Anda di halaman 1dari 12

ISSN 2180-3684 • Bil 07/15

KKDN: PP 16897/05/2013 (032581)

CEPAT KAYA
AKIBAT SKIM
ANDA
RAKAN

JULAI 2015
KEWANGAN
Sidang
Redaksi
Penasihat
YBhg. Prof Datuk Dr. Marimuthu Nadason
Presiden FOMCA
Ketua Sidang Pengarang
Dato’ Paul Selva Raj

Akibat Skim Cepat Kaya


Editor
Mohd Yusof bin Abdul Rahman
Sidang Pengarang
Siti Rahayu binti Zakaria
Santhosh Kannan
Seseorang kakitangan yang berpengalaman di sesebuah industri yang
Ringgit merupakan penerbitan usaha memerlukan kepakaran tertentu sememangnya dibayar gaji lumayan setiap
sama di antara Bank Negara Malaysia
dan FOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan. Dengan pendapatan sedemikian, mereka mampu untuk memiliki
bulan. Untuk memuat turun Ringgit aset yang diingini di samping taraf kehidupan yang lebih baik berbanding
dalam format “PDF“, sila layari laman
kebanyakan orang lain. Apatah lagi jika mereka ini pandai menguruskan
sesawang www.fomca.org.my dan
www.bnm.gov.my aset-aset yang mereka miliki. Namun begitu, disebabkan sifat tamak haloba
yang bersarang di hati, kesenangan yang dikecapi akan hilang sekelip mata.
Gabungan Persatuan-Persatuan
Pengguna Malaysia Seorang pegawai teknikal yang dikenali sebagai Amran (bukan nama
No. 4, Jalan SS1/22A sebenar) sebelum ini mendapat pendapatan yang lumayan antara RM10,000
47300 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
hingga RM15,000 sebulan. Dengan pendapatan tersebut, beliau mampu
Tel : 03-7876 2009 memberi kebahagiaan kepada keluarganya. Semua anaknya dihantar belajar
Faks : 03-7877 1076 di sekolah swasta. Namun, disebabkan terpikat dengan skim pelaburan emas
E-mel : fomca@fomca.org.my yang dijalankan oleh seorang rakannya, yang kononnya menjanjikan pulangan
Sesawang: www.fomca.org.my
menarik, ditambah dengan contoh rakan yang telah berjaya mendapat habuan,
Bank Negara Malaysia maka tanpa berfikir panjang dan merujuk mana-mana pihak, Amran telah
Jalan Dato’ Onn melabur dengan skim tersebut.
50480 Kuala Lumpur
Tel :03-2698 8044 Pada mulanya dia melabur sebanyak RM50,000. Setelah yakin dengan
Faks : 03-2174 1515 pulangan menarik, malah lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh agensi
pelaburan lain, beliau membuat pinjaman peribadi bagi membolehkannya
Diurus terbit oleh: melabur sebanyak RM155,000. Walaupun kontrak pekerjaannya akan tamat
Pusat Penyelidikan dan
Sumber Pengguna (CRRC) selepas itu, Amran yakin pulangan yang akan diperoleh pada setiap bulan
No. 4, Jalan SS1/22A daripada pelaburan berkenaan akan dapat menampung kos kehidupan
47300 Petaling Jaya keluarganya, termasuk menjelaskan bayaran ansuran bulanan bagi semua
Selangor Darul Ehsan hutang bank.
Tel : 03-7875 2392
Faks : 03-7875 5468 Beberapa bulan kemudian, Amran mendapati pihak penganjur mula gagal
E-mel : info@crrc.org.my
Sesawang: www.crrc.org.my membayar pulangan seperti yang dijanjikan, dan ada ketikanya tertangguh.
Apabila ditanya kepada rakan penganjur berkenaan, mereka juga gagal
Dicetak oleh: membantu dan memintanya menghubungi terus syarikat berkenaan yang
berpusat di utara Semenanjung. Disebabkan tertekan dengan pelbagai
Percetakan Asas Jaya masalah, termasuk panggilan daripada bank dan juga agen kutipan
(M) Sdn Bhd
disebabkan kegagalan menjelaskan ansuran pinjaman, Amran berusaha
No. 5B, Tingkat 2, Jalan Pipit 2
Bandar Puchong Jaya untuk mendapatkan bantuan. Dia kemudiannya terlihat iklan mengenai Agensi
47100 Puchong Jaya Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di kaca televisyen.
Selangor Darul Ehsan
Tanpa membuang masa, dia terus ke cawangan AKPK Kuala
Artikel yang disiarkan dalam Ringgit tidak Terengganu dan berbincang masalah dengan kaunselor AKPK.Setelah
semestinya mencerminkan pendirian dan
dasar Bank Negara Malaysia atau FOMCA. berunding, kaunselor AKPK menstruktur pinjaman-pinjamannya kembali dan
Ia merupakan pendapat penulis sendiri. mengurangkan komitmen bulanan kepada bank.
Sumber: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

