Anda di halaman 1dari 37

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN

BAHAS BAHASA MELAYU


ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2021

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH RENDAH

1.0 PENDAHULUAN

Bahas Ala Parlimen merujuk kepada bentuk perbahasan sesuatu usul atau
cadangan seperti di Parlimen Malaysia. Dalam membahaskan sesuatu usul, pihak
Kerajaan yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri dan dibantu oleh dua (2)
menteri lain hendaklah membawa usul tersebut dan menterjemahkannya kepada
beberapa isu untuk dibahaskan. Seterusnya mereka mengemukakan hujah, fakta
dan contoh perihal sebab usul tersebut dikemukakan dan seterusnya
dilaksanakan di dalam negara sekiranya mendapat mandat dua per tiga (2/3) Ahli
Dewan. Pihak Pembangkang yang diketuai oleh Ketua Pembangkang pula akan
menterjemahkan usul (melalui persepsi berlainan) dan cuba menghujah, memberi
fakta dan contoh bantahan secara bersopan serta menjawab sebab usul tersebut
harus ditolak. Setelah sesuatu usul tersebut selesai diperdebatkan barulah Yang
Dipertua Dewan mendapatkan pengundian.

Dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen ini pengundian sebenarnya tidak berlaku
tetapi keputusannya ditentukan oleh Hakim Bahas. Keputusan hendaklah
diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan seperti pengumuman yang dibuat oleh
Yang Dipertua Dewan Rakyat.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memperkenalkan satu (1) format perbahasan yang menarik dan mencabar
kepada murid-murid sesuai dengan institusi persekolahan sebagai pusat
kecemerlangan.
2.2 Melahirkan murid-murid yang bakal menjadi pemimpin yang berani dan
berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran hujah secara sopan dan
spontan.
2.3 Melahirkan murid-murid yang berkemahiran mengutarakan hujah-hujah
yang bernas dan teratur.

3.0 JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan peringkat kebangsaan dijalankan secara timbal balik yang


menemukan pemenang dua (2) kumpulan yang bermula pada peringkat kedua.
Walau bagaimanapun, pada peringkat pertama peluang bertemu antara pasukan
kalah dan menang dibenarkan seperti gambar rajah yang berikut:
CARTA PERTANDINGAN

K1 P1 M1
Negeri 1
Negeri 2
M9 P9 P10 M10

M2 P2 K2 M18
Negeri 3
M17 Negeri 4
P17 P18
K3 M3
P3
Negeri 5
M11 P11 Negeri 6 12 M12
M21 M22
4 M
P4
P21 4 Negeri 7 P22
Negeri 8
M5
K21 M13 M14 K22
P13 P5
Negeri 9
Negeri 10
M6 K6
M19 P19 P6 P20 M20
Negeri 11
K7 M7 12
Negeri

M15 P15 P16 M16


P7
Negeri 13
M8 Negeri 14 K8

P8
Negeri 15
Negeri 16

Kalah Separuh Akhir


Ke-3 Bersama

P 24 (AKHIR)
Johan & Naib Johan
4.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah Tahap Dua (2)
iaitu Tahun Empat (4) hingga Tahun Enam (6) warganegara Malaysia sama
ada di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Bantuan
Kerajaan. Manakala, Sekolah Agama Swasta yang berdaftar dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dibenarkan menyertainya tetapi
penyertaan sehingga peringkat negeri sahaja. Penyertaan berbilang kaum
amat digalakkan.
4.2 Setiap sekolah/zon/daerah/negeri hanya dibenarkan menghantar satu (1)
pasukan untuk pertandingan tersebut.
4.3 Setiap pasukan hanya boleh diwakili oleh murid yang sedang belajar di
sekolah yang sama.
4.4 Pendaftaran peserta hanya melibatkan lima (5) orang peserta iaitu tiga (3)
orang pembahas utama dan dua (2) orang pembahas simpanan.

5.0 TATACARA PELAKSANAAN PERTANDINGAN

5.1 Pengendalian Pertandingan

5.1.1 Usul diberikan kepada semua pasukan yang bertanding dua (2)
minggu sebelum pertandingan.
5.1.2 Pertandingan akan dilaksanakan secara dalam talian atau secara
hibrid.
5.1.3 Peserta yang bertanding akan berada di lokasi masing-masing.

5.2 Sebelum Pertandingan

5.2.1 Pasukan bertanding perlu menyediakan tiga (3) talian dalam aplikasi
telesidang1 yang mempunyai:

5.2.1.1 Tiga (3) talian yang terdiri daripada tiga (3) orang
pembahas utama.

5.2.2 Pegawai teknikal perlu memastikan lima (5) talian dalam aplikasi
telesidang disediakan yang merangkumi:

5.2.2.1 Tiga (3) talian yang terdiri daripada tiga (3) orang hakim
yang bertugas.
5.2.2.2 Satu (1) talian yang terdiri daripada Yang Dipertua Dewan
dan seorang penjaga masa.

1
Aplikasi telesidang yang dicadangkan adalah seperti Google Meet, Zoom, Streamyard, Microsoft Teams dan Webex.
Mana-mana aplikasi telesidang yang bersesuaian dan stabil dibenarkan selagi tidak berlaku apa-apa permasalahan
semasa uji talian dan semasa pertandingan dijalankan.
5.2.2.3 Satu (1) talian yang digunakan oleh pegawai teknikal untuk
memantau perjalanan pertandingan.

5.2.3 Uji talian akan diadakan sehari sebelum pertandingan bermula.


Setiap pasukan diminta untuk bersedia di tempat yang mempunyai
capaian Internet yang baik.

5.2.4 Semasa uji talian dijalankan, semua pihak yang terlibat mesti
memberikan kerjasama yang sebaiknya bagi memastikan perjalanan
pertandingan dapat berjalan dengan lancar.

5.3 Semasa Pertandingan

5.3.1 Setiap pasukan akan mendapat pautan telesidang sehari sebelum


pertandingan dijalankan.

5.3.2 Setiap pasukan haruslah bersedia untuk uji talian bersama-sama


Yang Dipertua Dewan tiga puluh minit (30 minit) sebelum
pertandingan sebenar berlangsung.

5.3.3 Semua peserta perlu mengikut arahan sepenuhnya daripada Yang


Dipertua Dewan.

5.3.4 Semua peserta perlu dalam keadaan mod senyap kecuali ketika
menyampaikan hujah dan memberikan izin laluan.

5.3.5 Bilangan peserta semasa pertandingan adalah seperti yang berikut:


5.3.5.1 Lima (5) orang peserta pasukan kerajaan.
5.3.5.2 Lima (5) orang peserta pasukan pembangkang
5.3.5.3 Seorang Yang Dipertua Dewan dan penjaga masa
5.3.5.4 Hakim yang dilantik

5.3.6 Sebarang bantuan daripada pihak ketiga selain daripada peserta


yang bertanding tidak dibenarkan.
5.3.7 Keputusan pertandingan akan diumumkan setelah selesai penjurian
dijalankan selepas pertandingan.

5.3.8 Para peserta dikehendaki berada di bilik pertandingan maya tiga


puluh (30) minit sebelum pertandingan bermula supaya
pertandingan dapat dijalankan dengan lancar. Pasukan yang
didapati melanggar peraturan ini akan dibatalkan penyertaannya.
6.0 FORMAT PERTANDINGAN

6.1 Satu (1) pasukan yang mewakili sekolah dianggotai oleh lima (5) orang
pembahas dari sekolah yang sama. Pertandingan dilaksanakan secara
timbal balik.

6.2 Pasukan yang akan mengemukakan usul dikenali sebagai Pasukan Kerajaan
akan bertanding dengan Pasukan Pembangkang.

6.3 Pembahas pertama daripada pihak kerajaan akan disebut sebagai YAB
Perdana Menteri, manakala empat (4) orang lagi pembahas dalam pasukan
tersebut sebagai YB Menteri Kedua, YB Menteri Ketiga, YB Menteri Keempat
dan YB Menteri Kelima. Pembahas pertama daripada pihak pembangkang
akan disebut sebagai YB Ketua Pembangkang, manakala empat (4) lagi
pembahas dalam pasukan tersebut akan disebut sebagai YB Pembangkang
Kedua, YB Pembangkang Ketiga, YB Pembangkang Keempat dan YB
Pembangkang Kelima.

6.4 Peruntukan masa dan giliran berbahas bagi kedua-dua pasukan adalah
seperti yang berikut:

KERAJAAN
PEMBANGKANG MASA
(PENCADANG)
1 Pertama 2 Pertama 7 minit
3 Kedua 4 Kedua 7 minit
5 Ketiga 6 Ketiga 7 minit
Ucapan penggulungan Ucapan penggulungan
8 7 5 minit
(Pertama/Kedua) (Pertama/Kedua)

6.5 Pembahas pertama daripada kedua-dua pasukan hanya mengutarakan satu


(1) hujah manakala pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan akan
mengutarakan dua (2) hujah. Pembahas ketiga daripada kedua-dua pasukan
tidak mengutarakan hujah baharu. Tugas mereka adalah untuk membidas
hujah-hujah pasukan lawan.

6.6 Semasa satu (1) pihak berhujah, ahli pasukan lawan boleh memohon ‘Izin
Laluan’. Pembahas ini boleh menerima atau menolak izin laluan daripada
pihak lawan. Pembahas boleh menerima dua (2) izin laluan.

6.7 Selepas semua pembahas berhujah, pembahas pertama atau pembahas


kedua daripada kedua-dua pasukan akan memberi ucapan penggulungan
dimulai oleh pasukan pembangkang dan diikuti oleh pasukan kerajaan.
7.0 PENGHAKIMAN

7.1 Semua pertandingan akan diadili oleh panel hakim yang terdiri daripada tiga
(3) hakim

7.2 Taklimat kepada panel hakim diberi sekurang-kurangnya tiga puluh (30) minit
sebelum perbahasan bermula.

7.3 Pasukan yang mendapat undi majoriti daripada panel hakim (sistem juri)
dipilih sebagai pemenang. Para hakim tidak dibenarkan berbincang untuk
memilih pasukan yang menang.

7.4 Selepas selesai perbahasan, ketua hakim akan mengumpulkan dan


merumuskan borang keputusan dan menyerahkannya kepada Yang Dipertua
Dewan untuk mengumumkan keputusan perbahasan.

7.5 Keputusan bagi menentukan pembahas terbaik adalah berdasarkan majoriti.


Sekiranya keputusan majoriti tidak dicapai, ketua hakim akan menentukan
pembahas terbaik.

7.6 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

8.0 TATACARA PERBAHASAN

8.1 Pengendalian Perbahasan

8.1.1 Usul perbahasan akan diberi kepada pasukan yang bertanding


sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pertandingan.

8.1.2 Cabutan undi akan dijalankan di bilik urus setia maya untuk
menentukan pihak kerajaan dan pembangkang sebelum
pertandingan. Cabutan undi akan dilakukan secara dalam talian
antara pegawai teknikal dan pembahas daripada kedua-dua
pasukan yang akan bertanding.

8.1.3 Setelah mengetahui kedudukan mereka, pasukan-pasukan yang


terlibat akan dikuarantin di bilik persediaan maya masing-masing
selama lima belas (15) minit pada pusingan awal dan tiga puluh (30)
minit pada pusingan seterusnya.

8.1.4 Hanya peserta dibenarkan berada di dalam bilik persediaan maya.


Pihak lain seperti guru penasihat, jurulatih, ahli keluarga atau
penyokong dilarang berada di bilik persediaan semasa pasukan
dikuarantinkan.

8.1.5 Hanya bahan cetak sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik
kuarantin maya.
8.1.6 Bilik persediaan maya yang digunakan oleh peserta untuk sesi
kuarantin juga menjadi bilik persidangan maya.

8.1.7 Setiap pembahas yang akan menyampaikan hujah diwajibkan keluar


dari tempat duduknya dan berada di tempat yang bersesuaian.

8.2 Peranan Yang Dipertua Dewan

8.2.1 Yang Dipertua Dewan akan membaca ringkasan peraturan


perbahasan dan memperkenalkan penjaga masa, panel hakim dan
pembahas.

8.2.2 Yang Dipertua Dewan tidak dibenarkan membuat apa-apa komen


dan ulasan tentang usul perbahasan ataupun pembahas yang
sedang bertanding.

8.2.3 Yang Dipertua Dewan akan memastikan bahawa hakim telah


bersedia sebelum menjemput pembahas untuk berucap.

8.2.4 Yang Dipertua Dewan akan mengumumkan keputusan


pertandingan.

8.3 Peranan Penjaga Masa

8.3.1 Penjaga masa hendaklah memastikan bahawa tujuh (7) minit


diperuntukkan untuk pembahas berhujah dan lima (5) minit untuk
ucapan penggulungan. Masa akan diambil kira dari permulaan
pembahas berhujah.

8.3.2 Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada minit kedua
menandakan bahawa ruang terbuka kepada pasukan lawan
membuat izin laluan. Pada minit keenam loceng akan dibunyikan
sekali menandakan masa untuk izin laluan telah tamat. Loceng akan
dibunyikan dua (2) kali pada minit ketujuh sebagai tanda bahawa
masa untuk pembahas berhujah telah tamat.

8.3.3 Bagi ucapan penggulungan, penjaga masa hendaklah memastikan


bahawa kedua-dua pasukan diberi masa lima (5) minit sebagai masa
persediaan sebelum pasukan-pasukan tersebut membuat
penggulungan.

8.3.4 Pada minit keempat masa penggulungan, penjaga masa akan


membunyikan loceng amaran dan pada minit ketiga loceng
dibunyikan dua (2) kali menandakan masa telah tamat untuk
pembahas.
8.3.5 Penunjuk masa secara maya (virtual) akan dipaparkan pada skrin
komputer sebagai panduan masa pembahas untuk menyampaikan
hujah dan bidasan.

8.3.6 Masa kecederaan (masa tambahan) sebanyak dua (2) minit akan
diberikan sekiranya berlaku sebarang gangguan teknikal semasa
pertandingan dijalankan.

8.4 Larangan

8.4.1 Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan


menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang.

8.4.2 Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis beserta terjemahan


untuk mengukuhkan hujah adalah dilarang sama sekali.
8.5 Peranan Pembahas

Pembahas Pertama Kerajaan (Perdana Menteri) 7 Minit

8.5.1 Tugas pertama Perdana Menteri adalah untuk memberi definisi atau
pentakrifan terhadap usul yang dibentangkan dalam perbahasan
tersebut.

