Anda di halaman 1dari 4

Karangan 1

Pengalaman sepanjang perjalanan pulang ke kampung

Pada hujung minggu yang lalu, Ibu menerima panggilan kecemasan daripada Pak Ngah Omar
dan memberitahu bahawa nenek sakit tenat. Kami sekeluarga bergegas pulang ke kampung Kami
menaiki kereta bapa pulang ke rumah nenek.

Sebelum bertolak, ibu mengingatkan ayah agar tidak memandu melebihi had laju yang
ditetapkan walaupun kami kesuntukan masa. Bapa pun memandu dengan tenangnya kerana dia
sentiasa akur bahawa mengutamakan keselamatan keluarga dan bergerak laju keselamatan. Dalam
perjalanan, jalan menuju ke kampung bengkang-bengkok seperti ular kena palu. Pada ketika itu, kami
terjumpa sebuah bas ekspres sarat dengan penumpang yang terlebih di samping memandu secara
berbahaya. Tanpa terlengah-lengah, ibu membuat laporan kepada pihak polis. Pemandu bas itu ditahan
oleh polis tidak lama kemudian.

Pada masa yang sama, sekumpulan penunggang motosikal menunggang motosikal secara
berbahaya dan berlumba secara haram, kami berdoa agar keselamatan mereka terjamin dan berharap
juga agar mereka ditahan oleh pihak polis kerana kelakuan sebegini betul-betul membahayakan nyawa
pengguna lain dan amat berdosa. Pertembungan antara kenderaan yang menyebabkan berlakunya
tragedi kemalangan yang boleh meragut nyawa pemandu dan penumpang, manakala tragedi ini
sebenarnya dapat dielakkan jikalau kita patuh pada undang-undang jalan raya.

Selain itu, ibu juga memberitahu kami bahawa terdapat juga segelintir pemandu kenderaan
yang tidak bertanggungjawab menggunakan lorong kecemasan sewenang-wenangnya untuk
kesenangan diri. Kelakuan ini juga tidap sewajarnya dilakukan. Tujuan lorong kecemasan adalah
dikhaskan untuk kegunaan ambulans, Bomba dan Penyelamat, Polis, agensi-agensi penguatkuasaan dan
kenderaan yang rosak atau dalam situasi kecemasan. Kami tersenyum apabila melihat mereka ditahan
polis yang telah menunggu mereka di depan lorong kecemasan. Saman dikenakan agar mereka sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Selepas itu, kami pun meneruskan perjalanan pulang ke kampung. Kejadian-kejadian yang telah
berlaku dan kami jumpai telah memberikan iktibar kepada kami sekeluarga. Iaitu, kita perlu sentiasa
berwaspada ketika berada di jalan raya kerana malang tidak berbau.
Karangan 2

Kecuaian merupakan satu daripada punca kemalangan jalan raya


Marcapada ini, surat khabar sering melaporkan berita-berita tentang kemalangan jalan raya
yang berlaku di negara kita. Kemalangan jalan raya ini bukan sahaja melibatkan penunggang motosikal,
pengguna kenderaan, pejalan kaki dan sebagainya. Hal ini berpunca daripada berbagai-bagai faktor.
Antaranya ialah faktor jalan raya, masalah kenderaan dan kecuaian pengguna. Bak kata peribahasa,
seperti cendawan tumbuh selepas hujan. 雨后春笋

Punca utama berlakunya kemalangan jalan raya terlibat kealpaan pemandu, memandu
kenderaan dalam keadaan mengantuk, menjejaskan daya konsentrasi dan menggunakan telefon bimbit
ketika memandu. Sememangnya kebanyakan sikap pengguna itu sendiri. Pemandu atau pengguna
sering melanggar peraturan jalan raya sesuka hati. Sebagai contohnya, ramai pelajar tidak memakai topi
keledar ketika menunggang motosikal ke sekolah. Apabila berlaku kemalangan sudah tentu mereka akan
cedera. Tegasnya, sikap kecuaian pengguna ini tidak seharusnya diamalkan oleh masyarakat kerana
malang tidak berbau.

Selain itu, pengguna jalan raya sering cuai dan tidak mematuhi peraturan jalan raya. Ini kerana
mereka sengaja melanggar lampu trafik di jalan raya. Mereka juga melintas jalan dengan sesuka hati.
Mereka memandang remeh terhadap undang-undang di jalan raya memotong kenderaan dari sebelah
kiri tidak memikirkan keselamatan orang lain. Akibatnya, kemalangan boleh berlaku. Oleh itu, kita
perlulah cegah sebelum parah.

Di samping itu, terdapat pemandu yang mengantuk semasa memandu. Ini kerana mereka tidak
cukup tidur atau mabuk. Akibatnya mereka tidak dapat mengawal kenderaan dengan baik. Jika ini
berlaku, sudah tentu akan terjadi kemalangan. Oleh itu, apabila kita mengantuk, kita hendaklah berehat
dahulu supaya dapat memandu dengan baik.

Kecuaian lain ialah sikap pengguna jalan raya yang tidak memeriksa kenderaan. Sebagai contoh,
pemandu tidak memeriksa tayar yang telah haus dan brek yang rosak. Akibatnya, apabila jalan licin,
kenderaan tidak dapat dikawal dengan baik. Oleh itu, kita hendaklah memastikan kenderaan dalam
keadaan baik semasa di jalan raya. Bak kata peribahasa, sediakan payung sebelum hujan.