2 • Ringgit
Nasihat kepada Pembaca
terhadap Skim Penipuan
Untuk mengelakkan diri daripada tertipu, sentiasa itu, serta risiko yang terbabit dalam pelaburan
ingat petua-petua perlindungan seperti berikut: tersebut. Baca dengan teliti prospektus atau
laporan tahunan syarikat itu sebelum membuat
• Hindari daripada sebarang pelaburan yang pelaburan.
menjamin keuntungan tetap atau tinggi bagi
satu pelaburan kecil. Berhati-hatilah terhadap • Jangan memberikan sebarang maklumat
syarikat yang menjanjikan keuntungan besar kewangan atau peribadi sebelum anda
atau menunjukkan prestasi cemerlang pada satu memastikan kesahihan syarikat itu.
tempoh masa yang pendek. Anda mesti ingat
bahawa setiap pelaburan melibatkan risiko dan • Jangan takut bertanya soalan. Minta penjelasan
anda tentu selalu dengar ‘pulangan tinggi berisiko mengenai apa-apa perkara yang anda tidak
tinggi’. Ambil langkah berhati-hati terutama jika faham dan jangan menerima bulat-bulat semua
pelaburan itu kononnya akan memberi pulangan maklumat yang diberikan. Siasat sendiri.
tinggi dengan risiko yang rendah atau tiada risiko • Sentiasa memeriksa laman web pihak pengawal
langsung. selia, contohnya laman sesawang Suruhanjaya
• Jangan sekali-kali bersetuju menyertai apa-apa Sekuriti (www.sc.com.my) untuk mendapatkan
‘peluang’ dalam keadaan mendesak, umpamanya maklumat mengenai amaran untuk pelabur. Untuk
‘tempoh untuk anda menyertai skim ini amat maklumat lanjut berhubung aktiviti penipuan
terhad’ atau ‘beli sekarang, jika tidak, anda akan kewangan dan langkah-langkah pencegahan,
menyesal’. Ingatlah, jika perniagaan itu sah, ia orang ramai juga boleh melawat laman amaran
akan tetap wujud esok, minggu hadapan, bulan penipuan kewangan yang disediakan oleh Bank
hadapan atau tahun hadapan. Negara Malaysia di http://www.bnm.gov.my

• Pastikan anda memperoleh rekod prestasi syarikat • Jika ragu-ragu, jangan melabur.
tersebut. Juga, mintalah maklumat bertulis
mengenai produk pelaburan dan perniagaan Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Ringgit • 3
Perkhidmatan Perbankan Ejen
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Dipertingkatkan Untuk Kemudahan Masyarakat

Pembukaan akaun bank Giro / Giro-i dan juga pemilik stesen minyak Petronas di seluruh
Malaysia. Bermula dengan hanya 200 lokasi dan lima
kini dipermudah melalui Ejen Bank (5) perkhidmatan perbankan, kini jumlah EB BSN telah
Berdaftar BSN meningkat kepada 6,033 yang beroperasi di seluruh
negara.
BSN terus menyokong agenda rangkuman kewangan
melalui inisiatif perbankan ejen yang diperkenalkan Perkhidmatan Yang Ditawarkan
oleh Bank Negara Malaysia di bawah Pelan Sektor
Kewangan 2011 – 2020.
• Simpanan Wang

