Anda di halaman 1dari 1

Dalam pengurusan yang semakin mencabar untuk mencapai PELAN

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 – 2025. Pengurusan


modal insan dan akademik perlu menjadi fokus utama warga sekolah,oleh
itu sebagai personel yang diberi tanggungjawab semestinya akan
berusaha untuk mengurus dengan cekap supaya ada kemajuan yang
seiring antara pengurusan kurikulum, ko-kurikulum dan Hal Ehwal Murid.
Dikesempatan ini jutaan terima kasih kepada warga SKTK di atas
kesungguhan dan kerjasama yang diberikan membolehkan kita sama-
sama membina kecemerlangan.

Justeru itu sama-samalah kita mengubah paradigma pemikiran ,


menambah ilmu pengetahuan dan yang utamanya mengamalkan segala
ilmu yang dipelajari dengan membuktikan melalui tindakan kita pada setiap
ketika ke arah pengurusan sekolah berkesan dan berwatak seterusnya
mengangkat martabat kegemilangan SKTK.

Dokumentasi secara online sebegini merupakan salah satu langkah


sekolah untuk membolehkan segala maklumat dan aktiviti sekolah dicapai
dengan mudah oleh warga sekolah dan pengguna online yang lain. Ianya
antara bukti bahawa komitmen yang tinggi dalam mengharungi cabaran
pendidikan akan dihadapi bersama sejajar dengan perkembangan dalam
penggunaan teknologi ICT.

InsyaAllah marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah S.W.T supaya


usaha , komitmen dan pengorbanan yang telah dicurahkan bagi
memperkasakan pendidikan akan menjadi suatu realiti.

Akhir kata jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat
menjayakan dokumentasi ini dan teruskan budaya bekerja secara
berpasukan yang sentiasa diamalkan di Sekolah Kebangsaan Tunku
Kurshiah. Semoga sekolah ini terus unggul untuk melahirkan modal insan
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai