Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru dan

rakan-rakam.

Hari ini saya ingin berkongsi informasi mengenai Hari Pekerja yang
akan disambut pada 1 Mei setiap tahun.

Pada 1 Mei tahun 1973, kaum pekerja Malaysia buat pertama kali
merayakan Hari Pekerja sebagai hari kelepasan am di seluruh Malaysia,
hasil dari perjuangan kaum pekerja.

Perjuangan dan tuntutan untuk pengiktirafan 1 Mei sebagai Hari Pekerja


di Malaysia sudah bermula sejak zaman penjajahan British.

Pada 20 Mei 1972, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail
telah mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju menjadikan 1 Mei
sebagai Hari Pekerja dan hari kelepasan am di seluruh Malaysia.

Pada tahun 2018, Hari Pekerja akan disambut pada esok hari. Jadi,
saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua guru dan
staf.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai