Anda di halaman 1dari 8

Tarikh

Di antara

( Tuan Punya Rumah )

Dengan

( Penyewa )

*********************************************************
PERJANJIAN SEWA
*********************************************************
PERJANJIAN SEWA

Perjanjian Sewa ini telah dibuat pada tarikh yang dinyatakan dalam Seksyen 1 Jadual 1 diantara dua
pihak yang telah dinyatakan dalam Seksyen 2 Jadual 1 (selepas ini dinyatakan sebagai “Tuan Punya
Rumah”) sebagai pihak pertama dan satu pihak lagi dalam Seksyen 3 Jadual 1 (selepas ini
dinyatakan sebagai “Penyewa” ) di pihak kedua.

ADALAH DINYATAKAN BAHAWA


1) Tuan Punya Rumah merupakan pemilik sah kepada hartanah yang dinyatakan dalam Seksyen
4 Jadual 1 (selapas ini dinyatakan sebagai “Premis”).
2) Tuan Punya Rumah telah menyerahkan dan Penyewa akan menerima Premis berserta
kelengkapan asas tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang dinyatakan.

ADALAH DIPERSETUJUI
1. Berdasarkan terma dan syarat-syarat adalah depersetujui oleh Tuan Punya Rumah dan
Penyewa untuk menerima sewaan bagi Premis pada jangkamasa, tarikh masuk dan
tarikh tamat seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 5 (a)(b) dan (c) Jadual 1.

2. Nilai sewaan sebulan dinyatakan dalam Seksyen 6(a) Jadual 1 dan hendaklah dibayar
pada atau sebelum tarikh yang dinyatakan dalam Seksyen 6(b) Jadual 1. Sewaan
hendaklah dibayar terus ke akaun Tuan Punya Rumah yang bernombor:
…………………………….. atas nama …………………........................... Slip pembayaran
hendaklah disimpan sebagai bukti pembayaran.

3. Penyewa hendaklah membayar deposit bagi Premis sebanyak dua bulan sewaan seperti
dinyatakan dalam Seksyen 7 Jadual 1 sebagai jaminan terhadap kebolehupayaan
Penyewa dalam menjaga baik Premis. Jumlah deposit adalah kekal sepanjang
jangkamasa sewaan dan hendaklah dipulangkan keseluruhannya dalam masa dua puluh
(20) hari selepas tarikh tamat sewaan atau kurang oleh Tuan Punya Rumah jika berlaku
kerosakan pada Premis yang disebabkan oleh kecuaian Penyewa (kerosakan normal
disebabkan kelusuhan dan waktu adalah diterima).

4. Penyewa dikehendaki membayar deposit kemudahan asas (air dan elektrik) seperti
dinyatakan dalam Seksyen 8 Jadual 1. Deposit akan dikembalikan kepada Penyewa
setelah tamat tempoh sewaan dan segala pembayaran kemudahan asas bulanan selesai
selama Penyewa tinggal di dalam Premis.
5. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB PENYEWA KEPADA TUAN PUNYA RUMAH
seperti dinyatakan :

5.1 Membayar jumlah sewaan Premis pada tarikh yang ditetapkan. Kegagalan Penyewa
membayar sewa selama tiga (3) bulan berturut-turut boleh menyebabkan perjanjian
ini terbatal dan Tuan Punya Rumah berhak keatas semua deposit rumah dan
kemudahan asas. Tuan Punya Rumah juga berhak terhadap Premis secara
automatik.

5.2 Membayar segala kemudahan asas yang disediakan sepanjang tempoh sewaan
Premis. Segala resit pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan.

5.3 Menjaga dan memelihara Premis dari segi peralatan yang disediakan serta
persekitaran dalam keadaan yang baik (perubahan dari segi faktor masa dan usia
adalah diterima). Segala peralatan yang disediakan hendaklah dipulangkan dalam
keadaan baik.

