Anda di halaman 1dari 2

 

Lirik Lagu Geylang Si Paku Geylang Sejarah lagu Geylang Si Paku Geylang

Geylang si paku geylang "Paku Gelang" (juga dikenali dengan


Geylang si rama-rama tajuk "Gelang Si Paku Gelang") adalah sebuah
Pulang marilah pulang lagu rakyat yang berasal dari Sumatera Barat,
Marilah pulang Indonesia. Selain sebagai lagu rakyat, lagu ini
Bersama-sama juga menjadi lagu kanak-kanak kerana lagu ini
Pulang marilah pulang telah diperkenalkan kepada kenak-kanak di
Marilah pulang peringkat sekolah. Lagu ini juga terkenal
Bersama-sama sehingga ke negara Asia yang lain seperti
Malaysia, Brunei dan Singapura.
Kalau ada jarum yang patah Lagu ini bertemakan perpisahan. Lagu ini
Jangan disimpan di dalam peti menjadi lagu yang digunakan untuk mengajak
Kalau ada silap dan salah pulang atau mengakhiri suatu acara. Lagu ini
Jangan di simpan di dalam hati juga biasanya menggantikan lagu "Sayonara”.

Geylang si paku geylang


Geylang si rama-rama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang
Bersama-sama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang
Bersama-sama

Kalau ada sumur di ladang


Bolehlah kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Bolehlah kita berjumpa lagi

Geylang si paku geylang


Geylang si rama-rama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang
Bersama-sama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang
Bersama-sama
Lirik Lagu Rakyat Sarawak
Puteri Santubong

Puteri Santubong
Puteri Sejinjang
Penjaga gunung negeri Sarawak
Manis nya sik ada dapat dilawan
Anak dak dewa turun kayangan

Ooo… Santubong puteri


Menenun kain… malam
Ooo… Sejinjang puteri
Menumbuk padi… siang

Satu hari nya duak kelayi


Beranok-ranok sik renti-renti
Sorang madah dirik bagus agik
Sorang sik ngalah walau sampei mati

Sejarah lagu Puteri Santubong


Lagu Puteri Santubong merupakan lagu rakyat Sarawak mengenai dua orang puteri
yang cantik iaitu Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang. Mengikut lagenda, Puteri
Santubong & Puteri Sejinjang sebenarnya adalah dua orang puteri Sultan Brunei yang
telah melarikan diri bersama tujuh orang putera mereka, selepas ayahanda mereka
(Sultan Brunei) telah dibunuh oleh satu komplot sekitar abad ke-18.

Memandangkan dalam pelarian sembilan orang “Putera & Puteri” ini ingin menuju ke
Tanah Melayu yang terpaksa menyeberangi Laut Cina Selatan, maka saudara-saudara
lelaki mereka telah sepakat meninggalkan dua orang saudara perempuan mereka di
satu kawasan dekat dengan Kuching kini, iaitu di Bukit Santubong.

Penduduk setempat yang selalu ke kawasan bukit tersebut merasa hairan dengan
kehadiran dua puteri cantik yang belum pernah ditemui mereka, dan menganggap
kedua-dua puteri itu “Turun Dari Kayangan” dan merupakan “Penjaga Gunung
Sarawak” (yang muncul dalam lirik lagu Puteri Santubong).

Kedua dua puteri ini pada mulanya hidup aman tetapi lama kelamaan menjadi musuh
kerana masing masing mempertahankan kecantikan mereka dan mengaku mereka
paling cantik di dunia. Kerana bergaduh, seorang daripada mereka telah berpindah ke
sebuah bukit lain diberi nama Bukit Sejinjang.

Anda mungkin juga menyukai