Anda di halaman 1dari 2

NUR FARAHIYAH BINTI ZOLKIFLI (GB 210038)

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

MBE 10403 : SOSIOLOGI PENDIDIKAN

KUIZ 5

LUKIS DAN TERANGKAN SECARA RINGKAS STRATIFIKASI (SUSUNAN/KELAS)


SOSIAL TRADISIONAL (BENTUK PIRAMID) DAN MODEN (BENTUK INTAN).

(10 MARKAH)

RAJA

PEMBESAR

RAKYAT

HAMBA

Stratifikasi Sosial - Tradisional

Stratifikasi tradisional merupakan sesuatu yang telah menjadi kebiasaan dan kekal sebagai
sesuatu turun temurun dan menjadi suatu amalan yang telah sebati dalam masyarakat itu
sendiri. Raja sebagai contoh ialah seorang pemerintah yang mana berkuasa menguasai Negara
atau bahagian negara tertentu. Mereka ini merupakan golongan atasan dan mereka yang
berpangkat tinggi. Rakyat biasa pula terdiri daripada mereka yang bukan tergolong daripada
golongan bangsawan dan juga hartawan.
KELAS ATAS

KELAS MENENGAH

KELAS PEKERJA

KELAS BAWAH

Stratifikasi Sosial – Moden

Sesuatu yang berkaitan dengan masa kini. Menunjukkan kaedah yang terkini. Sebagai contoh
penggunaan teknologi yang terkini yang digunapakai pada masa kini serta lain lain yang
bertujuan memudahkan pelajar pelajar di dalam proses pembelajaran. Stratifikasi moden
terbahagi kepada 4 kategori iaitu kelas atas , kelas menengah, kelas pekerja dan juga kelas
bawah. Kelas atas dikategorikan sebagai golongan yang kaya dan mempunyai pelbagai aset.
Golongan menengah pula adalah mereka yang terdiri daripada golongan professional dan
pentadbir atau dikenali sebagai golongan kolar putih seperti guru, pensyarah, kerani dan juga
jururawat. Manakala kelas pekerja pula adalah mereka yang dikategori sebagai golongan kolar
biru. Golongan ini melakukan pelbagai kerja – kerja manual seperti mereka yang bekerja
sebagai operator pengeluaran. Akhir sekali adalah golongan kelas bawah mereka yang terdiri
daripada golongan miskin pasif seperti peminta sedekah, hostile iaitu penjenayah jalanan,
hustler pula mereka yang mempunyai pendapatan yang tidak halal tetapi mereka ini tidak ganas
dan traumatik iaitu golongan yang sentiasa mabuk tetapi tidak berumah.

Anda mungkin juga menyukai