5.4 Tidak membuat atau membenarkan pengubahsuaian atau penambahan ke atas


Premis, hiasan Tuan Punya Rumah tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis
atau lisan. Setelah mendapat keizinan dari Tuan Rumah, Penyewa hanya dibenarkan
melakukan pengubahsuaian atau penambahan pada kawasan yang ditentukan oleh
Tuan Punya Rumah sahaja dan segala kos perbelanjaan untuk tujuan tersebut
adalah ditanggung oleh Penyewa kecuali mendapat persetujuan oleh Tuan Punya
Rumah. Penyewa mesti mengembalikan pengubahsuaian atau penambahan kepada
keadaan asal apabila diminta oleh Tuan Punya Rumah.

5.5 Membenar Tuan punya Rumah atau wakil yang dilantik setelah memberi tiga (3) hari
notis terdahulu pada masa yang berpatutan atau atas persetujuan bersama melalui
temujanji untuk memasuki Premis dan memeriksa keadaan Premis tersebut yang
mana Tuan Punya Rumah berhak memberikan notis bertulis kepada Penyewa bagi
memaklumkan kerja-kerja pembaikan yang perlu dilakukan dan meminta Penyewa
melaksanakannya. Dan sekiranya Penyewa dalam masa empat belas (14) hari dari
notis tersebut tidak melaksanakannya maka tuan rumah bersama atau tidak bersama
dengan pembaik berhak memasuki Premis tersebut dan melaksanakan kerja-kerja
pembaikan dan segala kos pembaikan adalah dipersetujui oleh kedua-dua belah
pihak.

5.6 Menggunakan Premis bagi tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 10 Jadual 1 dan
tidak menggunakan Premis atau menyebabkan penggunaan Premis tersebut selain
daripada yang dinyatakan atau menyebabkan Premis menjadi gangguan dalam
sebarang bentuk kepada Tuan Punya Rumah atau jiran Premis. Sebagai tambahan
Penyewa adalah dilarang sama sekali untuk membela binatang ternakan separti
ayam. itik, kambing, lembu atau seumpamanya bagi mengelakkan kesulitan yang
telah dijelaskan di atas.

5.7 Tidak membenarkan atau menyewa Premis tersebut samada secara pemilikan sah
atau sebahagian sah atau sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran
bertulis daripada Tuan Punya Rumah.

5.8 Tidak menyebabkan atau disebabkan Premis tersebut melanggar mana-mana


undang-undang atau peraturan atau atau garis panduan daripada mana-mana agensi
kerajaan atau badan atau organisasi bertanggungjawab sehingga menyebabkan
perlanggaran polisi atau polisi insurans berkaitan kehilangan atau kerosakan akibat
kebakaran atau meningkatkan risiko kebakaran sehingga menyebabkan tambahan
premium.

5.9 Penyewa bersetuju untuk membersihkan segala sampah atau sisa-sisa dan
menyerahkan Premis tersebut dalam keadaan baik dan bersih dan telah dibuat
pembaikan kepada Tuan Punya Rumah. Penyewa dibolehkan menanggalkan
gantungan atau pemasangan kepunyaan Penyewa tetapi Penyewa mesti melakukan
pembaikan keatas segala kecacatan atau kerosakan akibat penanggalan gantungan
atau pemasangan tersebut.

5.10 Tidak menyimpan atau membawa masuk ke dalam Premis senjata, senjata api,
bahan letupan, peledak, peluru atau sebarang bahan midah terbakar, meletup,
merbahaya dan melanggar undang-undang.

5.11 Tidak menggunakan Premis untuk kegunaan yang boleh melanggar undang-undang
atau tidak bermoral, perniagaan atau pusat penyimpanan atau tempat perjudian
walau dalam bentuk apa cara sekalipun.

5.12 Tidak menambah kunci atau mangga pintu tanpa terlebih dahulu mendapat
kebenaran dari Tuan Punya Rumah. Tuan Punya Rumah akan memberikan kunci
pendua bagi semua pintu rumah.

5.13 Penyewa adalah bertanggungjawab untuk membaikpulih Premis secara minor tidak
melebihi jumlah seratus ringgit RM100.00. (Jumlah dalam masa sebulan).
5.14 Penyewa bersetuju menerima sewaan Premis bersih seadanya. Penyewa bersetuju
untuk memulangkan Premis di dalam keadaan asalnya dan membayar kos
pembersihan sekiranya Tuan Punya Rumah mengupah untuk membersihkan Premis.