Faktor-faktor lain seperti jalan raya yang tidak dibaik pulih, pemandu gagal mengawal
kenderaan, kerosakan lampu isyarat dan berebut-rebut untuk melintas jalan juga mengundang
kemalangan di jalan raya. Sebenarnya, penguatkuasaan undang-undang jalan raya yang lemah terhadap
sesiapa yang tidak memiliki lesen memandu menggunakan lesen memandu palsu dan sikap menyogok
pihak berkuasa sepatutnya dikuatkuasakan.

Kesimpulannya, pengguna yang cuai boleh menyebabkan kemalangan jalan raya di negara kita.
Oleh itu, semua pihak hendaklah bekerjasama untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Jika kita
memandu secara berhati-hati, kita akan selamat sampai ke destinasi. Tegasnya, Pandu Cermat Jiwa
Selamat.
Karangan 3

Syarahan Cara-cara Mengatasi Masalah Kemalangan Jalan Raya

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Pengetua, guru-guru, rakan-rakan serta hadirin yang saya
hormati sekalian. Terlebih dahulu ribuan terima kasih ingin saya ucapkan kerana diberi peluang untuk
menyampaikan syarahan pada hari ini.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Tajuk syarahan saya para hari ini ialah “Langkah-langkah mengatasi masalah kemalangan jalan raya”
Dalam menghadapi arus globalisasi dan cabaran abad ke-21, statistik menunjukkan kes kemalangan
jalan raya semakin meningkat seiring dan selari dengan perkembangan ekonomi dan kemajuan sosial.
现实
Memandangkan hakikat ini, semua pihak haruslah berganding bahu untuk menangani masalah ini. Bak
kata pepatah “berat sama dijinjing, ringan sama dipikul.” 患难与共

Terdapat pelbagai langkah yang dapat diambil bagi mengatasi msalah kemalangan jalan raya ini.
Antaranya ialah dengan mengadakan kempen keselamatan jalan raya. Contohnya, pihak kerajaan boleh
宣传纸 贴纸
mengedarkan risalah atau pelekat kenderaan terutamanya kepada penunggang motosikal yang masih
青涩 setahun jagung serta yang masih leka tentang pentingnya keselamatan diri ketika berada diatas jalan
无价
raya. Hal ini kerana, nyawa kita yang tidak ternilai harganya tidak dapat ditukar ganti. Janganlah sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. 取代

Para hadirin dan hadirat,


perangkap
Selain itu, pihak kerajaan dan pihak berkuasa hendaklah memasang kamera perngkap kelajuan
角落 dunia bagi mengawasi had kelajuan kenderaan yang
di tempat-tempat yang strategik di seluruh pelosok
高科技
dipandu mereka. Dengan adanya alat yang serba canggih ini, para pemandu dan penunggang yang
menaiki kenderaan melebihi had laju yang ditetapkan wajiblah membayar saman mereka seberapa
banyak yang ditetapkan setelah menerima surat saman daripada pihak berkuasa.

Dalam pada itu, keadaan jalan raya di Malaysia terutamanya di Kawasan pedalaman hendaklah
dinaiktaraf bagi mengelakkan daripada berlakunya kemalangan yang dapat meragut nyawa. Belakangan
ini, pihak berkuasa telah menerima banyak rungutan dan aduan daripada mereka yang sering ulang-alik
dari tempat kerja tidak kira siang atau malam yang perlu melalui jalan itu. Lebih parah lagi, ada bahagian
jalan yang sudah berlopak dan sering dipenuhi dengan lumpur. Justeru, risiko kemalangan yang
membabitkan pejalan kaki akan terus meningkat. Hal ini kerana, para pemandu kenderaan empat tayar
seperti kereta, lori, van dan seumpamanya mungkin tidak akan sedar akan hadirnya pejalan kaki
dihadapan mereka disebabkan oleh lumpur yang telah memercik cermin hadapan dan sisi kereta. Hal ini
berkemungkinan besar akan merempuh pejalan kaki tersebut. Maka, akan lenyaplah satu nyawa yang
tidak berdosa. 无辜
Para hadirin yang dikasihi,

Di samping itu, pengguna jalan raya juga harus dididik untuk mempunyai kesedaran tentang
keselamatan jalan raya agar dapat mempunyai sahsiah diri yang tinggi sebagai seorang pengguna jalan
raya. Cara ini dapat diterapkan terutamanya dari kalangan remaja yang masih muda kerana bak kata
pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kaedah ini boleh diperkenalkan melalui komunikasi
awam seperti televisyen, radio, internet dan sebagainya yang berkaitan dengan media massa.Pihak
Sekolah
memandu juga sedikit sebanyak dapat membantu pengguna lebih mahir dan cekap ketika berada di atas
jalan raya supaya semuanya menjadi lebih muah, rapi dan teratur.

Secara intihanya, semua pihak memainkan peranan dalam mengatasi masalah kemalangan jalan
raya ini. Kita hendaklah bersatu padu. Hal ini kerana muafakat membawa berkat. Sebelum ‘kudis
menjadi pekung’ biarlah masalah ini beransur-ansur pulih dengan kerjasama kita semua kerana
‘mencegah lebih baik daripada merawat’. 修复
防范胜于治疗

Sekian sahaja syarahan saya hari ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan
terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan syarahan tadi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai