Anda di halaman 1dari 16

SOALAN 1

1. Cabaran kerja semasa Pandemik Covid-19 telah menyebabkan timbulnya masalah dari
aspek kepuasan kerja dan hubungan interaksi di antara individu yang semakin berkurangan.

a. Bincangkan peranan majikan dalam memenuhi kepuasan kerja seseorang guru


semasa menghadapi cabaran Pandemik Covid-19. (10 markah)

Penularan wabak Covid-19 secara global telah menjangkiti lebih 5 juta manusia dan
mengakibatkan kehilangan nyawa yang banyak. Seterusnya, penyebaran jangkitan covid-19
juga telah mengubah corak kehidupan setiap orang terutamanya guru. Perintah Kawalan
pergerakan (PKP) telah memberi kesan yang membimbangkan dengan persekitaran sekolah
dan juga guru. Mereka menghadapi pelbagai konflik dalam menjalankan kelas atas talian dan
ujian atas talian. Mereka kurang mendapat sokongan daripada murid-murid yang tidak
berkemampuan untuk mengikuti kelas secara online. Pandemik ini mendatangan kesan
langsung kepada para guru dari segi ketidakharmonian keluarga, gaji yang kurang, berpisah
dengan keluarga untuk bekerja dan ketidakselasaan di persekitaran pekerjaan. Majikan iaitu
pentadbiran sekolah harus memainkan peranan yang penting dalam memenuhi kepuasaan
seseorang guru bagi meningkatkan lagi tahap motivasi mereka.

Langkah pertama yang harus dilakukan oleh majikan adalah sentiasa bersedia untuk
mendengar. Kepuasaan kerja dapat memenuhi pada peringkat pertama dengan mendengar
masalah yang dihadapi oleh seseorang guru pada masa pandemic di dalam mahupun di luar
sekolah. Pendengaran masalah seseorang akan mengurangkan tahap stres dan menyenangkan
hati mereka. Sebelum mengatasi masalah yang dihadapi oleh pekerja, majikan harus
mengukur sejauh maka masalah yang dihadapinya dan cara untuk melakukannya adalah
dengan mendengar. Majikan harus meninjau tindakan pekerja dengan meminta mereka untuk
menilai tahap kepuasaan umum mereka pada skala 1-10. Setrusnya, majikan juga harus
memberi kesedaran kepada pekerja mengenai matlamat kehidupan mereka sebagai seorang
guru dan sumbangan mereka terhadap alam pekerjaan. Majikan juga mampu memberi idea
kepada pekerja untuk mencari kaedah baru dan lebih baik dalam melakukan sesuatu tindakan.
Ini akan meningkatkan tahap kepuasaan guru dan meningkatkan motivasi mereka dalam
meneruskan jasa mereka sebagai seorang guru.

Langkah seterusnya ialah majikan harus memberi peluang kepada semua guru untuk
mencapai matlamat mereka. Pentadbiran sekolah harus bersedia untuk menerima segala
pandangan guru yang berkaitan perkembanan akademik perkembangan sekolah ataupun
perkembangan peribadi. Ini bermaksud semua guru dalam sekolah boleh menyampaikan
topik pilihan mereka kepada seluruh organisasi, biasanya berkaitan dengan peningkatan
produktiviti sekolah dan juga guru lain. Ini akan memberi peluang kepada guru lain untuk
mempelajari sesuatu yang baru dan penyampai berpeluang menjadi pembicara awam yang
lebih baik dan mahir dalam topik tersebut.

Di samping itu, majikan harus meningkatkan sesi latihan kepada pekerja. Majikan
harus menggalakkan guru-guru untuk menyertai kursus yang memberi keutamaan kepada
perkembangan potensi diri dan motivasi diri. Pada masa pandemik Covid-19 ini, kemahiran
yang perlu ada pada seseorang guru adalah kemahiran penggunaan aplikasi teknologi.
Majikan sepatutnya menyediakan kursus-kursus yang memberi latihan mengenai penggunaan
aplikasi teknologi. Hal ini akan memberi peluang kepada guru untuk meningkatkan motivasi
diri seorang guru dan mereka akan berasa puas hati dengan diri sendirinya.

Selain itu, sebagai majikan yang bertanggungjawab, mereka perlu mempunyai


perancangan awal dan strategik mengenai organisasi sekolah. Ini kerana, reka bentuk awal
dan penyediaan strategik yang baik akan memberi peluang cerah untuk melaksanakan prinsip
dan rancangan pentadbiran ini pada masa hadapan dengan lebih tersusun, fleksibel dan
mudah diamalkan serta diaplikasikan dalam setiap guru. Prinsip dan perancangan yang
tersusun dan teratur akan memberi kepuasan kepada guru dan mereka akan memastikan
pelaksanaan prinsip itu berjalan dengan lancar.

Sebagai majikan, mereka perlu menunjukkan minat dan penglibatan dalam


menentukan masa depan seorang guru untuk meningkatkan tahap penguasaan mereka.
Majikan harus sentiasa peka dengan mencipta peluang untuk guru meningkatkan pangkat
mereka atau membiayai pendidikan untuk mereka terus ke pangkat yang lebih tinggi. Para
guru akan berasa lebih dihargai jika majikan mereka menjaga mereka dalam pekerjaan
mereka. Sebagai mentor majikan perlu membina kepercayaan dan motivasi bersama pekerja
anda untuk masa depan organisasi.

Peranan majikan yang selanjutnya adalah menawarkan ganjaran kepada para guru
bagi meningkatkan tahap penguasaan mereka semasa pandemik covid-19. Pemberian
ganjaran adalah aspek yang paling penting dalam alam pekerjaan. Ganjaran juga boleh
meningkatkan produktiviti organisasi. Pihak pentadbiran harus menawarkan pelbagai bentuk
ganjaran untuk menarik minat banyak pekerjaan dan mengekalkan pekerja yang diupah
dalam organisasi. Ganjaran yang menarik boleh mengembangkan motivasi terutamanya pada
masa pandemic covid-19 kerana pemberian ganjaran yang bersesuaian menyebabkan mereka
merasakan sumbangan mereka kepada sekolah dihargai dan mereka sanggup menjalankan
tanggungjawab dan memberikan hasil kerja yang baik.

Tambahan pula, komunikasi yang baik antara pentadbiran dengan para guru akan
meningkatkan kepuasan bekerja seseorang. Komunikasi yang kerap dan konsisten akan
menjalin hubungan yang sihat antara pentadbiran sekolah dan guru. Komunikasi merupakan
salah satu factor yang memberi kesan positif pada perkembangan sesebuah organisasi
terutamanya pada pentadbiran sekolah. Apabila terdapat pelbagai pihak yang berperanan
yang berbeza-beza seperti pengetua, ketua panitia, guru biasa yang lain, murid-murid dan ibu
bapa telah menjadikan aktiviti pengajaran suatu hubungan yang kompleks. Maklumat yang
disampaikan oleh seseorang harus disampaikan dengan betul dan pada masa yang sama,
seseorang yang menerima maklumat tersebut juga harus menyampaikan maklumat yang betul
kepada orang lain. Pada masa pandemik ini, pihak pentadbiran harus mengadakan
komunikasi yang baik terhadap para guru dan memastikan guru telah dipenuhi dengan segala
keperluan sebelum memulakan proses pengajaran.

Majikan juga mempertimbangkan masa kerja yang lebih selesa. Majikan patut
menjadikan masa bekerja lebih efesien dan sesuai dengan waktu guru. Tarikh akhir yang
terlalu ketat untuk jadual kerja yang terlalu sibuk boleh menyebabkan tekanan kepada
kebanyakan guru. Oleh itu, majikan perlu lihat semula Prosedur Operasi Standard yang telah
dibuat dan gunakan prinsip yang boleh menjadikan kerja lebih cekap. Antara contohnya
adalah, mengurangkan masa mesyuarat menjadi lebih berkesan tanpa terlalu banyak ceramah
kecil yang tidak perlu. Langkah ini akan mengurangka tekanan seseorang guru dan memberi
keselesaan untuk bekerja.

Hubungan interpersonal merupakan interaksi yang wujud antara seorang pekerja


dengan pekerja lain dalam sesebuah organisasi terutamanya dalam kalangan guru. Hubungan
interpersonal ini wujud dalam tiga persekitaran iaitu hubungan interpersonal dengan penyelia,
hubungan interpersonal dengan rakan sekerja, hubungan interpersonal dengan pekerja yang
berpangkat rendah. Dalam sesebuah organisasi sekolah interaksi terbentuk. dalam kalangan
guru melalui komunikasi yang memainkan peranan penting ke arah melaksanakan tugas
dengan lebih berkesan. Khaleque & Rahman (1987) menerangkan bahawa hubungan yang
baik dengan rakan sekerja merupakan pendorong utama untuk meningkatkan kepuasan kerja.
Jika di persekitaran sekolah, hubungan komunikasi ini merujuk kepada hubungan guru
dengan individu lain seperti hubungan dengan pengetua, hubungan dengan guru-guru lain,
hubungna dengan pelajar dan hubungan dengan ibu bapa.

Akhirnya, pihak majikan harus memastikan kesihatan dan kesejahteraan pekerja.


Pihak sekolah perlu melakukan segala usaha untuk memastikan keselamatan dan kesihatan
guru berada dalam keadaan baik sepanjang masa. Mereka juga perlu memastikan para guru
tidak terdedah kepada sebarang jenis jenis penyakit berjangkit yang boleh menjejaskan tahap
keselamatan dan kesihatan mereka dan ini termasuk penularan coronavirus (2019-nCoV)
berjangkit. Oleh itu, ia merupakan tanggungjawab majikan iaitu pihak sekolah bagi
memastikan guru tidak terdedah kepada sebarang risiko. Selain itu, majikan juga perlu
memastikan persekitaran sekolah sentiasa dalam keadaan selamat dan sihat bagi para guru
dapat bekerja dengan lebih selesa dan puas. Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para
guru untuk bekerja dari rumah bagi menjaga kesihatan mereka pada masa pandemik ini.
Langkah ini akan meningkatkan tahap kepuasaan para guru di alam pekerjaan.