8.5.2 Tugas kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak kerajaan


berhubung dengan usul yang dibentangkan.

8.5.3 Tugas ketiga Perdana Menteri adalah untuk menyatakan strategi


pihak Kerajaan dan peranan yang akan dilakukan oleh Menteri-
menteri yang lain bagi mengukuhkan pendirian pihak kerajaan.

8.5.4 Tugas keempat Perdana Menteri adalah untuk mengemukakan satu


hujah dan memberi huraian/fakta untuk menyokong usul yang telah
dibentangkan oleh pihak kerajaan.

8.5.5 Tugas kelima Perdana Menteri adalah untuk menegaskan pendirian


pihak Kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.

Pembahas Pertama Pembangkang (Ketua Pembangkang) 7 Minit

8.5.6 Tugas pertama Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan


pendirian pihak pembangkang sama ada bersetuju dan menerima
definisi usul yang telah diberikan oleh pihak kerajaan atau menolak
definisi tersebut. Sekiranya pihak pembangkang menolak definisi
tersebut. Mereka boleh mengemukakan definisi mengikut takrifan
mereka.
8.5.7 Tugas kedua Ketua Pembangkang adalah untuk membidas hujah
yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri (Pembahas Pertama
Kerajaan).

8.5.8 Tugas ketiga Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan


pendirian pihak pembangkang berhubung dengan usul yang
diperdebatkan dalam perbahasan tersebut.

8.5.9 Tugas keempat Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan


strategi pihak pembangkang dan peranan yang akan dilakukan oleh
pembangkang-pembangkang yang lain bagi mengukuhkan
pendirian pihak pembangkang.

8.5.10 Tugas kelima ketua pembangkang adalah untuk mengemukakan


satu (1) hujah dan memberi huraian/fakta berdasarkan pendirian
pihak pembangkang.

8.5.11 Tugas keenam Ketua Pembangkang adalah untuk menegaskan


pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah
dibentangkan oleh kerajaan.

Pembahas Kedua Kerajaan (Menteri Kedua) 7 Minit

8.5.12 Tugas pertama Menteri Kedua adalah untuk menyatakan pendirian


pihak kerajaan sama ada bersetuju dan menerima definisi baharu
yang telah diberikan oleh pihak pembangkang atau menolak definisi
tersebut. Sekiranya pihak kerajaan menolak definisi semula oleh
pihak pembangkang, Menteri Kedua hendaklah memberi penegasan
tentang definisi yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri
sebelum ini.

8.5.13 Tugas kedua adalah untuk membidas hujah yang telah dikemukakan
oleh Ketua Pembangkang.

8.5.14 Tugas ketiga adalah untuk mengemukakan dua hujah dan memberi
huraian/fakta untuk menyokong usaha yang telah dibentangkan oleh
pihak kerajaan.

8.5.15 Tugas keempat Menteri Kedua adalah untuk menegaskan pendirian


pihak kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.

Pembahas Kedua Pembangkang (Pembangkang Kedua) 7 Minit


8.5.16 Tugas pertama Pembangkang Kedua adalah untuk membidas hujah
yang telah dikemukakan oleh menteri kedua.

8.5.17 Tugas kedua Pembangkang Kedua adalah untuk membidas hujah


yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.

8.5.18 Tugas ketiga Pembangkang Kedua adalah untuk mengemukakan


dua hujah dan memberi huraian/fakta untuk menyokong usaha yang
telah dibentangkan oleh pihak pembangkang.

8.5.19 Tugas keempat Pembangkang Kedua adalah untuk menegaskan


pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah
dibentangkan oleh kerajaan.

Pembahas Ketiga Kerajaan (Menteri Ketiga) 7 Minit

8.5.20 Tugas pertama Menteri Ketiga adalah untuk membidas hujah yang
telah dikemukakan oleh pembangkang kedua.

8.5.21 Tugas kedua Menteri Ketiga adalah untuk membidas hujah yang
telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang.

8.5.22 Tugas ketiga Menteri Ketiga adalah memperkukuh usul yang telah
dibawa oleh pihak kerajaan dan menegaskan pendirian pihak
kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.

Pembahas Ketiga Pembangkang (Pembangkang Ketiga) 7 Minit

8.5.23 Tugas pertama Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas hujah


yang telah dikemukakan oleh Menteri ketiga.

8.5.24 Tugas kedua Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas hujah


yang telah dikemukakan oleh Menteri Kedua.

8.5.25 Tugas ketiga Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas hujah-


hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.

8.5.26 Tugas keempat Pembangkang Ketiga adalah untuk memperkukuh


usul berdasarkan fakta-fakta pihak pembangkang dan menegaskan
pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah
dibentangkan oleh kerajaan.

8.6 Peranan Penggulung.


Penggulung Pihak Pembangkang
(Pembahas Pertama/Kedua) - 5 Minit

8.6.1 Tugas pertama penggulung pihak pembangkang adalah untuk


membidas hujah/usul dan fakta-fakta pihak kerajaan serta
menyatakan kelemahan/kesilapan yang telah dilakukan oleh pihak
kerajaan dalam membentangkan usul tersebut.

8.6.2 Tugas kedua penggulung pihak pembangkang adalah menggulung


perbahasan bagi pihak pembangkang dan membuat penegasan
untuk menutup hujah pembangkang dalam membahaskan usul yang
telah dibentangkan oleh kerajaan.

Penggulung Pihak Kerajaan


(Pembahas Pertama/Kedua) - 5 Minit

8.6.3 Tugas pertama penggulung pihak Kerajaan adalah untuk membidas


hujah/usul dan fakta-fakta pihak pembangkang dalam
membahaskan usul tersebut.

8.6.4 Tugas kedua penggulung pihak Kerajaan adalah menggulung


perbahasan bagi pihak Kerajaan dan membuat penegasan untuk
menutup hujah Kerajaan dalam menyokong usul yang telah
dibentangkan.

9.0 IZIN LALUAN

9.1 Semasa seorang pembahas sedang berhujah, pihak lawan dibenarkan untuk
membuat izin laluan. Izin laluan ialah celahan formal yang ditujukan kepada
pembahas yang berhujah. Izin laluan boleh dilakukan dalam bentuk:

9.1.1 soalan;
9.1.2 kenyataan;
9.1.3 fakta;
9.1.4 ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isi yang sedang diutarakan
oleh pembahas.

9.2 Tujuan utama izin laluan adalah untuk memberi atau meminta maklumat
tentang sesuatu isi yang sedang dibahaskan. Pihak lawan boleh
membetulkan fakta yang dianggap telah terpesong. Izin laluan juga boleh
digunakan untuk meminta penjelasan dan menyoal pihak lawan.

9.3 Masa selama lima belas (15) saat sahaja diperuntukkan bagi setiap izin
laluan. Izin laluan haruslah padat dan bernas.
9.4 Izin laluan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja mengganggu pihak
lawan kerana terdapat etika yang wajib dipatuhi. Markah akan dikurangkan
jika melanggar etika ini.

9.5 Etika Izin Laluan

9.5.1 Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon izin laluan antara minit
kedua dan minit keempat hujahan pembahas. Izin laluan tidak boleh
dilakukan pada dua minit pertama dan minit kelima semasa
pembahas sedang berhujah. Loceng akan dibunyikan untuk
menandakan permulaan dan penutup masa yang ditetap untuk izin
laluan.

