Anda di halaman 1dari 2

Apakah kepentingan kita memahami Dengan adanya pemahaman etika, moral

etika, moral dan akhlak? dan akhlak dalam diri seseorang itu,
mereka:
a. Memiliki sikap rasional dalam diri
mereka dengan tahu menilai mana yang
baik dan buruk.
b. Dijadikan sebagai panduan hidup
c. Membentuk keperibadian yang mulia.
d. Menanam sifat-sifat yang baik melalui
konsep etika.
e. Mengamalkan nilai-nilai murni dan
moral dalam kehidupan.
‘Sayang anak tangan-tangankan, Dalam mendidik anak, kita tidak boleh
sayang isteri tinggal- terlalu memanjakan mereka. Begitu juga
tinggalkan’, bincangkan pepatah dengan isteri. Sebagai seorang ketua
ini melalui konsep etika, moral keluarga, anak dan isteri perlulah dididik
berdasarkan konsep etika, moral dan
dan akhlak.
akhlak. Sekiranya mereka sering dilebih-
lebihkan dan dimanjakan, mereka akan
menjadi sombong dan bongkak kerana
memiliki semua yang mereka ingini.
Sebaliknya untuk mengelakkan mereka
daripada bersikap sedemikian, etika,
moral dan akhlak perlulah ditetapkan dan
diamalkan dalam sesebuah institusi
kekeluargaan tersebut. Contohnya,
berdasarkan konsep etika, ketua
keluarga perlu menetapkan satu etika
untuk diamalkan oleh ahli keluarganya.
Misalnya, amalan bersalam-salaman
sebelum keluar rumah perlulah
diamalkan oleh setiap anggota ahli
keluarga walaupun mempunyai
perbezaan umur. Berdasarkan konsep
moral pula, nilai-nilai murni dan
pengajaran mestilah diterapkan di dalam
diri ahli keluarga. Ketua keluarga perlu
menunjukkan contoh yang baik misalnya
bersedekah sebagai nilai moral baik hati
supaya anggota ahli keluarganya yang
lain akan mencontohinya. Daripada
konsep akhlak pula, ia berpandukan
ajaran agama. Setiap agama mengajar
umatnya untuk berbuat baik dalam
kehidupan. Contohnya dalam agama
Kristian, semua umat dikehendaki untuk
menghormati ibu bapa mereka dan
sentiasa berbuat baik kepada orang lain.
Sekiranya mereka beragama Kristian,
ketua keluarga perlu menerapkan ajaran
ini dalam diri anak-anak sejak kecil lagi
supaya ia dijadikan sebagai panduan
hidup dan ia mengajar mereka supaya
sentiasa berbuat baik dalam kehidupan.
Oleh itu, menyayangi isteri dan anak
tidak perlu berlebih-lebihan sehingga
mereka menjadi sombong dang angkuh.

Anda mungkin juga menyukai