Anda di halaman 1dari 9

LDP Pedagogi Alaf 21 ~ Pembuka Tirai LDP Guru-Guru SMKPP

Menjelang abad 21 kini pelbagai teknologi baru digunakan untuk memantapkan pengajaran dan
pembelajaran (pdp) .

Maka , mulai 2015 ini semua guru digalakkan untuk menggunakan pendekatan baru bagi
memantapkan pdp di dalam kelas . Untuk itu semua guru SMKPP telah hadir dalam sessi LDP
pertama pada tanggal 30hb Disember 2014 lalu bagi memantapkan pengetahuan mengenai
pelaksanaan pedagogi Alaf 21 .

Dua fasilitator yang juga guru SMKPP dan seorang lagi guru dari SMK Intan Perdana iaitu Pn.
Bibi Sarah Binti Hasrap dan juga Pn. Maznira Binti Mohd Kuzin telah berkongsi ilmu mengenai
pedagogi yang bakal dilaksanakan.

Info PdP Alaf 21 ;(Dapatan daripada LDP)

 PdP alaf 21 mempunyai tujuh teras utama pedagogi iaitu ;


1. Perancangan Pengajaran , Kandungan dan Penyampaian

2. Mencipta persekitaran Pengajaran yang positif

3. Pentaksiran untuk Pembelajaran

4. Pembelajaran Kolaboratif dan Koperatif

5. Kemahiran Penyoalan dan Berfikir

6. Pembezaan

7. Pengetahuan Profesional dan Refleksi

Ciri-ciri Pedagogi Alaf 21

 PdP alaf 21 menekankan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif ,manakala guru
bertindak sebagai fasilitator di dalam kelas.
 Susun atur kerusi meja di dalam kelas pula adalah berbentuk kumpulan , bagi
memudahkan murid berbincang dan berinteraksi antara satu sama lain. Pendekatan pengajaran
menggalakkan penggunaan teknologi maklumat (ICT) sesuai dengan peredaran masa yang kini
terdedah dengan internet dan aplikasi media yang lain.
 Guru perlu menulis objektif pembelajaran di papan putih supaya murid jelas matlamat
aktiviti yang dijalankan .

 melibatkan persekitaran pembelajaran emosi dan pembelajaran fizikal


PERSEKITARAN PEMBELAJARAN EMOSI :
 Guru menetapkan peraturan murid perlu mematuhi peraturan dan rutin yang ditetapkan .
 Murid ditekankan dengan ganjaran dan akibat
 Guru mempamer dan menggalakkan harapan yang jelas dan tinggi berdasarkan rasa
hormat, penghargaan , empati dan persefahaman
 Bahasa positif , kata - kata semangat dan motivasi perlu ada dalam pdp.
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN FIZIKAL

 Sessi pdp diadakan dalam keadaan selesa, selamat , cekap dan mesra
 Susun atur melibatkan pembelajaran berpusatkan murid , sesuai dengan usia dan mata
pelajaran
 Menyediakan peluang murid akses sumber pembelajaran
 Bahan pembelajaran dan hasil kerja murid dipamerkan.

PERBEZAAN DI ANTARA PEDAGOGI KONVENSIONAL DAN ALAF 21

Dimensi KONVENSIONAL ALAF 21


ASAS PEDAGOGI Memberi maklumat Membina maklumat
FOKUS PEMBELAJARAN Isi Pelajaran Belajar untuk belajar
STRATEGI Berinteraksi Bekerjasama dan
PEMBELAJARAN berinteraksi
MATLAMAT kawalan luaran Autonomi
PEMBELAJARAN
TEORI PEMBELAJARAN Tingkah laku kognitif
PERANAN GURU Mengajar Fasilitator
KAEDAH PENGAJARAN Terhad Terbuka
PENDEKATAN Luaran Mendalam
PEMBELAJARAN
STRUKTUR Tetap Fleksibel
PEMBELAJARAN
MODEL PENGAJARAN Berpusatkan guru Berpusatkan murid
OBJEKTIF Pemindahan maklumat Pertukaran idea/pemikiran
PEMBELAJARAN
KAEDAH PEMBELAJARAN Pasif Aktif

Dapatan daripada LDP ini maka dapat dirumuskan ;persediaan berikut untuk melaksanakan
pdp abad ke 21 ;
*Guru- guru yang melaksanakan pdp alaf 21 perlu ada;

1. Guru menunjukkan dan memberitahu objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan kepada
semua murid di dalam kelas sebelum memulakan sessi pdp. [Guru boleh menulis dan
menampal objektif dan kriteria kejayaan itu di atas papan tulis.] Murid lihat dan baca.

~ Objektif pembelajaran ditulis lebih umum .

manakala kriteria kejayaan ditulis secara khusus.

Contoh :

Objektif pembelajaran : Murid dapat menyenaraikan negeri-negeri di Semenanjung


Malaysia .

Kriteria kejayaan : Murid dapat menyenaraikan lima negeri -negeri di Semenanjung


Malaysia.