5.15 Dalam tempoh 2 bulan sebelum tamat perjanjian sewaan, kecuali Penyewa telah
memberikan notis bertulis untuk memperbaharui perjanjian tersebut, Penyewa perlu
member kebenaran kepada orang yang diberi kuasa oleh Tuan Punya Rumah untuk
memasuki dan melihat keadaan rumah pada masa yang berpatutan

6. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB TUAN PUNYA RUMAH KEPADA PENYEWA


seperti dinyatakan :

6.1 Membayar sewa keluar, servis caj dan segala yang berkaitan yang telah dipersetujui
antara Tuan Punya Rumah dan Penyewa.

6.2 Pada setiap masa disepanjang tempoh perjanjian ini, dilindungi insurans daripada
kehilangan atau kerosakan akibat kebakaran kecuali perabot atau hartabenda milik
Penyewa
6.3 Penyelanggaraan dan memastikan struktur utama Premis iaitu atap, dinding utama,
lantai, siling-siling dan system pembentungan dalam keadaan baik atau dalam
keadaan boleh dibaiki oleh Penyewa di sepanjang tempoh perjanjian ini kecuali
kerosakan kepada Premis tersebut adalah disebabkan oleh tindakan atau salahlaku
atau kecuaian Penyewa atau orang berkaitan dengan Penyewa, yang mana
Penyewa akan melakukan pembaikan atau pebaharuan dengan kos yang ditanggung
oleh Penyewa. Dalam keadaan kerosakan yang bukan disebabkan oleh Penyewa
atau orang berkaitan dengan Penyewa, Tuan Punya Rumah akan membaiki atau
membuat pembaharuan dalam masa 14 hari dari tarikh menerima notis bertulis dari
Penyewa. Sekiranya Tuan Punya Rumah gagal melaksanakan tugasnya, Penyewa
boleh melakukan sendiri pembaikan dan pembaharuan dan menuntut kos pembaikan
daripada Tuan Punya Rumah.

6.4 Setelah Penyewa membuat pembayaran sewa dan melaksanakan segala


tanggungjawabnya kepada Tuan Punya Rumah, Penyewa berhak menikmati dan
menggunakan Premis tersebut tanpa gangguan Tuan Punya Rumah atau orang
berkaitan Tuan Punya Rumah disepanjang tempoh perjanjian.

7. SEHARUSNYA DAN SENTIASA DIPERSETUJUI OLEH KEDUA-DUA BELAH PIHAK:

7.1 Jika pada sebarang ketika bayaran sewa (samada diminta atau tidak) akan kekal
sebagai bayaran sewa tidak dibayar untuk tempoh 7 hari selepas tarikh sepatutnya
bayaran sewa dibuat dan sekiranya ini berlaku, Tuan Punya Rumah berhak pada
bila-bila masa tanpa prejudis untuk memasuki Premis tersebut atas nama perjanjian
ini telah dilanggar oleh Penyewa.

7.2 Jika pada sebarang ketika, bayaran sewa ( samada diminta atau tidak ) akan kekal
sebagai bayaran sewa tidak dibayar untuk tempoh 14 hari selepas tarikh sepatutnya
bayaran sewa dibuat dan sekiranya ini berlaku, Penyewa akan meninggalkan keluar
Premis dalam masa 7 hari, mengembalikan kepada Tuan Punya Rumah segala yang
sepatutnya dan membaiki segala kerosakan yang dilakukan oleh Penyewa atau
orang yang berkaitan Penyewa dan melupuskan semua deposit. Penyewa akan
bertanggungjawab atas semua caj guaman yang ditanggung Tuan Punya Rumah
bagi melaksanakan Klaus ini.
7.3 Tanpa prejudis dan kuasa Tuan Punya Rumah atau sebagainya seperti yang
termaktub di dalam perjanjian ini, Penyewa akan membayar bayaran lewat mengikut
kadar faedah 2% sebulan dikira dari hari ke hari atau semua bayaran tertunggak dan
dibayar dalam tempoh 7 hari oleh Penyewa kepada Tuan Punya Rumah. Kadar
faedah bayaran lewat tersebut dikira 7 hari dari tarikh akhir bayaran sepatutnya
dibuat sehingga semua bayaran dilangsaikan. Penyewa akan bertanggungjawab atas
semua caj guaman yang ditanggung Tuan Punya Rumah bagi melaksanakan Klaus
ini.

7.4 Jika berlaku Penyewa ingin melanjutkan Perjanjian Sewa ke atas Premis yang sama,
Penyewa hendaklah memberi notis dua (2) bulan secara bertulis kepada Tuan Punya
Rumah sebelum tamat Perjanjian Sewa ini dan di dalam masa yang sama Penyewa
hendaklah mematuhi segala terma dan syarat Perjanjian Sewa sediaada sebelum
Tuan Punya Rumah bersetuju menawarkan Penyewa menyambung Perjanjian yang
mana telah dinyatakan dalan Seksyen 9 Jadual 1 dengan terma dan syarat yang
sama dan jumlah sewaan yang depersetujui kelak.

7.5 Jika berlaku Penyewa ingin menamatkan perjanjian ini sebelum tarikh tamat
perjanjian yang mana telah dinyatakan dalam Seksyen 7 Jadual 1, deposit dua bulan
adalah dikira hangus dan menjadi hak sepenuhnya Tuan Punya Rumah dan deposit
kemudahan asas dalam Seksyen 8 Jadual 1 akan dipulangkan sepenuhnya setelah
mengambilkira semua kemudahan asas itu telah di selesaikan sepenuhnya oleh
Penyewa atau sebahagiannya melalui deposit tersebut.

7.6 Segala kos setem dan kos perjanjian ini dibuat dan disediakan adalah di bawah
tanggungan Penyewa.
7.7 Segala cukai yang berkaitan dengan premis ini seperti cukai tanah, cukai pintu, Indah
water dan sebagainya adalah di bawah tanggungan Tuan Punya Rumah

8. Di dalam Perjanjian ini :

8.1 Terma “Tuan Punya Rumah” dan “Penyewa” adalah merangkumi waris sah atau
wakil yang diperakui oleh kedua-dua belah pihak.
8.2 Perkataan yang merujuk kepada jantina merangkumi lelaki dan perempuan.

8.3 Perkataan yang merujuk kepada satu atau sesuatu merujuk kepada bilangan satu
atau lebih daripada satu dan yang merujuk kepada orang atau seseorang merujuk
kepada individu, orang perseorangan atau organisasi.

DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI DAN DISAKSIKAN oleh pihak-pihak dibawah yang
memetrai perjanjian ini pada hari dan tahun di bawah menurut Seksyen 1 Jadual 1.

Ditandatangani oleh Tuan Punya Rumah

Nama )
Nombor Kad Pengenalan )
Tarikh ) ..................................................................................

Ditandatangani oleh Penyewa

Nama )
Nombor Kad Pengenalan )
Tarikh ) ..................................................................................

Ditandatangani oleh Saksi

Nama )
Nombor Kad Pengenalan )
Tarikh ) ..................................................................................
JADUAL 1
( Ini haruslah diambilkira dan dibaca sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sewa )

SEKSYEN PERKARA KETERANGAN


1 Tarikh Perjanjian
2 Tuan Punya Rumah
( Nama, Nombor Kad
Pengenalan, No Tel)
Alamat
3 Penyewa ( Nama, Nombor Kad
Pengenalan, No Tel )
Alamat
4 Alamat Premis

5 (a) Tempoh Sewaan


(b) Tarikh Masuk
(c) Tarikh Tamat
6 (a) Sewa Bulanan Ringgit Malaysia :
(b) Tarikh Bayaran Pada atau sebelum 5 haribulan setiap bulan
7 Deposit ( dua bulan sewa ) Ringgit Malaysia :
8 Deposit Kemudahan Asas Ringgit Malaysia :
9 Tempoh Pembaharuan Sewa
10 Kegunaan Premis Tempat Tinggal Sahaja

Anda mungkin juga menyukai