9.5.2 Tidak terdapat izin laluan semasa ucapan penggulungan.

9.5.3 Isyarat-isyarat yang sopan dan hormat seperti mengangkat tangan


atau berdiri tegak hendaklah dilakukan semasa memohon izin
laluan. Perlakuan yang kasar dan biadap seperti menepuk-nepuk
meja atau tangan, memetik jari, melambai-lambai, bersiul, menjerit
atau apa-apa sahaja yang sengaja dilakukan untuk mengganggu
pihak lawan akan menyebabkan pengurangan markah.

9.5.4 Kata-kata yang diucapkan semasa izin laluan hendaklah halus dan
berbudi bahasa serta mencerminkan tatasusila, adab dan budaya
yang tinggi. Menjerit, marah-marah dan mengejek pihak lawan
adalah dilarang.

9.5.5 Izin laluan dipohon dengan cara seseorang pembahas berdiri dan
menyebut “Izin Laluan”. Pembahas yang sedang berucap tidak
dimestikan menerima setiap izin laluan yang ditujukan kepadanya.
Pembahas yang sedang berucap boleh:
● Meminta pihak lawannya untuk duduk dengan cara yang hormat;
● Menghabiskan ayatnya dan menerima izin laluan tersebut;
● Menerima izin laluan tersebut ketika itu.

9.6 Memohon dan Menerima Izin Laluan

9.6.1 Sepanjang perbahasan, seorang pembahas diwajibkan memohon


sekurang-kurangnya dua kali izin laluan. Pembahas ini juga mesti
menerima paling kurang dua kali izin laluan yang ditujukan
kepadanya.

9.6.2 Pembahas yang ingin memohon izin laluan hanya perlu mengangkat
kad izin laluan sehingga diterima oleh pihak lawan. Apabila diterima,
pembahas perlu mengaktifkan mikrofon dan menyahaktifkannya
selepas memohon izin laluan.
9.6.3 Pembahas yang memohon izin laluan tetapi tidak diterima oleh pihak
lawan tetap akan diberi markah izin laluan. Manakala pemohon yang
mohon izin laluan kali ketiga untuk pembahas yang sedang
berhujah, perlu bertanya. Jika tidak bertanya dianggap tidak
memohon izin laluan.

9.6.4 Pembahas yang memohon izin laluan kurang daripada dua (2) kali
akan kehilangan markah isi dan strategi.
● Markah isi ditolak kerana gagal mengambil peluang keemasan.
● Markah strategi ditolak kerana tidak memenuhi peranan sebagai
pembahas.

9.6.5 Pembahas yang tidak menjawab atau menerima izin laluan daripada
pihak lawan juga kehilangan markah isi dan strategi.
● Kehilangan markah dalam isi disebabkan oleh pembahas tidak
memberi peluang kepada pihak lawan.
● Kehilangan markah strategi disebabkan oleh pembahas tidak
menjalankan peranan sebagai pembahas dan takut untuk
menghadapi cabaran.

9.6.6 Panel hakim juga boleh menilai sama ada pembahas itu berdebat
secara spontan ataupun terikat pada teks perbahasannya dengan
menilai daripada penglibatannya dalam izin laluan.

10.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan di mana-mana


platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

11.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola pertandingan yang mana keputusan adalah muktamad.

RUJUKAN BORANG PEMARKAHAN


BAHAS BAHAS MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH RENDAH

1.0 ASPEK PEMARKAHAN

Aspek pemarkahan yang diberikan perhatian kepada pembahas adalah seperti


yang berikut:

I. ISI
II. STRATEGI
III. GAYA
IV. BAHASA

1.1 ISI

1.1.1 Hakim harus menilai isi daripada segi hujah yang disampaikan dan
bukannya gaya penyampaian hujah. Hakim sewajarnya menilai
ketepatan dan kemantapan hujah tanpa dipengaruhi oleh
kepandaian pembahas berkata-kata.

1.1.2 Penilaian terhadap isi termasuklah ketepatan dan kemantapan


bidasan. Hakim dinasihati menilai isi mengikut kemampuan murid
sekolah rendah.

1.1.3 Tugas hakim adalah untuk menilai kemantapan serta ketepatan


hujah dan bukannya kebolehan pasukan lawan membidas hujah
yang diberi.

1.1.4 Jika hujah dikemukakan oleh sesebuah pasukan adalah lemah dan
hujah tersebut tidak dapat dibidas oleh pihak lawan, pihak lawan
tersebut telah melakukan kesilapan kerana tidak mengambil
kesempatan membidas hujah yang lemah tersebut. Namun begitu,
bidasan yang diberi harus berdasarkan hujah dan bukan
berdasarkan contoh sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah
pembahas bagi mengelakkan diri daripada membidas perkara-
perkara yang penting.

1.1.5 Hakim harus mengelakkan diri daripada dipengaruhi oleh


kepercayaan, prejudis, tanggapan dan pengetahuan sedia ada
masing-masing.
1.2 STRATEGI

1.2.1 Strategi memerlukan perhatian yang lebih. Strategi meliputi dua


konsep, iaitu:

I. Struktur dan tempoh masa penghujahan.


II. Pemahaman pembahas tentang isu perbahasan.

1.2.2 Struktur

Penghujahan yang bermutu mempunyai pendahuluan, huraian dan


penutup yang jelas. Semasa penghujahan disampaikan, kata kunci
akan dinyatakan sebagai panduan arah tuju pembahas.
Penghujahan harus bersifat logik dan menunjukkan kesinambungan.
Oleh itu, gaya penyampaian hujah merupakan salah satu komponen
strategi.

1.2.3 Tempoh masa penghujahan adalah penting. Terdapat dua aspek


berkaitan dengan hal ini, iaitu:

I. Berhujah dengan had masa yang dibenarkan.


II. Memberi tempoh masa yang secukupnya untuk isu
penghujahan.

1.2.4 Pembahas sepatutnya memberikan keutamaan kepada isu yang


lebih penting. Secara umumnya, lebih baik jika pembahas
menyatakan bidasannya sebelum menyatakan isu atau hujah. Hal ini
lebih logik untuk menafikan pendirian pihak lawan sebelum
menegakkan pendirian pembahas pula.

1.2.5 Hakim tidak harus menghakimi ketepatan dan kemantapan


penghujahan sahaja tetapi juga harus mengambil kira ketepatan
masa dan keutamaan isu.

1.2.6 Pemahaman tentang isu.

Pembahas harus memahami isu-isu penting dalam perbahasan.


Membazir masa jika persoalan penting tidak dibidas. Pembahas
tidak akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagian strategi
sekiranya pembahas tidak memahami isu penting dalam
perbahasan itu. Sebaliknya, pembahas yang memahami isu yang
dibahaskan dan dapat membidas dengan baik akan mendapat
markah yang tinggi dalam bahagian strategi.

1.2.7 Hakim mesti memahami perbezaan antara strategi dan isi.


Bayangkan dalam sesuatu situasi, seorang pembahas yang cuba
membidas isu atau hujah akan mendapat markah yang rendah bagi
isi kerana bidasannya lemah. Walau bagaimanapun, pembahas itu
akan mendapat markah yang baik untuk strategi kerana dapat
membidas hujah tersebut.

1.3 GAYA

1.3.1 Hakim tidak seharusnya memilih pembahas dengan gaya yang


keterlaluan.

1.3.2 Gaya termasuklah cara pembahas berhujah, iaitu:

I. Sebutan
II. Bahasa gerak badan

Dalam hal ini, hakim dinasihati agar bertoleransi dengan cara


penghujahan yang berbeza oleh pembahas.

1.3.3 Penggunaan nota dan kad nota dibenarkan dan tidak seharusnya
didenda kecuali jika pembahas ternyata membaca daripada nota.

1.3.4 Hakim juga dinasihati supaya bertoleransi tentang gaya tutur dan
kepantasan penyampaian hujah dan markah hanya boleh dipotong
jikalau gaya perbahasa melampaui batas.

1.4 BAHASA

1.4.1 Aspek bahas yang harus diambil kira ialah:

I. Gaya bahasa
II. Struktur ayat
III. Tatabahasa

1.4.2 Hal ini juga termasuk aspek:

I. Sebutan baku
II. Kelancaran
III. Nada
IV. Intonasi

Penggunaan sebutan baku diwajibkan. Oleh itu, hakim perlu


memastikan bahawa pembahas berhujah dengan menggunakan
sebutan baku serta struktur tatabahasa yang betul.

1.4.3 Penggunaan gaya bahasa yang menarik seperti penggunaan


kiasan, peribahasa dan sebagainya tepat mengikuti situasi
sewajarnya diberikan markah yang tinggi dalam bahagian bahasa.
2.0 BIDASAN

2.1 FOKUS PEMBAHAS DALAM BIDASAN

2.1.1 Pembahas sepatutnya membidas hujah dan bukan membidas


contoh. Misalnya, pembahas daripada pihak kerajaan telah memberi
contoh lemah tetapi hujahnya tepat dan mantap. Pembahas
sepatutnya membidas hujah dan bukan contoh kerana itulah
kehendak perbahasan.

2.1.2 Pembahas mungkin memberi beberapa contoh bagi menerangkan


hujah yang sama. Oleh itu, jika pembahas daripada pihak lawan
dapat memberikan satu bidasan untuk mematahkan kesemua
contoh yang diberikan oleh pihak lawan, maka pembahas tidak
perlu membidas setiap contoh.

3.0 PENGGULUNGAN

Penggulungan merupakan rumusan tentang pendirian pasukan pembahas


tentang isu yang dibahaskan. Oleh itu, pembahas sepatutnya menyatakan isu-isu
pasukan masing-masing dalam perbahasan tersebut.

4.0 IZIN LALUAN

4.1 ASPEK PENTING IZIN LALUAN

4.1.1 Izin laluan boleh dilakukan oleh pihak lawan sepanjang seseorang
pembahas menyampaikan hujahnya. Pembahas itu boleh menerima
atau menolak izin laluan. Jika izin laluan itu diterima, pihak lawan
boleh membetulkan maklumat perbahasan itu atau menyoal dengan
persoalan tentang isu yang sedang diutarakan dalam perbahasan.

4.1.2 Dengan adanya izin laluan, hal ini bermakna setiap pembahas akan
mengambil bahagian dari awal hingga akhir perbahasan yang
dijalankan dan bukan hanya ketika menyatakan hujah masing-
masing.

4.1.3 Pembahas seharusnya memainkan peranan dalam memberikan


pandangannya. Walaupun pandangannya mungkin tidak diterima,
namun sekurang-kurangnya hal ini menunjukkan bahawa pembahas
itu mengambil bahagian atau cuba melibatkan diri dalam
perbahasan itu. Malahan, pembahas yang tidak memberi atau
menerima izin laluan akan mendapat markah yang rendah dalam
bahagian isi dan strategi.
SISTEM PEMARKAHAN
BAHAS BAHAS MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH RENDAH
1.0 HUJAHAN (JUMLAH MARKAH = 100 MARKAH)

1.1 PECAHAN MARKAH MENGIKUT PEMBAHAGIAN

1.1.1 Setiap pembahas akan diberikan markah mengikut pembahagian


seperti yang berikut:

A. Isi = 30 markah
B. Strategi = 30 markah
C. Gaya = 20 markah
D. Bahasa = 20 markah

1.1.2 Markah KERJASAMA tidak dikira dalam kategori sekolah kerana tiada
sesi celahan oleh pembahas simpanan.

GARIS PANDUAN PEMBERIAN MARKAH (ANGGARAN)

ISI STRATEGI GAYA BAHASA


NO. MUTU/TAHAP JUMLAH
(30M) (30M) (20M) (20M)

1 Cemerlang 26 – 30 26 – 30 18 – 20 18 – 20 96 – 100

2 Sangat Baik 21 – 25 21 – 25 15 – 17 15 – 17 78 – 95

3 Baik 16 – 20 16 – 20 12 – 14 12 – 14 65 – 77

4 Sederhana 11 – 15 11 – 15 9 – 11 9 – 11 45 – 64

5 Lemah 6 – 10 6 – 10 6–8 6–8 24 – 44

1.2 PERTIMBANGAN PEMARKAHAN


1.2.1 ISI

1.2.1.1 Nilai isi dari segi hujah atau fakta kes yang disampaikan
berdasarkan:

I. Ketepatan hujah
II. Kemantapan hujah

1.2.1.2 Nilaian ini juga termasuk ketepatan dan kemantapan bidasan.

1.2.1.3 Elakkan daripada terpengaruh dengan gaya penyampaian


hujah.

1.2.1.4 Tugas hakim adalah untuk menilai ketepatan dan


kemantapan hujah dan bukannya sama ada pasukan lawan
boleh membidas hujah yang diberikan.

1.2.1.5 Jika hujah yang diberikan adalah lemah dari segi ketepatan
dan kemantapan dan hujah itu tidak dibidas. Oleh itu, pihak
yang tidak membidas hujah tersebut telah melakukan
kesilapan yang lebih serius berbanding dengan pihak yang
menyampaikan hujah yang lemah itu gagal mengambil
kesempatan membidas hujah yang lemah itu.

1.2.1.6 Bidasan yang dikemukakan hendaklah berdasarkan hujah


dan bukannya berdasarkan contoh. Perkara-perkara penting
yang terlebih dahulu perlu dibidas oleh pembahas.

1.2.1.7 Hakim harus mengelakkan diri daripada terpengaruh oleh


kepercayaan dan prejudis atau pengetahuan dalam sesuatu
bidang.

1.2.1.8 Mutu soalan dan jawapan izin laluan boleh mempengaruhi


markah isi.

1.2.1.9 Hakim hendaklah menilai penyampaian hujah atau isi


mengikut tahap kemampuan murid sekolah rendah.

1.2.2 STRATEGI

1.2.2.1 Strategi meliputi dua konsep:


I. Struktur dan tempoh masa penghujahan.
II. Kefahaman pembahas tentang isu perbahasan.

1.2.2.2 Struktur

Penghujahan yang bermutu mempunyai pendahuluan,


huraian dan penutup yang jelas. Semasa penghujahan, kata
kunci diberi sebagai panduan arah tuju pembahas.
Penghujahan harus bersifat logik dan ada kesinambungan.