Sejak inisiatif perbankan ejen dilaksanakan pada tahun


• Pengeluaran Wang

2012, Malaysia telah mencapai tahap rangkuman • Pembukaan Akaun


kewangan atau “financial inclusion” yang lebih tinggi. • Simpanan Sijil Simpanan Premium (SSP)
Kini, 96% daripada 886 mukim yang mempunyai • Pembayaran Tanpa Tunai
penduduk melebihi 2,000 orang telah mendapat
kemudahan atau akses kepada perkhidmatan
• Pembayaran Bil

perbankan asas, berbanding dengan hanya 46% pada • Tambah Nilai Prabayar

tahun 2011. BSN memainkan peranan yang penting


dalam memacu agenda ini melalui khidmat perbankan Terbaharu, EB BSN menawarkan perkhidmatan
ejen yang diperkenalkan kepada masyarakat pada pembukaan akaun Giro / Giro–i di premis perniagaan
27 Januari 2012. mereka.

Di bawah inisiatif ini, BSN telah melantik Ejen Bank Sejak Disember 2014, perkhidmatan EB BSN juga
Berdaftar (EB) yang terdiri daripada pemilik-pemilik telah dipertingkatkan iaitu Pembukaan Akaun Giro /
premis perniagaan runcit, ejen syarikat telekomunikasi Giro-i. Penambahan perkhidmatan ini adalah bertujuan

4 • Ringgit
untuk memudahkan urusan pembukaan akaun bagi sistem BSN bagi membenarkan transaksi dilakukan
penerimaan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia dalam talian secara masa nyata sepenuhnya tanpa
(BR1M) dan menyediakan perkhidmatan perbankan memerlukan borang permohonan. Setiap transaksi
yang menyeluruh kepada pelanggan-pelanggan BSN yang berjaya akan diperakukan dengan resit rasmi
terutamanya bagi masyarakat di kawasan luar bandar. yang dicetak terus di terminal POS.
Setakat ini, sebanyak lebih 6,000 akaun Giro / Giro-i
telah dibuka melalui saluran EB BSN. Sekiranya mempunyai sebarang aduan dan
pertanyaan tentang perkhidmatan yang ditawarkan
Pelanggan boleh mengunjungi mana-mana premis melalui EB BSN atau berminat menjadi ejen BSN
EB BSN berdekatan untuk membuka Akaun Giro / sila hubungi:
Giro-i dengan membawa bersama MyKad untuk tujuan
pengesahan biometrik bersama jumlah deposit Tel: 1-300-88-1900
permulaan serendah RM20. Proses pembukaan E-mel: servicemanager@bsn.com.my
akaun ini adalah cepat, mudah dan selamat. Akaun Laman Web: www.mybsn.com.my
yang telah dibuka perlu dikemaskini di mana-mana
cawangan BSN dalam tempoh dua (2) bulan.
Sekiranya memenuhi kriteria yang berikut,
Perkhidmatan yang ditawarkan di semua EB BSN anda layak untuk dipertimbangkan menjadi
adalah selamat kerana ia menggunakan terminal ejen BSN:
Point-of-Sale (POS) yang berhubung terus kepada i. Berdaftar dan mempunyai sijil pendaftaran
SSM
ii. Telah beroperasi lebih daripada 1 tahun
iii. Mempunyai premis perniagaan tetap
iv. EB hanya perniagaan sampingan
v. Mempunyai capaian GPRS/Talian tetap
vi. Jarak di antara EB dengan Cawangan BSN
adalah 5 km*
vii. Jarak di antara EB adalah 10 km*
viii. Membuka Akaun Korporat EB BSN dengan
deposit minimum RM1,500.00

* Tertakluk kepada budi bicara pihak Pengurusan BSN


(keperluan dan kepadatan penduduk)

Pelanggan mendapatkan perkhidmatan dari EB BSN Sumber: Bank Simpanan Nasional

Ringgit • 5
PASTIKAN ü
• Melakukan urusan di premis Ejen Bank
Berdaftar yang SAH sahaja.
• Sila masukkan nombor telefon anda ke
terminal POS.
• Minta salinan dan semak maklumat
sebelum meninggalkan premis ejen.
• Simpan resit cetakan daripada terminal
Pos di tempat yang selamat untuk rujukan
di masa akan datang.
• Anda hadir ke cawangan BSN dalam
tempoh dua bulan dari tarikh pembukaan
PROSES PEMBUKAAN AKAUN DI akaun untuk kemaskini maklumat dan
EJEN BANK BERDAFTAR (EB) membuat permohonan kad ATM.
• Segera maklumkan kepada pihak
BSN sekiranya terdapat perubahan
Hadir ke kaunter EB BSN pada maklumat peribadi pemilik akaun
dan sekiranya terdapat perbezaan /
percanggahan maklumat pada resit /
penyata akaun anda.
Bawa bersama MyKad dan Tunai • Menyimpan nombor akaun dan maklumat
akaun anda kerana ianya adalah sulit dan
rahsia.
• Bawa bersama wang secukupnya dan
Masukkan MyKad dan letakkan
ibu jari di terminal Point of MyKad anda untuk membuat deposit
Sale (POS) untuk pengesahan (pembukaan akaun).
biometrik

Sila masukkan nombor telefon


anda ke terminal POS
JANGAN û
• Lakukan transaksi di luar premis ejen atau
di premis yang tiada papan tanda EB BSN.

Deposit dan sahkan amaun • Dedahkan nombor akaun dan maklumat


Pembukaan Akaun akaun pada pihak ketiga.
• Lakukan transaksi ketika berlaku
gangguan talian kerana terminal POS
tidak dapat mencetak resit.
Terima resit transaksi salinan
pelangaan (no. akaun Giro / • Maklumkan baki akaun kepada Ejen atau
Giro-i akan tertera pada resit) orang lain.
• Dedahkan nombor akaun dan Kad ATM
atau MyKad anda kepada Ejen atau orang
Hadir ke cawangan BSN selewat- lain kerana ianya adalah rahsia.
lewatnya 2 bulan daripada
tarikh pembukaan akaun untuk • Membenarkan pihak ketiga menggunakan
kemaskini maklumat dan mohon akaun anda bagi perlaksanaan aktiviti
Kad ATM yang menyalahi undang-undang.

6 • Ringgit
Salah
Laporan
Mengenai
Ringgit
Kenyataan ini dibuat susulan daripada beberapa di luar kawalan mana-mana ekonomi yang bersifat
laporan media yang kurang tepat dan mengelirukan terbuka, namun segala usaha perlu diambil untuk
berkaitan dengan Bank Negara Malaysia mengenai mencari penyelesaian terhadap isu-isu dalam negeri
faktor-faktor yang menjadi penyebab turun naik kadar yang sedang dihadapi oleh ekonomi negara. Apabila
pertukaran Ringgit. isu-isu tersebut diselesaikan, prestasi ringgit dijangka
kembali selaras dengan asas-asas ekonomi dan
Bank Negara Malaysia ingin menegaskan bahawa prospek pertumbuhan negara yang kukuh.
pergerakan semasa nilai Ringgit dipengaruh
oleh perkembangan global dan dalam negeri. Bank Negara Malaysia kekal fokus terhadap peranan
Perkembangan global termasuklah jangkaan pelabur dan mandatnya dalam memelihara kestabilan monetari
berhubung dengan dasar monetari bank-bank pusat dan kewangan serta menyokong pertumbuhan
utama serta trend harga minyak mentah dan gas. ekonomi yang mampan. Bank Negara Malaysia tidak
pernah dan tidak akan terpengaruh oleh agenda
Faktor-faktor dalam negeri, termasuklah kebimbangan politik tetapi akan terus melaksanakan mandatnya
terhadap entiti berkaitan kerajaan dan isu berkaitan dengan penuh tanggungjawab demi kepentingan
penarafan. Ketidakpastian terhadap mana-mana rakyat negara ini.
isu ini telah menyebabkan turun naik nilai Ringgit.
Sungguhpun perkembangan di luar negeri adalah Sumber: Bank Negara Malaysia

Ringgit • 7
Ruangan Bersama NCCC

Ketahui Hak Dalam


Jualan Kredit
Semenjak kebelakangan ini terdapat banyak isu yang lalu. Pemungut hutang juga bertindak mengugut
berkaitan dengan syarikat-syarikat yang menyediakan pengadu jika tidak membuat bayaran.
perkhidmatan jualan barang secara kredit atau
ansuran. Kebanyakannya berkaitan dengan isu Tindakan ugutan yang dilakukan oleh pemungut
ugutan atau ancaman yang dibuat oleh samseng hutang ini perlu dipandang serius. Tindakan ini tidak
daripada pihak syarikat tersebut terhadap pengguna wajar dilakukan oleh pemungut hutang. Syarikat
yang masih belum menjelaskan tunggakan ansuran seharusnya perlu bertanggungjawab mengemas kini
atau memeras pengguna untuk membuat bayaran pembayaran pengguna agar kesilapan maklumat
lebihan walaupun hutangnya telah diselesaikan tidak berlaku.
beberapa tahun lepas.
Kebanyakan pengguna tidak menyedari bahawa
Apakah yang dimaksudkan dengan jualan kredit? mereka perlu mendapatkan surat pelepasan daripada
Jualan kredit ialah pembekal melakukan aktiviti syarikat-syarikat tertentu, kerana mereka menganggap
pembekalan barang dan pembekalan kredit apabila pengesahan secara lisan oleh syarikat itu merupakan
barang itu dijual kepada pengguna yang tidak ingin/ keputusan akhir untuk ansuran yang diambil oleh
mampu membuat pembayaran yang sepenuhnya mereka. Surat pelepasan boleh dijadikan sebagai
dalam satu transaksi. bukti bahawa pengguna telah melangsaikan bayaran
ansuran daripada syarikat terbabit.
Pada hemat pengguna, skim bayaran ansuran yang
ditawarkan ini mungkin dapat mengurangkan bebanan Tidak dinafikan, ramai pengguna memerlukan skim
kewangan ke atas individu yang tertentu. Namun, bayaran ansuran bagi mengurangkan beban kewangan
terdapat sesetengah syarikat ini menggunakan mereka serta mempermudah pembelian barangan isi
kekerasan dan mengugut apabila pengguna gagal rumah untuk menghiasi rumah mereka,terutama
menjelaskan bayaran ansuran. Berdasarkan aduan pada musim perayaan seperti, Hari Raya Adilfitri dan
yang diterima oleh NCCC, pengadu telah dihubungi perayaan yang lain. Pengguna dinasihatkan supaya
oleh pihak syarikat dan menyatakan beliau mempunyai berbelanja secara berhemat atas barangan keperluan
tunggakan bayaran ansuran perabot. Walhal, bayaran dan tidak diperangkap oleh tawaran atau gimik jualan
perabot tersebut telah dilangsaikan beberapa tahun murah. Pengguna juga perlu mengesahkan caj faedah

8 • Ringgit
sebelum menandatangani sebarang perjanjian dan II. Kadar faedah tidak boleh diubah selepas
membandingkan penawaran faedah dengan syarikat perjanjian jualan kredit ditandatangani;
lain. Hal ini disebabkan bayaran ansuran mungkin III. Pengguna tidak boleh dikenakan sebarang
kelihatan mudah/senang untuk membayar, tetapi bentuk fi jika permohonan kredit tidak diluluskan;
sebaliknya anda mungkin membayar dua kali ganda dan
jumlah harga asal disebabkan oleh caj-caj kadar
IV. Pengguna tidak boleh dikenakan penalti jika
faedah yang tinggi.
membuat penyelesaian awal pembayaran.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,


Namun, jumlah caj kadar faedah yang ditawarkan oleh
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah
syarikat-syarikat tidak dikawal oleh mana-mana badan
menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Perlindungan
atau agensi. Terdapat aduan tentang kadar faedah
Pengguna (Jualan Kredit) 2012 pada 1 Oktober 2012.
yang diberikan oleh syarikat agak tinggi. Oleh itu,
Peraturan ini bertujuan untuk melindungi pengguna
pengguna perlu bijak membuat perbandingan harga
yang membuat urus niaga secara kredit atau ansuran.
dan caj kadar faedah yang ditawarkan.

Peraturan ini telah mewajibkan penjual dan pemberi


Pengguna boleh membuat aduan sekiranya terdapat
kemudahan kredit untuk memaklumkan kepada
syarikat-syarikat yang tidak mematuhi peraturan-
pengguna secara lisan dan bertulis mengenai
peraturan ini kepada Kementerian Perdagangan
beberapa maklumat penting sebelum urus niaga
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui
secara kredit dilaksanakan, seperti kadar faedah
talian hotline 1800-886-800 atau memfailkan tuntutan
yang dikenakan, jumlah harga barangan termasuk
di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).
faedah, caj sampingan, caj bayaran lewat dan formula
pengiraannya. Selain itu, peraturan ini juga telah
Gunakan hak anda untuk memilih dan membuat
menetapkan beberapa perkara seperti berikut:
keputusan dalam pembelian!.
I. Tidak membenarkan penjual memberi kemudahan
kredit dan mengenakan lebih daripada satu Sumber: Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
fi pemprosesan dokumen untuk pembelian
melebihi satu barangan dengan satu transaksi;

“Berdasarkan aduan yang diterima oleh NCCC,


pengadu telah dihubungi oleh pihak syarikat dan
menyatakan beliau mempunyai tunggakan bayaran
ansuran perabot. Walhal, bayaran perabot tersebut
telah dilangsaikan beberapa tahun yang lalu.”

Ringgit • 9
Masalah Kewangan Anda

Cara Buat Aduan


Sekiranya Ditipu
Apakah prosedur bagi seorang pengguna d) Surat hendaklah ditulis dengan jelas dan mudah
difahami.
untuk membuat aduan jika tertipu?
e) Nyatakan secara baik kaedah bagi menyelesaikan
masalah anda.
Pengguna, Petaling Jaya f) Buat salinan surat kepada pihak berkenaan seperti
syarikat induk bagi cawangan kedai berkenaan,
Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian
Jawapan: Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan, persatuan pengguna dan
Pengguna perlu pergi ke kedai berkenaan dan cuba sebagainya.
menyelesaikan masalah tersebut. Sekiranya gagal, g) Kirim surat itu secara pos daftar.
tindakan selanjutnya yang boleh dilakukan adalah h) Jalan terakhir ialah membuat tuntutan di Tribunal
menulis surat rasmi kepada pekedai atau syarikat Tuntutan Pengguna Malaysia bagi penyelesaian.
berkenaan.

Antara kaedah menulis surat aduan secara berkesan


adalah seperti berikut:- Masalah Kewangan Anda
a) Nyatakan butir pembelian termasuk harga, siapa
kakitangan syarikat atau pembantu kedai yang Anda boleh menghantarkan masalah
menjualnya (jika tahu namanya), tarikh pembelian berkaitan kewangan anda kepada
atau pemasangan, janji dibuat, nama cawangan ringgit@crrc.org.my
kedai atau syarikat dan sebagainya.
atau menulis kepada
b) Nyatakan bentuk tuntutan diingini (pengembalian Ruangan Masalah Kewangan Anda,
wang, ganti rugi, pembaikan dan sebagainya). Ringgit,
c) Sertakan salinan dokumen (seperti resit atau bukti No 4, Jalan SS 1/22A, Kampung Tunku
pembelian) bagi menyokong tuntutan. 47300 Petaling Jaya, Selangor

10 • Ringgit
Bank Negara Malaysia Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Talian Tol : 1-300-88-5465 Talian Tol : 1-800-88-2575
E-mel : bnmtelelink@bnm.gov.my E-mel : enquiry@akpk.org.my
Laman sesawang : www.bnm.gov.my Laman sesawang : www.akpk.org.my

Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM Connect) Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)
Talian Tol : 1-300-88-9980 Talian am : 03-2272 2811
E-mel : banks@abm.org.my E-mel : enquiry@fmb.org.my
Laman sesawang : www.abm.org.my Laman sesawang : www.fmb.org.my ringgit@crrc.org.my

Anda mungkin juga menyukai