2. Lampu isyarat( atau dipanggil traffic light) - diperbuat daripada kadbod/ manilakad atau kad
berwarna dan mempunyai icon wajah yang menggambarkan faham , kurang faham dan tidak
faham . Ia bagi kegunaan murid menunjukkan aras pemahaman mereka sekaligus membantu
guru mengecam murid yang kurang memahami subjek yang diajar.

contoh icon traffic light : Guru boleh perbanyakkan icon ini untuk diberi kepada semua
murid untuk menggambarkan kefahaman mereka kepada guru semasa sessi
pembelajaran berlangsung.

.i) menggambarkan faham

icon ini murid tunjuk pada guru - menggambarkan " saya faham cikgu"
ii) menggambarkan tidak faham

icon ini murid tunjuk pada guru - menggambarkan " saya tidak faham cikgu"

iii) menggambarkan masih keliru atau kurang faham


icon ini murid tunjuk pada guru - menggambarkan " saya masih keliru cikgu"

3. Anchor activiti : aktiviti pengukuhan bagi murid yang sudah memahami pembelajaran , boleh
meneruskan aktiviti pengukuhan dengan menggunakan latihan yang disediakan dalam sudut
anchor aktiviti.

4. Parking Lot - untuk kegunaan murid yang malu bertanya jika tidak faham apa yang guru
sampaikan boleh menulis mesej / soalan yang mahu ditanya kepada guru dan menampal kertas
itu di board yang dinamakan 'parking lot'.

5. Sudut hasil kerja murid perlu diwujudkan bagi mempamerkan hasil kerja murid pada hari guru
mengajar. Sudut ini boleh diadakan di sudut matapelajaran supaya semua murid dapat
berkongsi hasil kerja rakan mereka.

6. Papan ganjaran - Murid yang bergerak secara berkumpulan boleh dimotivasikan dengan
papan ganjaran , di mana jika kumpulan berjaya memenuhi kehendak guru atau memenuhi
kriteria kejayaan dalam pdp pada hari berkenaan boleh diberi ganjaran / bintang untuk ditampal
di atas papan ganjaran.
Ini menggalakkan sikap ingin berlumba sesama mereka bagi mendapatkan ganjaran /.

* Satu perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua guru ialah, pedagogi abad ke 21
tidak semestinya menggunakan laptop serta LCD tetapi yang utama adalah pdp
itu berpusatkan murid dan guru bertindak sebagai fasilitator.

Berikut adalah contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pdp abad ke 21 untuk panduan
semua guru;

Contoh RPH Bahasa Melayu


Subjek : BAHASA MELAYU Tarikh :…………………………….
Tema : (Dari teks) Masa :…………………………….
Topik : Karangan Fakta (cth) Bil. Murid:……………………………..
Kemahiran Bahasa : Mendengar/Bertutur/Membaca/ Kelas :……………………………..
Menulis
Sistem Bahasa: Tatabahasa/ kosa kata/ ejaan/sebutan & Ilmu:
intonasi/Peribahasa
FU: Nilai:
FS: KBT:
Objektif Pembelajaran (LO)
Pada akhir (mesti boleh diukur)
pelajaran,
murid-murid
akan dapat:
Kriteria Kejayaan (SC)
Murid akan Ikut aras pelajar – lemah, sederhana,cemerlang
berjaya jika
mereka boleh:
Penilaian Pembelajaran (PBS)

Konsep Penting/ Kosa Kata/ Frasa Menarik BBM/ Sumber


Cth: IMBaKUP

Rangka Perancangan
Pemula Individu
Pasangan
Kumpulan
Keseluruhan
Aktiviti Individu

Pasangan

Kumpulan

Keseluruhan
Plenari Individu Cth: Guru meminta murid membuat rumusan tentang pelajaran pada
(Penutupan) Pasangan hari itu.
Kumpulan
Keseluruhan
Kerja Cth. Menulis karangan yang lengkap
Rumah
Impak/ Refleksi
Pencapaian objektif Pembelajaran Tindakan susulan Penambahbaikan PdP
23/25 orang murid mencapai 2 orang murid lagi akan
i. BBM yang lebih sesuai
objektif diberi bimbingan
selanjutnya.

Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan


September 16, 2015 Label, Muat Turun, Sekolah Amanah 6 Comments

Berbantukan panduan dan bimbingan daripada Program Sekolah Amanah, saya telah terdorong untuk
berkongsi ‘objektif pembelajaran’ dan ‘kriteria kejayaan’ bersama murid-murid. Kedua-dua elemen
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) ini tidak lagi menjadi rahsia dan terperap dalam kertas Rancangan
Pengajaran Harian, namun dipaparkan juga di hadapan kelas dan sentiasa dirujuk sepanjang
berlangsungnya PdP.

Paparan dua elemen ini mampu meningkatkan kualiti pembelajaran kita di dalam bilik darjah. Guru-guru
telah berkongsi dengan murid apa yang akan mereka ajar dan apa yang sepatutnya murid dapat. Jadi,
pembelajaran di dalam bilik darjah akan menjadi lebih tersusun.
APA BEZANYA
‘Objective Learning’ dan ‘Success Criteria’?
Kupasannya di sini:

Anda mungkin juga menyukai