1.2.2.3 Tempoh masa penghujahan terbahagi kepada dua aspek:

I. Berhujah dalam masa yang dibenarkan.


II. Memperuntukkan masa yang secukupnya untuk
aspek-aspek penghujahan.

1.2.2.4 Susunan isi perlu dititikberatkan. Isi-isi yang penting perlu


didahulukan dan diikuti isi yang kurang penting.

1.2.2.5 Dari segi strategi, pembahas lebih wajar mengemukakan


bidasannya terlebih dahulu sebelum menyatakan hujah atau
fakta.

1.2.2.6 Hakim perlu mengambil kira ketepatan masa dan keutamaan


isu ketika mempertimbangkan markah strategi.

1.2.2.7 Pemahaman tentang isu.

Pembahas harus memahami isu-isu penting dalam


perbahasan. Persoalan penting perlu dibidas. Pembahas
yang tidak memahami isu penting dalam perbahasan tidak
akan mendapat yang tinggi dalam bahagian strategi.
Sebaliknya, pembahas yang memahami isu yang dibahaskan
dan dapat membidas dengan baik akan mendapat markah
yang tinggi dalam bahagian strategi.

1.2.2.8 Penglibatan pembahas dalam memberi atau menerima izin


laluan juga perlu dinilai dalam bahagian strategi.

1.2.2.9 Hakim mesti membezakan antara strategi dan isu.


Bayangkan dalam sesuatu situasi, seorang pembahas yang
cuba membidas isu atau hujah akan mendapat markah yang
rendah bagi isi kerana bidasannya lemah. Walau
bagaimanapun, pembahas itu akan mendapat markah yang
baik untuk strategi kerana dapat membidas hujah tersebut.
1.2.3 GAYA

1.2.3.1 Gaya termasuklah cara pembahas berhujah, iaitu:

● Sebutan – suara yang jelas


● Bahasa gerak badan
● Kepelbagaian
● Bersesuaian dengan pengucapan awam yang
dilafazkan.

I.2.3.2 Penggunaan nota dan kad nota dibenarkan dan tidak harus
didenda kecuali jika pembahas ternyata terlalu banyak
bergantung pada nota atau membaca nota.

I.2.3.3 Hakim dinasihati agar bertoleransi tentang gaya bertutur dan


kepantasan.

I.2.3.4 Hakim dinasihati untuk menitikberatkan cara berhujah yang


berbeza oleh para pembahas.

I.2.3.5 Gaya yang berjaya menarik dan memikat hati penonton perlu
diberikan pertimbangan.

I.2.3.6 Markah hanya dipotong jika gaya pembahas agak keterlaluan


atau melampaui batas.

I.2.4 BAHASA

1.2.4.1 Aspek bahasa yang perlu diambil kita ialah:

I. Gaya bahasa
II. Struktur ayat
III. Tatabahasa

1.2.4.2 Aspek bahasa yang lain termasuklah:

I. Sebutan (baku)
II. Kelancaran
III. Nada
IV. Intonasi

Penggunaan sebutan baku diwajibkan. Hakim perlu


memastikan bahawa pembahas berhujah dengan
menggunakan sebutan serta struktur ayat yang betul.

1.2.4.3 Gaya bahasa yang menarik seperti penggunaan kiasan,


peribahasa dan sebagainya tepat mengikuti situasi
sewajarnya diberikan markah yang tinggi dalam bahagian
bahasa.

2.0 UCAPAN PENGGULUNGAN (JUMLAH = 50 MARKAH)

2.1 Markah diberikan mengikut pembahagian yang berikut:

A. Isi = 15 markah
B. Strategi = 15 markah
C. Gaya = 10 markah
D. Bahasa = 10 markah
-----------------------------------------
Jumlah = 50 markah
-----------------------------------------

2.2 Garis Panduan / Skala Pemarkahan (Anggaran)

ISI STRATEGI GAYA BAHASA


NO. MUTU/TAHAP JUMLAH
(15M) (15M) (10M) (10M)

1 Cemerlang 14 – 15 14 – 15 9 – 10 9 – 10 46 - 50

2 Sangat Baik 12 – 13 12 – 13 7–8 7–8 38 – 42

3 Baik 10 – 11 10 – 11 5–6 5–6 30 – 35

4 Sederhana 8–9 8–9 4 4 24 – 29

5 Lemah 6–7 6–7 3 3

2.3 Pertimbangan Pemarkahan


2.3.1 ISI

2.3.1.1 Isi dinilai daripada aspek:

I. Kemampuan pembahas merumuskan hujah pihak


lawan.
II. Kemampuan pembahas merumuskan hujah dan
menegaskan hujah pasukan.

II.3.1.2 Ketepatan dan kemantapan bidasan dan penggulungan


yang dibentangkan oleh pembahas mempengaruhi markah
isi.

II.3.1.3 Gaya penyampaian tidak mempengaruhi markah isi.

II.3.2 STRATEGI

II.3.2.1 Peruntukan masa yang secukupnya (seimbang) bagi tujuan


membidas dan menggulung kes pasukan mempengaruhi
markah strategi.

II.3.2.2 Pembahas perlu mendahulukan bidasan dan diikuti dengan


penggulungan.

II.3.2.3 Bidasan biasanya didahului dengan rumusan hujah pihak


lawan.

II.3.2.4 Keutamaan isu semasa membidas dan menggulungkan


hujah perlu diambil kira oleh hakim.

Perkara-perkara yang dinyatakan di atas antara asas kepada pemberian markah


strategi semasa sesi penggulungan.

II.3.3 GAYA / BAHASA

II.3.3.1 Hakim boleh merujuk pertimbangan pemarkahan pada


bahagian penghujahan.
MOD PELAKSANAAN PERTANDINGAN
BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH

MOD A: HIBRID

1. Sesi perbahasan dijalankan menggunakan kaedah hibrid, iaitu:


● Peserta akan dikumpulkan dan berada di negeri masing-masing serta diselia
oleh guru pembimbing.
● Panel hakim pertandingan berada di negeri tuan rumah.

2. Taklimat hakim akan dijalankan sehari sebelum pertandingan secara hibrid


dilaksanakan.

3. Empat platform digunakan untuk mengendalikan pertandingan:


● Platform 1: Semasa pertandingan
● Platform 2: Pengurusan pasukan dan penonton
● Platform 3: Kuarantin dan pemantauan
● Platform 4: Taklimat hakim dan peserta

4. Persediaan peralatan untuk peserta yang perlu diuruskan oleh negeri masing-masing:
● Set komputer atau komputer riba yang mempunyai webcam
● Fon kepala berwayar
● Talian Internet yang baik
● Pencahayaan yang baik

5. Lapan bilik persidangan maya (virtual conference room) disediakan untuk


pertandingan bagi Peringkat Awal Pertama dan Peringkat Awal Kedua.

6. Penyelaras (Pasukan Teknikal ICT) akan memberikan satu pautan untuk bilik
pertandingan kepada hakim-hakim yang bertugas, peserta, Yang Dipertua Dewan
dan penjaga masa 30 minit sebelum pertandingan.

7. Cabutan undi akan dijalankan dalam talian antara pegawai teknikal dan guru
pembimbing daripada kedua-dua pasukan yang akan bertanding untuk penentuan
peranan pasukan sama ada kerajaan atau pembangkang.

8. Pasukan-pasukan yang terlibat akan dikuarantinkan di dalam bilik pertandingan


masing-masing selama 15 minit untuk Peringkat Awal Pertama dan 30 minit untuk
pusingan yang seterusnya.

