Anda di halaman 1dari 1

Guru Sebagai Model Pendidikan

Rasulullah SAW tidak pernah mengarahkan sesuatu perkara melainkan Beliaulah orang yang pertama
melaksanakankannya terlebih dahulu. Iktibar daripada ajaran ini kepada guru adalah begitu signifikan
sekali. Insan guru seharusnya menjadi model pendidikan kepada murid mereka. Setiap perkara yang
dilakukan oleh guru akan menjadi turutan anak didik kita, khususnya apa yang kita lakukan dalam bilik
darjah, semuanya diperhati dan diteliti oleh anak didik kita. Apatah lagi kita bersama-sama dengan
mereka hampir setiap hari (persekolahan) dan mungkin selama beberapa tahun kita mengajar mereka.

Tauladan yang baik daripada segi budi pekerti dan perbuatan adalah aspek yang utama perlu ditonjolkan
oleh guru dihadapan murid. Namun terdapat guru yang berkelakuan kurang sopan umpamanya
merokok, tidak menjawab salam (atau tidak memberi salam), tidak menghormati murid, memarahi
murid dihadapan kawan mereka dan sebagainya. Mengajar dengan perbuatan dan praktikal adalah lebih
berkesan dan merupakan cara yang terbaik untuk difahami. Cara ini juga boleh mendorong murid untuk
mengikuti berbanding dengan cara pengajaran yang berbentuk teori dan penerangan semata-mata.

Fitrah semulajadi manusia sememangnya enggan untuk menerima penyampaian yang hanya berbentuk
teori tanpa dipraktikkan terlebih dahulu oleh orang yang menyampaikan sesuatu perkara tersebut.
Mereka yang hanya bercakap tak serupa bikin tidak akan mendapat tempat dihati murid dalam
penyampaian mesej pengajaran.

Semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, guru sepatutnya menulangi sesuatu arahan
sebanyak tiga kali agar mudah difahami. Guru juga perlu menerangkan sesuatu teori secara praktikal
dan memberikan contoh-contohnya sesuai dengan latar belakang murid.

Anda mungkin juga menyukai