Kesimpulannya, majikan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan


produktiviti sesebuah organisasi. Bagi di persekitaran persekolahan pula, pentadbiran sekolah
harus mengambil langkah yang efektif bagi memastikan kepuasan para guru. Ini akan
memberi pendapat yang positif terhadap pentadbiran dan para guru juga akan melakukan
kerja dengan penuh semangat bagi mencapai matlamat kehidupannya.
b. Berasaskan Teori Dua Faktor Herzberg, bincangkan bagaimana majikan dapat
meningkatkan produktiviti guru melalui aktiviti kolaboratif dan aplikasi teknologi bagi
memenuhi kepuasan kerja. (10 markah)

Teori ini dikemukakan oleh Frederick Herzberg, seorang pakar psikologi dan pengurusan
pada tahun 1966. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Faktor Kepuasan Kerja, Teori
Intrinsik dan Ekstrinsik atau teori Hygiene dan Motivator (Herzberg, 1966). Majikan
berperanan dalam meningkatkan produktiviti pekerja terutamanya dalam kalangan guru.
Majikan boleh mengambil langkah yang sewajarnya dalam meningkatkan produktiviti
seorang guru melalui aktiviti kolaboratif dan aplikasi teknologi.

Majikan harus memberi peluang untuk bersifat autonomi di alam pekerjaan. Sifat
autonomi ini doleh dipupuk melalui aktiviti kolaboratif. Aktiviti kolaboratif seperti aktiviti
berpasukan akan memberi peluang kepada pekerja untuk bersifat autonomi. Contohnya,
aktiviti team building merupakan aktiviti di mana setiap orang akan mengemukakan idea
mereka untuk meningkatkan prestasi sekolah dan juga diri sendiri. Dalam situasi ini, majikan
harus memberi kepentingan terhadap setiap idea yang mereka beri dan menyokong mereka
untuk melakukannya. Hal ini akan memberi perasaan puas hati terhadap penyampaian
mereka. Lebih ramai guru yang merasakan bahawa mereka bertanggungjawab dan
berautonomi, lebih besar pencapaian yang mereka akan rasai dalam pekerjaan mereka.
Autonomi adalah pendorong yang kuat dan lebih banyak majikan boleh menggalakkan
pekerja untuk mengambil alih pekerjaan mereka secara bertanggungjawab dan lebih
bermotivasi tenaga kerja. Ini akan menyumbang kepada kepuasan seseorang guru dalam
melakukan tugas mereka.

Kedua, majikan juga boleh melakukan aktiviti bertemu mesra bersama semua
kakitangan di sekolah. Aktiviti bertemu mesra merupakan aktiviti kolaboratif yang berkesan
terhadap para guru dalam meningkatkan kualiti pekerjaan. Aktiviti ini akan memberi peluang
kepada semua guru untuk menjalin hubungan yang baik antara satu sama lain. Dalam
melakukan aktiviti ini, pemberian maklumbalas merupakan suatu aspek yang penting bagi
meningkatkan produktiviti guru. Ia adalah penting untuk memaklumkan kepada para guru
tentang pencapaian mereka dengan memberikan maklum balas yang bermakna dan membina.
Jika majikan meluangkan masa untuk memupuk hubungan interpersonal yang boleh
dipercayai di tempat kerja iaitu sekolah, memberikan kritikan atau pujian yang membina
kepada ahli pasukan sepatutnya menjadi tugas yang agak mudah. Majikan seharusnya
memberitahu para guru bagaimana mereka boleh menambah baik melakukan tugas mereka
adalah langkah penting dalam meningkatkan motivasi mereka dan ia akan meningkatkan
kualiti seorang guru.

Selain itu, aktiviti kolaboratif hendaklah dilakukan dengan melaksanakan aktiviti


gotong-royong. Aktiviti gotong-royong akan memberi peluang untuk memperbaiki keadaan
kerja yang lebih bersih dan selesa untuk bekerja. Ia adalah satu cara paling mudah untuk
meningkatkan kebersihan kerja dengan menyediakan ruang kerja yang bersih, selamat dan
menyenangkan dari segi estetika. Majikan berperanan untuk memastikan Kawasan sekolah
mempunyai kemudahan yang baik dan dilengkapi dengan sempurna untuk meningkatkan
kebersihan kerja. Persekitaran yan bersih dan selamat akan menimbulkan perasaan yang lega
dalam kalangan guru. Seterusnya, guru juga akan menyedar tanggungjawab mereka dalam
menjaga kebersihan dan keselamatan sekolah. Langkah ini dapat meningkatkan produktiviti
seseorang guru dan memberi semangat untuk meneruskan jasa mereka.

Tambahan pula, produktiviti seorang guru boleh ditingkatkan melalui aplikasi


teknologi iaitu google classroom, zoom, cisco webex dan sebagainya. Aplikasi teknologi ini
harus digunakan oleh majikan untuk melakukan mesyuarat atas talian, berkongsi pendapat
mengenai pengajaran atas talian dan memuat naik semua dokumen dalam aplikasi tersebut
bagi menyenangkan urusan para guru. Hal ini akan memberi ilmu pengetahuan kepada para
guru mengenai penggunaan aplikasi teknologi dan membiasakan mereka untuk
menggunakannya. Ia juga akan menyenangkan urusan guru dalam mengajar murid-murid
menggunakan aplikasi teknologi. Di samping itu, majikan patut membiasakan penggunaan
aplikasi teknologi dalam kalangan guru supaya dapat mengurangkan tekanan dalam pekerjaan
kerana ia tidak akan melibatkan tenaga yang banyak dan guru boleh bekerja mengikut jadual
sendiri.

Di samping itu, teknologi seperti tablet, komputer riba dan telefon pintar adalah antara
alat yang boleh membantu pekerja membuat persediaan untuk pekerjaan mereka di mana-
mana dan pada bila-bila masa sahaja. Antara inisiatif yang boleh diambil oleh majikan ialah
menyediakan peralatan untuk kegunaan pekerja. Contohnya, pemberian peralatan kepada
mereka pada hari bekerja dan mengambilnya pada waktu rehat dapat menyiapkan tugasan
yang diberikan tanpa kekangan peralatan dan tanpa mengira tempat atau masa serta dapat
mengelakkan penyalahgunaan peralatan yang telah diberikan untuk tujuan peribadi.
Sistem mentor bermaksud majikan bertindak sebagai individu yang memberi garis
panduan tentang perkara yang perlu dilakukan dan tidak dilakukan oleh seorang guru.
Program mentor-mentee ini merupakan suatu langkah yang efektif bagi meningkatkan
produktiviti seorang guru. Mentor juga bertindak untuk membetulkan kandungan yang tidak
sesuai apabila guru berkongsi idea, memberi pandangan yang cekap dan berperanan
menaikkan semangat rasa ingin tahu dalam kalangan majikan tentang sesuatu isu. Sebagai
mentor, pentadbir sekolah akan menjadi tempat rujukan guru semasa menyediakan tugasan
dan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Program ini juga dapat
memberi motivasi kepada para guru serta mendorong mereka untuk melakukan tugasnya
dengan penuh semangat.

Bagi sesetengah individu, mereka mampu lupa untuk 'clock in' apabila mereka
mula bekerja atau walaupun mereka berkerja dari rumah. Aplikasi Jibble merupakan aplikasi
teknologi yang sesuai untuk majikan yang ingin memantau tarikh dan masa kemasukan
pekerja tidak kira di mana mereka berada. Pada zaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dilaksanakan kerajaan memastikan penularan wabak covid-19 dapat dibendung. Maka, suatu
kaedah baru telah wujud yang boleh memberi faedah kepada para guru kerana aplikasi ini
dapat membantu menjimatkan masa daripada harus bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang
lain.

Majikan juga boleh membiasakan guru-guru untuk menggunakan aplikasi OneDrive


bagi menyimpan fail dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan sekolah dengan selamat
atas talian. Fail dan dokumen ini boleh diakses dalam talian pada bila-bila masa. Kedua-dua
platform ini sangat praktikal dan mudah digunakan oleh pekerja dan juga pelajar. Bagi
mereka yang menyimpan atau berkongsi fail dan dokumen antara satu sama lain, OneDrive
ialah platform terbaik untuk penyimpanan fail yang membolehkan semua fail disimpan di
satu lokasi dan mudah diakses oleh guru lain. Selain itu, Google Drive juga merupakan
alternatif yang menarik untuk menyimpan fail dan dokumen. Untuk mendapatkan akses
kepada aplikasi ini, guru hanya perlu menggunakan alamat gmail yang sedia ada. Aplikasi
teknologi ini akan memudahkan kerja guru dan memberi pengetahuan mengenai penggunaan
aplikasi teknologi ini. Mereka juga akan meningkatkan prestasi diri mereka dengan
menguasai kemahiran penggunaan aplikasi teknologi ini.

Akhirnya, aplikasi teknologi ‘reward giving’ merupakan aplikasi teknologi yang


penting dalam kalangan guru bagi meningkatkan produktiviti mereka. Pihak majikan harus
mengamalkan sikap menghargai pencapaian para guru dan dan memberi mata bagi setiap
pencapaian yang mereka lakukan. Aplikasi tersebut akan menyimpan markah yang
dimasukkan oleh pihak majikan dan pada akhir tahunnya ia akan menunjukkan jumlah mata
yang dikumpul oleh seseorang. Majikan harus mendorong para guru yang mendapat jumlah
mata yang tinggi dengan memberi hadiah atau atau ganjaran lain yang bukan berbentuk
kewangan. Langkah ini akan meningkatkan keupayaan seorang guru untuk menerima
ganjaran tersebut pada setiap tahun. Seterusnya, majikan juga harus mengingati para guru
mengenai aplikasi ini dan sentiasa memantau setiap pencapaian guru bagi memastikan
peningkatan produktiviti setiap guru.

Kesimpulannya, produktiviti seorang guru bergantung kepada tahap motivasi yang


ada pada diri seseorang. Dalam hal ini, majikan memainkan peranan yang penting dalam
mengembangkan potensi seorang guru menjalankan tanggungjawab mereka. Segala langkah
yang diambil oleh pihak majikan harus memberi impak yang positif terhadap produktiviti
guru serta menggalakkan mereka untuk kekal bermotivasi dalam menunaikan kewajipan.
SOALAN 2

Seseorang yang mempunyai motivasi bermakna telah memperoleh kekuatan untuk mencapai
kecemerlangan dalam kehidupan.

a. Berasaskan teori Penetapan Matlamat, jelaskan tindakan-tindakan yang perlu


dilakukan oleh seseorang individu untuk mencapai matlamat yang diinginkan. (10
markah)

Teori Penetapan Matlamat telah dipelopori serta diperkenalkan oleh Edwin Locke pada akhir
1960-an. Dalam artikelnya pada tahun 1968, 'Toward a Theory of Task Motivation and
Incentives', beliau menegaskan bahawa terdapat hubungan antara matlamat dan potensi
seseorang untuk pekerjaan atau tugas. Edwin Locke mengaitkan prinsip motivasi individu
dalam melakukan sesuatu bergantung kepada keinginannya untuk mencapai sesuatu
matlamat. Matlamat mewakili tindakan yang akan dijalankan pada masa hadapan. Tugasan
kerja yang spesifik, jelas dan mencabar boleh memotivasikan dan mengarahkan tingkah laku
ke arah prestasi kerja yang efektif. Terdapat lima prinsip asas penetapan matlamat bagi
memotivasikan seseorang individu iaitu, kejelasan, mencabar, komitmen, maklumbalas dan
kerumitan tugas.

Berasaskan teori Penetapan Matlamat, seseorang individu harus melakukan tindakan-


tindakan yang sewajarnya bagi mencapai matlamat yang diingini. Tindakan yang perlu
berfokus adalah menetapkan matlamat yang jelas. Matlamat yang jelas mampu diukur dan
patut ada jangka waktu yang tertentu bagi mencapainya. Seseorang individu harus
menggunakan matlamat jangka pendek bagi mencapai matlamat jangka Panjang. Matlamat
jangka pendek akan memberi kesedaran dan semangat untuk meneruskan kejayaannya. Selain
itu, individu yang berfikiran jauh perlu menetapkan matlamat yang realistik iaitu boleh dinilai
dan boleh diukur. Mereka harus mengenal pasti matlamatnya boleh dicapai atau tidak.
Matlamat yang khusus perlu ditetapkan bagi menilai sejauh mana keberkesanan dan
pencapaian matlamat. Setiap individu juga harus memastikan matlamatnya mengikut tahap
pencapaian diri sendiri dan setiap pencapaian prestasi dalam setiap peringkat perlu
didokumentasikan bagi meningkatkan motivasi dan efikasi diri dalam mencapai matlamat
selanjutnya.

Sehubungan dengan itu, penetapan tarikh akhir akan meningkatkan keberkesanan


matlamat. Bagi kebanyakan individu, matlamat adalah lebih berkesan apabila ia memasukkan
tarikh akhir untuk selesai. Seseorang individu harus menetapkan tarikh akhir untuk
menyiapkan tugas kerana ia berfungsi sebagai mekanisme kawalan masa dan meningkatkan
motivasi kesan matlamat. Ia juga akan memberi kesedaran bahawa tarikh akhir semakin
hampir, pekerja biasa akan melakukannya melabur lebih banyak usaha untuk menyelesaikan
tugas. Sebaliknya, jika banyak masa yang tinggal untuk mencapai matlamat, individu
berkemungkinan akan memperlahankan langkahnya untuk mengisi yang ada masa. Walau
bagaimanapun, apabila tarikh akhir terlalu ketat, terutamanya dengan tugas yang kompleks,
kualitinya kerja mampu meningkat.

Seterusnya, seseorang individu yang ingin mencapai matlamat harus mempunyai ciri
yang paling yang penting iaitu mencabar menghadapi cabaran. Individu yang ingin mencapai
matlamat patut meningkatkan kadar usaha yang dilakukan untuk mencapai suatu tujuan.
Individu tersebut perlu meningkatkan tahap usaha yang legih gigih untuk mencapai matlamat
yang lebih mencabar. Matlamat yang mencabar boleh meningkatkan prestasi melalui
peningkatan kepuasan diri dan motivasi untuk mencari strategi yang sesuai untuk mendorong
kemahiran seseorang ke had (Locke & Latham, 1990). Sebaliknya, matlamat yang tidak
berada dalam tahap kemampuan kita tidak akan tercapai sehingga menimbulkan perasaan
tidak puas hati dan kecewa. Individu didorong oleh pencapaian dan jangkaan pencapaian
matlamat. Jika individu mengetahui sesuatu matlamat itu mencabar tetapi masih percaya ia
berada dalam kebolehan untuk mencapainya, individu tersebut lebih bermotivasi untuk
menyelesaikan sesuatu tugasan (Zimmerman et al., 1992). Matlamat yang mencabar dapat
mengembangkan motivasi seseorang dari matlamat yang mudah dicapai. Mereka juga
sentiasa bersedia untuk meneriam apa juga situasi yang dihadapi menuju ke hala mencapai
matlamat. Bagi matlamat yang tidak dicapai, mereka hendaklah menerima cabaran tersebut
dan dijadikan panduan. Mereka harus mengambil masa yang lebih panjang bagi
mengukuhkan lagi usaha mencapai matlamat tersebut.

Seseorang individu harus menetapkan matlamat yang diterima khalayak ramai. Hanya
memberikan matlamat kepada ahli kumpulan atau sesebuah organisasi kurang mengakibatkan
komitmen mereka kepada matlamat tersebut, terutamanya jika matlamat itu sukar untuk
dicapai. Kaedah yang berkuasa untuk mendapatkan penerimaan adalah dengan membenarkan
individu tersebut untuk mengambil bahagian dalam proses penetapan matlamat. Dengan kata
lain, penyertaan dalam proses penetapan matlamat cenderung untuk meningkatkan komitmen
matlamat. Penyertaan membantu seseorang individu tersebut lebih memahami matlamat,
memastikan bahawa matlamat adalah munasabah dan membantu mereka mencapai matlamat.
Faktor efikasi kendiri juga mungkin berperanan mengenai matlamat yang dihukum.
Sesetengah individu mungkin menolak matlamat yang dikenakan, tetapi jika mereka
mempunyai keupayaan diri, mereka masih mengekalkan matlamat peribadi yang tinggi untuk
mencapai matlamat yang dikenakan (Bandura, 1997).

Langkah yang selanjutnya, berdasarkan teori penetapan matlamat seseorang individu


harus komited kepada matlamat dan tidak patut meninggalkan matlamatnya. Komitmen
matlamat bergantung kepada beberapa faktor iaitu matlamat telah dibuat terbuka, diketahui
dan disiarkan, matlamat harus ditetapkan sendiri oleh individu dan bukannya ditetapkan oleh
individu lain. Matlamat yang ditetapkan oleh individu harus konsisten dengan matlamat
tersebut dan berpegang teguh pada prinsipnya. Hal ini akan membantu seseorang individu
untuk mencapai matlamat yang diingini dan tidak mudah terpesong daripada matlamat yang
ditetapkan.

Tambahan pula, seseorang individu yang mempunyai tujuan kehidupan harus


memberi kepentingan terhadap aspek maklumbalas. Maklum balas adalah komponen penting
dalam teori penetapan matlamat. Apabila seseorang individu menganggap kemajuan mereka
ke arah matlamat sebagai mencukupi, mereka berasa mampu mempelajari kemahiran baharu
dan menetapkan matlamat masa depan yang lebih mencabar. Penetapan matlamat adalah
lebih berkesan dengan adanya maklum balas segera (Erez, 1977). Maklum balas termasuk
maklum balas dalaman dapat membantu untuk menentukan sejauh mana matlamat dicapai
dan cara seseorang mengembang matlamat tersebut. Maklum balas yang kerap harus
diberikan sepanjang proses pencapaian matlamat untuk memastikan tugas kekal di landasan
untuk mencapai matlamat. Maklum balas memberi peluang untuk menjelaskan jangkaan,
melaraskan kesukaran matlamat dan mendapat pengiktirafan. Oleh itu, bagi individu yang
ingin mencapai matlamat, maklumbalas adalah penting untuk menyediakan peluang atau
sasaran penanda aras supaya individu tersebut mampu menentukan prestasi mereka sendiri
dari semasa ke semasa.
Akhirnya, matlamat yang ingin dicapai harus dipecahkan kepada matlamat yang lebih
kecil. Seseorang individu harus berhati-hati dalam menambahkan terlalu banyak kerumitan
pada matlamat anda kerana kerumitan boleh memberi kesan kepada semangat, produktiviti
dan motivasi. Matlamat yang sangat kompleks boleh menjadi sukar untuk orang ramai. Untuk
matlamat sedemikian, orang perlu diberikan masa yang mencukupi untuk berusaha ke arah
matlamat, meningkatkan prestasi, berlatih, atau mempelajari perkara yang diperlukan untuk
kejayaan. Nilai semula kerumitan dan kesukaran matlamat anda dan ubah suainya. Setelah
setiap matlamat yang lebih kecil dicapai, semakan harus dilakukan untuk mengemas kini
individu tersebut tentang kemajuan keseluruhan ke arah matlamat yang lebih besar. Individu
tersebut patut memberi masa yang banyak untuk mencapai matlamat yang kompleks.
Penetapan tarikh akhir yang menggunakan jumlah tekanan yang sesuai juga boleh mendorong
seseorang untuk mencapai matlamat. Ini akan menghalang dirinya berasa terharu, dan ia akan
memudahkan individu tersebut untuk kekal bermotivasi dalam mencapai matlamatnya.

Kesimpulannya, penetapan matlamat adalah sesuatu aspek yang memainkan peranan


penting dalam kehidupan bagi mencapai kejayaan. Teori penetapan matlamat ini telah
memberi hala tuju yang sesuai kepada seseorang individu yang ingin mencapai matlamatnya.
Prinsip Locke telah memberi kesedaran kepada setiap individu bagi menentukan matlamat
yang jelas dan realistik. Dengan ini, penetapan matlamat seseorang akan menjadi lebih
Berjaya dan prestasi keseluruhan akan bertambah baik.
b. Bincangkan keperluan-keperluan yang diperlukan oleh seseorang individu untuk
mencapai keinginannya berasaskan teori McClelland. (10markah)

Teori motivasi David McClelland merupakan salah satu model psikologi keperluan manusia
yang paling diiktiraf, terutamanya dalam perniagaan dan organisasi. McClelland
mengesyorkan penggunaan peperiksaan apersepsi tematik Henry A. Murray, yang tergolong
dalam kategori peperiksaan psikologi penilaian projektif, untuk menilai keperluan. Antara
keperluan yang diperlukan oleh seseorang individu adalah keperluan terhadap pencapaian,
keperluan terhadap penggabungan dan keperluan terhadap kuasa.

Seseorang individu harus dipenuhi semua keperluan yang diingini. Yang pertama,
individu tersebut harus menguasai keperluan terhadap pencapaian. Keperluan terhadap
pencapaian yang tinggi sentiasa akan menginginkan kejayaan dan akan menimbulkan
perasaan takut dengan kegagalan. Seseorang yang memerlukan pencapaian harus mempunyai
sifat mencabar dan bersedia menetapkan matlamat yang agak sukar untuk diri mereka sendiri.
Individu yang didorong oleh keperluan untuk pencapaian umumnya mempunyai keinginan
yang kuat untuk menetapkan masalah yang sukar dan menemuinya. Keutamaan mereka
adalah untuk bekerja dalam persekitaran kerja yang berorientasikan hasil dan sentiasa
menghargai sebarang maklumbalas tentang hasil kerja mereka. Individu yang mementingkan
pencapaian tetap mengambil risiko yang dikira untuk mencapai matlamat mereka dan mampu
mengelakkan kedua-dua situasi berisiko tinggi dan berisiko rendah.

Keperluan terhadap pencapaian akan mendorong seseorang untuk cemerlang dalam


situasi apabila sasaran yang ingin dicapai adalah nyata dan berpeluang diperoleh serta
cenderung menjurus kepada kreativiti dalam diri seseorang. Keperluan pencapaian
dirumuskan dan menetapkan bahawa tingkah laku berkaitan pencapaian adalah hasil daripada
konflik antara jangkaan kejayaan dan ketakutan serta kegagalan. Kecenderungan pendekatan
dan mengelakkan adalah fungsi keperluan untuk pencapaian, jangkaan kejayaan dan
kegagalan serta nilai insentif untuk kejayaan dan kegagalan. Menurut McClelland, setiap
individu mempunyai keperluan masing-masing mengikut watak dan pemikiran yang
membentuk mereka. McClelland menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai dorongan
yang kuat untuk berjaya. Dorongan ini mengarahkan individu untuk berusaha lebih keras
untuk pencapaian peribadi daripada untuk ganjaran.

Individu yang lebih suka bekerja sendiri percaya bahawa struktur hierarki diperoleh
terutamanya daripada pencapaian berasaskan kerja. Oleh iru, mereka harus mempunyai
kemampuan untuk mengambil pendekatan yang realistik terhadap risiko bagi mencapai
sesuatu matlamat. Seterusnya, individu tersebut perlu bertindak sebagai penganalisis dan
bertabah untuk menganalisis masalah. Sifat yang paling dominan dalam menguasai keperluan
pencapaian adalah individu tersebut perlu sentiasa bersedia untuk memikul tanggungjawab
peribadi untuk melaksanakan sesuatu tugas dan bersedia menerima maklumbalas yang tepat
dan cepat terhadap prestasi mereka. Akhirnya, mereka juga harus mempunyai kesanggupan
untuk bekerja sehingga larut malam bagi mencapai sesuatu keinginan.

Keperluan yang perlu dikuasai seterusnya adalah keperluan terhadap penggabungan.