9. Hanya peserta sahaja yang dibenarkan berada di dalam bilik pertandingan semasa
kuarantin dijalankan. Pihak lain seperti guru pembimbing, ahli keluarga atau
penyokong dilarang berada di bilik persediaan semasa pasukan dikuarantin.

10. Sekiranya masalah gangguan talian Internet berlaku selama 10 minit, Yang Dipertua
Dewan berhak untuk meminta pembahas yang berkenaan mengulang hujah-hujahnya
kembali.
MOD B: DALAM TALIAN

1. Peserta berada di lokasi masing-masing secara berasingan.

2. Hakim, Yang Dipertua Dewan dan penjaga masa juga berada di lokasi masing-
masing.

3. Taklimat hakim dan peserta dijalankan sehari sebelum pertandingan secara dalam
talian.

4. Empat platform digunakan untuk mengendalikan pertandingan diuruskan oleh


Pasukan Teknikal ICT negeri masing-masing:
● Platform 1: Semasa pertandingan
● Platform 2: Pengurusan pasukan dan penonton
● Platform 3: Kuarantin dan pemantauan
● Platform 4: Taklimat hakim dan peserta

5. Persediaan peralatan untuk peserta yang perlu diuruskan oleh negeri masing-masing:
● Set komputer atau komputer riba yang mempunyai webcam.
● Fon kepala berwayar.
● Talian Internet yang baik.
● Pencahayaan yang baik.

6. Lapan bilik persidangan maya (virtual conference room) disediakan untuk


pertandingan bagi Peringkat Awal Pertama dan Peringkat Awal Kedua.

7. Penyelaras (Pasukan Teknikal ICT) akan memberikan satu pautan untuk bilik
pertandingan kepada hakim-hakim yang bertugas, peserta, Yang Dipertua Dewan
dan penjaga masa 30 minit sebelum pertandingan.

8. Cabutan undi akan dijalankan dalam talian antara pegawai teknikal dan guru
pembimbing daripada kedua-dua pasukan yang akan bertanding untuk penentuan
peranan pasukan sama ada kerajaan atau pembangkang.

9. Pasukan-pasukan yang terlibat akan dikuarantinkan di dalam bilik pertandingan


masing-masing selama 15 minit untuk Peringkat Awal Pertama dan 30 minit untuk
pusingan yang seterusnya.

10. Hanya peserta sahaja yang dibenarkan berada di dalam bilik pertandingan semasa
kuarantin dijalankan. Pihak lain seperti guru pembimbing, ahli keluarga atau
penyokong dilarang berada di bilik persediaan semasa pasukan dikuarantin.

11. Sekiranya masalah gangguan talian Internet berlaku selama 10 minit, Yang Dipertua
Dewan berhak untuk meminta pembahas yang berkenaan mengulang hujah-hujahnya
kembali.
SULIT KP1

SEMUA HAKIM

KEPUTUSAN PERTANDINGAN
BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT KEBANGSAAN

PERINGKAT : AWAL PERTAMA / AWAL KEDUA / SUKU AKHIR /


SEPARUH AKHR / AKHIR

USUL: …………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………….

ANTARA

KERAJAAN PEMBANGKANG

*** USUL DITERIMA / DITOLAK ***

*** PEMENANG : KERAJAAN / PEMBANGKANG ***

SEKOLAH : …………………………………………………………………….

PEMBAHAS TERBAIK : …………………………………………………………………….

PASUKAN : KERAJAAN / PEMBANGKANG

NAMA HAKIM TANDATANGAN

………………………………………………….. ………………………………………

TARIKH: ………………………………

Catatan : Keputusan muktamad perbahasan yang dipersetujui adalah SULIT dan


tidak boleh
didedahkan kepada mana-mana pihak.

*** Potong mana-mana yang tidak berkenaan.


SULIT KP2

KETUA HAKIM

KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN


BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT KEBANGSAAN

BORANG RUMUSAN KEPUTUSAN

PERINGKAT : AWAL PERTAMA / AWAL KEDUA / SUKU AKHIR /


SEPARUH AKHR / AKHIR

USUL : …………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………..

HAKIM KERAJAAN PEMBANGKANG


(NEGERI: ) (NEGERI: )
KH
2
3
4
5

MAJORITI : …………………….. / …………………………

HAKIM NAMA PENUH TANDATANGAN


KETUA HAKIM
2
3
4
5

Catatan : Keputusan muktamad perbahasan yang dipersetujui adalah SULIT dan


tidak boleh
didedahkan kepada mana-mana pihak.
SULIT KP3

SEMUA HAKIM

KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN


BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT KEBANGSAAN

PERINGKAT : AWAL PERTAMA / AWAL KEDUA / SUKU AKHIR /


SEPARUH AKHR / AKHIR

USUL : ……………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………..

ANTARA

KERAJAAN PEMBANGKANG

Dengan ini dewan mengumumkan bahawa usul


yang dibahaskan pada kali ini

DITERIMA / DITOLAK
PEMBAHAS TERBAIK : …………………………………………………………………….

PASUKAN : KERAJAAN / PEMBANGKANG

Hakim Nama Penuh Tandatangan Negeri


Ketua
Hakim
Hakim 2
Hakim 3
Hakim 4
Hakim 5

Tarikh: …………………………

Catatan : Keputusan muktamad perbahasan yang dipersetujui adalah SULIT dan


tidak boleh
didedahkan kepada mana-mana pihak.
BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BORANG PEMARKAHAN (KERAJAAN)

USUL : ________________________________________ BILIK PERSIDANGAN PERINGKAT

________________________________________

YAB. PERDANA MENTERI YB. MENTERI KEDUA YB. MENTERI KETIGA UCAPAN PENGGULUNGAN

NAMA NAMA

Markah 6 – 10 11 – 15 16 – 20 21 – 25 26 – 30 6 – 10 11 – 15 16 – 20 21 – 25 26 – 30 6 – 10 11 – 15 16 – 20 21 – 25 26 – 30 Markah 6–7 8–9 10 – 11 12 – 13 14 – 15


ISI ISI
(30M) (15M)
STRATEGI STRATEGI
(30M) (15M)
Markah 6 – 10 11 – 15 16 – 20 21 – 25 26 – 30 6 – 10 11 – 15 16 – 20 21 – 25 26 – 30 6 – 10 11 – 15 16 – 20 21 – 25 26 – 30 Markah 3 4 5–6 7–8 9 – 10
GAYA GAYA
(20M) (10M)
BAHASA BAHASA
(20M) (10M)
JUMLAH
24 – 39 40 – 55 56 – 69 70 – 85 86 – 100 24 – 39 40 – 55 56 – 69 70 – 85 86 – 100 24 – 39 40 – 55 56 – 69 70 – 85 86 – 100 18 – 23 24 – 29 30 – 35 36 – 44 45 – 50
BESAR
JUMLAH JUMLAH

350

ISI: STRATEGI: GAYA: BAHASA:


Nilai isi bidasan. Struktur dan tempoh masa Nilai sebutan perbahasan, gerak Gaya perbahasan, struktur ayat dan
Nilai kekuatan hujah. penghujahan badan dan nada suara. tatabahasa.
Nilai hujah tanpa dipengaruhi gaya Fokus kepada bidasan isi utama Toleransi terhadap gaya dan Sebutan (baku), kelancaran, nada
pengucapan pembahas. kepantasan penyampaian. dan intonasi.

