Anda di halaman 1dari 2

Teks Doa Majlis Rasmi - Hari Anugerah Cemerlang

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG


SK.SPANG LOI DAN TABIKA KEMAS

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,


Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran
atas iradat danqudrat-Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami
untuk berhimpun pada pagi yang berbahagia ini, di dalam Hari Anugerah
keCemerlang akademik gabungan SK Spang Loi dan tabika kemas kg
spang loi

Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar,


Ya Allah Ya Tuhan kami, kau kurniakanlah kepada anak-anak kami
dengan hati yang terang dan dada yang lapang. Kau kurniakanlah
kepada mereka dengan cahaya kefahaman, kesihatan akal fikiran dan
tubuh badan, kemudahan di dalam segala urusan dan kurniakanlah
kepada mereka dengan kejayaan dan kecemerlangan di dunia mahupun
di akhirat.

Ya Allah, Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah


Ya Allah Ya Tuhan kami, kau terbitkanlah rasa kebesaran, di dalam
setiap hati murid-murid yang menerima hadiah kecemerlangan dan
penghargaan pada hari ini, dengan rasa kesyukuran dan kehambaan
kepada-Mu Ya Allah.

Kami juga memohon daripada-Mu Ya Allah, agar majlis pada hari ini
dapat menjadi dorongan dan galakkan kepada murid-murid lain, untuk
mereka sama-sama berusaha dengan gigih dan tekun di dalam bidang
kurikulum, ko-kurikulum dan aspek pembinaan diri insan.

Ya Allah, Ya Zal Jalali Wal Ikram,


Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang
beriman dan bertakwa. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari
perintah-Mu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan,
kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas,
rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah
kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Anda mungkin juga meminati:

Anda mungkin juga menyukai