUNGAN ANTARA IMBANGAN DUGA, INVENTORI AKHIR DAN

PENYATA KEWANGAN

Inventori
Merupakan barang yang dimiliki atau dibeli dan dijual semula. Ia dianggap
sebagai aset semasa perniagaan. Inventori bagi perniagaan biasa hanya 1
jenis sahaja iaitu Inventori barang siap

Bagi perkilangan terdapat Inventori bahan mentah/langsung, Inventori kerja


dalam proses dan Inventori barang siap.

Inventori terbahagi dua sistem perekodan

1. Sistem Inventori Berkala

 Sistem ini tidak menyimpan rekod inventori keluar dan masuk setiap
hari
 Ianya akan ditentukan pada akhir sesuatu tempoh perakaunan
 Biasanya sistem ini digunakan oleh perniagaan kecil-kecilan dan skala
sederhana
 Pengiraan inventori ini adalah secara manual, dikira satu persatu

2. Sistem Inventori Berterusan

 Peniaga dapat mengesan keluar masuk setiap inventori


 Pergerakan inventori akan direkodkan secara terperinci. Ini kerana
inventori mempunyai kod bar yang boleh diimbas oleh mesin
pengimbas
 Sistem ini digunakan oleh pasar raya besar seperti AEON, MYDIN dan
lain-lain. Namun sekarang sudah banyak perniagaan kecil
menggunakan mesin pengimbas.
Penilaian akhir inventori

 Bagi perniagaan yang menggunakan sistem inventori berkala, peniaga


perlu menyediakan kad inventori.
 Setiap urus niaga yang melibatkan pergerakan inventori ini akan
direkodkan dalam kad inventori. Ini termasuklah belian, jualan, pulangan
barang dan ambilan inventori. Dengan itu peniaga dapat mengira berapa
inventori akhir untuk setiap jenis inventori dalam perniagaan.
 Sumber maklumat perekodan dalam kad inventori adalah daripada
dokumen Invois, Memo, Nota Debit dan Nota Kredit

Anda mungkin juga menyukai