Nama Hakim: Tandatangan: Tarikh:

........................................................................................ ........................................................................ .......................................................................


BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BORANG PEMARKAHAN (PEMBANGKANG)

USUL : ________________________________________ BILIK PERSIDANGAN PERINGKAT

________________________________________

YB. KETUA PEMBANGKANG YB. PEMBANGKANG KEDUA YB. PEMBANGKANG KETIGA UCAPAN PENGGULUNGAN

NAMA NAMA

Markah 6 – 10 11 – 15 16 – 20 21 – 25 26 – 30 6 – 10 11 – 15 16 – 20 21 – 25 26 – 30 6 – 10 11 – 15 16 – 20 21 – 25 26 – 30 Markah 6–7 8–9 10 – 11 12 – 13 14 – 15


ISI ISI
(30M) (15M)
STRATEGI STRATEGI
(30M) (15M)
Markah 6 – 10 11 – 15 16 – 20 21 – 25 26 – 30 6 – 10 11 – 15 16 – 20 21 – 25 26 – 30 6 – 10 11 – 15 16 – 20 21 – 25 26 – 30 Markah 3 4 5–6 7–8 9 – 10
GAYA GAYA
(20M) (10M)
BAHASA BAHASA
(20M) (10M)
JUMLAH
24 – 39 40 – 55 56 – 69 70 – 85 86 – 100 24 – 39 40 – 55 56 – 69 70 – 85 86 – 100 24 – 39 40 – 55 56 – 69 70 – 85 86 – 100 18 – 23 24 – 29 30 – 35 36 – 44 45 – 50
BESAR
JUMLAH JUMLAH

350

ISI: STRATEGI: GAYA: BAHASA:


Nilai isi bidasan. Struktur dan tempoh masa Nilai sebutan perbahasan, gerak Gaya perbahasan, struktur ayat dan
Nilai kekuatan hujah. penghujahan badan dan nada suara. tatabahasa.
Nilai hujah tanpa dipengaruhi gaya Fokus kepada bidasan isi utama Toleransi terhadap gaya dan Sebutan (baku), kelancaran, nada
pengucapan pembahas. kepantasan penyampaian. dan intonasi.

Nama Hakim: Tandatangan: Tarikh:

........................................................................................ ........................................................................ .......................................................................


CATATAN HAKIM DAN BORANG PEMARKAHAN

PERDANA MENTERI KETUA PEMBANGKANG

IL ( Memohon ) IL ( Menerima ) IL ( Memohon ) IL ( Menerima )


1
2 Markah 2 Markah 2 Markah 2 Markah

Definisi ( 9 markah – Pentakrifan, huraian dan analogi Definisi (Setuju/Tolak) Bidasan Perdana Menteri
Definisi Pembangkang (3 markah) (6 markah)

Pendirian Pasukan (3 markah) Pendirian Pasukan (3 markah)

Pernyataan Peranan (1 markah) Pernyataan Peranan (1 markah)

Hujah 1 (12 markah) Hujah 1 (12 markah)

Penegasan Hujah (1 markah) Penegasan Hujah (1 markah)

Peranan Struktur Isu Gaya Tempoh Peranan Struktur Isu Gaya Bidas Tempoh
(30M) Hujah Masa (30M) Hujah Masa
7
Strategi Strategi

Penyampaian Bahasa Membaca Sebutan Penyampaian Bahasa Badan Membaca Sebutan


(20M) Badan (20M)
8
Gaya Gaya

Gaya Bahasa Struktur Ayat Tatabahasa Gaya Bahasa Struktur Ayat Tatabahasa
(20M) (20M)
9
Bahasa Bahasa
CATATAN HAKIM DAN BORANG PEMARKAHAN

MENTERI KEDUA PEMBANGKANG KEDUA

IL ( Memohon ) IL ( Menerima ) IL ( Memohon ) IL ( Menerima )


1
2 Markah 2 Markah 2 Markah 2 Markah

Definisi – Setuju/Tolak. Definisi Semula (3 markah) Bidas Menteri Kedua / Hujah 3 ( 4 markah)

Bidas Ketua Pembangkang (11 markah) Bidas Menteri Kedua / Hujah 2 (4 markah)

Hujah 2 (6 markah) Bidas Perdana Menteri / Hujah 1 (6 markah)

Hujah 3 (6 markah) Hujah 2 (6 markah)

Hujah 2 (6 markah)

Peranan Struktur Isu Gaya Bidas Tempoh Peranan Struktur Isu Gaya Bidas Tempoh
(30M) Hujah Masa (30M) Hujah Masa
6
Strategi Strategi

Penyampaian Bahasa Membaca Sebutan Penyampaian Bahasa Membaca Sebutan


(20M) Badan (20M) Badan
7
Gaya Gaya

Gaya Bahasa Struktur Ayat Tatabahasa Gaya Bahasa Struktur Ayat Tatabahasa
(20M) (20M)
8
Bahasa Bahasa
CATATAN HAKIM DAN BORANG PEMARKAHAN

MENTERI KETIGA PEMBANGKANG KETIGA

IL ( Memohon ) IL ( Menerima ) IL ( Memohon ) IL ( Menerima )


1
2 Markah 2 Markah 2 Markah 2 Markah

Bidas Menteri Ketiga (10 markah)

Bidas Pembangkang Kedua / Hujah 3 (6 markah) Bidasa Menteri Kedua / Hujah 3 (4 markah)

Bidas Pembangkang Kedua / Hujah 2 (6 markah) Bidas Menteri Kedua / Hujah 2 (4 markah)

Bidas Ketua Pembangkang / Hujah 1 (10 markah) Bidas Perdana Menteri / Hujah 1 (4 markah)

Penegasan Hujah (4 markah) Penegasan Hujah (4 markah)

Peranan Struktur Isu Gaya Bidas Tempoh Peranan Struktur Isu Gaya Bidas Tempoh
(30M) Hujah Masa (30M) Hujah Masa
6
Strategi Strategi

Penyampaian Bahasa Membaca Sebutan Penyampaian Bahasa Membaca Sebutan


(20M) Badan (20M) Badan
7
Gaya Gaya

Gaya Bahasa Struktur Ayat Tatabahasa Gaya Bahasa Struktur Ayat Tatabahasa
(20M) (20M)
8
Bahasa Bahasa

CATATAN HAKIM DAN BORANG PEMARKAHAN RUMUSAN PENGGULUNGAN


PEMBANGKANG KERAJAAN

Bidasan ( 9 markah ) Bidasan ( 9 markah )

1. 1.

2. 2.

3. 3.

Rumusan Hujah ( 6 markah ) Rumusan Hujah ( 6 markah )

1. 1.

2. 2.

3. 3.

Peranan Struktur Isu Gaya Bidas Tempoh Peranan Struktur Isu Gaya Bidas Tempoh
(15M) Hujah Masa (15M) Hujah Masa
Strategi Strategi
Penyampaian Bahasa Badan Membaca Sebutan Penyampaian Bahasa Badan Membaca Sebutan
(10M) (10M)
Gaya Gaya
Gaya Bahasa Struktur Ayat Tatabahasa Gaya Bahasa Struktur Ayat Tatabahasa
(10M) (10M)
Bahasa Bahasa

Anda mungkin juga menyukai