Anda di halaman 1dari 4

PELAN TINDAK IKUT

KURSUS PENYEBARAN DSKP BAHASA ARAB TAHUN 4 2013

1. Guru/JU Bahasa Arab Tahun 4 2013 perlu memahami konsep dan Overview DSKP Umum dan
Overview DSKP Bahasa Arab.

2. Guru/JU Bahasa Arab Tahun 4 2013 perlu memahami konsep sandaran 17 domain Taksonomi
Bloom untuk mengukuhkan kefahaman dan keyakinan guru terhadap Standard Pentaksiran.

3. Guru/JU Bahasa Arab Tahun 4 2013 perlu memahami tatacara penggunaan borang pelaporan
pelaksanaan DSKP.

4. Guru/JU Bahasa Arab Tahun 4 2013 perlu melaksanakan jadual kursus penyebaran yang sama
dengan jadual kursus penyebaran DSK dan DSP yang lalu.
SLOT YANG BERUBAH DAN PERLU DIGANTIKAN ADALAH SLOT DSK KEPADA DSKP DAN
MENGHAPUSKAN SLOT DSP DAN SISTEM PELAPORAN DSP sepertimana yang terdapat dalam jadual
kursus yang lalu.
Ini bererti slot-slot lain seperti Slot KeBAT, EMK, Modul Transisi, Buku Teks dan Bengkel Pengajaran
Makro dan Mikro perlu dilaksanakan dan DIKAITKAN SECARA TERUS dengan DSKP.

5. Guru/JU Bahasa Arab Tahun 4 2013 perlu bekerjasama sesama JU dan pegawai negeri dan daerah
untuk melaksanakan kursus penyebaran DSKP Bahasa Arab Tahun 4 diperingkat negeri dan daerah.

1
FAQ/SOALAN LAZIM (OGOS 2013)

1. Pentaksiran adalah komponen dalam kurikulum. Pentaksiran juga diintegrasikan dalam


kurikulum. Apakah yang dimaksudkan dengan penyataan di atas?
Jawapan: Seandainya pernyataan kurikulum (Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran) tidak mempunyai elemen pentaksiran, pentaksiran dalam kurikulum tidak
boleh ditambah atau dijelmakan secara tiba-tiba. Dokumen Standard Kurikulum (DSK)
sebelum ini juga mempunyai elemen pentaksiran tetapi ianya tidak dijelmakan secara
nyata dalam satu dokumen. Justeru ianya telah dijelmakan dalam dokumen yang
berasingan iaitu Dokumen Standard Prestasi (DSP). Ini dapat dibuktikan melalui objektif
PdP yang dihasilkan oleh guru melalui standard pembelajaran. Dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), elemen pentaksiran telahpun diintegrasikan iaitu
dijelmakan secara jelas dan nyata melalui hasil pembelajaran (LOC) yang mungkin dapat
dicapai oleh murid-murid melalui sandaran Taksonomi Bloom Klasik/Original.

2. Bolehkah pernyataan standard prestasi dijadikan objektif PdP guru?


Jawapan: Sebagaimana guru tidak boleh menjadikan pernyataan standard pembelajaran
sebagai objektif PdP harian guru, guru juga tidak boleh menjadikan pernyataan standard
prestasi sebagai objektif harian PdP guru. Ini kerana pernyataan standard prestasi
tersebut diambil dari pernyataan standard pembelajaran. Standard pembelajaran pula
merupakan sesuatu yang murid perlu ketahui dan kuasai sepanjang tahun dan bukannya
dalam satu waktu PdP sahaja. Justeru guru perlu membuat spesifikasi pada objektif
PdPnya agar lebih fokus dan boleh serta mampu dicapai oleh murid.

3. Adakah guru perlu menyediakan eviden bagi pencapaian tahap murid?


Jawapan: Ya, iaitu hasil kerja murid bagi kemahiran menulis dan juga murid itu sendiri
yang menjadi eviden bagi modul dan kemahiran-kemahiran yang lain. Eviden ini mestilah
dapat membuktikan bahawa murid ini telahpun mencapai sesuatu standard
kandungan/pembelajaran yang telah ditentukan.

4. Bilakah pentaksiran menggunakan DSKP perlu dilakukan?


Jawapan: Pada bila-bila masa/sepanjang masa samada di dalam bilik darjah atau di luar
bilik darjah.

5. Adakah guru perlu menyediakan satu ruang waktu khusus untuk melaksanakan pentaksiran
menggunakan DSKP?
Jawapan: Tidak perlu dan tidak boleh. Guru boleh melaksanakan pentaksiran
menggunakan DSKP ketika PdP berlangsung atau pada bila-bila masa setelah sesuatu
standard pembelajaran/kelompok standard pembelajaran diajar kepada murid.

6. Di manakah eviden pencapaian tahap murid perlu disimpan?


Jawapan: Ditempat yang selamat dan boleh dibuktikan kepada pihak yang berkenaan
apabila diminta.

2
7. Adakah pencapaian murid dalam DSKP perlu direkodkan?
Jawapan: Ya, di dalam rekod/sistem yang telah disediakan.

8. Bagaimanakah penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) oleh guru dengan menggunakan
DSKP?
Jawapan: Format penulisan RPH adalah sama dengan format yang telah dibentangkan
dalam slot kursus sebelum ini.

9. Adakah guru perlu mengajar mengikut kelompok standard pembelajaran yang telah
dinyatakan dalam DSKP?
Jawapan: Tidak. Guru tidak boleh mengajar mengikut kelompok standard pembelajaran
yang telah dinyatakan dalam DSKP. Guru perlu mengajar seperti biasa iaitu memilih
mana-mana standard pembelajaran yang ingin diajar. Pentaksiran berlaku sekiranya
standard pembelajaran/kelompok standard pembelajaran tersebut telah dikuasai oleh
murid.

10. Adakah guru perlu menyediakan rekod transit pencapaian murid?


Jawapan: Tidak perlu. Guru boleh terus merekod pencapaian murid dalam sistem rekod
pentaksiran yang telah disediakan secara offline. Guru juga boleh menggunakan kreativiti
masing-masing untuk memudahkan proses mengajar, mentaksir dan merekod sekaligus.

11. Adakah rekod pencapaian murid dalam DSKP perlu dilaporkan?


Jawapan: Ya, apabila diperlukan.

12. Kepada siapakah laporan DSKP itu perlu dihantar/dilapor?


Jawapan: Kepada pentadbir sekolah/PPD/JPN/KPM/Ibu Bapa/Penjaga.

13. Adakah guru perlu mencetak laporan individu setiap murid?


Jawapan: Tidak perlu. Cetak laporan individu murid bagi yang memerlukan sahaja.

14. Adakah pelaksanaan DSKP ini dilaksanakan untuk kesemua tahun KSSR?
Jawapan: Setakat ini ianya dilaksanakan bagi tahun 4 sahaja pada tahun 2014. Arahan
selanjutnya akan diberikan oleh KPM berkenaan pelaksanaan DSKP bagi tahun-tahun
KSSR yang lain.

15. Adakah pada tahun 2014 pelaksanaan DSP masih dikekalkan bagi tahun 1, 2 dan 3?
Jawapan: Setakat ini (Ogos 2013), ya.

16. Adakah soalan PKSR Bahasa Arab tahun 4 masih dilaksanakan pada tahun 2014?
Jawapan: Soalan PKSR Bahasa Arab dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan
Islam (BPI). Justeru Bahagian tersebut bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
pelaksanaan PKSR Bahasa Arab di sekolah yang memenuhi kehendak dan tuntutan
tertentu Bahagian tersebut. BPK hanya mampu memberi rasional kepada BPI agar soalan
PKSR Bahasa Arab tidak perlu disedia dan dilaksanakan di sekolah. Keputusan akhir
pelaksanaan PKSR ini adalah terletak di bawah tanggungjawab Bahagian tersebut.

3
17. Adakah guru perlu melaksanakan ujian/peperiksaan di sekolah dengan terlaksananya DSKP
di sekolah pada tahun 2014?
Jawapan: Guru tidak perlu melaksanakan apa-apa ujian formatif berbentuk ujian topikal
atau ujian bulanan. Pelaksanaan pentaksiran di dalam bilik darjah sudah memadai untuk
menguji murid secara formatif dan berterusan. Seterusnya guru perlu melaksanakan
peperiksaan sumatif yang berbentuk ujian pertengahan dan akhir tahun bagi
mengesahkan pencapaian murid terhadap tahap penguasaannya dalam pentaksiran
DSKP.

18. Adakah terdapat mana-mana soalan berpusat yang dihasilkan oleh mana-mana institusi
pendidikan?
Jawapan: Walaupun Bahagian Pembangunan Kurikulum bertanggungjawab terhadap
pentaksiran di dalam bilik darjah, BPK dan mana-mana institusi pendidikan tidak akan
dan tidak boleh menyediakan apa-apa soalan berpusat bagi kegunaan guru di sekolah.
Keadaan ini sekiranya berlaku akan melanggar konsep dan dasar PBS yang telah
diputuskan oleh kementerian ini.

19. Apakah fungsi pentaksiran DSKP berbanding ujian sumatif (peperiksaan pertengahan dan
akhir tahun) yang dilaksanakan di sekolah?
Jawapan: Fungsi pentaksiran DSKP adalah untuk memastikan semua murid telah
mencapai standard pembelajaran secara berterusan. Ianya juga digunakan untuk
membuktikan pencapaian murid yang terhasil dari ujian/peperiksaan pertengahan dan
akhir tahun yang telah didudukinya adalah benar dan selari.

20. Bagaimanakah Original Taksonomi & Revise Taksonomi dalam Bloom digunakan dalam
sistem pendidikan di Malaysia?
Jawapan: Kedua-dua jenis taksonomi telah digunakan dalam pembangunan kurikulum di
Malaysia. Original Taksonomi Bloom digunakan dalam menentukan Standard Pentaksiran
manakala Revise Bloom Taksonomi digunakan dalam menentukan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT).

21. Adakah guru perlu membina soalan peperiksaan berdasarkan domain dalam Taksonomi
Bloom Original?
Jawapan: Ya. Guru perlu menyediakan soalan peperiksaan berdasarkan domain dalam
Taksonomi Bloom Original bagi memastikan standard pembelajaran dan standard prestasi
dapat dicapai oleh murid.

22. Adakah JU Bahasa Arab perlu menerangkan sandaran domain kognitif, afektif dan
psikomotor dalam 6 tahap prestasi kepada guru?
Jawapan: Ya, agar guru dapat memahami maksud sebenar pentaksiran bagi setiap tahap
untuk dinyatakan dalam ulasan akhir guru.

Anda mungkin juga menyukai