Seseorang yang mempunyai keperluan yang tinggi terhadap penggabungan selalunya
mencapai kenikmatan dengan dikasihi. Seseorang yang ingin menguasai keperluan
penggabungan harus menjalinkan hubungan yang baik terhadap persekitaran pasukan dan
bersedia untuk bekerja berkumpulan berbanding dengan bekerja bersendirian. Keperluan ini
harus dikuasai oleh seseorang individu untuk menjalinkan persahabatan, selesa dengan situasi
kerjasama dan menginginkan hubungan yang melibatkan tahap persefahaman yang tinggi.
Individu sepatutnya mencerminkan keinginan untuk mempunyai hubungan yang rapat,
bekerjasama dan mesra dengan pihak lain bagi menjayakan matlamat sepasukan. McClelland
menyatakan keperluan penggabungan mempunyai dua faktor iaitu semangat kerja merupakan
semangat yang tinggi dan motivasi ini timbul jika seseorang mempunyai niat serta keinginan
untuk melakukan pekerjaannya. Kedua pula, interaksi dengan orang lain merupakan
komunikasi yang dilakukan dengan orang lain, pada dasarnya setiap individu tidak boleh
hidup sendirian dan saling memerlukan antara satu sama lain dengan individu lain. Oleh itu,
seseorang individu yang harus dipenuhi dengan keperluan penggabungan bagi meningkatkan
sikap bekerjasama bagi menjayakan matlamat yang diingini.
Keperluan penggabungan harus dipupuk dengan menjalinkan hubungan interpersonal
dan sosial dengan orang lain atau dengan kumpulan tertentu. Mereka harus berusaha untuk
bekerja dalam kumpulan yang mewujudkan hubungan yang berkekalan. Mereka suka
bekerjasama dengan orang lain untuk bersaing dengan mereka dan mengelakkan situasi
berisiko tinggi dan ketidakpastian. Orang yang mementingkan keperluan penggabungan patut
menikmati perasaan mesra dan saling memahami antara satu sama lain. Mereka suka
menghabiskan masa mereka bersosial dan mengekalkan hubungan dan mempunyai keinginan
yang kuat untuk disayangi dan diterima. Perasaan hiburan merupakan salah satu aspek yang
perlu dipertimbangkan oleh seseorang bagi menguasai keperluan penggabungan. Selain itu,
individu tersebut sentiasa bersedia untuk membantu orang lain yang dalam kesusahan dan
harus bersifat menyenangi hubungan ramah dengan orang lain bagi memastikan kemesraan
diri dan orang lain.

Tambahan pula, keperluan yang perlu dicapai adalah keperluan terhadap kuasa.
Seseorang yang mempunyai keperluan yang tinggi untuk kuasa harus bertanggungjawab
dalam melakukan setiap tindakan. McClelland menyatakan bahawa ‘orang yang mempunyai
keperluan tinggi terhadap kuasa patut bersedia terlebih dahulu untuk mengambil jawatan
kepimpinan yang tertinggi’. Jika seseorang individu ingin menjadi ketua bagi pasukan yang
besar, mereka mesti menggunakan strategik yang halus dan khusus bagi menunjukkan
pengaruhnya. Individu yang memenuhi kuasa sentiasa bersifat untuk menikmati persaingan
dan berfokus dengan tugas yang berorientasikan matlamat. Seseorang yang menginginkan
keperluan kuasa harus yakin dengan idea dan matlamat sendiri dan sentiasa berani untuk
memberitahu orang lain tentang matlamat yang perlu dicapai. Seterusnya, individu berkuasa
perlulah mempunyai kesanggupan untuk mengajar orang lain dan bertabah untuk mengetuai
pasukan serta memastikan keperluan ahli pasukannya. Keupayaan bersuara merupakan sifat
yang perlu ada pada seseorang yang ingin mencapai keperluan kuasa. Keperluan kuasa
merupakan keperluan yang sangat mencabar dan individu tersebut perlu mempunyai
semangat yang tinggi dalam mencapai matlamatnya.

Kesimpulannya, teori motivasi McClelland menyatakan bahawa setiap orang harus


mempunyai satu daripada tiga pendorong utama iaitu keperluan untuk pencapaian, gabungan
atau kuasa. Pendorong ini tidak wujud, maka kita membangunkannya melalui budaya dan
pengalaman hidup kita. Oleh itu, individu yang bertanggungjawab dan mempunyai cita-cia
yang tinggi, perlu menguasai keperluan tersebut bagi memastikan pencapaian dalam
kehidupannya.
Rujukan

Herzberg, F. (1966). Work and the Nature of Man. Cleveland, OH: World Pub. Co.

Locke, E. A. (1968). Toward a Theory of Task Motivation and Incentives. Organizational


Behavior and Human Performance, 3, 57-189. http://dx.doi.org/10.1016/0030-
5073(68)90004-4

Locke, Edwin & Latham, Gary. (1991). A Theory of Goal Setting & Task Performance. The
Academy of Management Review. 16. 10.2307/258875.

Zimmerman, Barry & Bandura, Albert & Martinez-Pons, Manuel. (1992). Self-Motivation for
Academic Attainment: The Role of Self-Efficacy Beliefs and Personal Goal Setting.
American Educational Research Journal. 29. 663-676. 10.3102/00028312029003663.

Bandura, A. (1997) Self-Efficacy: The Exercise of Control. W.H. Freeman and Company,
New York.

McClelland, D. C. (1965). Toward a theory of motive acquisition. American Psychologist,


20(5), 321–333. https://doi.org/10.1037/h0022225

Erez, M. (1977). Feedback: A necessary condition for the goal setting-performance


relationship. Journal of Applied Psychology, 62(5), 624–627.
https://doi.org/10.1037/0021-9010.62.5.624

Anda mungkin juga menyukai