Anda di halaman 1dari 3

www.uitm.edu.

my

Surat Kami : 100-UiTMKNS/R(FPP.37/8)


Tarikh : 30 Ogos 2023

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)


Pejabat Polis Bantuan
Staf Residen Kolej
Yang Berkenaan
UiTM Kampus Seremban

Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN PROGRAM KEM PEMANTAPAN MENTAL DAN FIZIKAL PELAJAR SMK


PEDAS ANJURAN FPP UiTM KAMPUS REMBAU DI SEKITAR UiTM KAMPUS SEREMBAN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan


Negeri Sembilan, Kampus Rembau akan menganjurkan Kem Pemantapan bersama pelajar SMK
pedas. Tujuan program ini diadakan untuk mewujudkan dan mengukuhkan hubungan antara
Universiti dan masyarakat setempat. Butiran mengenai Program Kem Pemantapan Mental dan
Fizikal SMK Pedas adalah seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 07 September 2023 hingga 09 september 2023


Masa : 7.30 Pagi – 11.00 malam
Tempat : UiTM Kampus Seremban dan Taman Cabaran

3. Untuk makluman pihak tuan/puan, program ini dijalankan sepenuhnya di Kampus


Seremban dan Taman Cabaran. Sehubungan dengan itu, kami dengan rendah hati ingin
memaklumkan kepada pihak tuan/puan mengenai keberadaan seramai 122 orang pelajar SMK
Pedas, 9 orang guru SMK Pedas, 15 orang staf serta 30 orang pelajar UiTM yang akan terlibat
didalam program ini sepanjang 3 hari 2 malam.

Disertakan adalah tentatif program ini untuk makluman pihak tuan/puan. Segala kerjasama yang
pihak tuan/puan berikan amatlah dihargai dan disusuli dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

MASRUL HAYATI KAMARULZAMAN


Ketua Pusat Pengajian
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
Universiti Teknologi MARA Universiti Teknologi MARA
Cawangan Negeri Sembilan Cawangan Negeri Sembilan
Kampus Rembau Kampus Rembau
71300 Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Tel : 06-698 2000 Faks : 06-698 2391
Faculty of Business and Management https://rembau.uitm.edu.my/
TENTATIF MAJLIS PERASMIAN KEM PEMANTAPAN MOTIVASI:
SMK PEDAS PEMACU MASA HADAPAN NEGARA
TARIKH: 07, 08 DAN 09 SEPTEMBER 2023
MASA: 7.30 PAGI – 11.00 MALAM

7 SEPTEMBER 2023 (KHAMIS)

MASA AKTIVITI
7.30 am Bertolak ke UiTM Seremban
8.30 am Ketibaan peserta, pendaftaran bilik
9.30 am Minum pagi
10 00 am SESI 1: Modul 1 (Ice Breaking)
12.00 pm Makan/ Rehat/ Solat Zohor Berjemaah
2.00 pm SESI 2: Modul 2 ( Explore Race)
5.00 pm Minum petang / Solat Asar Berjemaah
6.30 pm Makan malam/ Urus diri
7.15 pm Solat Maghrib Berjemaah/Tazkirah Maghrib/ Solat Isyak Berjemaah
9.00 pm SESI 3: Modul 3
11.00 pm Minum malam / Rehat / Tidur

8 SEPTEMBER 2023 (JUMAAT)

MASA AKTIVITI
5.30 am Bangun/ Urus diri
6.00 am Solat Subuh Berjemaah & Kuliah Subuh
6.45 am Senaman Pagi
7.30 am Sarapan pagi
8.00 am SESI 4: Modul 4
10.00 am Perasmian Program
12.00 pm Rehat/Makan/Solat Zohor Berjemaah
2.00 pm Berkumpul / Bergerak ke Taman Cabaran
2.30 pm SESI 5: Modul 5
1.30 am Minum malam/ Berehat/ Tidur
9 SEPTEMBER 2023 (SABTU)

MASA AKTIVITI
5.30 am Bangun/ Urus diri
6.00 am Solat Subuh Berjemaah & Kuliah Subuh
6.45 am Senaman Pagi
7.30 am Sarapan pagi
8.30 am SESI 6: Modul 6
11.30am Sesi Bergambar
11.45 am Makan Tengah Hari/ Pemulangan Kunci Bilik
12.00 pm Bersurai

Anda mungkin juga menyukai