Anda di halaman 1dari 2

Pengguna Bijak, Bijak Merancang.

Pada zaman pascamodenisasi ini, isu kenaikan harga barang menjadi isu
begitu ketara. Oleh hal demikian kita perlulah menjadi pengguna yang
berbelanja secara bijak. Pastinya banyak cara yang boleh dilakukan untuk
menjadi pengguna yang bijak.

Pada pandangan saya, kita perlulah elakkan penggunaan kad kedit kerana
kita akan cenderung untuk berbelanja lebih bersikap boros ringkasnya, bawalah
wang tunai yang secukupnya ketika membeli.

Namun demikian, kita juga harus merancang tempat untuk membeli belah
bagi menjimatkan pengguanaan bahan api dan masa. Bukan itu sahaja, kita juga
harus memeriksa keadaan barang sebelum membelinya, pastikan kuantitinya
supaya cukup seperti maklumat di dalam label.

Selain itu, amalan berjimat cermat yang boleh diamalkan oleh setiap ahli
masyarakat adalah kita melakukan perbandingan harga sebelum membuat
sebarang pembelian. Oleh hal demikian, pengguna hendaklah mencari mana -
mana penjual yang mampu memberikan harga terendah untuk produk atau
barangan yang mereka mahukan.

Dalam masa yang sama, kita juga hendaklah mementingkan keperluan


daripada kehendak. Senario ini dilihat menjadi kelaziman anak muda hari ini
apabila kehendak diri diutamakan sehingga sanggup berhutang keliling
pinggang hanya untuk mendapat kepuasan atau pujian.

Masyarakat perlu megamalkan sikap “beringat sebelum kena dan berjimat


sebelum habis” dalam hidup mereka. Selain itu, kita perlu sentiasa berusaha
untuk menjadikan amalan berjimat cermat sebagai budaya kita. Oleh
itu,yakinlah bahawa amalan ini pasti akan membawa kebaikan kepada diri
sendiri. Akhir kata, menjadi pengguna bijak itu bukan sahaja mendatangkan
kepada kepada diri sendiri, malah memberi impak yang baik kepada ekonomi
negara. Tuntasnya, amalan bijak berbelanja selain berjimat cermat mampu
memberi kesan yang positif kepada semua.

Anda mungkin juga menyukai