Anda di halaman 1dari 14

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN

BAHAS BAHASA MELAYU


ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2021

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH RENDAH

1.0 PENDAHULUAN

Bahas Ala Parlimen merujuk kepada bentuk perbahasan sesuatu usul atau
cadangan seperti di Parlimen Malaysia. Dalam membahaskan sesuatu usul, pihak
Kerajaan yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri dan dibantu oleh dua (2)
menteri lain hendaklah membawa usul tersebut dan menterjemahkannya kepada
beberapa isu untuk dibahaskan. Seterusnya mereka mengemukakan hujah, fakta
dan contoh perihal sebab usul tersebut dikemukakan dan seterusnya
dilaksanakan di dalam negara sekiranya mendapat mandat dua per tiga (2/3) Ahli
Dewan. Pihak Pembangkang yang diketuai oleh Ketua Pembangkang pula akan
menterjemahkan usul (melalui persepsi berlainan) dan cuba menghujah, memberi
fakta dan contoh bantahan secara bersopan serta menjawab sebab usul tersebut
harus ditolak. Setelah sesuatu usul tersebut selesai diperdebatkan barulah Yang
Dipertua Dewan mendapatkan pengundian.

Dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen ini pengundian sebenarnya tidak berlaku
tetapi keputusannya ditentukan oleh Hakim Bahas. Keputusan hendaklah
diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan seperti pengumuman yang dibuat oleh
Yang Dipertua Dewan Rakyat.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memperkenalkan satu (1) format perbahasan yang menarik dan


mencabar kepada murid-murid sesuai dengan institusi persekolahan
sebagai pusat kecemerlangan.
2.2 Melahirkan murid-murid yang bakal menjadi pemimpin yang berani dan
berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran hujah secara sopan dan
spontan.
2.3 Melahirkan murid-murid yang berkemahiran mengutarakan hujah-hujah
yang bernas dan teratur.

3.0 JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan peringkat kebangsaan dijalankan secara timbal balik yang


menemukan pemenang dua (2) kumpulan yang bermula pada peringkat kedua.
Walau bagaimanapun, pada peringkat pertama peluang bertemu antara pasukan
kalah dan menang dibenarkan seperti gambar rajah yang berikut:

2
CARTA PERTANDINGAN

K1 P1 M1
Negeri 1
Negeri 2
M9 P9 P10 M10

M2 P2 K2 M18
Negeri 3
M17 Negeri 4
P17 P18
K3 Negeri 3 M3
P3
Negeri 5
M11 P11 Negeri 6 12 M12
M21 M22
M4 P4
P21 Negeri 7 P22
Negeri 8

K21 M13 M14 K22


P13 P5
Negeri 9
Negeri 10
M6 K6
M19 P19 P6 P20 M20
Negeri 11
K7 Negeri 12 M7

M15 P15 P16 M16


P7
Negeri 13
M8 Negeri 14 K8

P8
Negeri 15
Negeri 16

Kalah Separuh Akhir


Ke-3 Bersama

P 24 (AKHIR)
Johan & Naib Johan

3
4.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah Tahap Dua (2)
iaitu Tahun Empat (4) hingga Tahun Enam (6) warganegara Malaysia sama
ada di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Bantuan
Kerajaan. Manakala, Sekolah Agama Swasta yang berdaftar dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dibenarkan menyertainya tetapi
penyertaan sehingga peringkat negeri sahaja. Penyertaan berbilang kaum
amat digalakkan.
4.2 Setiap sekolah/zon/daerah/negeri hanya dibenarkan menghantar satu (1)
pasukan untuk pertandingan tersebut.
4.3 Setiap pasukan hanya boleh diwakili oleh murid yang sedang belajar di
sekolah yang sama.
4.4 Pendaftaran peserta hanya melibatkan lima (5) orang peserta iaitu tiga (3)
orang pembahas utama dan dua (2) orang pembahas simpanan.

5.0 TATACARA PELAKSANAAN PERTANDINGAN

5.1 Pengendalian Pertandingan

5.1.1 Usul diberikan kepada semua pasukan yang bertanding dua (2)
minggu sebelum pertandingan.
5.1.2 Pertandingan akan dilaksanakan secara dalam talian atau secara
hibrid.
5.1.3 Peserta yang bertanding akan berada di lokasi masing-masing.

5.2 Sebelum Pertandingan

5.2.1 Pasukan bertanding perlu menyediakan tiga (3) talian dalam aplikasi
telesidang1 yang mempunyai:

5.2.1.1 Tiga (3) talian yang terdiri daripada tiga (3) orang pembahas
utama.

5.2.2 Pegawai teknikal perlu memastikan lima (5) talian dalam aplikasi
telesidang disediakan yang merangkumi:

5.2.2.1 Tiga (3) talian yang terdiri daripada tiga (3) orang hakim yang
bertugas.
5.2.2.2 Satu (1) talian yang terdiri daripada Yang Dipertua Dewan dan
seorang penjaga masa.
5.2.2.3 Satu (1) talian yang digunakan oleh pegawai teknikal untuk
memantau perjalanan pertandingan.

1Aplikasi telesidang yang dicadangkan adalah seperti Google Meet, Zoom, Streamyard, Microsoft Teams
dan Webex. Mana-mana aplikasi telesidang yang bersesuaian dan stabil dibenarkan selagi tidak berlaku
apa-apa permasalahan semasa uji talian dan semasa pertandingan dijalankan.
4
5.2.3 Uji talian akan diadakan sehari sebelum pertandingan bermula. Setiap
pasukan diminta untuk bersedia di tempat yang mempunyai capaian
Internet yang baik.

5.2.4 Semasa uji talian dijalankan, semua pihak yang terlibat mesti
memberikan kerjasama yang sebaiknya bagi memastikan perjalanan
pertandingan dapat berjalan dengan lancar.

5.3 Semasa Pertandingan

5.3.1 Setiap pasukan akan mendapat pautan telesidang sehari sebelum


pertandingan dijalankan.

5.3.2 Setiap pasukan haruslah bersedia untuk uji talian bersama-sama Yang
Dipertua Dewan tiga puluh minit (30 minit) sebelum pertandingan
sebenar berlangsung.

5.3.3 Semua peserta perlu mengikut arahan sepenuhnya daripada Yang


Dipertua Dewan.

5.3.4 Semua peserta perlu dalam keadaan mod senyap kecuali ketika
menyampaikan hujah dan memberikan izin laluan.

5.3.5 Bilangan peserta semasa pertandingan adalah seperti yang berikut:


5.3.5.1 Lima (5) orang peserta pasukan kerajaan.
5.3.5.2 Lima (5) orang peserta pasukan pembangkang
5.3.5.3 Seorang Yang Dipertua Dewan dan penjaga masa
5.3.5.4 Hakim yang dilantik

5.3.6 Sebarang bantuan daripadapihak ketiga selain daripada peserta yang


bertanding tidak dibenarkan.

5.3.7 Keputusan pertandingan akan diumumkan setelah selesai penjurian


dijalankan selepas pertandingan.

5.3.8 Para peserta dikehendaki berada di bilik pertandingan maya tiga puluh
(30) minit sebelum pertandingan bermula supaya pertandingan dapat
dijalankan dengan lancar. Pasukan yang didapati melanggar peraturan
ini akan dibatalkan penyertaannya.

6.0 FORMAT PERTANDINGAN

6.1 Satu (1) pasukan yang mewakili sekolah dianggotai oleh lima (5) orang
pembahas dari sekolah yang sama. Pertandingan dilaksanakan secara
timbal balik.

6.2 Pasukan yang akan mengemukakan usul dikenali sebagai Pasukan


Kerajaan akan bertanding dengan Pasukan Pembangkang.

5
6.3 Pembahas pertama daripada pihak kerajaan akan disebut sebagai YAB
Perdana Menteri, manakala empat (4) orang lagi pembahas dalam pasukan
tersebut sebagai YB Menteri Kedua, YB Menteri Ketiga, YB Menteri
Keempat dan YB Menteri Kelima. Pembahas pertama daripada pihak
pembangkang akan disebut sebagai YB Ketua Pembangkang, manakala
empat (4) lagi pembahas dalam pasukan tersebut akan disebut sebagai YB
Pembangkang Kedua, YB Pembangkang Ketiga, YB Pembangkang
Keempat dan YB Pembangkang Kelima.

6.4 Peruntukan masa dan giliran berbahas bagi kedua-dua pasukan adalah
seperti yang berikut:

KERAJAAN
PEMBANGKANG MASA
(PENCADANG)
1 Pertama 2 Pertama 7 minit
3 Kedua 4 Kedua 7 minit
5 Ketiga 6 Ketiga 7 minit
Ucapan penggulungan Ucapan penggulungan
8 7 5 minit
(Pertama/Kedua) (Pertama/Kedua)

6.5 Pembahas pertama daripada kedua-dua pasukan hanya mengutarakan satu


(1) hujah manakala pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan akan
mengutarakan dua (2) hujah. Pembahas ketiga daripada kedua-dua pasukan
tidak mengutarakan hujah baharu. Tugas mereka adalah untuk membidas
hujah-hujah pasukan lawan.

6.6 Semasa satu (1) pihak berhujah, ahli pasukan lawan boleh memohon ‘Izin
Laluan’. Pembahas ini boleh menerima atau menolak izin laluan daripada
pihak lawan. Pembahas boleh menerima dua (2) izin laluan.

6.7 Selepas semua pembahas berhujah, pembahas pertama atau pembahas


kedua daripada kedua-dua pasukan akan memberi ucapan penggulungan
dimulai oleh pasukan pembangkang dan diikuti oleh pasukan kerajaan.

7.0 PENGHAKIMAN

7.1 Semua pertandingan akan diadili oleh panel hakim yang terdiri daripada
tiga (3) hakim

7.2 Taklimat kepada panel hakim diberi sekurang-kurangnya tiga puluh (30)
minit sebelum perbahasan bermula.

7.3 Pasukan yang mendapat undi majoriti daripada panel hakim (sistem juri)
dipilih sebagai pemenang. Para hakim tidak dibenarkan berbincang untuk
memilih pasukan yang menang.

6
7.4 Selepas selesai perbahasan, ketua hakim akan mengumpulkan dan
merumuskan borang keputusan dan menyerahkannya kepada Yang
Dipertua Dewan untuk mengumumkan keputusan perbahasan.

7.5 Keputusan bagi menentukan pembahas terbaik adalah berdasarkan


majoriti. Sekiranya keputusan majoriti tidak dicapai, ketua hakim akan
menentukan pembahas terbaik.

7.6 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

8.0 TATACARA PERBAHASAN

8.1 Pengendalian Perbahasan

8.1.1 Usul perbahasan akan diberi kepada pasukan yang bertanding


sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pertandingan.

8.1.2 Cabutan undi akan dijalankan di bilik urus setia maya untuk
menentukan pihak kerajaan dan pembangkang sebelum
pertandingan. Cabutan undi akan dilakukan secara dalam talian
antara pegawai teknikal dan pembahas daripada kedua-dua
pasukan yang akan bertanding.

8.1.3 Setelah mengetahui kedudukan mereka, pasukan-pasukan yang


terlibat akan dikuarantin di bilik persediaan maya masing-masing
selama lima belas (15) minit pada pusingan awal dan tiga puluh (30)
minit pada pusingan seterusnya.

8.1.4 Hanya peserta dibenarkan berada di dalam bilik persediaan maya.


Pihak lain seperti guru penasihat, jurulatih, ahli keluarga atau
penyokong dilarang berada di bilik persediaan semasa pasukan
dikuarantinkan.

8.1.5 Hanya bahan cetak sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik
kuarantin maya.

8.1.6 Bilik persediaan maya yang digunakan oleh peserta untuk sesi
kuarantin juga menjadi bilik persidangan maya.

8.1.7 Setiap pembahas yang akan menyampaikan hujah diwajibkan keluar


dari tempat duduknya dan berada di tempat yang bersesuaian.

8.2 Peranan Yang Dipertua Dewan

8.2.1 Yang Dipertua Dewan akan membaca ringkasan peraturan


perbahasan dan memperkenalkan penjaga masa, panel hakim dan
pembahas.

7
8.2.2 Yang Dipertua Dewan tidak dibenarkan membuat apa-apa komen
dan ulasan tentang usul perbahasan ataupun pembahas yang
sedang bertanding.

8.2.3 Yang Dipertua Dewan akan memastikan bahawa hakim telah


bersedia sebelum menjemput pembahas untuk berucap.

8.2.4 Yang Dipertua Dewan akan mengumumkan keputusan


pertandingan.

8.3 Peranan Penjaga Masa

8.3.1 Penjaga masa hendaklah memastikan bahawa tujuh (7) minit


diperuntukkan untuk pembahas berhujah dan lima (5) minit untuk
ucapan penggulungan. Masa akan diambil kira dari permulaan
pembahas berhujah.

8.3.2 Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada minit kedua
menandakan bahawa ruang terbuka kepada pasukan lawan
membuat izin laluan. Pada minit keenam loceng akan dibunyikan
sekali menandakan masa untuk izin laluan telah tamat. Loceng
akan dibunyikan dua (2) kali pada minit ketujuh sebagai tanda
bahawa masa untuk pembahas berhujah telah tamat.

8.3.3 Bagi ucapan penggulungan, penjaga masa hendaklah memastikan


bahawa kedua-dua pasukan diberi masa lima (5) minit sebagai
masa persediaan sebelum pasukan-pasukan tersebut membuat
penggulungan.

8.3.4 Pada minit keempat masa penggulungan, penjaga masa akan


membunyikan loceng amaran dan pada minit ketiga loceng
dibunyikan dua (2) kali menandakan masa telah tamat untuk
pembahas.

8.3.5 Penunjuk masa secara maya (virtual) akan dipaparkan pada skrin
komputer sebagai panduan masa pembahas untuk menyampaikan
hujah dan bidasan.

8.3.6 Masa kecederaan (masa tambahan) sebanyak dua (2) minit akan
diberikan sekiranya berlaku sebarang gangguan teknikal semasa
pertandingan dijalankan.

8.4 Larangan

8.4.1 Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan


menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang.

8.4.2 Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis serta terjemahan untuk


mengukuhkan hujah adalah dilarang sama sekali.
8
8.5 Peranan Pembahas

Pembahas Pertama Kerajaan (Perdana Menteri) 7 Minit

8.5.1 Tugas pertama Perdana Menteri adalah untuk memberi definisi atau
pentakrifan terhadap usul yang dibentangkan dalam perbahasan
tersebut.

8.5.2 Tugas kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak kerajaan


berhubung dengan usul yang dibentangkan.

8.5.3 Tugas ketiga Perdana Menteri adalah untuk menyatakan strategi


pihak Kerajaan dan peranan yang akan dilakukan oleh Menteri-
menteri yang lain bagi mengukuhkan pendirian pihak kerajaan.

8.5.4 Tugas keempat Perdana Menteri adalah untuk mengemukakan satu


hujah dan memberi huraian/fakta untuk menyokong usul yang telah
dibentangkan oleh pihak kerajaan.

8.5.5 Tugas kelima Perdana Menteri adalah untuk menegaskan pendirian


pihak Kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.

Pembahas Pertama Pembangkang (Ketua Pembangkang) 7 Minit

8.5.6 Tugas pertama Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan


pendirian pihak pembangkang sama ada bersetuju dan menerima
definisi usul yang telah diberikan oleh pihak kerajaan atau menolak
definisi tersebut. Sekiranya pihak pembangkang menolak definisi
tersebut. Mereka boleh mengemukakan definisi mengikut takrifan
mereka.

8.5.7 Tugas kedua Ketua Pembangkang adalah untuk membidas hujah


yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri (Pembahas Pertama
Kerajaan).

8.5.8 Tugas ketiga Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan


pendirian pihak pembangkang berhubung dengan usul yang
diperdebatkan dalam perbahasan tersebut.

8.5.9 Tugas keempat Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan


strategi pihak pembangkang dan peranan yang akan dilakukan oleh
pembangkang-pembangkang yang lain bagi mengukuhkan
pendirian pihak pembangkang.

8.5.10 Tugas kelima ketua pembangkang adalah untuk mengemukakan


satu (1) hujah dan memberi huraian/fakta berdasarkan pendirian
pihak pembangkang.

9
8.5.11 Tugas keenam Ketua Pembangkang adalah untuk menegaskan
pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah
dibentangkan oleh kerajaan.

Pembahas Kedua Kerajaan (Menteri Kedua) 7 Minit

8.5.12 Tugas pertama Menteri Kedua adalah untuk menyatakan pendirian


pihak kerajaan sama ada bersetuju dan menerima definisi baharu
yang telah diberikan oleh pihak pembangkang atau menolak definisi
tersebut. Sekiranya pihak kerajaan menolak definisi semula oleh
pihak pembangkang, Menteri Kedua hendaklah memberi penegasan
tentang definisi yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri
sebelum ini.

8.5.13 Tugas kedua adalah untuk membidas hujah yang telah dikemukakan
oleh Ketua Pembangkang.

8.5.14 Tugas ketiga adalah untuk mengemukakan dua hujah dan memberi
huraian/fakta untuk menyokong usaha yang telah dibentangkan oleh
pihak kerajaan.

8.5.15 Tugas keempat Menteri Kedua adalah untuk menegaskan pendirian


pihak kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.

Pembahas Kedua Pembangkang (Pembangkang Kedua) 7 Minit

8.5.16 Tugas pertama Pembangkang Kedua adalah untuk membidas hujah


yang telah dikemukakan oleh menteri kedua.

8.5.17 Tugas kedua Pembangkang Kedua adalah untuk membidas hujah


yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.

8.5.18 Tugas ketiga Pembangkang Kedua adalah untuk mengemukakan


dua hujah dan memberi huraian/fakta untuk menyokong usaha yang
telah dibentangkan oleh pihak pembangkang.

8.5.19 Tugas keempat Pembangkang Kedua adalah untuk menegaskan


pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah
dibentangkan oleh kerajaan.

Pembahas Ketiga Kerajaan (Menteri Ketiga) 7 Minit

8.5.20 Tugas pertama Menteri Ketiga adalah untuk membidas hujah yang
telah dikemukakan oleh pembangkang kedua.

8.5.21 Tugas kedua Menteri Ketiga adalah untuk membidas hujah yang
telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang.

10
8.5.22 Tugas ketiga Menteri Ketiga adalah memperkukuh usul yang telah
dibawa oleh pihak kerajaan dan menegaskan pendirian pihak
kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.

Pembahas Ketiga Pembangkang (Pembangkang Ketiga) 7 Minit

8.5.23 Tugas pertama Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas hujah


yang telah dikemukakan oleh Menteri ketiga.

8.5.24 Tugas kedua Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas hujah


yang telah dikemukakan oleh Menteri Kedua.

8.5.25 Tugas ketiga Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas hujah-


hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.

8.5.26 Tugas keempat Pembangkang Ketiga adalah untuk memperkukuh


usul berdasarkan fakta-fakta pihak pembangkang dan menegaskan
pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah
dibentangkan oleh kerajaan.

8.6 Peranan Penggulung.

Penggulung Pihak Pembangkang


(Pembahas Pertama/Kedua) - 5 Minit

8.6.1 Tugas pertama penggulung pihak pembangkang adalah untuk


membidas hujah/usul dan fakta-fakta pihak kerajaan serta
menyatakan kelemahan/kesilapan yang telah dilakukan oleh pihak
kerajaan dalam membentangkan usul tersebut.

8.6.2 Tugas kedua penggulung pihak pembangkang adalah menggulung


perbahasan bagi pihak pembangkang dan membuat penegasan
untuk menutup hujah pembangkang dalam membahaskan usul yang
telah dibentangkan oleh kerajaan.

Penggulung Pihak Kerajaan


(Pembahas Pertama/Kedua) - 5 Minit

8.6.3 Tugas pertama penggulung pihak Kerajaan adalah untuk membidas


hujah/usul dan fakta-fakta pihak pembangkang dalam
membahaskan usul tersebut.

8.6.4 Tugas kedua penggulung pihak Kerajaan adalah menggulung


perbahasan bagi pihak Kerajaan dan membuat penegasan untuk
menutup hujah Kerajaan dalam menyokong usul yang telah
dibentangkan.

11
9.0 IZIN LALUAN

9.1 Semasa seorang pembahas sedang berhujah, pihak lawan dibenarkan


untuk membuat izin laluan. Izin laluan ialah celahan formal yang ditujukan
kepada pembahas yang berhujah. Izin laluan boleh dilalukan dalam bentuk:

9.1.1 soalan;
9.1.2 kenyataan;
9.1.3 fakta;
9.1.4 ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isi yang sedang diutarakan
oleh pembahas.

9.2 Tujuan utama izin laluan adalah untuk memberi atau meminta maklumat
tentang sesuatu isi yang sedang dibahaskan. Pihak lawan boleh
membetulkan fakta yang dianggap telah terpesong. Izin laluan juga boleh
digunakan untuk meminta penjelasan dan menyoal pihak lawan.

9.3 Masa selama lima belas (15) saat sahaja diperuntukkan bagi setiap izin
laluan. Izin laluan haruslah padat dan bernas.

9.4 Izin laluan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja mengganggu pihak
lawan kerana terdapat etika yang wajib dipatuhi. Markah akan dikurangkan
jika melanggar etika ini.

9.5 Etika Izin Laluan

9.5.1 Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon izin laluan antara minit
kedua dan minit keempat hujahan pembahas. Izin laluan tidak boleh
dilakukan pada dua minit pertama dan minit kelima semasa
pembahas sedang berhujah. Loceng akan dibunyikan untuk
menandakan permulaan dan penutup masa yang ditetap untuk izin
laluan.

9.5.2 Tidak terdapat izin laluan semasa ucapan penggulungan.

9.5.3 Isyarat-isyarat yang sopan dan hormat seperti mengangkat tangan


atau berdiri tegak hendaklah dilakukan semasa memohon izin
laluan. Perlakuan yang kasar dan biadab seperti menepuk-nepuk
meja atau tangan, memetik jari, melambai-lambai, bersiul, menjerit
atau apa-apa sahaja yang sengaja dilakukan untuk mengganggu
pihak lawan akan menyebabkan pengurangan markah.

9.5.4 Kata-kata yang diucapkan semasa izin laluan hendaklah halus dan
berbudi bahasa serta mencerminkan tatasusila, adab dan budaya
yang tinggi. Menjerit, marah-marah dan mengejek pihak lawan
adalah dilarang.

12
9.5.5 Izin laluan dipohon dengan cara seseorang pembahas berdiri dan
menyebut “Izin Laluan”. Pembahas yang sedang berucap tidak
dimestikan menerima setiap izin laluan yang ditujukan kepadanya.
Pembahas yang sedang berucap boleh:
 Meminta pihak lawannya untuk duduk dengan cara yang hormat;
 Menghabiskan ayatnya dan menerima izin laluan tersebut;
 Menerima izin laluan tersebut ketika itu.

9.6 Memohon dan Menerima Izin Laluan

9.6.1 Sepanjang perbahasan, seorang pembahas diwajibkan memohon


sekurang-kurangnya dua kali izin laluan. Pembahas ini juga mesti
menerima paling kurang dua kali izin laluan yang ditujukan
kepadanya.

9.6.2 Pembahas yang ingin memohon izin laluan hanya perlu mengangkat
kad izin laluan sehingga diterima oleh pihak lawan. Apabila diterima,
pembahas perlu mengaktifkan mikrofon dan menyahaktifkannya
selepas memohon izin laluan.

9.6.3 Pembahas yang memohon izin laluan tetapi tidak diterima oleh pihak
lawan tetap akan diberi markah izin laluan. Manakala pemohon yang
mohon izin laluan kali ketiga untuk pembahas yang sedang
berhujah, perlu bertanya. Jika tidak bertanya dianggap tidak
memohon izin laluan.

9.6.4 Pembahas yang memohon izin laluan kurang daripada dua (2) kali
akan kehilangan markah isi dan strategi.
 Markah isi ditolak kerana gagal mengambil peluang keemasan.
 Markah strategi ditolak kerana tidak memenuhi peranan sebagai
pembahas.

9.6.5 Pembahas yang tidak menjawab atau menerima izin laluan daripada
pihak lawan juga kehilangan markah isi dan strategi.
 Kehilangan markah dalam isi disebabkan oleh pembahas tidak
memberi peluang kepada pihak lawan.
 Kehilangan markah strategi disebabkan oleh pembahas tidak
menjalankan peranan sebagai pembahas dan takut untuk
menghadapi cabaran.

9.6.6 Panel hakim juga boleh menilai sama ada pembahas itu berdebat
secara spontan ataupun terikat pada teks perbahasannya dengan
menilai daripada penglibatannya dalam izin laluan.

13
10.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan di mana-mana


platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

11.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola pertandingan yang mana keputusan adalah muktamad.

14

Anda mungkin juga menyukai