Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum mula kata

Bersyukur kita akhirnya berjumpa

Prihal pibg tajuk cerita

Boria ungku husin membawa berita

Marilah ibu bapa semua

Kita dengarkan ini cerita

Kisah suka duka dan gelak ketawa

Bersama sama capai bahagia

Sekolah kita ada ketua

Menjaga mentadbir seperti bonda

Norhimah ismail empunya nama

Pengetua kita komited tugasnya

Encik sulong ydp pibg

Membantu sekolah memudahkan kami

Ajk yg lain turut toleransi

Bersama kami capai misi dan visi

Wahai ibu bapa dan juga guru

Marilah bersama saling membantu

Tingkatkan imej dan juga mutu

Agar ungku husin berada di mercu

Tanpa ukhwah dan kerjasama

Tak mungkin kita akan berjaya

Sumbangan ibu dan juga bapa bapa

Kami harapkan kita berjaya


Guru ungku husin hebat belaka

Jalankan amanah dengan saksama

PAstikan pelajar capai cita cita

Kejayaan mereka untuk semua

SEkian saja dari kami

Moga kita dapat berjumpa lagi

Pada tahun depan mesyuarat pibg

Ibu bapa kan lebih ramai lg

Sebelum kami mengundurkan diri

Jari disusun mohon dimaafi

Segala salah silap kata kami

Jangan disimpan di dalam hati

Anda mungkin juga menyukai