Anda di halaman 1dari 4

 PdP alaf 21 mempunyai tujuh teras utama pedagogi iaitu ;

1. Perancangan Pengajaran , Kandungan dan Penyampaian

2. Mencipta persekitaran Pengajaran yang positif

3. Pentaksiran untuk Pembelajaran

4. Pembelajaran Kolaboratif dan Koperatif

5. Kemahiran Penyoalan dan Berfikir

6. Pembezaan

7. Pengetahuan Profesional dan Refleksi

Ciri-ciri Pedagogi Alaf 21 

 PdP alaf 21 menekankan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif ,manaka
la guru bertindak sebagai fasilitator di dalam kelas. 
 Susun atur kerusi meja di dalam kelas pula adalah berbentuk kumpulan , bagi
memudahkan murid berbincang dan berinteraksi antara satu sama lain. Pendekatan
pengajaran menggalakkan penggunaan teknologi maklumat (ICT) sesuai dengan
peredaran masa yang kini terdedah dengan internet dan aplikasi media yang lain.
 Guru perlu menulis objektif pembelajaran  di papan putih supaya murid jelas
matlamat aktiviti yang dijalankan .

 melibatkan persekitaran pembelajaran emosi dan pembelajaran fizikal 


PERSEKITARAN PEMBELAJARAN EMOSI :
 Guru menetapkan peraturan murid perlu mematuhi peraturan dan rutin yang
ditetapkan .
 Murid ditekankan dengan ganjaran dan akibat
 Guru mempamer dan menggalakkan harapan yang jelas dan tinggi berdasarkan
rasa hormat, penghargaan , empati dan persefahaman 
 Bahasa positif , kata - kata semangat dan motivasi perlu ada dalam pdp.
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN FIZIKAL

 Sessi pdp diadakan dalam keadaan selesa, selamat , cekap dan mesra
 Susun atur melibatkan pembelajaran berpusatkan murid , sesuai dengan usia
dan mata pelajaran 
 Menyediakan peluang murid akses sumber pembelajaran 
 Bahan pembelajaran dan hasil kerja murid dipamerkan.
PERBEZAAN DI ANTARA PEDAGOGI KONVENSIONAL DAN ALAF 21

 Dimensi   KONVENSIONAL  ALAF 21


 ASAS PEDAGOGI Memberi maklumat   Membina maklumat
 FOKUS PEMBELAJARAN  Isi Pelajaran   Belajar untuk belajar
 STRATEGI Berinteraksi Bekerjasama dan
PEMBELAJARAN berinteraksi 
 MATLAMAT  kawalan luaran  Autonomi 
PEMBELAJARAN
 TEORI PEMBELAJARAN  Tingkah laku kognitif 
 PERANAN GURU  Mengajar Fasilitator 
 KAEDAH PENGAJARAN  Terhad  Terbuka
 PENDEKATAN  Luaran Mendalam 
PEMBELAJARAN
 STRUKTUR  Tetap  Fleksibel 
PEMBELAJARAN
 MODEL PENGAJARAN  Berpusatkan guru   Berpusatkan murid
 OBJEKTIF  Pemindahan maklumat Pertukaran idea/pemikiran 
PEMBELAJARAN
 KAEDAH  Pasif Aktif 
PEMBELAJARAN

Dapatan daripada LDP ini maka dapat dirumuskan ;persediaan berikut untuk
melaksanakan pdp abad ke 21 ;

*Guru- guru yang melaksanakan pdp alaf 21 perlu ada;

1. Guru menunjukkan dan memberitahu objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan


kepada semua murid di dalam kelas sebelum memulakan sessi pdp. [Guru boleh
menulis dan menampal objektif dan kriteria kejayaan itu di atas papan tulis.] Murid lihat
dan baca.

 ~  Objektif pembelajaran ditulis lebih umum .

manakala kriteria kejayaan ditulis secara khusus.

Contoh :

Objektif pembelajaran : Murid dapat menyenaraikan negeri-negeri di Semenanjung


Malaysia .
Kriteria kejayaan : Murid dapat menyenaraikan lima negeri -negeri di Semenanjung
Malaysia. 

2. Lampu isyarat( atau dipanggil traffic light) - diperbuat daripada kadbod/ manilakad


atau kad berwarna dan mempunyai icon wajah yang menggambarkan faham , kurang
faham  dan tidak faham . Ia bagi kegunaan murid  menunjukkan aras pemahaman
mereka sekaligus membantu guru mengecam murid yang kurang memahami subjek
yang diajar.

contoh icon traffic light : Guru boleh perbanyakkan icon ini untuk diberi kepada
semua murid untuk menggambarkan kefahaman mereka kepada guru semasa
sessi pembelajaran berlangsung.

.i) menggambarkan faham

icon ini murid tunjuk pada


guru - menggambarkan "
saya faham cikgu"

ii) menggambarkan tidak


faham 

icon ini murid tunjuk pada


guru - menggambarkan "
saya tidak faham cikgu"

iii) menggambarkan masih


keliru atau kurang faham 

icon ini murid tunjuk pada


guru  - menggambarkan "
saya masih keliru cikgu"

3. Anchor activiti : aktiviti


pengukuhan bagi murid
yang sudah memahami
pembelajaran , boleh
meneruskan aktiviti
pengukuhan dengan
menggunakan latihan yang disediakan dalam sudut anchor aktiviti.
4. Parking Lot - untuk kegunaan murid yang malu bertanya jika tidak faham apa yang
guru sampaikan boleh menulis mesej / soalan yang mahu ditanya kepada guru dan
menampal kertas itu di board yang dinamakan 'parking lot'.

5. Sudut hasil kerja murid perlu diwujudkan bagi mempamerkan hasil kerja murid pada
hari guru mengajar. Sudut ini boleh diadakan di sudut matapelajaran supaya semua
murid dapat berkongsi hasil kerja rakan mereka.

6. Papan ganjaran - Murid yang bergerak secara berkumpulan boleh dimotivasikan


dengan papan ganjaran , di mana jika kumpulan berjaya memenuhi kehendak guru atau
memenuhi kriteria kejayaan dalam pdp pada hari berkenaan boleh diberi ganjaran /
bintang untuk ditampal di atas papan ganjaran.
Ini menggalakkan sikap ingin berlumba sesama mereka  bagi mendapatkan ganjaran /.

* Satu perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua guru ialah, pedagogi abad
ke 21 tidak semestinya menggunakan laptop serta LCD tetapi yang utama adalah
pdp itu  berpusatkan murid dan guru bertindak sebagai fasilitator.

Anda mungkin juga menyukai